You are on page 1of 5

Sekolah Kebangsaan Matang Jaya,

D/A Ppdk Padawan, Lorong 17, Off Jalan Kapor,

93150, Kuching, Sarawak,

UNDANG-UNDANG TUBUH DAN PERATURAN

KELAB/PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM

Nama kelab / Persatuan / Unit Beruniform : Rekreasi

Bab (1) : Nama dan alamat : Persatuan Rekreasi Sekolah Kebangsaan Matang Jaya, D/A
Ppdk Padawan, Lorong 17, Off Jalan Kapor, 93150, Kuching, Sarawak.

Persatuan ini adalah di namakan: Persatuan Rekreasi

Bab (2) Tujuan Am:

2.1 Melahirkan insan yang aktif dan cergas.

2.2 Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif dalam pelbagai aktiviti.

Tujuan Khas:

2.3 Memberi peluang kepada pelajar berekreasi di samping mengelakkan pelajar melakukan
aktiviti yang menjurus kepada gejala yang tidak sihat.

2.4 Memupuk semangat bekerjasama di kalangan ahli-ahli persatuan

Bab (3) Keahlian

3.1 Terbuka kepada semua pelajar SK Matang Jaya

3.2 Setiap ahli perlu menghadiri sekurang-kurangnya 80% daripada perjumpaan termasuk
mesyuarat agung.

3.3 Keahlian dipohon awal tahun dan diluluskan untuk pendaftaran.

Bab (4) Gugur menjadi ahli

4.1 Berhenti, dibuang atau pindah sekolah

4.2 Minta bertukar menjadi ahli ke unit lain dengan alasan konkrit.
Bab (5) Mesyuarat Agung

5.1 Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan sekali setahun. Tempat dan tarikh akan
diputuskan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.

5.2 Mesyuarat Agung Tahunan boleh dijalankan apabila kehadiran sekurang-kurangnya 2/3
ahli atau cukup korum atau tiga kali jumlah jawatankuasa kelab.

5.3 Berkuasa memilih 10 ahli Jawatankuasa.

5.4 Melantik 2 orang Juruaudit

5.5 Meluluskan perbelanjaan Persatuan.

5.6 Merancang aktiviti Kelab bagi tahun itu.

Bab (6) Mesyuarat Jawatankuasa

6.1 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang satu kali sepenggal selain dari perjumpaan
yang dijadualkan. Tarikh perjumpaan hendaklah ditetapkan oleh AJK dan disiarkan kepada
ahli. Segala aktiviti harus dirancang dan dipamerkan di papan notis.

6.2 Apabila sesuatu Jawatankuasa kelab menjadi kosong disebabkan oleh pemberhentian
atau pemecatan, Mesyuarat Jawatankuasa berhak melantik seorang lain memenuhi
kekosongan jawatankuasa tersebut.

6.3 Mesyuarat Jawatankuasa pertama di antaranya hendaklah menerima Minit Mesyuarat


Agung Tahunan dan menyediakan rancangan sepanjang tahun.

6.4 Mesyuarat Jawatankuasa terakhir (Penyelarasan) hendaklah diadakan selewat-lewatnya


dua minggu selepas perjumpaan/mesyuarat terakhir. Di antara hendaklah memastikan
Laporan Tahunan dan Penyata Kira-kira telah disediakan.

6.5 Setiausaha hendaklah memberitahu mengenai Mesyuarat Jawatankuasa dan Agenda 7


hari sebelum mesyuarat diadakan.

6.6 Mesyuarat luar biasa boleh diadakan atas permintaan 3⁄4 daripada ahli. Mesyuarat ini
boleh diadakan dengan arahan Pendaftar (Guru Besar) Kelab. Permohonan hendaklah dibuat
2 minggu sebelum tarikh dijadualkan.

Bab (7) Jawatankuasa

7.1 Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi:

a. Pengerusi
b. Naib Pengerusi / Naib Pengerusi 2 / Naib Pengerusi 3
c. Setiausaha
d. Penolong Setiausaha
e. Bendahari
f. AJK
7.2 Kesemua ahli yang tersebut di atas hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agong.

7.3 Dua orang Juru Audit perlu dilantik.

7.4 Jawatankuasa kecil boleh dilantik semasa mesyuarat biasa bagi tujuan menjayakan
sesuatu projek. Tetapi Jawatankuasa ini sementara sahaja. AJK tidak boleh dianggap sebagai
Jawatankuasa induk yang dilantik pada Mesyuarat Agong Tahunan bagi maksud pemberian
markah bagi jawatan yang disandang. Tetapi mereka akan diberi sijil penghargaan serta
markah bagi penglibatan.

Bab (8) Derma ahli

8.1 Tiap-tiap ahli boleh menyumbangkan

a. Derma tahunan seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agong. Kadar hanya
boleh diubah setelah dipersetujui dan diluluskan oleh majoriti ahli kelab semasa
mesyuarat.
b. Semua yuran-yuran lain yang ditetapkan oleh kelab.

