You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN KELAB GURU SJK (TAMIL) JALAN BANGSAR

Kelab guru & staf SJK (Tamil) Jalan Bangsar bermaksud semua kakitangan yang
berkerja secara tetap, berpanjangan serta menerima pendapatan daripada sekolah.
Segala urusan dan kebajikan kelab guru pada satu tahun berkenaan akan dikendalikan
oleh AJK yang dilantik pada tahun semasa. Segala proses dan tatacara
melaksanakannya digariskan seperti di bawah:

Perkara 1: Nama, Alamat & Tema Kelab


1.1 Nama Kelab: Kelab Guru dan Staf, SJK (Tamil) Jalan Bangsar

1.2 Alamat : Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Bangsar, Jalan Lengkuk
Abdullah, 59000 Kuala Lumpur.

1.3 Tema : Bergerak Bersama (´ýÈ¢¨½óÐ ¦ºÂøÀΧšõ)

Perkara 2: Matlamat Penubuhan

Bertujuan untuk memupuk kerjasama, menjalin hubungan baik dan meraikan ahli-ahli
agar suasana berkerja di sekolah lebih kondusif dan harmoni.

Perkara 3: Tujuan-Tujuan

3.1 Untuk membantu dan menambah usaha-usaha sekolah dalam memenuhi


kehendak-kehendak dan keperluan guru-guru dan staf sokongan.

3.2 Untuk mengadakan program dan aktiviti-aktiviti untuk kemajuan guru-guru dan
staf sokongan serta murid-murid.

3.3. Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan
produktif.

3.4 Untuk membolehkan guru-guru & staf sokongan berinteraksi dan saling kenal
mengenali antara satu sama lain supaya pentadbiran sekolah lebih lancar.

Perkara 4: Keahlian Kelab

4.1 Terbuka kepada semua guru dan staf sokongan di SJK (Tamil) Jalan Bangsar.

4.2 Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik apabila bertugas secara rasmi.

4.3 Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan merangkap penasihat Kelab.

1 Kelab Guru 2019/´ýÈ¢¨½óÐ ¦ºÂøÀΧšõ/Bergerak Bersama


4.4 Ahli Kelab hilang kelayakan apabila bertukar, berhenti dan pencen tetapi tetap
diraikan sebagai bekas ahli kelab.

Perkara 5: Ahli Jawatankuasa

5.1 Kelab hendaklah diuruskan oleh ahli jawatankuasa yang dilantik pada tahun
berkenaan.

5.2 Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada :

5.2.1 Pengerusi
5.2.2 Penolong Pengerusi
5.2.3 Setiausaha
5.2.4 Bendahari
5.2.5 Ahli Jawatankuasa bergantung kepada keperluan.

Perkara 6: Kewangan

6.1 Setiap ahli wajib membayar yuran kelab sebanyak RM 20 sebulan selepas
dipersetujui secara bersama. (Januari – Disember)

6.2 Ahli-ahli yang membuat pembayaran yuran lebih awal akan menerima
penghargaan berbentuk hadiah.

6.2 Yuran tambahan akan dikutip oleh Bendahari jika terdapat keperluan.

6.3 Semua pungutan wang akan dimasukan ke dalam akaun yang diuruskan oleh
bendahari dan dibelanjakan mengikut perancangan tahun semasa.

6.4 Perbelanjaan melebihi RM 200 selain daripada peruntukkan perancangan tahun


semasa perlu mendapat persetujuan melebihi 2/3 ahli.

Perkara 7: Aktiviti

7.1 Dijalankan mengikut perancangan akitivit tahunan dan bergantung kepada


perubahan semasa pada tahun berkenanan.

7.2 Aktiviti yang dijalankan juga lebih kepada aktiviti yang menyokong program
sekolah.

2 Kelab Guru 2019/´ýÈ¢¨½óÐ ¦ºÂøÀΧšõ/Bergerak Bersama


Perkara 8: Sumbangan dan Kebajikan

8.1 Kadar sumbangan dan kebajikan kepada ahli akan diputuskan oleh Ahli
Jawatankuasa yang dilantik pada tahun semasa sepertimana dalam perancangan.

8.2 Antara jenis sumbangan yang dikenalpasti ialah :

8.2.1 Pertukaran.
8.2.2 Pesaraan.
8.2.3 Bersalin anak pertama, kedua & ketiga sahaja.
8.2.4 Perkahwinan.
8.2.5 Kemasukan ke wad. (Melebihi 2 hari)
8.2.6 Kematian ahli & ahli keluarga terdekat. (Suami/Isteri/Anak)

Perkara 9: Mesyuarat

9.1 Mesyuarat rasmi akan diadakan sebanyak 3 kali setahun. (Kuorum melebihi 2/3)

9.2 Minit mesyuarat akan diuruskan oleh setiausaha.

9.3 Mesyuarat-mesyuarat lain akan diadakan mengikut keperluan semasa.

9.4 Segala fail, sumber kewangan dan pemilikan aset hendaklah diserahkan kepada
ahli jawatankuasa baru yang dipilih pada tahun semasa.

Perkara 10 : Lain-lain

10.1 Pelaksanaan semua aktiviti Kelab Guru adalah berdasarkan kerjasama, komitmen
& perbincangan secara bersama oleh AJK-AJK yang telah diamanahkan.

3 Kelab Guru 2019/´ýÈ¢¨½óÐ ¦ºÂøÀΧšõ/Bergerak Bersama

You might also like