You are on page 1of 8

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN STAFF

SEKOLAH KEBANGSAAN LAMBOR KIRI

1. NAMA : Kelab Guru & Staff Sekolah Kebangsaan Lambor Kiri.


2. ALAMAT : Alamat rasmi surat menyurat ialah:
Kelab Guru & Staff Sekolah kebangsaan Lambor Kiri, 32900 Lambor Kanan, Perak
3. KEAHLIAN : Terdiri daripada pegawai dan kakitangan (guru-guru dan staff sokongan)
yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Lambor Kiri mengikut tahun semasa.
4. TUJUAN : Tujuan badan/ kelab ini ditubuhkan antara lain:

4.1 Melahirkan rasa persaudaraan (ukhuwah) sesame pegawai dan kakitangan yang
bertugas di sekolah ini.
4.2 Menyubur dan menanam semangat kerjasama dalam sebuah keluarga yang
harmonis.
4.3 Menerapkan nilai-nilai murni dalam mencari kedamaian ummah dan mencari
keredhaan Allah S.W.T.
4.4 Beramal ke arah beribadah, bersedekah dan berjariah kepada yang memerlukan
sekadar kemampuan yang terdaya.
4.5 Berusaha mengumpulkan wang dari sumbangan pegawai dan kakitangan atau dari
punca-punca sumbangan dan semua aktiviti pengumpulan dana yang halal untuk
dikeluarkan kepada aktiviti-aktiviti kelab yang ditentukan.

5. PENTADBIRAN :
5.1 Kelab ini akan ditadbirkan oleh sebuah jawatankuasa yang dipilih oleh guru-guru dan
kakitangan dengan dipersetujui pihak pentadbir
5.2 Mesyuarat Agong akan diadakan pada setiap tahun.
5.3 Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada:

5.3.1 seorang penasihat – Guru Besar.


5.3.2 seorang pengerusi
5.3.3 seorang naib pengerusi
5.3.4 seorang setiausaha
5.3.5 seorang bendahari
5.3.6 4 orang jawatankuasa kecil
PERINGATAN : Semua ahli jawatankuasa dipilih DUA TAHUN sekali secara undian.:
Penasihat terlantik dengan sendirinya atas nama jawatannya.

6. TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA

6.1 PENASIHAT

6.1.1 Bertanggungjawab bagi menasihatkan segala perjalanan kelab supaya berfungsi


mengikut peraturan yang ditetapkan.
6.1.2 Menasihati, menegur dan menyelesaikan segala masalah jika ada dalam
melaksanakan peraturan kelab.
6.1.3 Berhak bertindak dan campurtangan secara langsung jika berlaku sebarang
penyelewengan kuasa atau penyalahgunaan wang kelab.
6.1.4 Menjadi tempat ahli jawatankuasa merujuk segala kerumitan yang mungkin timbul
untuk mendapatkan pandangan, nasihat dan sebagainya bagi mencari kebajikan kelab.
6.1.5 Mempunyai kuasa pemutus yang muktamad dalam menentukan sesuatu
keputusan jika peraturan itu bercanggah dengan peraturan kelab sahaja.
6.1.6 Hadir dalam semua mesyuarat kelab kecuali berhalangan dengan sebab tugas
rasmi yang penting.

6.2 PENGERUSI

6.2.1 Menjadi pengerusi dalam semua mesyuarat kelab.


6.2.2 Bertanggungjawab bagi memastikan setiap mesyuarat dapat dilaksanakan dengan
betul,teratur dan sempurna
6.2.3 Menandatangani segala catatan mesyuarat yang sudah disemak dalam sesuatu
mesyuarat.
6.2.4 Mengawal semua urusan kelab samada penyata kewangan, harta dan alat
kelengkapan kelab dalam penjagaan yang selamat oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab.
6.2.5 Menjadi salah seorang dari senarai 3 orang “signatories” dalam urusan kewangan
yang melibatkan pengeluaran kewangan dari akaun rasmi kelab.
6.2.6 Mengarahkan setiausaha selepas mendapatkan pandangan dari penasihat untuk
memanggil sebarang mesyuarat yang hendak diadakan.
6.2.7 Berusaha dan berinisiatif untuk meningkatkan kemajuan pentadbiran kelab dari
semasa ke semasa
6.2.8 Mempunyai kuasa pemutus dengan mendapatkan pandangan dari penasihat
dalam membuat sesuatu keputusan dalam mesyuarat jika keputusan itu tidak dapat
diambil secara demokrasi.
6.2.9 Menjadi wakil rasmi kelab dalam semua pertemuan dengan pihak luar jika perlu.

