You are on page 1of 5

MISI

“Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi
Aspirasi Negara.”
VISI

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"


1. Nama

Badan ini diberi nama Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan. (BKGK).
2. Keahlian

2.1 Semua guru dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah ini secara automatic menjadi ahli kecuali:

a) Guru ganti yang berkhidmat kurang dari tempoh satu penggal persekolahan.
b) Keahlian akan gugur dengar sendirinya sekiranya ahli bertukar atau bersara
c) Keahlian akan digantung sekiranya ahli tidak dapat menjelaskan yuran kerana:
i. Cuti Belajar
ii. Bertugas sebagai pegawai pinjaman di tempat lain.
iii. Cuti tanpa gaji melebihi setahun.
3. Yuran Ahli

3.1 Yuran semua ahli( pentadbir, guru dan bukan guru) perlu seragam dan nilainya adalah 10 tahun.

3.2 Yuran perlu dijelaskan pada 1-3 haribulan pada setiap bulan.

3.3 Kutipan yuran sebanyak RM 120 untuk setahun.


4. Ahli Jawatankuasa

4.1 Lantikan ahli jawatankuasa badan hendaklah dibuat melalui pemilihan terbuka dalam Mesyuarat
Agung.

4.2 Ahli jawatankuasa Badan memegang jawatan selama 2 tahun.

4.2 Ahli Jawatankuasa Badan hendaklah mengandungi:

a) Para penasihat yang terdiri daripada Guru Besar, GPK Kurikulum, GPK HEM, GPK Kokurikulum
dan GPK Khas.
b) Seorang pengerusi
c) Seorang naib pengerusi
d) Seorang setiausaha
e) Seorang Bendahari
f) Seorang Pemeriksa kira-kira

5. Mesyuarat
5.1 Ahli Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat apabila badan memerlukan peruntukan melebihi
peruntukan yang ditetapkan.
5.2 Ajk perlu membincangkan derma-derma kilat yag perlu dikutip kerana sesuatu keadaan atau situasi yang
tidak termaktub di dalam perlembagaan.
5.3 Mesyuarat Agung mestilah diadakan setiap tahun tidak lewat daripada akhir februari.

6. Tujuan
6.1 Secara umumnya, tujuan Badan ini adalah berkaitan dengan hal-ehwal kebajikan ahli serta mengalinkan
setiakawan antara kakitangan yang bertugas di sekolah ini.

6.2 Memberi sumbangan atau saguhati kepada ahli perkara-perkara berikut:


6.2.1 Kematian Ahli- Sumbangan sebanyak RM200.

6.2.2. Kematian Lain-Lain- Sumbangan sebanyak RM100


Kematian suami/isteri/anak/ibu bapa kandung/ibu bapa tiri dan ibu bapa
angkat yang memelihara sejak kecil.

6.2.3 Perkahwinan Ahli- Sumbangan sebanyak RM50


Perkahwinan ahli serta anak ahli yang pertama sahaja.

6.2.4 Mendapat Anak- Sumbangan sebanyak RM50


Mendapat anak pertama(termasuk anak angkat).
6.2.5 Sakit- sumbangan sebanyak RM100
Ahli sakit atau ditimpa kemalangan dan masuk wad. Setahun sekali.

6.2.6 Derma
Badan amal, perseorangan yang cacat dan sebarang pembinaan adalah
dimansuhkan.
6.2.7 Jamuan
Sumbangan diputuskan oleh AJK.

6.2.8 Cenderamata
a) Cendermara diberikan kepada ahli yang bertukar dan bersara.
b) Nilai cendermata berdasarkan tahun perkhidmatan di sekolah.

6.2.9 Harta

a) Pembelian diputuskan oleh AJK


b) Membeli perkakas yang difikirkan perlu seperto cerek, cawan dan sebagainya.

6.3 Pinjaman- sebanyak RM100 sahaja

6.3.1 Perlu membuat permohonan rasmi dengan mengisi borang

6.3.2 Pinjaman hanya sekali setahun sahaja.

6.3.3 Bayaran balik dalam tempoh tiga bulan sahaja.


7 . Tindakan

7.1 Ajk diberi kuasa untuk menjalankan derma kilat sekiranya perlu.

7.2 Ajk diberi kuasa untuk membincangkan dan meluluskan sesuati perkara yang
tidak tercatat di dalam perlembagaan.
8. Pindaan Peraturan

8.1 Peraturaan ini boleh dipinda dengan menambah atau menukar dengan peraturan yang lebih sesuai dari
masa ke semasa dengan persetujuan ahli-ahli.
9. Pengurusan Perbelanjaan

9.1 Perbelanjaan mengurus adalah ditanggung oleh Badan.

You might also like