You are on page 1of 7

KELAB GURU DAN STAF SESI 2018/2019

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN STAF


SEMAKAN KALI PERTAMA

1. NAMA KELAB
Kelab Kelab Guru & Staf SMK Guar Chempedak, 08800 Guar Chempedak, Kedah
(KGS SMKGC)

2. OBJEKTIF
Menjadi kelab yang berupaya dalam memperjuangkan hak guru-guru dan
kakitangan serta dapat menjaga kebajikan ahli-ahli kelab dari segi sosial, ekonomi,
masalah semasa yang timbul serta pendidikan mengikut undang-undang sedia ada.

3. MISI KELAB
Sentiasa INISIATIF; merancang dan melaksana pelbagai program berfaedah ,
motivasi ke arah melahirkan warga KGS SMKGC yang lebih efektif, progresif dan
dinamik selaras untuk meningkatkan profesion pendidikan dan dalam masa yang
sama melindungi serta memperjuangkan hak setiap ahli kelab.

4. KEAHLIAN
Semua guru-guru SMK Guar Chempedak dan kakitangan (staf sokongan) secara
automatik menjadi ahli kelab.

5. YURAN KEAHLIAN
Kadar bayaran yuran tahunan adalah seperti berikut :
a) Guru : RM 200.00
b) Kakitangan : RM 100.00

Nota : Yuran tahunan boleh dibayar secara ansuran selama 4 kali


(Mac/Mei/Julai/Oktober) melalui Bendahari Kelab Guru dan kakitangan

1
KELAB GURU DAN STAF SESI 2018/2019

6. MESYUARAT AGUNG
6.1 Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan setahun sekali iaitu ketika mesyuarat
guru pertama dijalankan
6.2 Mesyuarat Agung hanya boleh dijalankan sekiranya kehadiran ahli tidak kurang
2/3 daripada keseluruhan ahli kelab

7. MESYUARAT TERGEMPAR
Mesyuarat tergempar boleh dilaksanakan tertakluk kepada perkara-perkara
berikut:
7.1.1 1/3 daripada ahli kelab mengemukakan usul meminta mesyuarat
tersebut diadakan
7.1.2 Jika kehadiran itu kurang daripada 1/2 jumlah ahli jawatankuasa,
mesyuarat akan digugurkan dan akan dipanggil semula selepas 14 hari
dari tarikh tersebut. Pada ketika ini, sebarang keputusan yang diambil
adalah muktamad.

8. AHLI JAWATANKUASA

Nota : Sekurang-kurangnya seorang daripada kakitangan sokongan secara


automatik menjadi Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah terdiri daripada 6 orang dan AJK terdiri daripada
9 orang termasuk kakitangan sokongan. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa mengikut
perlembagaan ini adalah seperti berikut:

8.1 Pengerusi
I Memanggil mesyuarat
II Mempengerusikan mesyuarat
III Melantik Ahli Jawatankuasa kecil
IV Membuat keputusan Ahli Jawatankuasa kecil
V Memimpin aktiviti kelab secara keseluruhan
8.2 Naib Pengerusi
I Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya
8.3 Setiausaha
I Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
II Menguruskan surat-menyurat
III Menyimpan rekod kehadiran ahli

2
KELAB GURU DAN STAF SESI 2018/2019

8.4 Penolong Setiausaha


I Membantu kerja-kerja Setiausaha seperti di atas
8.5 Bendahari
I Menguruskan hal ehwal berhubung kait dengan kewangan
8.6 Penolong Bendahari
I Membantu kerja-kerja Bendahari
8.7 Ahli jawatankuasa
I Menghadiri mesyuarat
II melaksanakan kerja-kerja sokongan

9. PERLANTIKAN SAH AHLI JAWATANKUASA


9.1 Tempoh perlantikan sah Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah selama 2 tahun.
9.2 Jika Penasihat Kelab mengumumkan perlantikan jawatankuasa baru atau
pembubaran jawatankuasa lama kelab semasa Mesyuarat Guru kali pertama
setiap tahun, secara automatik Ahli jawatankuasa yang telah dilantik pada tahun
sebelumnya akan tamat berkhidmat.
9.3 Perlantikan ahli jawatankuasa perlu melibatkan gabungan antara guru Senior
(telah berkhidmat melebihi 2 tahun) dengan guru Junior bagi memastikan kelab
diterajui dengan baik dengan izin Penasihat Kelab

10.JAWATANKUASA BIRO
10.1 BIRO KEBAJIKAN
Menguruskan hal berkaitan kebajikan ahli
10.2 BIRO KECERIAAN DAN KESELAMATAN BILIK GURU
Menguruskan kebersihan,keceriaan dan keselamatan bilik guru
10.3 BIRO DAKWAH DAN UKHUWAH
Menguruskan aktiviti kerohanian dan aktiviti perhubungan sesama guru

10.4 BIRO PENAJAAN


Melaksanakan aktiviti pemasaran termasuk mengumpul dana kelab
10.5 BIRO SUKAN & REKREASI
Menguruskan aktiviti sukan dan rekreasi

11.PEMANSUHAN KELAB
Pemansuhan kelab boleh dibuat sekiranya menepati syarat-syarat berikut:
I 2/3 daripada ahli kelab ingin atau bersetuju berbuat demikian
II Baki kewangan tahun ini akan dimasukkan ke dalam akaun sekolah dan akan
diserahkan kepada mana-mana kelab baru yang ditubuhkan.

