You are on page 1of 5

KERTAS PERTIMBANGAN

DATO’ PENGERUSI KELAB TASIK PUTRAJAYA

CADANGAN MENGADAKAN AKTIVITI BULANAN BAGI BULAN OGOS 2023


“PUTRAJAYA LAKE CLUB MERDEKA PADDLE DAY 2023”

1. TUJUAN

Kertas ini adalah bertujuan untuk mendapat pertimbangan dan persetujuan


YBhg. Dato’ Pengerusi untuk mengadakan aktiviti bulanan bagi bulan Ogos iaitu
Putrajaya Lake Club Merdeka Paddle Day 2023.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Cadangan pelaksanaan Putrajaya Lake Club Merdeka Paddle Day 2023
ini merupakan penganjuran kali ke-3 oleh Kelab Tasik Putrajaya.

2.2 Pada penganjuran edisi yang lepas iaitu pada tahun 2022, penganjuran
aktiviti ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga
seramai 250 orang peserta di mana mereka terdiri daripada ahli kelab,
peserta luar dan juga penyertaan daripada atlet sukan air yang
berpangkalan di Kelab Tasik Putrajaya.

2.3 Sempena cadangan penganjuran aktiviti ini dalam bulan kemerdekaan,


pihak kelab bercadang untuk mengekalkan konsep penganjuran yang
sama seperti edisi lepas iaitu setiap peserta perlu mengibarkan bendera
Malaysia iaitu meletakkan bendera di fasiliti sukan yang mereka gunakan
sama ada kayak, perahu panjang, rowing dan juga bot stand up paddle
(SUP) semasa berkayuh.Pada tahun ini, pihak kelab bercadang untuk
memasukkan satu lagi fasiliti sukan air yang baru iaitu Kapal Layar yang
akan memeriahkan lagi acara ini. Selain itu juga, pihak kelab amat
mengalu-alukan para peserta yang ingin membawa fasiliti persendirian
seperti membawa kayak dan bot SUP. Setiap peserta dikehendaki
mendayung sejauh 14 kilometer mengelilingi tasik Putrajaya dan dijangka
mengambil masa sekitar dua ke tiga jam.

2.4 Sehubungan itu, pihak kelab ingin menganjurkan Putrajaya Lake Club
Merdeka Paddle Day 2022 ini untuk mempelbagaikan lagi aktiviti tahunan
kelab dan secara tidak langsung dapat memberi nilai tambah kepada
faedah keahlian yang ditawarkan kepada ahli kelab selama ini.

2.5 Penyertaan ini juga akan turut di buka kepada bukan ahli kelab.

1|Muka
3. CADANGAN DAN ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut:

3.1.1 Memberi peluang kepada ahli Kelab Tasik Putrajaya menyertai


Putrajaya Lake Club Merdeka Paddle Day 2023 yang dianjurkan
oleh Kelab Tasik Putrajaya;

3.1.2 Mengeratkan hubungan di antara ahli kelab dan bukan ahli kelab
semasa penganjuran ini diadakan; dan

3.1.3 Mempromosikan Kelab Tasik Putrajaya secara tidak langsung


kepada bukan ahli kelab yang menyertai kejohanan ini.

3.2 Maklumat berkenaan kejohanan adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 Ogos 2020 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Lokasi : KTP – Core Island – KTP

Anggaran Peserta : 280 Orang

3.3 Bagi melaksanakan kejohanan ini, anggaran kos yang terlibat adalah
seperti di Lampiran ‘A’.

3.4 Peta laluan untuk aktiviti ini adalah seperti di Lampiran ‘B’

2|Muka
4. SYOR

4.1 YBhg. Dato’ Pengerusi adalah dimohon untuk menimbang serta


meluluskan seperti berikut:

4.1.1 Penganjuran Putrajaya Lake Club Merdeka Paddle Day 2020


seperti cadangan di para 3.0 di atas; dan

4.1.2 Meluluskan anggaran perbelanjaan seperti di Lampiran ‘A’.

DISEDIAKAN OLEH : DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

(NUR SYAZWAN KENNY (MOHD KHIRUL FAIZAN) (ANWAR BIN MOHAMED)


YUSOFF) Pengurus Kapten
Penolong Pengurus Kelab Tasik Putrajaya Kelab Tasik Putrajaya
Kelab Tasik Putrajaya

Tarikh : Tarikh: Tarikh:

KERTAS PERTIMBANGAN
3|Muka
PENGERUSI KELAB TASIK PUTRAJAYA

CADANGAN MENGADAKAN AKTIVITI BULANAN BAGI BULAN OGOS 2022


“PUTRAJAYA LAKE CLUB MERDEKA PADDLE DAY 2022”

5. ULASAN OLEH SETIAUSAHA KELAB

……………………………………………………………………….…………………………….

………………………………………………………………………………………………………

[SHAMSHUL JOEHARI BIN ZAINAL MOKHTAR]


Setiausaha
Kelab Tasik Putrajaya
Tarikh:

6. ULASAN OLEH BENDAHARI KELAB

……………………………………………………………………….……………………………..

………………………………………………………………………………………………………

[PUAN SUHAILA BINTI ELEAS]


Bendahari
Kelab Tasik Putrajaya
Tarikh:

7. KEPUTUSAN

7.1 Bersetuju/Tidak bersetuju dengan syor di para 4.1

7.2 Bersetuju dengan syarat:

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

[DATO’ TPr. FADLUN BIN MAKUJUD]


Pengerusi
Kelab Tasik Putrajaya

Tarikh :
Lampiran ‘A’

4|Muka
ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN.

1.1 Maklumat perbelanjaan adalah seperti di bawah :

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Sarapan Pagi (Sandwich, Air Kotak, kuih 2 jenis) 1,800.00
 RM 6.00 x 300 orang peserta
2 Pack Food (Semasa berkayuh – Roti, Air Mineral, 100
Plus, Pisang)
 RM 6.00 x 300 orang peserta 1,800.00
3 Makan Tengah Hari (Bungkus)
 RM 12.00 x 300 orang peserta 3,600.00
2 T-Shirt Peserta
 RM 25.00 x 320 orang peserta 8,000.00
4 Pembelian Bendera (Lumpsum)
 RM 5.00 x 250 Helai 1,250.00
5 Imbuhan kepada Pihak Keselamatan
 RM 250.00 – Polis Marin Putrajaya
 RM 250.00 – Persatuan Kanu Putrajaya 750.00
 RM 250.00 – Unit Tasik, Perbadanan Putrajaya
6 Minyak Boat dan Sewaan Boat ASMA
 RM 500.00 x 1 unit 500.00
JUMLAH RM 17.700.00

1.2 Maklumat pendapatan adalah seperti di bawah :

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Peserta Ahli
 RM 85.00 x 50 orang peserta 4,250.00
2 Peserta Bukan Ahli
 RM 105.00 x 230 orang peserta 24,150.00
JUMLAH 28,400.00

LAMPIRAN B
5|Muka

You might also like