You are on page 1of 5

Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas

32700 Beruas Perak

PERLEMBAGAAN

Fasal 1. : Nama, Alamat Berdaftar dan Tempat Mesyuarat

1.1 Kelab/Persatuan ini dikenali dengan nama (HURUF BESAR):-

KELAB KOPERASI & KEPENGGUNAAN


………………………………………………………………………………………….……….

atau singkatannya …KELAB KOOP SMKCB

1.2 Alamat berdaftar kelab ini ialah di SMK Changkat Beruas 32700 Beruas Perak

1.3 Tempat mesyuarat kelab ini akan ditetapkan oleh jawatankuasa dari masa ke semasa.

Fasal 2.: Penaung:-  Pengetua atau Guru Besar

Fasal 3. Penasihat:- Guru

Fasal 4. Logo dan Moto Ditentukan oleh Jawatankuasa ini

Fasal 5. Objektif Umum :-

 5.1. Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif
selaras dengan FPK

5.2. Memberi kesempatan kepada pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran


asas, kebolehan mengurus dan kebolehan memimpin serta berdikari

5.3. Persediaan masa depan untuk pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan

 5.4. Mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama di antara pelajar dan guru.

5.5. Membentuk sahsiah diri yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan ciri-ciri nilai murni.

5.6. Menerima pendidikan yang seimbang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum secara
menyeluruh dan bersepadu.

Fasal 6 Objektif Khusus

6.1 Mendidik pelajar dalam pengurusan sesebuah perniagaan.


6.2 Memupuk sikap kerjasama dan jujur serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

6.3 Membentuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar seperti rajin, kreatif, dan komunikasi yang
jelas dan rasional.
Fasal 7. Keahlian:-

 7.1. Ahli biasa - terbuka kepada semua pelajar sekolah ini.

 7.2. Ahli gabungan - terbuka kepada semua pelajar yang berminat dan berbakat tetapi bukan
ahli kelab.

Fasal 8. Permohonan Menjadi Ahli

 8.1. Setiap pelajar layak memohon menjadi ahli.

 8.2. Semua permohonan hendaklah dibuat dalam borang keahlian yang disediakan oleh kelab.

 8.3. Semua permohonan keahlian akan diproses oleh jawatankuasa kelab dan diluluskan
mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan.

Fasal 9. Hak Mutlak Seorang Ahli

 9.1. Layak menghadiri dan bercakap di dalam semua mesyuarat kelab ini.

 9.2. Layak mengambil bahagian dan mengundi dalam mesyuarat kelab.

9.3. Ahli biasa layak memegang sebarang jawatan rasmi kelab ini dan ia dibuat mengikut
proses pemilihan yang demokratik.

 9.4. Layak mendapat dan menggunakan semua kemudahan dan mengambil bahagian di dalam
aktiviti-aktiviti kelab.

Fasal 10. Gugur Menjadi Ahli

Seseorang ahli akan gugur keahliannya apabila berlaku salah satu daripada perkara dibawah
ini:-

 10.1 Memohon berhenti menjadi ahli secara bertulis.

 10.2 Digugurkan melalui keputusan mesyuarat jawatankuasa kelab kerana tindakan-tindakan


yang menjatuhkan nama baik kelab.

Fasal 11. Derma Kebajikan

Tertakluk kepada budibicara pihak pentadbiran sekolah dan kelab.

Fasal 12. Punca Pendapatan Kelab

 12.1. Derma ikhlas daripada ahli.

 12.2. Derma daripada Kelab Kebajikan Guru.

 12.3. Derma daripada PIBG.

 12.4. Derma perseorangan / pertubuhan / badan-badan dan institusi tertentu.


Fasal 13. Tugas Jawatankuasa

 13.1. Kelab ini akan diuruskan oleh seorang Penasihat dan seorang Pembimbing serta sebuah
jawatankuasa yang terdiri daripada:-

