You are on page 1of 5

Kertas Kerja Program “Pot Luck Raya” 2023

PERSATUAN PENDUDUK HORIZON LIVIA


BANDAR MAHKOTA BANTING

KERTAS KERJA PROGRAM


‘POT LUCK RAYA’
BANDAR MAHKOTA BANTING

Towards a better community


Kertas Kerja Program “Pot Luck Raya” 2023

1.0 PENDAHULUAN

Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk pelaksanaan jamuan Hari Raya 2023 di bawah
kendalian Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Horizon Livia Bandar Mahkota Banting
dengan kerjasama seluruh penduduk Jalan Mahkota, Bandar Mahkota Banting. Program ini
juga dianggap sebagai salam pengenalan antara jiran tetangga. Secara tidak langsung ia dapat
mengeratkan lagi siratulrahim warga penduduk Horizon Livia Bandar Mahkota Banting. Selain
itu, ia boleh dijadikan sebagai satu jalan dalam memperkenalkan hasil kerja Ahli Jawatankuasa
Persatuan Penduduk Horizon Livia Bandar Mahkota Banting kepada semua penduduk taman
ini. Perkara yang lebih diutamakan adalah pembabitan setiap warga Horizon Livia Bandar
Mahkota dalam menjayakan majlis ini dapat mewujudkan satu medium yang boleh merapat dan
mengerat hubungan antara semua warga penduduk dari pelbagai jurusan dan status.

2.0 VISI
VISI - Towards a better community

3.0 RASIONAL
Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dalam kalangan Ahli Jawatankuasa
Persatuan Penduduk Horizon Livia Bandar Mahkota Banting yang mempunyai pelbagai kaum
serta tujuan khusus untuk mencapai matlamat yang telah dirancang.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya 2023


4.2 Mengeratkan siratulrahim sesama warga Bandar Mahkota Banting
4.3 Mengenali jiran tetangga khususnya warga penduduk di Horizon Livia
4.4 Memperkenalkan hasil kerja / projek Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Horizon
Livia Bandar Mahkota Banting kepada tetamu yang hadir

5.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan beberapa gerak kerja antara
Persatuan Penduduk Horizon Livia dengan pihak berautoriti seperti Ahli Dewan Undangan
Negeri, Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbadanan Kuala Langat, Pelbagai aktiviti disusun dalam
program ini agar sifat kerjasama antara penduduk yang pelbagai kaum dapat diaplikasi dalam
kehidupan seharian.
Kertas Kerja Program “Pot Luck Raya” 2023

6.0 AJK JAWATANKUASA


(Rujuk Lampiran 1)

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 27 Mei 2023
Hari : Sabtu
Tempat : Club House Bandar Mahkota Banting

8.0 KUMPULAN SASARAN


Seluruh penduduk Jalan Mahkota 2A/2 hingga Jalan Mahkota 2A/9

9.0 ANGGARAN AGIHAN PERUNTUKAN KEWANGAN


(Rujuk Lampiran 2)

10.0 PENUTUP
Semoga kertas kerja ini dapat diluluskan bagi meningkatkan perpaduan kaum dalam kalangan
Persatuan Penduduk Horizon Livia Bandar Mahkota Banting.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NABILA) (ABRAHAM)
Setiausaha Pengerusi
Persatuan Penduduk Bandar Mahkota Persatuan Penduduk Bandar Mahkota
Banting Banting

Diluluskan oleh,
Kertas Kerja Program “Pot Luck Raya” 2023

Lampiran 1

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM POTLUCK RAYA 2023


Kertas Kerja Program “Pot Luck Raya” 2023

Lampiran 2

ANGGARAN AGIHAN PERUNTUKAN KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN
SUMBER KETERANGAN
Persatuan Penduduk Bandar Mahkota Banting RM
JUMLAH RM
PERBELANJAAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)
1 Khemah 2 RM 500
2 Meja RM
3 Kerusi RM300.00
4 Jumlah Besar RM1000.00

Jumlah keseluruhan perbelanjaan ialah RM 1000.00

Kepada

Kertas Kerja ini diluluskan dengan peruntukan kewangan sebanyak


RM…………………………….. seperti yang tertera .
Sekian, terima kasih.

You might also like