You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT

AHLI JAWATANKUASA
TABIKA KEMAS CERIA
BIL 1/2023

Tarikh : 8 Januari 2023 / 15 Jamadil akhir 1444


Hari : Ahad
Masa : 2.00 Petang
Tempat : TABIKA KEMAS Ceria

1
TABIKA KEMAS Ceria
Kampung Ceria Selalu,
86000, Kluang, Johor

Surat Tuan :
Surat Kami : TBKM/SR/9012/100 ( )
Tarikh : 1 Januari 2023
8 Jamadil akhir 1444
Kepada,

PENGERUSI ,
AHLI JAWATANKUASA ,
TABIKA KEMAS CERIA

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYURAT AHLI JAWATANKUASA TABIKA KEMAS CERIA BAGI


TAHUN 2023

Merujuk kepada perkara yang diatas,

Sukacita dimaklumkan TABIK KEMAS Ceria akan mengadakan Mesyurat Ahli Jawatankuasa
Bagi Tahun 2023 pada tarikh dan ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 8 Januari 2023


Hari : Ahad
Masa : 2.00 -5.00 Petang
Tempat : TABIKA KEMAS Ceria

2. Sehubungan dengan itu,pihak TABIKA KEMAS Ceria berbesar hati menjemput


Tuan/Puan ke mesyuarat tersebut.

3. Di harapkan Tuan/ Puan dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut. Kerjasama
dari pihak Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


"LUAR BANDAR SEJAHTERA"

Saya yang menjalakan amanah,

…………………………………………….
Nor Rashidah Binti Mohd Ali
Pendidik Masyarakat TABIKA KEMAS Ceria,
Kluang
Sk : PKD / PP PAK ............................
2
AGENDA MESYUARAT

2.00 Tengahari:

 Ucapan Pengerusi TABIKA KEMAS

 Pengesahan Minit Mesyuarat

 Pembentangan Unjuran Perbelanjaan Kewangan TABIKA

 Hal-hal lain

 Ucapan penangguhan mesyuarat

 Majlis bersurai

3
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
TABIKA KEMAS CERIA
BIL 1/2023

Tarikh : 8 Januari 2023 /15 Jamadil akhir 1444

Hari : Ahad

Masa : 2.00 Petang

Tempat : TABIKA KEMAS Ceria

Kehadiran :

HADIR

1. Kembris Bin Mokri - Pengerusi

2. Nor Rashidah Binti Mohd Ali - Bendahari

3. Noramazliana Binti Shawal - Pemeriksa Kira-kira 1

4. Halim Bin Jusoh - Pemeriksa Kira-kira 2

5. Ahmad Bin Abdul - Ahli Jawatankuasa

6. Baharudin Bin Bahar - Ahli Jawatankuasa

7. Nurzalikha Binti Ishak - Ahli Jawatankuasa

8. Ahziera Binti Ahmad - Ahli Jawatankuasa

9. Alia Binti Ahmad - Ahli Jawatankuasa

10. Sukmawati Binti Mohd - Setiausaha (Pencatat Minit)

TIDAK HADIR DENGAN MAAF

1. Mohd Izwan Bin Razif - Ahli Jawatankuasa

4
I. UCAPAN ALU-ALUAN

1. Pengerusi mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan kepada


semua yang hadir pada hari ini.
2. Beliau memohon maaf atas sebab kekangan masa beliau tidak dapat memberi
komitmen pada aktivit TABIKA sebelum ini.

Makluman Semua Ahli Jawatankuasa

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat Jawatankuasa TABIKA KEMAS Ceria Bil 4/2022 telah dibentangkan
oleh Puan Sukmawati binti Mohd selaku Setiausaha TABIKA dan disokong oleh
Norzalikah Binti Ishak selaku Ahli Jawatankuasa serta disahkan oleh Ahmad Bin Abdul
selaku Ahli Jawatankuasa.

III. PEMBENTANGAN KEWANGAN

1. Pembentangan Perbelanjaan Bulan Oktober hingga Disember 2022


1.1 Bendahari TABIKA KEMAS Ceria, Puan Nor Rashidah binti Mohd Ali telah
membentangkan perbelanjaan bagi bulan Oktober hingga Disember 2022
seperti berikut:

BULAN UNJURAN TERIM TERIMA BELANJA BAKI BAKI


BELANJA A BANK (RM) TUNAI BANK
(RM) TUNAI (RM) (RM)
OKTOBER 1500.00 500.00 1200.00 1550.00 150.0 4100.00
0
NOVEMBE 2250.00 500.00 1650.00 2250.00 50.00 2450.00
R
DISEMBER 850.00 400.00 450.00 880.00 20.00 2000.00

5
1.2 Pn. Nor Rashidah binti Mohd Ali selaku Bendahari memaklumkan baki
tunai berakhir 31 Disember 2022 adalah sebanyak RM20.00 dan baki di
bank sebanyak RM 2000.00.

