You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR

FELDA TELOI TIMUR, 09300 KUALA KETIL, SIK, KEDAH Telefon:


Fax :

PERLEMBAGAAN UNIT PERKEMBANGAN STAF


SEMAKAN KALI PERTAMA

1. NAMA PERTUBUHAN
Unit Perkembangan staf Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, Felda Teloi Timur,
09300 Kuala Ketil, Sik, Kedah

2. OBJEKTIF
Menjadi persatuan yang berupaya dalam memperjuangkan hak guru-guru dan
kakitangan serta dapat menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan dari segi sosial,
ekonomi, masalah semasa yang timbul serta pendidikan mengikut undang-
undang sedia ada.

3. MISI PERSATUAN
Sentiasa INISIATIF; merancang dan melaksana pelbagai program berfaedah ,
motivasi ke arah melahirkan warga UPSSKTT yang lebih efektif, progresif
dan dinamik selaras untuk meningkatkan profesion pendidikan dan dalam masa
yang sama melindungi serta memperjuangkan hak setiap ahli persatuan.

4. KEAHLIAN
Semua guru-guru SK teloi Timur dan kakitangan (staf sokongan) secara
automatik menjadi ahli kelab.

5. YURAN KEAHLIAN
Kadar bayaran yuran tahunan adalah seperti berikut :
a) Guru : RM 100
b) Kakitangan : RM 100

Nota : Yuran tahunan boleh dibayar 2 kali setahun atau secara ansuran melalui
Bendahari Kelab Guru dan kakitangan

6. MESYUARAT AGUNG
6.1 Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan setahun sekali iaitu ketika mesyuarat
guru pertama dijalankan bagi tahuh semasa.
6.2 Mesyuarat Agung hanya boleh dijalankan sekiranya kehadiran ahli tidak
kurang 2/3 daripada keseluruhan ahli kelab

1
7. MESYUARAT TERGEMPAR
Mesyuarat tergempar boleh dilaksanakan tertakluk kepada perkara-perkara
berikut:
7.1.1 1/3 daripada ahli kelab mengemukakan usul meminta mesyuarat
tersebut diadakan
7.1.2 Jika kehadiran itu kurang daripada 1/2 jumlah ahli jawatankuasa,
mesyuarat akan digugurkan dan akan dipanggil semula selepas 14
hari dari tarikh tersebut. Pada ketika ini, sebarang keputusan yang
diambil adalah muktamad.

8. AHLI JAWATANKUASA

Nota : Sekurang-kurangnya seorang daripada kakitangan sokongan secara


automatik menjadi Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah terdiri daripada 6 orang dan AJK terdiri
daripada 7 orang termasuk kakitangan sokongan. Tugas-tugas Ahli
Jawatankuasa mengikut perlembagaan ini adalah seperti berikut:

8.1 Pengerusi
I Memanggil mesyuarat
II Mempengerusikan mesyuarat
III Melantik Ahli Jawatankuasa kecil
IV Membuat keputusan Ahli Jawatankuasa kecil
V Memimpin aktiviti kelab secara keseluruhan
8.2 Naib Pengerusi
I Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya
8.3 Setiausaha
I Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
II Menguruskan surat-menyurat
III Menyimpan rekod kehadiran ahli
8.4 Penolong Setiausaha
I Membantu kerja-kerja Setiausaha seperti di atas
8.5 Bendahari
I Menguruskan hal ehwal berhubung kait dengan kewangan
8.6 Penolong Bendahari
I Membantu kerja-kerja Bendahari

2
8.7 Ahli jawatankuasa
I Menghadiri mesyuarat
II melaksanakan kerja-kerja sokongan

9. PERLANTIKAN SAH AHLI JAWATANKUASA


9.1 Tempoh perlantikan sah Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah selama 2 tahun.
9.2 Jika Penasihat Persatuan mengumumkan perlantikan jawatankuasa baru
atau pembubaran jawatankuasa lama persatuan semasa Mesyuarat Guru kali
pertama setiap tahun, secara automatik Ahli jawatankuasa yang telah dilantik
pada tahun sebelumnya akan tamat berkhidmat.
9.3 Perlantikan ahli jawatankuasa perlu melibatkan gabungan antara guru Senior
(telah berkhidmat melebihi 2 tahun) dengan guru Junior bagi memastikan
kelab diterajui dengan baik dengan izin Penasihat Kelab

10. JAWATANKUASA BIRO


10.1 BIRO KEBAJIKAN
Menguruskan hal berkaitan kebajikan ahli
10.2 BIRO KECERIAAN DAN KESELAMATAN BILIK GURU
Menguruskan kebersihan,keceriaan dan keselamatan bilik guru
10.3 BIRO DAKWAH DAN UKHUWAH
Menguruskan aktiviti kerohanian dan aktiviti perhubungan sesama guru
10.4 BIRO PENAJAAN
Melaksanakan aktiviti pemasaran termasuk mengumpul dana kelab
10.5 BIRO SUKAN & REKREASI
Menguruskan aktiviti sukan dan rekreasi