8.2 Sumbangan derma boleh diberi mengikut tarikh yang ditetapkan.

Bab (9) Kewajipan dan hak ahli

9.1 Ahli yang menghadiri perjumpaan yang dianjurkan oleh kelab hendaklah berpakaian
sekolah atau T-shirt serta seluar sukan. (Pakaian yang sesuai)

9.2 Ahli yang telah gugur keahliannya mengikut bab 4.1 hingga 4.6 lucut segala haknya di
atas peraturan ini.

9.3 Ahli-ahli yang telah dipecat atau telah di gugur hak keahliannya boleh membuat rayuan
bertulis pada Jawatankuasa Persatuan untuk mendapatkan pertimbangan kemasukannya
semula.

9.4 Ahli-ahli yang dilarang sama sekali menyiarkan Surat-surat pekeliling atau sebarang
surat mengenai kelab.

9.5 Pergi dan balik ke tempat permainan ini adalah atas usaha dan tanggungjawab ahli.
Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang tidak diingini jika berlaku semasa,
sebelum atau sesudah perjumpaan.

9.6 Kelab tidak perlu mengelolakan perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik ke tempat
perjumpaan.

Bab (10) Pindaan Undang-undang Tubuh dan Peraturan

10.1 Undang tubuh ini tidak boleh ditambah atau dibatalkan kecuali dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
Bab (11) Kewangan

11.1 Sumber kewangan – Baki wang Tahun lepas, derma Ahli, Bayaran Pendaftaran, hasil
pelbagai jualan serta aktiviti yang dikelolakan dan dibenarkan oleh sekolah dan peruntukan
yang diberi oleh sekolah.

11.2 Kewangan kelab bermula pada awal Januari dan berakhir dua minggu selepas
perjumpaan / mesyuarat terakhir. Semasa bermula tiap-tiap tahun atau mana-mana tarikh
yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

11.3 Baki wang berdasarkan penyata kira-kira tahunan hendaklah diserahkan kepada Guru
Besar / wakilnya.

Bab (12) Tanggungjawab Jawatankuasa

12.1 Pengerusi

a. Menjadi pengerusi dalam semua mesyuarat kecuali di dalam Mesyuarat Agung.


b. Ia berhak memberi keputusan undi kepada bilangan yang sama.
c. Setiap kali mesyuarat mesti memberi ucapan. Pengerusi serta minta supaya
minit mesyuarat yang lepas disahkan oleh ahli yang turut hadir.
d. Menjaga mengawal dan mentadbir hal ehwal perjalanan kelab ini.

12.2 Naib Pengerusi

a. Menggantikan tugas pengerusi semasa ketiadaannya.

12.3 Setiausaha

a. Mengelolakan urusan-urusan dan kerja-kerja persatuan.


b. Menghadiri semua mesyuarat dan menulis minit.
c. Menyediakan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan membentangkannya.
d. Menyimpan buku daftar ahli-ahli-persatuan.

12.4 Penolong Setiausaha

a. Membantu setiausaha di dalam menjalankan semua urusan dan kerja-kerja


kelab.

12.5 Bendahari

a. Bertanggungjawab mengenai hal kewangan kelab dan segala buku-buku


berkaitan dengan kewangan.
b. Membentangkan penyata kewangan kelab setiap kali mesyuarat.
c. Menyimpan segala kira-kira perbelanjaan kelab, resit-resit dan menyediakan
segala penyata berkenaan pada bila-bila masa.
12.6 Jawatankuasa

a. Bertanggungjawab di atas kemajuan semua mesyuarat.


b. Hendaklah hadir dalam mesyuarat.
c. Mereka hendaklah dilantik menjadi Pengerusi/AJK untuk biro yang dibentuk.
d. Wakil-wakil setiap kelas adalah perantara bagi kelas dengan AJK.

Bab (13) Penaung

Guru Besar SK Matang Jaya dengan sendirinya menjadi Penaung.

Bab (14) Penasihat

a. Penasihat kelab ini dilantik oleh Guru Besar di awal tahun.


b. Penasihat-penasihat hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agung.
c. Penasihat-penasihat hendaklah menghadiri semua mesyuarat dan aktiviti kelab.
d. Penasihat hendaklah membimbing jawatankuasa dan ahli-ahli.
e. Penasihat hendaklah menentukan semua laporan/minit mesyuarat dan laporan
disediakan dengan lengkap dan diedarkan kepada Penyelaras Kokurikulum.

Bab (15) Penggantungan Kelab

a. Kelab ini tidak boleh digantung/dibubarkan oleh ahli-ahli atau penasihat.


b. Pengerusi berhak menggantung/membubarkan apabila perlu.

Keputusan Pengerusi (Guru Besar) adalah muktamad.

Bagi maksud undang-undang tubuh Kelab Rekreasi ini,

“Kelab” bermaksud mempunyai perlembagaan dan undang-undang sendiri yang wajar


dipatuhi setiap ahli.

“Sekolah” bermaksud murid SK Matang Jaya yang layak menyertai kelab ini.

“Ahli” bermaksud terdiri daripada mana-mana murid tahun 1 hingga tahun 6.

Keputusan Pengerusi (Guru Besar) adalah muktamad.

You might also like