You are on page 1of 12

BAHAGIAN KEBUDAYAAN

JABATAN KEMASYARAKATAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG

LAPORAN
MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK 2016

1.0 PENDAHULUAN

Majlis Mesra Aidilfitri Bersama MPK 2016 anjuran Majlis Perbandaran Klang
diadakan pada setiap tahun bagi mengisi kalendar aktiviti tahunan Majlis.
Perayaan Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang terbesar di negara ini.
Justeru itu pihak Majlis tidak pernah ketinggalan untuk meraikan dan
mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Majlis Perbandaran Klang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meraikan sambutan perayaan utama negara iaitu Hari Raya Aidilfitri
bersama kakitangan Majlis Perbandaran Klang.

2.2 Mewujud dan menjalinkan hubungan ikatan ukhwah yang erat di antara
pihak Majlis dan pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum.

2.3 Memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan Majlis dalam


menganjurkan program-program utama.

3.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 15 Julai 2016 (Jumaat) bersamaan 10 Syawal 1437H


Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Kawasan Lapang Jabatan Perkhidmatan Persekitaran,
Jalan Tepi Sungai, Majlis Perbandaran Klang

LAPORAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK 2016 1


4.0 AKTIVITI

4.1 Para jemputan yang terdiri dari kakitangan-kakitangan MPK dan penerima-
penerima sumbangan bersama keluarga mula tiba di kawasan lapang
Jabatan Perkhidmatan Persekitaran, Jalan Tepi Sungai pada jam 2.30
petang.
4.2 Jamuan bermula pada jam 3.00 petang, serentak dengan ketibaan YBhg.
Dato’ Mohamad Yasid bin Bidin, Yang Dipertua MPK, Tuan Adi Faizal bin
Ahmad Tarmizi, Setiausaha MPK dan Ahli-ahli Majlis serta Ketua-Ketua
Jabatan.
4.3 Acara majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan-persembahan dari
jabatan-jabatan di atas pentas, diiringi Kombo MPK :-
a) Persembahan dari Jabatan Penguatkuasa dengan lagu Salam Aidilfitri
dan Salam Dunia
b) Jabatan Bangunan membawakan lagu Indahnya Beraya di Desa dan
Selamat Berhari Raya
c) Persembahan sketsa dari Jabatan Teknologi Maklumat
d) En. Mohd Jeffry Annorwar mewakili Jabatan Kewangan menyampaikan
lagu Abang Pulang dan Satu Syawal
e) Jabatan Kejuruteraan membawakan lagu Nikmat Hari Raya dan Warna-
warni di Aidilfitri
f) En. Khadzri bin Aros menyanyikan lagu Minal Aidil Wal Faizin secara
solo
g) En. Khadzri, En. Baharuddin, En. Rashid dan En. Zainal membawakan
lagu Lambaian Aidilfitri

4.4 Penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan warga emas oleh Dato’
Yang Dipertua, Tuan Setiausaha serta Ahli-ahli Majlis MPK.
4.5 Persembahan pentas berhenti seketika kerana memberi laluan kepada
sidang akhbar (press conference).
4.6 Persembahan nyanyian beberapa buah lagu dari artis undangan Zack
Masa diiringi kumpulan band Family of Rock.
4.7 Persembahan dari Jabatan-jabatan diteruskan dengan Jabatan Undang-
undang yang membawakan lagu Seloka di Hari Raya dan Senandung Hari
Raya, Jabatan Pelesenan dan Penjaja menyampaikan lagu Indahnya
Beraya di Desa dan Sesuci Lebaran dan persembahan nyanyian secara
minus-one dari Jabatan Komunikasi Korporat.
4.8 Persembahan nyanyian empat buah lagu dari artis undangan Wak Mustar,
diiringi Kombo MPK. Lagu-lagu yang dibawakan Yok Podo Royo, Terpisah
Akhirnya, Kenang Daku Dalam Doa Mu dan Seruan Ku.

LAPORAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK 2016 2


4.9 Sebelum majlis berakhir, para jemputan dihiburkan dengan persembahan
lagu-lagu raya dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Jabatan
Khidmat Pengurusan, secara minus-one dan karaoke.
4.10 Dianggarkan lebihkurang 2,000 para jemputan yang hadir ke majlis yang
berlangsung dengan meriah dan jayanya.

5.0 PERUNTUKAN KEWANGAN


5.1 Anggaran kos keseluruhan penganjuran Majlis Mesra Aidilfitri MPK 2016 ini
adalah berjumlah RM55,534.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Lima
Ribu Lima Ratus Tiga Puluh Empat Sahaja).

5.2 Peruntukan pejabat Yang Dipertua adalah sebanyak RM31,534.00


(Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Satu Ribu Lima Ratus Tiga Puluh
Empat Sahaja), manakala sumbangan peruntukan dari Ahli Majlis
sebanyak RM24,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Empat Ribu
Sahaja), adalah melalui Vote : 152105.

Perincian Anggaran Perbelanjaan Majlis Mesra Aidilfitri Bersama MPK 2016


adalah seperti di lampiran 1.

6.0 IMPAK

6.1 Mengeratkan silaturrahim di antara kakitangan Majlis dari pelbagai jabatan,


tidak mengira pangkat dan juga agama.
6.2 Menyemarakkan suasana Hari Raya Aidilfitri yang merupakan salah satu
perayaan yang utama di negara kita.

