You are on page 1of 10

KAEDAH KUMPULANWANG

PENDIDIKAN AHLI PPK MERSING SELATAN

Disediakan oleh:

PPK Mersing Selatan


KM 1.5 Jalan Endau,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 07-7992925, Fax: 07-7994701
KAEDAH
KUMPULAN WANG PENDIDIKAN PPK
MERSING SELATAN

1. NAMA

Suatu dana yang dinamakan Kumpulan Wang Pendidikan PPK Mersing Selatan
diwujudkan dibawah kuasa Perkara 68 (ii) (h) Perlembagaan Pertubuhan
Peladang Kawasan setelah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PPK pada
tarikh 21/08/2004 Kumpulan Wang ini berkuatkuasa pada tarikh ia didaftarkan
oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang.

2. TAFSIRAN

Di dalam kaedah ini melainkan perkataanya membawa makna lain:-

“Ahli” ertinya ahli PPK Mersing Selatan yang layak dibawah Akta 109 dan
Perlembagaan PPK.

“AJK” ertinya Ahli Jawatankuasa yang mengurus dan mengawalselia Kumpulan


Wang ini.

“Derma” ertinya pemberian wang tunai atau benda dari Kumpulan Wang ini samaada
sebagai bantuan, galakan atau anugerah kepada penerima.

“Kaedah ini” ertinya Kaedah, mengurus dan mengawal selia Kumpulan Wang
Pendidikan PPK.

“Keluarga Ahli” ertinya ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak kandung dan anak-anak
angkat yang sah di sisi undang-undang.

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Pertubuhan Peladang.

“Pengerusi” ertinya Pengerusi AJK Kumpulan Wang Pendidikan PPK.


“PPK” ertinya Pertubuhan Peladang Kawasan Mersing Selatan yang didaftar dibawah
Akta Pertubuhan Peladang (Akta 109).

3. PEMAKAIAN KUMPULAN WANG

1. Pemakaian Kumpulan Wang ini terhad kepada ahli-ahli dan keluarga ahli sahaja,
ianya ini tidak boleh dijadikan satu hak.

4. TUJUAN

Tujuan Kumpulan Wang ini untuk mewujudkan dana serta memberi bantuan galakan atau
anugerah kepada ahli dan keluarga ahli dałam:-

a) Meningkatkan keilmuan samaada akademik atau bukan akedemik.

b) Urusan pendidikan vokasional, persekolahan atau pengajian tinggi di dałam atau


luar negara.

c) Menambah ilmu dałam meningkatkan sosio-ekonomi ahli, keluarga ahli dan


PPK.

d) Meningkatkan pencapaian akademik.

e) Dan lain-lain yang difikirkan sesuai oleh PPK dengan tujuan meningkatkan
keilmuaan dan kemahiran.

5. SUMBER KEWANGAN

1. Kumpulan Wang ini boleh menerima sumbangan dari:-

a) Peruntukan Keuntungan Bersih Tahunan PPK.

b) Kerajaan.

c) Swasta

d) Ahli dan Bukan Ahli

6. AKAUN
1. PPK hendaklah membuka dan menyelenggara rekod akaun yang berasingan bagi
Kumpulan Wang ini. Suatu akaun bank yang berasingan boleh diwujudkan jika
perlu.

2. Jika suatu akaun bank berasingan diwujudkan, tandatangan pengendali akaun ini
hendaklah sama dengan tandatangan pengendalian akaun PPK.

3. Tahun Kewangan Kumpulan Wang ini hendaklah bermula dari 1 hb. Januari dan
berakhir 31 hb. Disember setiap tahun.

4. Akaun Kumpulan Wang ini hendaklah disatukan dan diaudit sebagai akaun PPK
setiap tahun.

7. JAWATANKUASA

ı. Kumpulan Wang ini hendaklah diuruskan oleh atu Jawatankuasa yang di lantik oleh
Mesyuarat Jemaah Pengarah terdiri daripada:-

a) Seorang Pengerusi terdiri dari salah seorang Jemaah Pengarah PPK dan

b) Pengurus Beşar atau seorang Pengurus Bahagian PPK hendaklah


menjadi setiausaha dan

c) 3 orang ahli Jawatankuasa terdiri dari satu (I) orang Jemaah Pengarah
dan mana-mana dua (2) orang ahli yang dilantik oleh Mesyuarat Jemaah
Pengarah PPK.

2. Tempoh perkhidmatan AJK ini hendaklah tidak melebihi dua tahun, AJK hendaklah
dilantik oleh Mesyuarat Jemaah Pengarah PPK didalam Mesyuarat Jemaah Pengarah
yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan PPK bagi tempoh itu.

3. AJK ini hendaklah tamat tempoh perkhidmatannya pada tarikh dan masa tamatnya
perkhidmatan Jemaah Pengarah yang melantik AJK ini atau diputuskan oleh Mesyuarat
Jemaah Pengarah.

8. KELAYAKAN PENERIMA DERMA

1. Ahli dan keluarga, bagi ahli PPK yang keahlianya dan telah menjadi ahli tidak
kurang dari satu tahun genap serta tidak gagal membayar semua yuran tahunan
bagi tahun-tahu yang lepas dan semasa.
2. Tidak sengaja enggan atau cuai membayar hutang PPK seperti perjanjian
pinjaman.

