You are on page 1of 7

SULIT

MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN


MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BIL. 5 TAHUN 2016

KERTAS MESYUARAT (JKT) BIL : 16/ 5 / 2016


MPK 100-16/1/1

MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN


MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BIL 5 TAHUN 2016

TARIKH : 20 JUN 2016 (ISNIN)


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN MESYUARAT RAJA MAHADI,
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
________________________________________________________________
MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK TAHUN 2016

1. TUJUAN

Pembentangan kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan


kelulusan dari Jawatankuasa Majlis Perbandaran Klang bagi pelaksanaan
penganjuran Majlis Mesra Aidilfitri Bersama MPK Tahun 2016.

2. PENGENALAN

2.1 Sambutan perayaan utama seperti Hari Raya merupakan satu


program sambutan yang diadakan pada setiap tahun bagi
mengisi kalendar aktiviti tahunan Majlis.
2.2 Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu perayaan terbesar di
negara kita. Justeru itu pihak Majlis tidak pernah ketinggalan
untuk meraikan dan mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri
peringkat Majlis Perbandaran Klang. Menurut kalendar
dijangkakan seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut
Hari Raya Aidilfitri pada 6 Julai 2016 (Rabu).

3. OBJEKTIF

Asas-asas pertimbangan utama pelaksanaan Majlis Mesra Aidilfitri


Bersama MPK 2016 ini adalah seperti berikut :
3.1 Meraikan sambutan perayaan utama negara iaitu Hari Raya
Aidilfitri bersama kakitangan Majlis Perbandaran Klang.

SULIT
SULIT
MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BIL. 5 TAHUN 2016

1
3.2 Mewujud dan menjalinkan hubungan ikatan ukhwah yang erat di
antara pihak Majlis dan pelbagai lapisan masyarakat dan
berbilang kaum.
3.3 Memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan Majlis
dalam menganjurkan program-program utama.

4. CADANGAN

4.1 Cadangan Pelaksanaan.

Tarikh : 15 Julai 2016 (Jumaat) bersamaan 10 Syawal


1437
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Kawasan Lapang Jabatan Perkhidmatan
Persekitaran, Jalan Tepi Sungai, Majlis
Perbandaran Klang

4.2 Pengisian Program.


a) Jamuan makan
b) Persembahan Kombo MPK dan Kumpulan Koir MPK
c) Pertandingan persembahan di antara Jabatan-jabatan
d) Sumbangan duit raya kepada anak – anak yatim

Cadangan aturcara majlis adalah seperti di lampiran 1.

4.3 Sasaran.
- EXCO Selangor
- ADUN & Parlimen Klang
- Ahli Majlis / Ketua Jabatan Daerah
- Media
- Semua kakitangan Majlis Perbandaran Klang.
- Disasarkan seramai 3,000 orang para jemputan yang terdiri
dari kakitangan Majlis dan keluarga.

4.4 Pakaian.
Baju Melayu penuh.

SULIT
SULIT
MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BIL. 5 TAHUN 2016

4.5 Implikasi Kewangan.


a) Anggaran kos keseluruhan penganjuran Majlis Mesra
Aidilfitri MPK 2016 ini adalah berjumlah RM41,134.00
(Ringgit Malaysia : Empat Puluh Satu Ribu Satu
Ratus Tiga Puluh Empat Sahaja).
b) Peruntukan pejabat Yang Dipertua adalah sebanyak
RM17,134.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh Belas Ribu
Satu Ratus Tiga Puluh Empat Sahaja), manakala
sumbangan peruntukan dari Ahli Majlis sebanyak
RM24,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Empat
Ribu Sahaja), adalah melalui Vote : 152105.

Perincian Anggaran Perbelanjaan Majlis Mesra Aidilfitri


Bersama MPK 2016 adalah seperti di lampiran 2.
5. PENUTUP
Kertas kerja Majlis Mesra Aidilfitri Bersama MPK 2016 ini dimajukan
untuk pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Majlis Perbandaran
Klang.