6.3 NAIB PENGERUSI

6.3.1 Mewakili secara rasmi kelab dan mengambil alih tugas pengerusi ketika ketiadaan
pengerusi dengan persetujuan penasihat.

6.4 SETIAUSAHA

6.4.1 Bertanggungjawab atas segala surat menyurat kelab.


6.4.2 Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat dengan arahan dan persetujuan pengerusi.
6.4.3 Mencatat segala keputusan mesyuarat serta melaksanakan segala keputusannya dan
menyimpan segala catatan tersebut untuk panduan dan rujukan.
6.4.4 Menyimpan dan bertanggungjawab atas segala maklumat dan buku- buku yang
berhubungan dengan kelab dengan selamat.
6.4.5 Bekerjasama dengan pengerusi, naib pengerusi, bendahari dan penasihat dalam semua
pengurusan kelab.
6.4.6 Sentiasa SETIA dan BERUSAHA menjalankan tugas bagi menjamin kemajuan kelab dan
berusaha mencari langkah-langkah untuk mempertingkatkan prestasi kelab dari semasa
ke semasa.
6.4.7 Menjadi salah seorang dari senarai 3 orang “signatories” dalam urusan kewangan yang
melibatkan pengeluaran kewangan dari akaun rasmi kelab.

6.5 BENDAHARI

6.5.1 Bertanggungjawab memungut yuran ahli pada setiap bulan dan memastikan penyata
pungutan dan perbelanjaan yang sentiasa dikemaskini.
6.5.2 Menjadi salah seorang dari senarai 3 orang “signatories” dalam urusan kewangan yang
melibatkan pengeluaran kewangan dari akaun rasmi kelab.
6.5.3 Menyimpan semua kutipan / sumbangan yang diterima dalam simpanan “AKAUN
SIMPANAN” atas nama “KELAB STAFF SEKOLAH KEBANGSAAN LAMBOR KIRI”
dalam sebuah bank yang selamat dan ditetapkan oleh penasihat dan jawatankuasa.

6.6 PERINGATAN:
6.6.1 Nama akaun adalah atas nama: ‘Kelab Guru & Staff Sekolah Kebangsaan Lambor Kiri’.
6.6.2 Penama-penama buku akaun tersebut terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari.
6.6.3 Pengeluaran wang untuk semua aktiviti dan pengurusan yang melibatkan kewangan
dengan jumlah lebih dari RM 5000 perlu ditandatangani ketiga-tiga penama yang
tersebut (Pengerusi, Setiausaha & Bendahari) di atas pada bila-bila masa dengan
persetujuan ahli jawatankuasa / penasihat atas sebab-sebab tertentu sahaja.
6.6.4 Menyediakan penyata kewangan yang bermula 1 Januari hingga 31 Disember setiap
tahun untuk dibentangkan dalam mesyuarat tahun berikutnya. Penyata kewangan
tersebut hendaklah diperiksa oleh pemeriksa kira-kira yang sah.
6.6.5 Menyimpan semua bil-bil atau baucer perbelanjaan dengan selamat, kemaskini dan
mudah dikesan pada bila-bila diperlukan.
6.6.6 Dalam keadaan semasa bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai ditangan tidak
melebihi RM100.00 sahaja.
6.6.7 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kewangan kelab staf dan memastikan setiap
penggunaannya menurut peraturan yang telah ditetapkan.

6.7- AHLI JAWATANKUASA

6.7.1 Menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat tahunan pada bila-bila masa
dipanggil.
6.7.2 Bertanggungjawab bersama pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan bendahari bagi
memikirkan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab.
6.7.3 Memberikan cadangan, pandangan, pendapat, teguran dan kritikan yang sihat
terhadap perjalanan kelab dalam mesyuarat jawatankuasa kerja. Jika berlaku sebarang
penyelewengan, ahli jawatankuasa boleh melaporkan secara bertulis kepada pengerusi
dan sesalinan kepada penasihat.
6.8- AHLI KELAB.
6.8.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung.Sekiranya tidak dapat menghadiri
hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab.
6.8.2 Ahli boleh mengundi untuk memilih AJK tertinggi di peringkat sekolah.
6.8.3 Ahli hendaklah membayar yuran keahlian seperti yang telah ditetapkan.