11. PEMANSUHAN KELAB


Pemansuhan kelab boleh dibuat sekiranya menepati syarat-syarat berikut:
I 2/3 daripada ahli kelab ingin atau bersetuju berbuat demikian
II Baki kewangan tahun ini akan dimasukkan ke dalam akaun sekolah dan
akan diserahkan kepada mana-mana kelab baru yang ditubuhkan.
Nota : Baki wang tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada ahli

3
12. FAEDAH AHLI
Setiap ahli UPSSKTT dengan sendirinya menjadi ahli persatuan sekiranya
bersetuju dan mendaftarkan diri sebagai ahli. Faedah diberikan ialah:

12.1 Saluran Menyuarakan Pendapat


Setiap ahli UPSSKTT berhak untuk memperjuangkan hak mereka dan
menyuarakan pendapat melalui persatuan ini, di mana pihak persatuan
akan cuba mencari jalan rundingan agar kedua-dua pihak berpuas hati.Ini
bermakna persatuan akan menjadi orang tengah (saluran terbaik) dalam
menyelesaikan konflik yang berlaku.

12.2 Majlis anjuran UPSSKTT


Persatuan akan terlibat secara langsung dalam majlis yang diadakan di
sekolah. Ini bermakna dana yang disumbangkan oleh setiap ahli akan
digunakan dalam majlis. Contohnya jamuan akhir Tahun, Hari Guru dan
sebagainya.

12.3 Khairat kematian


Setiap ahli yang kehilangan/kematian ibu bapa kandung, anak atau
suami/isteri layak mendapat sumbangan bagi mengurangkan beban
kesedihan. Sekiranya ahli sendiri yang meninggal, pihak persatuan akan
cuba sedaya upaya menghubungi waris untuk memberikan sumbangan
berkenaan. Sumbangan yang diperuntukkan adalah RM50.

12.4 Perkahwinan
Bagi ahli yang akan melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, ahli
ini berhak mendapat sedikit sumbangan daripada persatuan dalam bentuk
hadiah atau sesuatu yang dirasakan sesuai. Peruntukkan sumbangan
adalah RM100.

12.5 Kelahiran
Ahli juga akan memperoleh sedikit sumbangan daripada pihak persatuan
sekiranya anak pertama atau ahli yang isterinya melahirkan anak pertama
di SK Teloi Timur mulai tahun 2021. Sumbangan yang diperuntukkan ialah
RM50.

4
12.6 Persaraan
Pihak persatuan akan cuba mengadakan satu majlis ringkas bagi
meraikan ahli yang akan bersara dengan dana yang ada. Guru yang
berkhidmat selama lebih daripada sepuluh tahun berhak menerima
RM150.

12.7 Pertukaran guru/ perkhidmatan guru praktikal


Pihak persatuan akan cuba mengadakan majlis meraikan guru baru atau
guru praktikal dengan menggunakan dana yang ada. Guru yang
berkhidmat lebih daripada satu tahun berhak menerimanya. Sumbangan
yang diperuntukkan ialah RM50.

12.8 Musibbah ahli


Persatuan sentiasa peka dengan musibbah/masalah yang dihadapi ahli
dan akan cuba mencari jalan untuk membantu bergantung kepada situasi.
Contohnya kebakaran rumah, kemalangan,kecurian dan sakit yang
kritikal.

12.9 Kemasukan anak ke SBP/Sekolah Kawalan/Universiti


Bagi ahli yang anak-anak mendapat tawaran ke SBP/ universiti buat kali
pertama, ahli ini berhak mendapat sedikit sumbangan daripada persatuan
dalam bentuk hadiah atau sesuatu yang dirasakan sesuai. Peruntukkan
sumbangan adalah RM 50.

12.10 Hal-hal berkaitan


Pihak persatuan sebagai medium pengantara kepada guru-guru dan
kakitangan sentiasa terbuka untuk mendengar sesuatu isu dan akan cuba
menyelesaikannya dengan syarat setiap ahli tidak terburu-buru dan
sentiasa merujuk kepada pihak persatuan, khususnya Pengerusi dan Naib
Pengerusi.

5
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Sebagai satu persatuan yang ditadbir dan diuruskan oleh warga SK Teloi Timur , maka
di sini amat ditekankan bahawa setiap keluar/masuk dana yang diperoleh MESTI
direkodkan dan pihak persatuan mesti melantik satu badan bebas (audit dalaman) yang
akan meneliti dan mengesahkan perjalanan kewangan persatuan.

Disediakan oleh; Disemak dan Diakui,

----------------------------------- ------------------------------------------
FARIHAH BINTI ISHAK MAZNI BINTI ISMAIL
Setiausaha Pengerusi
Unit Perkembangan Staf Unit Perkembangan Staf
SK Teloi Timur SK teloi Timur

Disaksikan :

----------------------------------------
DG ERYATHIE BINTI JUBILI
Guru Besar
SK Teloi Timur

You might also like