You are on page 1of 6

MAJLIS GURU BESAR ZON TO’ UBAN

PASIR MAS, KELANTAN

MINIT MESYUARAT MGB ZON TO’ UBAN BIL 1 /TAHUN 2016

Tarikh : 18 Januari 2016 (Isnin)


Masa : 11.00 pagi
Tempat : SK. To’ Uban
Pengerusi : En Mhd Zain Bin Hj Yaakob (GB Kangkong)

Kehadiran (Bilangan):

1. En Mhd Zain Bin Hj Yaakob (Guru Besar Sk Kangkong)


2. En Hassan Bin Awang (Guru Besar Sk Kelar)
3. En Mohd Shukri Bin Ibrahim (Guru Besar Sk To’ Uban)
4. En Zukri Suzita B. Yaso’ (Guru Besar Sk Bukit Jarum)
5. En Shaharum Bin Mohd Shaari (Guru Besar Sk Banggol Petai)
6. En Zakaria Bin Deris (Sk Bukit Perah)
7. Pn Rosanah Bt Abdullah (Sk Chicha Tinggi)
8. En Zulfikri (Sk Kg Baru)
1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Pengerusi mengucapkan alu-aluan dan terima kasih kepada guru-guru besar yang hadir.

1.2 Mesyuarat diadakan untuk membuat pelantikan biro dan perancangan 2016 bagi zon To’
Uban.

2.0 LAPORAN BIRO

2.1. Laporan Biro Akademik

2.1.1 Guru Besar Sk. Kelar, En Hassan Bin Awang selaku memaklumkan
Kursus Penataran KSSR untuk guru- guru Zon To’ Uban akan diadakan secepat
mungkin berdasarkan ketetapan berikut:
 Bahasa Inggeris – Pn Ayu
 Matematik – En Rozlan
 Sains – EN, Bendang Pauh
 Bahasa Melayu – En Zawawi, Sk Sri Kiambang

Tindakan: JU berkenaan

2.1.2 En Hassan Bin Awang memaklumkan taklimat Penataran Matapelajaran UPSR


2016 akan diadakan secepat mungkin. Beliau memaklumkan anggaran kos yang
dijangka diperlukan bagi kursus Penataran Matapelajaran UPSR 2016 adalah
seperti berikut:
 Penceramah - RM 150 X 4 = RM 600.00
 Peserta - RM 3 X 8 = RM 24.00
___________________________________
RM 624.00
___________________________________

Tindakan: En Hassan & En Zakaria


2.2 Laporan Biro Kokurikulum

2.2.1 Guru Besar Sk To’ Uban, En Shukri Bin Ibrahim memaklumkan sijil dan medal
untuk aktiviti kokurikulum seperti sukan akan disumbangkan oleh pihak zon.
Manakala makan minum pelajar ditanggung oleh pihak sekolah masing-masing.

Tindakan: Biro Kokurikulum

2.2.2 En Shukri Bin Ibrahim memaklumkan kadar tuntutan minyak kereta dan makan
minum murid untuk aktiviti kokurikulum peringkat zon, daerah atau negeri adalah
seperti berikut :
 Kadar minyak ke Pasir Mas - RM 15.00
 Kadar minyak ke Kota Bharu - RM 25.00
( 4 orang murid bagi sebuah kereta)
 Makan minum untuk separuh hari - RM 5.00 seorang
 Makan minum untuk sehari - RM 8.00 seorang

2.3 Laporan Biro Perkembangan Staff

2.3.1 En Shaharum b. Mohd Shaari memaklumkan kursus PdP abad 21 akan diadakan
dan tarikh akan dimaklumkan semula setelah dipersetujui Dr Zunaidah, Pegawai
PPD Pasir Mas.
Tindakan: En Shaharum b. Mohd Shaari

3.0 LAPORAN KEWANGAN

3.1. En Zakaria Bin Deris memaklumkan baki zon sehingga hari ini adalah RM 487.24.

3.2. Ahli mesyuarat bersetuju menetapkan setiap sekolah memberi sumbangan kepada zon iaitu
sekolah Gred A sebanyak RM 500.00, manakala sekolah kurang murid sebanyak RM
450.00.
Tindakan: Semua Guru Besar
3.3 En Hassan Bin Awang mencadangkan untuk melantik penolong setiausaha daripada
kalangan guru.

3.4 Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengutip sumbangan RM 100.00 daripada setiap guru
besar Zon To’ Uban untuk pasukan olahraga.
Tindakan: Semua Guru Besar

4.0 PENYUSUNAN BIRO

4.1 Majlis Guru Besar Zon To’ Uban telah bersetuju untuk menetapkan biro-biro bagi tahun
2016 seperti berikut:
 Biro Kokurikulum - Sk To’ Uban
 Bendahari - Sk Bukit Perah
 Biro Setiausaha - Sk Bukit Jarum
 Biro Akademik - Sk Kelar
 Timbalan - Sk Banggol Petai
 Biro Perkembangan Staff - Sk Chicha Tinggi
 Biro Agama - Sk Kg Baru

Tindakan: Semua Guru Besar


4.2 En Zakaria Bin Deris dilantik sebagai bendahari zon bagi
5.0 PERANCANGAN 2016

5.1 Pengerusi meminta semua Guru Besar membentangkan target UPSR 2016 sekolah
masing-masing.

5.2 Jadual berikut merupakan target UPSR bagi setiap sekolah Zon To’ Uban yang telah
dibentangkan semasa mesyuarat.
SEKOLAH TARGET 6A PERATUS LULUS GPS
Sk Kelar 15 100% 1.59
Sk Bukit Jarum 12 100% 1.70
Sk Bukit Perah 6 85% 1.80
Sk Kangkong 14 96% 1.85
Sk To’ Uban 20 86% 1.70
Sk Banggol Petai 3 80%
Sk Chicha Tinggi 9 90.48% 1.83
Sk Kg Baru 6 87.40% 1.9

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1. En Zukri Suzita B. Yaso’ mencadangkan mesyuarat zon diadakan lebih kerap terutama
apabila setiap kali ada isu yang timbul.

7.0 PENUTUP

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua dan mengharapkan semua ahli
mengambil tindakan yang sewajarnya.Mesyuarat ditangguh pada pukul 12.30pm.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

………………………………………. ………………………………
Zukri Suzita B. Yaso’ En Mhd Zain Bin Hj Yaakob
Setiausaha MGB Zon To’ Uban Pengerusi MGB Zon To’ Uban

You might also like