You are on page 1of 6

PERLEMBAGAAN

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEGAR,
CHERAS, 56100 KUALA LUMPUR

Pendahuluan
Badan Kebajikan Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Taman Segar, Cheras,
Kuala Lumpur adalah satu badan untuk bekerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah
bagi mencapai cita-cita, idea guru dan juga menjaga kebajikan guru-guru dan kakitangan
sekolah.

Perlembagaan ini dianggap dapat mewujudkan dan mengekalkan persefahaman yang


berfaedah kepada guru-guru dan kakitangan sekolah serta profession perguruan.

ARTIKEL SATU
1.1 Badan ini dikenali dengan nama Badan Kebajikan Guru-guru dan Kakitangan
Sekolah SK Taman Segar dan selepas ini dipanggil ‘Badan Kebajikan’ sahaja.
1.2 Mandat diberi kepada Jawatankuasa Badan Kebajikan untuk menentukan dan
melaksanakan sesuatu keputusan yang telah diambil dalam mesyuarat AJK.

ARTIKEL DUA
Tujuan dan Objektif:
I. Memastikan ahli mengamalkan prinsip Rukun Negara
II. Menyemaikan semangat dedikasi terhadap ikhtisas dan idea perguruan.
III. Memelihara dan meninggikan taraf dan tradisi sekolah.
IV. Membaiki dan meninggikan taraf kebajikan semua ahli.
V. Memupuk semangat bersatupadu, bekerjasama dan kekeluargaan sekolah.

1
ARTIKEL TIGA
Keahlian:
Seksyen 1 : Jenis Keahlian
1.1 Semua guru dan kakitangan sekolah SK Taman Segar adalah menjadi ahli biasa
persatuan ini. (secara automatik)
1.2 Ahli memohon. Selain daripada guru dan kakitangan juga dipertimbangkan menjadi
ahli dengan permohonan rasmi dan berhak menerima keistimewaan yang sama dan
perlu membayar yuran yang sama.(RM10.00)
1.3 Ahli yang memohon dalam perenggan 1.2 terkecuali daripada memegang apa-apa
jawatan dalam Badan Kebajikan.

Seksyen 2 : Hak Ahli


2.1 Mengemukakan cadangan atau aduan kepada AJK Badan Kebajikan.
2.2 Mengundi dan bersuara.

Seksyen 3 : Kewajipan Ahli


3.1 Mematuhi dan mendukung perlembagaan badan kebajikan.
3.2 Menghormati dan melaksanakan keputusan AJK Badan Kebajikan.
3.3 Mempertahankan maruah dan kehormatan Badan Kebajikan serta ikhtisas harta badan
kebajikan.
3.4 Memelihara harta Badan Kebajikan.
3.5 Menjelaskan yuran tanpa pengecualian.

ARTIKEL EMPAT
Pemilihan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dilakukan oleh Penasihat semasa
Mesyuarat Agung BKGS di mana jawatankuasa lama tidak boleh dilantik semula pada
sesi berikutnya.
Seksyen1 : Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan, terdiri daripada:
1.1 Seorang pengerusi dan naib pengerusi
1.2 Seorang setiausaha
1.3 Seorang bendahari dan naib bendahari

2
1.4 Wakil guru-guru beredar
1.5 Wakil guru-guru PPKI
1.6 Seorang wakil kakitangan

Seksyen 2: Fungsi dan Kuasa


2.1 Bertanggungjawab menentukan dasar Badan Kebajikan sejajar dengan tujuan dan
objektif perlembagaan yang dirangka.
2.2 Merancang dan mengawal perbelanjaan Badan Kebajikan dengan mengambil kira
bimbingan dan nasihat penasihat badan kebajikan.
2.3 Mengawal harta benda dan kewangan badan kebajikan.
2.4 Peka dan bertindak dengan persekitaran persekolahan yang berhubungkait dengan
ahli.

Seksyen 3 : Tempoh Perkhidmatan


3.1 AJK akan bermula bertugas sebaik sahaja pemilihan rasmi dibuat.
3.2 AJK akan menjalankan tugas selama dua tahun berturut-turut.
3.3 Penasihat berhak melantik pengerusi dan naib pengerusi sementara jika sekiranya
berlaku pertukran pengerusi atau naib pengerusi sehingga pemilihan baru dibuat.