3
KELAB GURU DAN STAF SESI 2018/2019

Nota : Baki wang tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada ahli

12.FAEDAH AHLI
Setiap ahli KGKSMKPP dengan sendirinya menjadi ahli kelab sekiranya bersetuju
dan mendaftarkan diri sebagai ahli. Faedah diberikan ialah:

12.1 Saluran Menyuarakan Pendapat


Setiap ahli KGKSMKC berhak untuk memperjuangkan hak mereka dan
menyuarakan pendapat melalui kelab ini, di mana pihak kelab akan cuba
mencari jalan rundingan agar kedua-dua pihak berpuas hati.Ini bermakna
kelab akan menjadi orang tengah (saluran terbaik) dalam menyelesaikan
konflik yang berlaku.

12.2 Majlis anjuran KGKSMKC


Kelab akan terlibat secara langsung dalam majlis yang diadakan di sekolah.
Ini bermakna dana yang disumbangkan oleh setiap ahli akan digunakan
dalam majlis. Contohnya jamuan akhir Tahun, Hari Guru dan sebagainya.

12.3 Khairat kematian


Setiap ahli yang kehilangan/kematian ibu bapa kandung, anak atau
suami/isteri layak mendapat sumbangan bagi mengurangkan beban
kesedihan. Sekiranya ahli sendiri yang meninggal, pihak kelab akan cuba
sedaya upaya menghubungi waris untuk memberikan sumbangan
berkenaan. Sumbangan yang diperuntukkan adalah RM50.

12.4 Perkahwinan
Bagi ahli yang akan melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, ahli ini
berhak mendapat sedikit sumbangan daripada kelab dalam bentuk hadiah
atau sesuatu yang dirasakan sesuai. Peruntukkan sumbangan adalah RM100.

12.5 Kelahiran
Ahli juga akan memperoleh sedikit sumbangan daripada pihak kelab
sekiranya anak pertama atau ahli yang isterinya melahirkan anak pertama di
SMK Guar Chempedak mulai tahun 2018. Sumbangan yang diperuntukkan
ialah RM50.

4
KELAB GURU DAN STAF SESI 2018/2019

12.6 Persaraan
Pihak kelab akan cuba mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan ahli
yang akan bersara dengan dana yang ada. Guru yang berkhidmat selama
lebih daripada sepuluh tahun berhak menerima sumbangan bernilai RM150.

12.7 Pertukaran guru/ perkhidmatan guru praktikal


Pihak kelab akan cuba mengadakan majlis meraikan guru baru atau guru
praktikal dengan menggunakan dana yang ada. Guru yang berkhidmat lebih
daripada satu tahun berhak menerimanya. Sumbangan yang diperuntukkan
ialah RM30.

12.8 Musibah ahli


Kelab sentiasa peka dengan musibah/masalah yang dihadapi ahli dan akan
cuba mencari jalan untuk membantu bergantung kepada situasi. Contohnya
kebakaran rumah, kemalangan,kecurian dan sakit yang kritikal. Peruntukan
yang disediakan adalah sebanyak RM50

12.9 Kemasukan anak ke SBP/Sekolah Kawalan/Universiti


Bagi ahli yang anak-anak mendapat tawaran ke SBP/ universiti buat kali
pertama, ahli ini berhak mendapat sedikit sumbangan daripada kelab dalam
bentuk hadiah atau sesuatu yang dirasakan sesuai. Peruntukkan sumbangan
adalah RM 50.

12.10 Hal-hal berkaitan


Pihak kelab sebagai medium pengantara kepada guru-guru dan kakitangan
sentiasa terbuka untuk mendengar sesuatu isu dan akan cuba
menyelesaikannya dengan syarat setiap ahli tidak terburu-buru dan sentiasa
merujuk kepada pihak kelab, khususnya Pengerusi dan Naib Pengerusi.

5
KELAB GURU DAN STAF SESI 2018/2019

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Sebagai satu kelab yang ditadbir dan diuruskan oleh warga SMK Guar Chempedak , maka di
sini amat ditekankan bahawa setiap keluar/masuk dana yang diperoleh MESTI direkodkan
dan pihak kelab mesti melantik satu badan bebas (audit dalaman) yang akan meneliti dan
mengesahkan perjalanan kewangan kelab.

Disediakan oleh; Disemak dan Diakui,

----------------------------------- ------------------------------------------

Disaksikan :

----------------------------------------

6
KELAB GURU DAN STAF SESI 2018/2019

SENARAI JAWATANKUASA 2018/2019

BIL NAMA JAWATAN

1 Noranini binti Noordin Penasihat

2 Mohd Fadzli bin Nazari Pengerusi

3 Ku Nor Suriati bt Ku Ishak Naib Pengerusi

4 Ruslinda bt Mohamed

5 Syarifah Salwani bt Tuan Adi

6 Hazry bin Jamaluddin

7 Nor Aliza El Yati Mamat

8 Sarasvathi a/p Subramaniam

9 Rosmaizatul Nadia Ab Rahman

10 Bun Chaliaw a/l Ikluim

11 Abu Bakar bin Ahmad

12 Nurul Hasanah bt Hassan

13 Nor Hanis bt Ahmad

14 Siti Hajar bt Hj Salleh

15 Mohd Firdaus bt Hassan

16 Rahayu bt Remli

You might also like