You are on page 1of 6

PERTUBUHAN SAHABAT PRIHATIN KELANTAN PPM-009-03-31102019

KERTAS KERJA
PERMOHONAN SUMBANGAN
PERUNTUKAN KHAS YB MENTERI
UNTUK SUMBANGAN BANTUAN
RAHMAH “MALAYSIA MADANI”

KEPADA

PERTUBUHAN
SAHABAT PRIHATIN KELANTAN

(PPM-009-03-31102019)

Hak Cipta Terpelihara © Pertubuhan Sahabat Prihatin Kelantan


2 Mei 2023 - Keluaran 01 | Pindaan 00
Page |1
PERTUBUHAN SAHABAT PRIHATIN KELANTAN PPM-009-03-31102019

1. TAJUK

1.1. Permohonan Sumbangan Peruntukan khas YB Menteri


untuk bantuan kebajikan ahli dan program-program
kemasyarakatan bagi peningkatan pendapatan golongan
terpilih terutama dibawah kemiskinan B40 diseluruh
negeri Kelantan.

2. TUJUAN

2.1. Tujuan kertas kerja ini adalah bagi mendapatkan


sumbangan peruntukan untuk bantuan ahli dan
bantuan bagi pembiayaan sumbangan BANTUAN
RAHMAH “MALAYSIA MADANI”

2.2. Peruntukan yang diperolehi akan dibelanjakan


mengikut punca kuasa dan persetujuan
jawatankuasa mengikut program-program yang
dirancangkan agar ianya selaras dengan matlamat
pertubuhan.

3. LATAR BELAKANG

3.1. Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 31 Oktober 2019


dan telahpun bergerak bagi melaksanakan berberapa
program kemasyarakatan pada 2018 lagi.

3.2 Pada masa kini, masih ramai lagi masyarakat yang


memerlukan bantuan terutamanya masyarakat yang
dikelaskan bawah kemiskinan B40 yang rata-
Hak Cipta Terpelihara © Pertubuhan Sahabat Prihatin Kelantan
2 Mei 2023 - Keluaran 01 | Pindaan 00
Page |2
PERTUBUHAN SAHABAT PRIHATIN KELANTAN PPM-009-03-31102019

ratanya mempunyai pendapatan dibawah


RM1200.00 sebulan.

3.2. Menurut bancian dan kajian yang diperolehi,


walaupun ada agensi dan badan kerajaan yang
telahpun menjalankan program kemasyarakatan
sebegini, masih banyak lagi keluarga yang tercicir
disebabkan kekangan peruntukan dan beberapa
aspek lain yang menjadikan mereka ini ditinggalkan.

3.3. Menyedari keadaan sebegini, maka pihak


Pertubuhan Sahabat Prihatin Kelantan ditubuhkan
bagi menjadikan gerak kerja kami sebelum ini lebih
tersusun dalam membantu kerja-kerja
kemasyarakatan dan pendidikan kepada golongan
tersebut.

3.4. Pada masa sekarang, Pertubuhan bergerak


menggunakan peruntukan yang dikeluarkan oleh
ahli dan sumbangan beberapa orang perseorangan
yang mana mampu menggerakkan program
berskala kecil seperti bantuan kepada golongan
gelandangan dan kelas usahawan secara tertutup.

4. OBJEKTIF

4.1. Memupuk perasaan bertimbang rasa dan


keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran.

Hak Cipta Terpelihara © Pertubuhan Sahabat Prihatin Kelantan


2 Mei 2023 - Keluaran 01 | Pindaan 00
Page |3
PERTUBUHAN SAHABAT PRIHATIN KELANTAN PPM-009-03-31102019

4.2. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai


sivik dalam diri setiap individu.

4.3. Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga,


pengetahuan serta kemahiran.

4.4. Membentuk keperibadian dan memahami konsep


kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan
yang lain.

4.5. Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti


tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.

4.6. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan


bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

4.7. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa


ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan
bantuan.

5. PERANCANGAN

5.1 Beberapa program telah diaturkan bagi membantu


golongan B40, miskin tegar dan miskin supaya dapat
menikmati kehidupan yang lebih selesa.

5.2. Program yang diatur melibatkan bantuan berupa peralatan


dan makanan yang mana akan diagihkan kepada yang
memerlukan sebagai contoh kehilangan punca
pendapatan serta merta, atau masalah lain yang
dipersetujui oleh jawatankuasa pertubuhan.
Hak Cipta Terpelihara © Pertubuhan Sahabat Prihatin Kelantan
2 Mei 2023 - Keluaran 01 | Pindaan 00
Page |4
PERTUBUHAN SAHABAT PRIHATIN KELANTAN PPM-009-03-31102019

6. PERINCIAN PROGRAM

6.1. Program yang akan dilaksanakan yang telahpun


dipersetujui iaitu :

i- Sumbangan satu (1) unit bahan


makanan asas iaitu beras 10kg,
minyak 5kg, gula, garam, behun 5pek,
dan beberapa makanan lain bernilai
RM100.00 kepada 250 orang penerima
dengan jumlah keseluruhan
RM25,000.00 dan;

ii- Sumbangan wang tunai sebanyak


RM100.00 kepada penerima di atas
bagi menampung keperluan harian
yang lain dengan jumlah keseluruhan
RM25,000.00.

7. KAEDAH PELAKSANAAN

7.1 Kesemua program ini akan dilaksanakan sepenuhnya


oleh jawatankuasa pertubuhan dan juga akan dibantu
oleh tenaga kerja profesional yang akan dijemput oleh
pihak pertubuhan termasuk agensi yang berkaitan.

8. UNJURAN PERBELANJAAN

8.1 Unjuran Perbelanjaan Program ini secara ringkasnya


memberi manfaat kepada 250 orang penerima yang mana
mereka daripada warga yang kurang mampu dan
Hak Cipta Terpelihara © Pertubuhan Sahabat Prihatin Kelantan
2 Mei 2023 - Keluaran 01 | Pindaan 00
Page |5
PERTUBUHAN SAHABAT PRIHATIN KELANTAN PPM-009-03-31102019

berpendapatan miskin tegar. Jumlah keseluruhan yang


dipohon adalah sebanyak RM200.00 per penerima
meliputi bantuan sara diri (BANTUAN RAHMAH) dan
wang saku dengan jumlah keseluruhan RM50,000.00
(Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu Ringgit Sahaja)

9. PENUTUP

Memandangkan kepada masih banyak lagi keperluan bantuan


kepada masyarakat berpendapatan rendah B40 ini dan kekangan
badan kerajaan dan agensi dalam menyalurkan bantuan serta
peruntukan, Pertubuhan Bukan Kerajaan seharusnya dapat
memainkan peranan yang penting bagi membantu kerajaan.
Pertubuhan Sahabat Prihatin Kelantan akan berusaha
melaksanakan segala program yang dirancangkan agar dapat
mewujudkan impak yang positif terhadap gaya hidup dan taraf hidup
golongan sasar agar dapat keluar dari masalah kemiskinan yang
menjadi penghalang kejayaan mereka. Setiap kejayaan program ini
akan dapat membentuk jati diri dan memberi semangat masyarakat
ini bagi menempuhi hari-hari mendatang.

Hak Cipta Terpelihara © Pertubuhan Sahabat Prihatin Kelantan


2 Mei 2023 - Keluaran 01 | Pindaan 00
Page |6

You might also like