7.0 PENUTUP
Dengan berlangsungnya Majlis Mesra Aidilfitri Bersama MPK 2016 ini maka
terlaksana salah satu dari aktiviti sambutan perayaan yang tertulis di dalam
kalendar aktiviti tahunan Majlis, selain dari Majlis Mesra Gong Xi Fa Cai dan
Majlis Mesra Deepavali Bersama MPK.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

............................................ ............................................
Khairul Azhar Abd Samad Ahmad Fahim bin Rosli
Pen. Pegawai Kebudayaan Timbalan Pengarah Kemasyarakatan

Tarikh : ................................ Tarikh : ................................


LAPORAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK 2016 3
LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI MPK 2016

BIL PERKARA JUMLAH (RM) RUJUKAN CATITAN

Pecahan Makanan / Minuman


1. 21,240.00 A Tunai
untuk Jabatan

2. Peruntukan Persembahan 3,975.00 B Tunai

3. Peruntukan Peralatan 2,769.00 C Tunai

4. Sumbangan Anak Yatim 6,000.00 E Tunai

Makanan VIP dan Peruntukan Bayaran


5. 21,550.00 D
Logistik secara LO

JUMLAH KESELURUHAN RM55,534.00

LAPORAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK 2016 4


PERINCIAN ANGGARAN PERBELANJAAN
MAJLIS MESRA AIDILFITRI MPK 2016

A) PERUNTUKAN PECAHAN MAKANAN / MINUMAN UNTUK JABATAN


BIL MENU KOS (RM)

1. Aneka Kuih Muih (11 jenis) 2,000.00


2. Satay ( 6500 cucuk x RM 0.70) 4,550.00
3. Air Panas / Air Sejuk 1,700.00
4. i) Ketupat
ii) Kuah Kacang 1,890.00
iii) Rendang

( 315 Pek x RM6)


5. Laksa Kedah (300x RM4) 1,200.00
6. Lontong (400 x RM3.50) 1,400.00
7. i) Murtabak Ayam (300 x RM3.50) 1,050.00
ii) Murtabak Daging (300 x RM3.50) 1,050.00
8. Aneka Bubur (640 x RM2.50) 1,600.00
9. Aneka Mee (500x RM3.00) 1,500.00
10. Mee Kari (700 x RM3) 2,100.00
11. Buah-buahan Potong (1200 x RM1) 1,200.00

JUMLAH KECIL RM21,240.00

B) PERUNTUKAN PERSEMBAHAN
BIL PERKARA JUMLAH
(RM)
1. Bayaran Persembahan Agensi Luar (Tarian) 2,000.00
Cenderahati Persembahan Jabatan-jabatan
2. 975.00
(13 kumpulan x RM75.00)
3. Hiasan (props) 1,000.00
JUMLAH KECIL 3,975.00

C) PERUNTUKAN PERALATAN GERAI


LAPORAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK 2016 5
JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI KOS
(RM)

1. Bekas makanan gerai:

i) Mangkuk plastik 2700 unit


(1 bundle = 50 unit) 54 bundle x RM15.00 810.00
ii) Pinggan plastik 4500 unit
(1 bundle = 50 unit) 90 bundle x RM13.50 1,215.00
iii) Cawan plastik 4500 unit
(1 bundle = 24 unit) 188 bundle x RM1.50 282.00
iv) Sudu 6500 unit
(1 bundle = 24 unit) 130 bundle x RM1.50 195.00
v) Garfu 6500 unit
(1 bundle = 24 unit) 130 bundle x RM1.50 195.00
vi) Tisu 2 kotak besar
(1 kotak = 36 unit) 2 kotak x RM36.00 72.00

JUMLAH KECIL RM2,769.00

D) BAYARAN SECARA L/O


JUMLAH JUMLAH
BIL PERKARA
(RM) (RM)
1. VIP (Menu utama) 200 x RM17.50 3,500.00
2. Backdrop (35’ x 12’) 1,000.00
3. Penyewaan P.A. System 3,000.00
4. Penyewaan Tambahan:
i) Meja (3’x 3’) (120 buah x RM10.00) 1,200.00
ii) Meja Bulat (40 buah x RM25.00) 1,000.00
iii) Kerusi (100 buah x RM1.50) 150.00
iv) Skirting untuk Stall 300.00 2,650.00
5. Tandas Bergerak (4 buah x RM250.00) 1,000.00
Pengangkutan 100.00 1,100.00
6. Mist Fan / Kipas Kilang (6 buah x RM300.00) 1,800.00

7. Marquee Tent (5 bays x RM1,500.00) 7,500.00


Pentas 1,000.00 8,500.00
JUMLAH KECIL RM21,550.00

 Harga akan berubah mengikut saiz keluasan Marquee Tent.

E) PERUNTUKAN SUMBANGAN

LAPORAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK 2016 6


JUMLAH JUMLAH
BIL PERKARA
(RM) (RM)
1. Sumbangan Hari Raya 6,000.00
JUMLAH KECIL RM6,000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM55,534.00

ACARA : Majlis Mesra Aidilfitri Bersama MPK 2016


TARIKH : 15 Julai
LAPORAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI 2016 (Jumaat).
BERSAMA MPK 2016 7
MASA : 3.00 petang – 5.00 petang.
TEMPAT : Kawasan Lapang Jabatan Perkhidmatan Persekitaran,
Jalan Tepi Sungai, Majlis Perbandaran Klang.
LAPORAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK 2016 8
LAPORAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK 2016 9
LAPORAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK 2016 10
LAPORAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK 2016 11
LAPORAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI BERSAMA MPK 2016 12

You might also like