You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN REKO,

43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN

PERLEMBAGAAN

__________________________________________
(Nama Persatuan / Kelab / Pasukan Pakaian Seragam)

1. Nama dan Alamat

Nama Pertubuhan : ______________________________________________

Alamat : ______________________________________________

______________________________________________

Alamat lain (Jika ada): _____________________________________________

______________________________________________

PERLEMBAGAAN

1. NAMA :

Kelab ini dikenali dengan nama KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

2. ALAMAT

Alamat lengkap Sekolah

3. OBJEKTIF

3.1 Memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang negara.

3.2 Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah

3.3 Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid, bahawa
pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
3.4 Menyediakan garis panduan pengurusan pencegahan jenayah dan
menggalakkan mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah.

3.5 Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa, negara


dalam hal-hal pencegahan jenayah

4. TEMPAT MESYUARAT, PERJUMPAAN DAN AKTIVITI

4.1 Tempat mesyuarat dan perjumpaan kelab adalah tidak terhad kepada mana-
mana bilik dewan atau kawasan sekolah dengan syarat mendapat kebenaran
pihak pentadbir sekolah terlebih dahulu.

4.2 Tempat menjalankan aktiviti kelab adalah berpusat di dalam kawasan sekolah
tetapi boleh juga di tempat-tempat lain di luar kawasan sekolah yang difikirkan
sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru penasihat dan pentadbir
sekolah dengan syarat perjalanan aktiviti tersebut diiringi oleh guru penasihat.
5. KEAHLIAN DAN ORGANISASI

5.1 Keahlian kelab ini terbuka kepada semua murid.

5.2 Organisasi kelab adalah seperti berikut:

5.2.1 Penaung
- Penaung ialah Pengetua
5.2.2 Penasihat
- Penolong Kanan HEM
- Pegawai Perhubungan Sekolah Ibu Pejabat Polis Daerah
5.2.3 Guru Penasihat
- Guru daripada Jawatankuasa Badan Disiplin Sekolah.
5.2.4 Jawatankuasa Kelab
Terdiri daripada kalangan murid yang dilantik melalui pemilihan dalam
mesyuarat agung tahunan iaitu:
a. Seorang Pengerusi
b. Seorang Naib Pengerusi
c. Seorang Setiausaha
d. Seorang Penolong Setiausaha
e. Seorang Bendahari
f. 5 orang ahli jawatankuasa
g. 2 orang pemeriksa kira-kira
h.
6. MESYUARAT
6.1 Mesyuarat Penaja

6.1.1 Surat permohonan penubuhan daripada guru penasihat kepada


Pengetua hendaklah disertakan:

a. Draf perlembagaan
b. Draf aktiviti asas
c. Senarai Jawatankuasa Penaja
6.1.2 Surat Kelulusan Penaja daripada Pengetua selaku Pendaftar Kelab
di sekolah kepada Guru Penasihat

6.1.3 Surat Pelantikan daripada Pengetua kepada Guru Penasihat.


6.2 Mesyuarat Agung :-

6.2.1 Mesyuarat Agung Penubuhan

a. Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua


b. Pemilihan jawatankuasa kelab
c. Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Pengetua
6.2.2 Mesyuarat Agung Tahunan

a. Laporan tahunan kelab


b. Laporan kewangan kelab
c. Pemilihan jawatankuasa kelab yang baru
6.2.3 Mesyuarat Agung Tergempar

a. Atas arahan guru penasihat apabila difikirkan perlu oleh


jawatankuasa
b. Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 1/3 bilangan
ahli dan diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh
penerimaan permintaan
c. Dihadkan hanya kepada maksud atau tujuan mesyuarat itu
diadakan.

6.2.4 Mesyuarat Jawatankuasa

a. Minit mesyuarat
b. Laporan aktiviti
c. Laporan kewangan
d. Perancangan aktiviti

7. KEWANGAN

7.1 Mendapatkan sumber kewangan melalui yuran tahunan, derma dan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan.

7.2 Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli adalah pada kadar yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa.

7.3 Kuasa membelanjakan kumpulan wang hanya untuk perkara-perkara yang perlu
dan berfaedah bagi mencapai objektif aktiviti kelab.

7.4 Bendahari tidak boleh menyimpan wang kelab dalam tangannya melebihi RM
10.00 pada satu-satu masa dan wang selebihnya hendaklah diserahkan kepada
Guru Penasihat.

7.5 Setiap perbelanjaan wang kelab hendaklah dengan kelulusan Jawatankuasa.


8. PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB

8.1 Pindaan perlembagaan kelab boleh diusulkan oleh ahli


dan diluluskan dengan mendapatkan persetujuan 2/3
ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat
Agung Tergempar.

8.2 Persetujuan Penaung, Penasihat dan Guru


Penasihat Kelab adalah perlu sebelum sesuatu
pindaan perlembagaan kelab dilakukan.

9. PERKARA-PERKARA LAIN

Kelab ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan


undang-undang yang telah dan akan dikeluarkan oleh
Kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan
Pelajaran Negeri masing-masing.

You might also like