You are on page 1of 1

SMKSAB.Ps.

03/13/003( )
26 APRIL 2017
Kepada

Pengarah
Kolej Komuniti Baling
09100 Baling, Kedah

u/p : Ustaz Husba Khairi bin Hussin

Tuan,

PERMOHONAN PENCERAMAH BAGI MENGENDALIKAN KURSUS PENGURUSAN JENAZAH (PELAJAR)


DI SMK SYED ABU BAKAR, BALING, KEDAH.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar akan mengadakan program
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH (PELAJAR) bagi memberi pendedahan asas kepada para pelajar berkaitan
pengurusan jenazah.

3. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 29 April 2017 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Sasaran : 100 orang (pelajar)
Tempat : Dewan SMK Syed Abu Bakar

4. Sehubungan itu, saya dengan besar hati ingin menjemput pihak tuan bersama fasilitator pelajar untuk
mengendalikan program tersebut.

5. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

............................……
(ABDUL WAHID BIN ABD RAHMAN)
Pengetua
Sek. Men. Keb. Syed Abu Bakar
09100 Baling, Kedah

s/k : Fail Panitia PI

smksab/lyn

You might also like