You are on page 1of 3

Rujukan kami: DBKL/PCBB/100-5/4/1 ( )

Tarikh : Mei 2023

Pengarah
Jabatan Penguatkuasaan

Tuan,

ADUAN BERKENAAN ISU KENDERAAN BURUK YANG TERBIAR DI JALAN


ANGSOKA DAN LORONG BELAKANG JALAN BEDARA, BUKIT BINTANG
KUALA LUMPUR. (DALAM KAWASAN BLUEPRINT PENARAFAN
KEBERSIHAN FASA 4 TAHUN 2023)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa, satu Mesyuarat Blueprint Kebersihan


Bil.1/2023 Urusetia Blueprint Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar telah
diadakan pada 08.02.2023, didapati terdapat isu kenderaan buruk yang terbiar
di kawasan Blueprint tersebut.

3. Sehubungan itu, dipanjangkan perkara ini untuk tindakan selanjutnya


pihak tuan dengan kadar SEGERA. Penarafan Blueprint yang akan datang akan
diadakan dalam bulan Mei 2023.

4. Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan gambar laporan di Lampiran 1


untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya. Kerjasama dan perhatian tuan
mengenai perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSEDIA MENYUMBANG BANDAR RAYA CEMERLANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(AHMAD IBNU SINA BIN TERMIZI)


Pejabat Cawangan Bukit Bintang
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar
b.p. Pengarah
-2-

s.k : Pegawai Khas Datuk Bandar


Pejabat Datuk Bandar

Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi)

Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek)

Pengarah
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar
LAMPIRAN 1

You might also like