1.3 Pn. Nor Rashidah binti Mohd Ali selaku Bendahari memohon kebenaran
kepada pengerusi dan semua AJK untuk menggunakan baki di bank untuk
perbelanjaan bulan Januari 2023.
1.4 Pn. Norashidah binti Mohd Ali selaku Bendahari memohon pengeluaran
wang dari bank sebanyak RM2475.00 bagi menampung perbelanjaan
bagi bulan Januari dan Februari 2023.

2. Pembentangan unjuran Perbelanjaan Program Bantuan Makanan Tambahan


(PBMT)
2.1 Bendahari meminta semua Ahli Jawatankuasa merujuk unjuran
perbelanjaan Fasa 1 bagi bulan Januari hingga Jun 2023 seperti pada
jadual berikut :

ANGGARAN
JUMLAH PENGELUARAN
BULAN PERBELANJAAN PBMT
(RM)
(RM)
Januari 1,200.00 1,200.00
Februari 660.00 660.00
Mac 540.00 540.00
April 1,140.00 1,140.00
Mei 1,260.00 1,260.00
Jun 1,080.00 1,080.00
JUMLAH 5,880.00 5,880.00

2.2 Jumlah anggaran perbelanjaan bagi bulan Januari hingga Jun 2023
adalah sebanyak RM 5,880.00.
2.3 Bendahari memohon persetujuan daripada semua Ahli Jawatankuasa
TABIKA untuk membuat pengeluaran setiap bulan berdasarkan jumlah di
atas.

6
2.4 Sekiranya terdapat perubahan jumlah pengeluaraan, bendahari akan
memaklumkan semula kepada semua Ahli Jawatankuasa TABIKA
semasa pembentangan kewangan di mesyuarat Ahli Jawatankuasa
TABIKA Bil 2/2023.

3. Bendahari membentangkan anggaran pendapatan tunai daripada sumbangan


waris adalah seperti berikut :

ANGGARAN SUMBANGAN WARIS


BULAN
(RM)

Januari 600.00
Februari 600.00
Mac 600.00
April 600.00
Mei 600.00

3.1 Jun 600.00 Jumlah


JUMLAH 3,600.00
sumbangan bulanan yang telah ditetapkan melalui mesyuarat Agung
TABIKA kali ke-16 adalah sebanyak RM 20.00
3.2 Jumlah anggaran kutipan adalah berdasarkan jumlah semasa kanak-kanak
yang mendaftar di TABIKA KEMAS Ceria.

Makluman Semua Ahli Jawatankuasa

IV. PERANCANGAN AKTIVITI

1. Majlis Apresiasi Parlimen Sembrong


Majlis akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 12 Februari 2023
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Makluman Semua Ahli Jawatankuasa

7
2. Majlis Apresiasi TABIKA KEMAS Ceria
2.1 Guru memaklumkan Majlis tersebut dirancang akan dibuat pada 15
Februari (Rabu) bertempat di Dewan Seri Siantan
2.2 Perancangan program dan unjuran perbelanjaan bagi Majlis tersebut
boleh rujuk pada Kertas Kerja Program yang di edarkan

Tindakan Semua Ahli Jawatankuasa

3. Pemilihan pendaftaran kanak-kanak


3.1. Guru memaklumkan sebanyak 50 borang pendaftaran diterima pada
tahun 2023. Setelah membuat tapisan, seramai 30 orang kanak-kanak
sahaja yang telah memenuhi syarat kelulusan pendaftaran.

TIDAK
PERMOHONAN LULUS
LULUS
4 TAHUN 19 6 13

5 TAHUN 17 10 7

6 TAHUN 14 14 0

JUMLAH 50 30 20

3.2. Guru membentangkan unjuran kanak-kanak mengikut umur yang telah


lulus tapisan adalah seperti berikut :

4 5 6
  JUMLAH
TAHUN TAHUN TAHUN
PEREMPUAN 3 5 6 14

LELAKI 3 5 8 16

JUMLAH 30

8
Makluman Semua Ahli Jawatankuasa

V. HAL-HAL LAIN

1. En. Kembris bin Mokri selaku Pengerusi berharap agar semua Ahli Jawatankuasa
dapat bergerak secara aktif dan memberi Kerjasama pada semua aktiviti yang
dirancang pada tahun 2023.

Tindakan Semua Ahli Jawatankuasa

VI. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kehadiran semua Ahli
Jawatankuasa TABIKA pada hari ini. Mesyuarat di tangguhkan pada jam 4.00 petang.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

Nama : Puan Sukmawati Binti Mohd Nama : En, Kembris Bin Mokri
Jawatan : Jawatan :
Setiausaha Pengerusi
TABIKA KEMAS CERIA TABIKA KEMAS CERIA

9
Tarikh : Tarikh :

10

You might also like