SULIT
SULIT
MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BIL. 5 TAHUN 2016

Lampiran 1

CADANGAN ATURCARA MAJLIS MESRA AIDILFITRI MPK 2016

Tarikh : 15 Julai 2016 (Jumaat) (10 Syawal 1437)


Tempat : Kawasan Lapang, Jabatan Perkhidmatan
Persekitaran, Majlis Perbandaran Klang

2.30 petang - Ketibaan tetamu dan kakitangan Majlis

3.00 petang - Ketibaan VIP


- Majlis Jamuan Bermula
- Persembahan Pentas

- Persembahan antara Jabatan-jabatan

- Penyampaian Sumbangan Duit Raya

- Pengumuman Keputusan Pertandingan

- Persembahan Jabatan

5.00 petang - Bersurai

SULIT
SULIT
MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BIL. 5 TAHUN 2016
Lampiran 2

ANGGARAN PERBELANJAAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI MPK 2016

JUMLAH
BIL PERKARA RUJUKAN CATITAN
(RM)

Pecahan Makanan / Minuman untuk


1. 21,240.00 A Tunai
Jabatan

2. Peruntukan Persembahan 3,975.00 B Tunai

3. Peruntukan Peralatan 2,769.00 C Tunai

4. Sumbangan Anak Yatim 6,000.00 E Tunai

Bayaran
5. Makanan VIP dan Peruntukan Logistik 7,150.00 D
secara LO

JUMLAH KESELURUHAN RM41,134.00

SULIT
SULIT
MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BIL. 5 TAHUN 2016
PERINCIAN ANGGARAN PERBELANJAAN
MAJLIS MESRA AIDILFITRI MPK 2016

A) PERUNTUKAN PECAHAN MAKANAN / MINUMAN UNTUK JABATAN


BIL MENU KOS (RM)

1. Aneka Kuih Muih (11 jenis) 2,000.00


2. Satay ( 6500 cucuk x RM 0.70) 4,550.00
3. Air Panas / Air Sejuk 1,700.00
4. i) Ketupat
ii) Kuah Kacang 1,890.00
iii) Rendang

( 315 Pek x RM6)


5. Laksa Kedah (300x RM4) 1,200.00
6. Lontong (400 x RM3.50) 1,400.00
7. i) Murtabak Ayam (300 x RM3.50) 1,050.00
ii) Murtabak Daging (300 x RM3.50) 1,050.00
8. Aneka Bubur (640 x RM2.50) 1,600.00
9. Aneka Mee (500x RM3.00) 1,500.00
10. Mee Kari (700 x RM3) 2,100.00
11. Buah-buahan Potong (1200 x RM1) 1,200.00

JUMLAH KECIL RM21,240.00

B) PERUNTUKAN PERSEMBAHAN
BIL PERKARA JUMLAH
(RM)
1. Bayaran Persembahan Agensi Luar (Tarian) 2,000.00
Cenderahati Persembahan Jabatan-jabatan
2. 975.00
(13 kumpulan x RM75.00)
3. Hiasan (props) 1,000.00
JUMLAH KECIL 3,975.00

SULIT
SULIT
MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BIL. 5 TAHUN 2016
C) PERUNTUKAN PERALATAN GERAI
BIL PERKARA KOS JUMLAH
KUANTITI
(RM)

1. Bekas makanan
gerai :

i) Mangkuk plastik 2700 unit 54 bundle x RM15.00 810.00


(1 bundle = 50 unit)
ii) Pinggan plastik 4500 unit 90 bundle x RM13.50 1,215.00
(1 bundle = 50 unit)
iii) Cawan plastik 4500 unit 188 bundle x RM1.50 282.00
(1 bundle = 24 unit)
iv) Sudu 6500 unit 130 bundle x RM1.50 195.00
(1 bundle = 24 unit)
v) Garfu 6500 unit 130 bundle x RM1.50 195.00
(1 bundle = 24 unit)
vi) Tisu 2 kotak besar 2 kotak x RM36.00 72.00
(1 kotak = 36 unit)

JUMLAH KECIL RM2,769.00

D) BAYARAN SECARA L/O


BIL PERKARA JUMLAH JUMLAH
(RM) (RM)
1. VIP (Menu utama) 200 x RM17.50 3,500.00
2. Backdrop (35’ x 12’) 1,000.00
3. Penyewaan Tambahan:
i) Meja (3’x 3’) (120 buah x RM10.00) 1,200.00
ii) Meja Bulat (40 buah x RM25.00) 1,000.00
iii) Kerusi (100 buah x RM1.50) 150.00
iv) Skirting untuk Stall 300.00 2,650.00
JUMLAH KECIL RM7,150.00

E) PERUNTUKAN SUMBANGAN
1. Sumbangan Anak Yatim & Fakir Miskin 120 x RM50.00 6,000.00
JUMLAH KECIL RM6,000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM41,134.00


7

SULIT

You might also like