3. Bagi suami, isteri dan keluarga masing-masing menjadi ahli, hanya satu
bantuan diberikan atas keahlian mereka bagi setiap satu kelayakan bantuan

4. Tempoh masa memohon derma ini ialah 3 bulan dari berlakunya peristiwa
yang membolehkan tuntutan dibuat.

5. Tuntutan ke atas tabung ini bukanlah hak mutlak ahli tetapi sumbangan ikhlas
daripada PPK.

6. Tertakluk kepada lain-lain syarat yang diwajibkan oleh PPK.

9. BENTUK BANTUAN

1. Derma boleh dikeluarkan dalam bentuk wang tunai atau benda.

2. PPK boleh megubah nilai wang tunai atau bentuk bantuan berdasarkan
keupayaan dan keseuaian.

3. Jemaah Pengarah dan AJK boleh membentuk satu Skop dan nilai derma dan
hadiah berdasarkan keupayaan serta kemampuan Kumpulan Wang ini.

10. KUASA MEMENTUKAN AMUN DAN MELULUSKAN

1. Kuasa menentukan amun serta meluluskan derma dari Kumpulan Wang


terletak kepada Mesyuarat Jemaah Pengarah, walau bagaimanapun Mesyuarat
Jemaah Pengarah boleh mewakilkan kuasa meluluskan bantuan ini kepada AJK
dengan menetapkan nilai maksimum.

2. Sekurang-kurangnya lapan puluh peratus (80%) dari amaun yang diperuntukan


pada tahun itu boleh dibelanjakan dalam tahun itujuga.

11. PERTIKAIAN

1. Sebarang pertikaian hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada


Pengerusi Jemaah Pengarah PPK untuk penyelesaian.
2. Jika PPK tidak dapat menyelesaikanya pertikaian tersebut
hendaklah dirujuk kepada Pendaftar.

12. LAIN-LAIN

1. PPK boleh membayar saguhati atau elaun kepada semua AJK ini
mengikut Fasal 52 (l) Perlembagaan PPK.

2. Semua permohonan derma dari Kumpulan Wang ini hendaklah


menggunakan borang KwPel-l.

3. Mesyuarat Jemaah Pengarah PPK berhak membeku perlaksanaan


tabung ini sekiranya kewangan PPK dan kewangan Kumpulan
Wang ini tidak lagi mampu memenuhi tujuan penubuhan tabung
ini.

21/08/2004
Kaedah ini diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PPK pada . .

Disahkan

Nama: ROSLEE B DAHLAN Nama: SADRI B YUSOFF Nama: ABDULLAH B IBRAHIM


Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Ahli Jemaah Pengarah
PPK Mersing Selatan PPK Mersing Selatan PPK Mersing Selatan
.

HAJi
LAMPIRAN B: Skop dan Nilai Derma Pendidikan (Hendaklah menjadi sebahagian dari
Kaedah ini)

AKTIVITI PERUNTUKAN (RM)


(MAKSIMUM)
1. Hadiah Keputusan Cemerlang

a) STPM / STA Setiap A- RM 30


Setiap B- RM 20

Setiap A- RM 20
b) SPM / SPVM / 4 Thanawi
Setiap B- RM 15

c) PMR Setiap A- RM 15
Setiap B- RM 10

d) UPSR Setiap A- RM 10
Setiap B- RM 5
2. Bantuan / Galakan Kolej atau Universiti
Setiap orang RM 200
a) Maktab

b) Universiti Setiap orang RM 300

3. Mengadakan kursus kemahiran dan Motivasi RM 500/Tahun

4. Mengadakan lawatan sambil belajar


RM 10 000/ Tahun
5. Menganjurkan kursus keilmuan dalam agama
RM 5,400/ Tahun
RM 30 x 15 unit x 12 bulan

6. Menaja ahli mengikut korsus usahawan RM 500/ Tahun


Lampiran A : Borang KWKA - I
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN MERSING SELATAN
BORANG MENUNTUT BANTUAN DARI
KUMPULANWANG KEBAJIKAN AHLI

A. MAKLUMAT PERMOHONAN:
ı. Butiran Permohon:

a. Nama dan No. Kad Pengenalan:

b. Alamat:

c. Nombor Ahli:

d. Unit Peladang:

2. Tuntutan:

a. Justifikasi Permohonan (Nyatakan) …………………………………………………….


…………………………………………………………………………………………..

3. Maklumat Sokongan:

a. Sijil Kematian / Laporan Polis / Bil Hospital / Dsb


………………………………………………………………………………………………

Tandatangan Pemohon ……………………….Tarikh …………………………………………

B. SEMAKAN DAN PENGESAHAN:


l. Saya ……………………………………. Bertugas sebagai ……………………………….
telah memeriksa maklumat dan dokumen diatas dan mendapatinya benar/tidak benar oleh itu
memanjangkan permohonan ini untuk pertimbanga AJK Kebajikan,
Tarikh …………………………………. Tandatangan / Cop …………………………………
C. KEPUTUSAN:
1. Tarikh Mesyuarat AJK Kebajikan …………………………………………….

2. Bersetuju dibawa ke Mesyuarat Jemaah Pegarah pada…………………………

3. Di sokong untuk di luluskan sebanyak RM ……………………………………

4. Tidak di sokong kerana …………………………………………………………

Tanda Tangan: ………………. ..………………… …………………….


i) Pengerusi ii) AJK iii) AJK

DIREKOD: Dibayar melalui baucer no ………………….Tunai/ Cek No. ………………

Tarikh ………………….. oleh …………………………..

You might also like