You are on page 1of 3

BAKES SEKAYA

Badan Kebajikan Guru & Kakitangan Sekaya


(Bakes Sekaya)
Matlamat

Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli


agar suasana bekerja di Sekolah Kebangsaan Yamtuan Antah ini lebih kondusif dan
produktif.

Tujuan Penubuhan

1. Mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan


kakitangan dengan syarat tiada 'faedah' atau bermotifkan keuntungan.
2. Membolehkan guru-guru dan kakitangan berinteraksi dalam suasana sosial
yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan.
3. Membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.

Fungsi badan kebajikan guru dan kakitangan adalah untuk menjalankan aktiviti atau
program bagi mencapai tujuan yang dinyatakan dalam perkara seperti :

1. Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan kakitangan


serta menjaga kebajikan mereka
2. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi
dan hubungan sosial antara guru-guru dan kakitangan serta sekolah.

Keahlian

1. Terbuka kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Yamtuan


Antah. Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik.

2. Badan kebajikan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik


sebagai Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan.
Jawatankuasa ini dilantik oleh ahli setiap mesyuarat setiap tahun.

3. Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan hendaklah terdiri


daripada Guru atau Kakitangan yang masih lagi berkhidmat di Sekolah
Kebangsaan Yamtuan Antah.

4. Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan hendaklah terdiri :-

i. Pengerusi
ii. Setiausaha
iii. Bendahari
iv. Ahli Jawatankuasa
5. Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa adalah bermula dari
tarikh pelantikan sehingga tarikh mesyuarat tahun berikutnya.

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa

Fungsi Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan ialah untuk


mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas
perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar
umum yang ditetapkan oleh mesyuarat tahunan.

Pengerusi

1. Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung


Tahunan dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan semua mesyuarat
2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
3. Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang
tempoh berkhidmat.
4. Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-
minit mesyuarat apabila telah diluluskan.
5. Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa- apa
peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab.
6. Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan
tugas sebagai pengerusi.
7. Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan
sempurna dan teratur.

Setiausaha

1. Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.


2. Mencatat, menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa dan
mesyuarat agung tahunan.
3. Menyediakan laporan-laporan untuk di bentangkan pada mesyuarat agung
tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
4. Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.

Bendahari

1. Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab


dengan menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari
masa ke semasa.
2. Mengurus perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat
agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa Bakes Sekaya.
3. Menerima bagi pihak Bakes Sekaya semua derma atau sumbangan daripada
mana-mana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima
serta dokumen yang berkaitan .
4. Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang
dari akaun kelab.
5. Menyediakan laporan atau penyata kewangan untuk di audit dan
dibentangkan kepada mesyuarat yang berkaitan.

Manfaat

1. Sumbangan ahli bersara – Sumbangan untuk ahli bersara adalah berupa


hadiah bernilai RM50.
2. Sumbangan kematian – Kematian ahli RM50, manakala kematian saudara
terdekat (ibu bapa kandung, suami/isteri dan anak kandung ahli) RM50.
3. Sumbangan perpindahan – Sumbangan perpindahan ahli sebanyak RM50.
4. Sumbangan ahli bersalin – Ahli yang bersalin akan mendapat hadiah
sumbangan RM50.
5. Hadiah hari lahir – Ahli akan menerima sumbangan hari lahir dalam bentuk
hadiah yang bernilai RM30 setiap orang. Hadiah akan diberikan setiap bulan.
6. Sumbangan kemasukan ke hospital – Ahli atau keluarga terdekat (ibu bapa
kandung, suami/isteri dan anak kandung ahli) yang sakit akan menerima
sumbangan sebanyak RM50 sekali setahun.
7. Hadiah hari guru – Ahli akan menerima sumbangan hari guru dalam bentuk
hadiah yang bernilai RM30.
8. Hadiah perkahwinan pertama di SK Yamtuan Antah – Ahli yang akan
berkahwin akan menerima sumbangan dalam bentuk hadiah yang bernilai
RM50.

You might also like