You are on page 1of 3

Ulasan Dari Ahli Kumpulan - Jabatan Perancangan Pembangunan

(MPKJ-KM20231120-008)

Pengulas TN. HJ. REDUAN BIN IDRIS


Kumpulan Teknikal Jabatan Perancangan Pembangunan
Jawatan PEGAWAI PERANCANG
Tarikh & Masa 29-12-2023 12:25 PM
Lampiran Tiada

“BERETIKA KEHIDUPAN BERKUALITI” MPKj.OSC/A10/1/39-


2023 (3)

MPKj. OSC/BPB/1/35-
2023

Disember 2023
Pengarah
Unit Pusat Setempat (OSC)
Majlis Perbandaran Kajang

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG TEMPOH TERHAD CADANGAN LOJI


PEMBANCUH KONKRIT BESERTA KEMUDAHAN SOKONGAN LAIN (BAGI KERJA-KERJA
PEMBINAAN) BAGI MAKSUD PERENGGAN 22 (5) (A), AKTA PERANCANGAN BANDAR
DAN DESA 1976 (AKTA 172) DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 8819, MUKIM KAJANG, DAERAH
HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN BAGI TEMPOH 7 TAHUN

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan telah


disemak dan ulasan Jabatan ini adalah seperti berikut :-

Jabatan ini pada dasarnya tiada halangan dan mengesyorkan permohonan Kebenaran
Merancang bagi pembangunan ini diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut :-

a) Meminda tajuk permohonan kelulusan kebenaran merancang ini untuk tempoh terhad 3
tahun dan pemohon dikehendaki mengembalikan tapak kepada keadaan asal selepas
tempoh tamat.
b) Loji pembancuh konkrit hanya dibenarkan beroperasi untuk membancuh konkrit kepada
pembangunan yang sedang dijalankan di atas lot 8826 milik pemohon yang sama.

c) Tidak menimbulkan kacau ganggu kepada kawasan perumahan berhampiran


Pangsapuri Green Villa dan Taman Tropika.

d) Memagar sekeliling tapak dengan ketinggian yang ditentukan oleh Jabatan Kawalan
Bangunan, MPKj.

e) Mendapatkan ulasan dan sokongan daripada Jabatan teknikal yang berkaitan sebelum
pelan susunatur diperakukan.

3. Untuk makluman juga, syarat-syarat / ulasan yang dinyatakan di atas merupakan


maklumbalas awal sebelum dibawa Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat. Jabatan ini masih
boleh menambah syarat-syarat / ulasan yang dirasakan perlu sebelum mesyuarat tersebut
bersidang.

4. Dikemukakan ulasan tersebut di atas untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. Kerjasama
dan perhatian pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

“#KITASELANGOR MAJU BERSAMA”

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


(TPr. HAJI REDUAN BIN IDRIS, A.M.S, P.P.T)

Pengarah
Jabatan Perancangan Pembangunan

b.p. Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kajang

You might also like