7. KEWANGAN

7.1 Punca Kewangan


7.1.1 Yuran Keahlian
7.1.2 Guru dan staf sokongan dikenakan yuran sebanyak RM10.00 sebulan selama 12 bulan
7.1.3 Yuran dipungut atas pemberian sukarela dan ikhlas. Jika ada ahli yang tidak membayar
yuran selama tiga bulan berturut-turut tanpa sebarang sebab atau alasan yang
munasabah maka surat notis pemberitahuan akan dikeluarkan.
7.1.4 Dari derma-derma yang halal.
7.1.5 Dari mana-mana pihak yang suka menderma atas niat ingin memberi dengan sukarela
dan dari punca-punca yang halal.
7.1.6 Dari sebarang aktiviti-aktiviti yang dibuat dan boleh mendatangkan keuntungan kepada
kelab ini dengan syarat ianya tidak bercanggah dengan undang-undang Negara dan
persekutuan.
7.1.7 Yuran dan segala bentuk dana atau sumbangan mesti dimasukkan ke dalam Akaun
Kelab Guru & Staff SK Lambor Kiri

7.2 Penggunaan

7.2.1 Mengeluarkan wang sumbangan ikhlas mengikut ketetapan berikut (untuk ahli yang baru
menyertai kelab, sumbangan ini akan efektif pada dirinya sekurang-kurangnya selepas 3
bulan menjadi ahli) :

7.2.1.1 Kematian ahli - Rm 100, manakala kematian tanggungan (suami/isteri,anak-anak,


ibu bapa) – RM50.00 sahaja.

7.2.1.2 Ahli yang sakit dan berada di wad walaupun sehari (sekali sahaja dalam tahun
berkenaan) – RM50.00 sahaja.
7.2.1.3 Kepada ahli dan suami/isteri ahli yang mendapat cahaya mata sekali sahaja
semenjak menjadi ahli di sekolah ini - RM50.00 sahaja.

7.2.1.4 Kepada ahli yang berkahwin untuk sekali sahaja semenjak menjadi ahli (bujang) –
RM50.00 sahaja.

7.2.1.5 Kepada ahli yang berpindah mengikut tempoh perkhidmatan


seperti berikut:

7.2.1.5.1) 0 bulan – 5 tahun : RM50.00 sahaja


7.2.1.5.2) 5 tahun – 10 tahun : RM80.00 sahaja
7.2.1.5.3) 10 tahun dan keatas : RM100.00 sahaja

7.2.1.6 Kepada ahli-ahli yang bersara dari perkhidmatan - RM200.00 sahaja.

7.2.1.7 Membiayai majlis-majlis keraian, kesyukuran dan majlis perpisahan mengikut


keperluan dan mesti melibatkan semua ahli.

7.2.1.8 Membiayai perbelanjaan Hari Guru Peringkat Sekolah.

7.2.1.9 Kepada ahli yang menunaikan Haji buat kali pertama di sekolah ini berkuatkuasa
tahun 2021/2022 - RM100 sahaja. Manakala kepada ahli yang menunaikan umrah buat
kali pertama di sekolah berkuatkuasa tahun 2021/2022 - RM 50 sahaja.
8. PINDAAN PERATURAN
Peraturan kelab ini boleh dibuat pindaan dari semasa ke semasa. Segala pindaan yang hendak
dibuat hendaklah dibawa dalam mesyuarat tahunan dengan dipersetujui oleh seramai tidak
kurang daripada 2/3 ahli, KECUALI tentang jumlah derma dan pemberian bolehlah AJK membuat
ketetapan bila diperlukan bergantung kepada keadaan kewangan semasa didalam mesyuarat
AJK kerja kelab.

9. PEMBUBARAN
Jika berlaku dengan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka Kelab Staf Sekolah
Kebangsaan Lambor Kiri terpaksa dibubarkan dengan mengambil persetujuan seramai 2/3 ahli
semasa, maka segala harta (jika ada), wang tunai yang bersih setelah dijelaskan hutang-hutang
(jika ada), maka segala wang baki termasuk nilai harta yang ada hendaklah diambil keputusan
dalam satu mesyuarat luar biasa / tergempar untuk mengambil keputusan bersama bagaimana
menggunakan wang dan harta tersebut ke jalan yang memberi faedah untuk ummah.
JAWATANKUASA KELAB GURU DAN STAFF
SEKOLAH KEBANGSAAN LAMBOR KIRI

PENASIHAT : PN HJH NOOR ASMAH BINTI HASHIM


PENGERUSI : EN AZNAWI BIN AMRI
NAIB PENGERUSI : PN NORELLIANA BINTI ABDUL RAZAK
SETIAUSAHA : PN RAIHANAH BINTI GHAZALLI
BENDAHARI : PN NUR HAZRIN BIN HASBULLAH HALMI
AJK :
1.PN LISA BINTI HUSSEIN
2. PN NORJAMILAH BINTI ABD AZIZ
3. NORIDAYU BINTI ISMAIL
4. PN ASMAH LAILA BINTI CHE WAN

You might also like