13.1.1. Seorang Pengerusi

13.1.2. Seorang Naib Pengerusi

13.1.3. Seorang Setiausaha

13.1.4. Seorang Penolong Setiausaha

13.1.5. Seorang Bendahari

13.1.6. Enam orang ahli jawatankuasa biasa

13.2. Pengerusi:

12.2.1. Menjadi ketua yang bertanggungjawab di atas kesempurnaan perjalanan kelab.

12.2.2. Memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa kelab.

12.2.3. Mengawasi disiplin ahli-ahli serta memastikan ahli-ahli dan AJK mematuhi
peraturan-peraturan kelab.

13.3. Naib Pengerusi:

13.3.1. Membantu tugas-tugas pengerusi.

13.3.2. Memangku jawatan pengerusi dan menjalankan tugas-tugas pengerusi semasa


ketiadaannya.

13.4. Setiausaha:

13.4.1. Menjalankan urusan kelab menurut perlembagaan kelab dan melaksanakan


arahan-arahan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kelab.

13.4.2. Menyimpan semua minit mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung.

13.4.3. Menguruskan hal-hal surat-menyurat, menyimpan semua buku, dokumen dan


rekod-rekod lain kepunyaan kelab.

13.4.4. Menyediakan laporan aktiviti untuk dibentang dalam Mesyuarat Agung Kelab.

13.5. Penolong Setiausaha

13.5.1. Membantu tugas-tugas setiausaha kelab.

13.5.2. Memangku jawatan setiausaha dan menjalankan tugas-tugas setiausaha semasa


ketiadaannya.
13.6. Bendahari:

13.6.1. Menjaga kewangan kelab.

13.6.2. Memungut wang dan mengeluarkan resit rasmi bagi penerimaan wang.

13.6.3. Membayar segala perbelanjaan dan menyediakan baucer bagi setiap pembayaran
yang dibuat.

13.6.4. Menyimpan rekod yang kemaskini bagi setiap penerimaan dan pembayaran.

13.6.5. Membuat / menyediakan laporan / penyata kewangan tahunan kelab dan


dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

13.6.6. Bertanggungjawab untuk memasukkan / menyimpan wang kelab ke dalam bank.

13.6.7. Menandatangani segala cek kelab bersama dengan pengerusi dan setiausaha.

13.7. Ahli Jawatankuasa:

13.7.1. Berhak mengambil bahagian yang aktif dan menentukan keputusan-keputusan


jawatankuasa kelab.

13.7.2. Mengetuai bahagian atau biro yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung.

13.7.3. Bersama-sama bertanggungjawab bagi menjamin kejayaan segala rancangan dan


aktiviti kelab serta menjaga / mengawasi disiplin ahli-ahli.

13.8. Pemeriksa Akaun:

  Dua orang juruaudit Dalam yang dilantik dalam Mesyuarat Agung bertanggungjawab
memeriksa / menyemak resit-resit serta baucer yang perlu bagi menyempurnakan tugas-
tugas pengesahan penerimaan / perbelanjaan wang kelab.

Fasal 14. Mesyuarat Agung Tahunan

14.1. Mesyuarat Agung Tahunan terdiri daripada ahli-ahli yang berdaftar dan mesyuarat ini
diadakan setahun sekali.

14.2. Mesyuarat Agung Tahunan boleh dijalankan dan dikira sah apabila dua pertiga (2/3)
daripada jumlah ahli yang berdaftar hadir.

Fasal 15 Pindaan Perlembagaan

15.1 Pindaan Perlembagaan hanya boleh dibuat dalam Mesyuarat Agung sahaja

15.2 Setiap pindaan perlembagaan hendaklah mendapat kelulusan 2/3 daripada jumlah
kehadiran dalam mesyuarat Agung berkenaan.
Fasal 16 Pembubaran

16.1. Persatuan / Kelab tidak boleh dibubarkan melainkan dengan arahan pengetua.

1 ………………………………… ……………………………..
Tandatangan Pengerusi Tandatangan Setiausaha

(NURUL FATIHA BT MOHD NOR) (CHAW YA NIE)

2 …………………………………
Tandatangan Penasihat
(SITI KHATIJAH BINTI BASHARUDIN)

3 ………………………………… ………………………………………
Diluluskan Oleh

Tarikh : ………………………. Tarikh : …………………………..

You might also like