ARTIKEL LIMA
Seksyen 1 : Tahun Kewangan
Tahun kewangan badan kebajikan hendaklah berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Seksyen 2 Yuran
2.1 : Tiap-tiap ahli hendaklah membayar yuran sebanyak RM 110.00 setahun kepada
Bendahari Badan Kebajikan sehingga berakhir bulan Mac pada tahun tersebut.

2.2 : Bendahari hendaklah mengemukakan akaun kewangan setiap kali Mesyuarat


Agung Tahunan.

3
ARTIKEL ENAM : SUMBANGAN KEBAJIKAN
Seksyen 1 : Pertukaran
Seksyen 2 : Perkahwinan
Seksyen 3 : Kematian
Seksyen 4 : Kesihatan / Sakit
Seksyen 5 : Ahli yang akan bersara
Seksyen 6 : Kelahiran anak pertama
Seksyen 7 : Jamuan Pertengahan/ Akhir Tahun

Seksyen 1 : Pertukaran / Kontrak / Bersara pilihan


Setiap Ahli Badan Kebajikan sekolah ini adalah berhak menerima sumbangan tersebut
berdasarkan kadar RM 10.00 setahun mengikut tahun berkhidmat di SKTS.
Pindaan 28.12.1998
Sumbangan RM 10.00 setahun serta kutipan (sumbangan ikhlas)

Seksyen 2 : Perkahwinan ahli / anak ahli


Badan Kebajikan akan menyumbang wang sebanyak RM 50.00 dan juga kutipan ( derma
kilat )

Seksyen 3 : Kematian
Ahli Badan Kebajikan akan menerima sumbangan RM 50.00 dan kutipan derma kilat atas
kematian pasangan dan ibu bapa kepada ahli.

Seksyen 4 : Rawatan Perubatan


4.1 Badan Kebajikan akan memberikan sumbangan berupa wang sebanyak RM 30.00
atau sejambangan bunga ataupun buah-buahan yang senilai untuk ahli yang
dimasukkan ke hospital dan bermalam di wad.
(Hanya sekali dalam tempoh setahun)
Pindaan 28.12.1998
Bagi sakit kerana mengandung tidak akan mendapat sumbagan RM 30.00

4
4.2 Badan Kebajikan akan membuat kutipan (derma kilat) untuk ahli yang menerima
rawatan di hospital kerana penyakit yang berbahaya dan menjalani pembedahan.

Seksyen 5 : Ahli yang bersara wajib


Badan Kebajikan akan menyumbang sebanyak RM 100.00 dan ditambah mengikut tahun
berkhidmat di sekolah ini sebanyak RM 10.00 setahun. Kutipan sumbangan ikhlas untuk
jamuan persaraan turut diadakan. Ahli juga akan menerima sumbangan daripada pihak
PIBG.

Seksyen 6 : Kelahiran anak pertama


Badan Kebajikan akan memberi sumbangan sebanyak RM 50.00 bagi kelahiran anak
pertama di SKTS.

Seksyen 7 : Jamuan Pertengahan/ Akhir Tahun


Jamuan akan diadakan setiap pertengahan atau akhir tahun. Kutipan akan dijalankan
sekiranya peruntukan kewangan tidak mencukupi. Semua ahli Badan Kebajikan
diwajibkan membayar dan hadir semasa jamuan tersebut.

ARTIKEL TUJUH : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


Mesyuarat Agung Tahunan mesti diadakan setiap tahun selepas mesyuarat guru kali
pertama.

ARTIKEL LAPAN : PINDAAN DAN TAMBAHAN PERLEMBAGAAN


Seksyen 1 : Sebarang pindaan atau tambahan kepada perlembagaan hendaklah dibuat
dalam mesyuarat agung.

Seksyen 2 : Pindaan atau tambahan hanya diluluskan dengan persetujuan 2/3


daripada ahli yang hadir.

5
Seksyen 3 : Cadangan pindaan atau tambahan perlembagaan hendaklah disampaikan
kepada Setiausaha sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat
Agung.

Seksyen 4 : Sebarang pindaan atau tambahan perlembagaan yang baru hanya boleh
dibuat sekurang-kurangnya selepas 3 tahun.

ARTIKEL SEMBILAN
Guru-guru pelatih, guru ganti (menggantikan guru cuti bersalin) adalah terkecuali
daripada dikenakan membayar yuran ahli.

You might also like