You are on page 1of 2

MASJID ABDUL RAHMAN LIMBONG

KUALA TELEMONG, HULU TERENGGANU


TERENGGANU DARUL IMAN Emel:abdulrahmanlimbongktel@gmail.com

Ruj. Kami : MARL.JKM/02/13 BHG.2 ( )


Tarikh : 27 Disember 2018
Bersamaan : 19 RabiulAkhir 1440H
Kepada:
Penghulu Mukim Kuala Telemong,
Puan Guru Besar SK Kuala Telemong,
Pengerusi PIBG SK Kuala Telemong,
Ibubapa/Penjaga Murid,
Pengerusi Masjid Abdul Rahman Limbong,
Ahli Jawatankuasa Masjid Abdul Rahman Limbong,
Jawatankuasa Lajnah Dakwah, Amal Maaruf Nahi Mungkar & Pendidikan,
Jawatankuasa Lajnah Wanita,

Assalamualaikum Wbt,
Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM JILUL AL-QURAN (GENERASI AL-QURAN) MURID SK
KUALA TELEMONG SEMASA CUTI PENGGAL AKHIR PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2018.

Dengan hormat dan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman, pihak kami telah mengadakan Program Jilul Al Quran untuk murid-murid SK Kuala Telemong demi
membangunkan modal insan yang islamik dan berakhlak mulia. Program ini telah dijayakan bersama oleh pihak sekolah dan
juga pihak-pihak lain yang turut memberi sumbangan tenaga, fizikal dan juga moral.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput bagi menghadiri majlis perasmian penutup program tersebut yang akan
diadakan mengikut ketetapan seperti berikut.

Tarikh : 29 Disember 2018


Hari : Sabtu
Masa : 2. 45 petang
Tempat : : Masjid Abdul Rahman Limbong,Kuala Telemong.

4. Kesudian tuan/puan hadir dalam menjayakan program ini amat diharapkan dan kami dahulukan dengan ucapan terima
kasih.

Sekian,terima kasih.

Saya yang memegang amanah,

(ISMAIL BIN NGAH)


Setiausaha II
Jawatankuasa Masjid Abdul Rahman Limbong
Kuala Telemong

MAKLUMAN:
Diminta memberi ucapan :-
1. Puan Guru Besar SK Kuala Telemong – Ucapan Perasmian Penutup
2. Tuan Haji Hashim Bin Mohd- Ucapan Aluan.
TENTATIF PROGRAM
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
PROGRAM JILUL AL-QURAN

3.00 Petang  Jemputan dan hadirin mengambil tempat.


 Ucapan pembukaan oleh Tuan Pengerusi Majlis (Tuan
Haji Ramlee Che Awang)
 Ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi Masjid (Tuan Haji
Hashim Bin Mohd)
 Ucapan oleh Ustaz Mohamad bin Awang (Pencapaian
Murid)
 Ucapan perasmian penutup oleh Puan Guru Besar SK
Kuala Telemong
 Penyampaian Sijil kepada murid
 Penyampaian cenderahati kepada semua tenaga pengajar
 Bacaan doa penutup
 Jamuan petang
 Solat Asar berjemaah
 Majlis bersurai

Sekalung budi, setinggi kasih:

1. Pengarah Yayasan Islam Terengganu


2. Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu
3. Puan Guru Besar SK Kuala Telemong
4. Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid Abdul Rahman Limbong,
Kuala Telemong
5. Tenaga-tenaga pengajar Program Jilul Al Quran
6. Jawatankuasa Lanjah Wanita
7. Ibubapa / Penjaga murid-murid yang terlibat
8. Murid-murid (peserta Jilul Al Quran)
9. Kesemua individu yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Pucuk pauh daun selaseh,


Baik budimu terima kasih.

You might also like