You are on page 1of 15

PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN

PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT


27-29 MEI 2022

KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT SUKARELAWAN

“KEM KITA HERO”

TARIKH
4-5 JUN 2022

TEMPAT
GLAMPING PINANG SEBATANG,
KUALA KUBU BHARU

ANJURAN
PERTUBUHAHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT

TEMA

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN”

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 1


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

Kertas Kerja
Program Operasi Khidmat Sukarelawan
Anjuran: Pertubuhan Krayon untuk Masyarakat

1.0Tujuan

Sukacitanya kertas kerja ini dikemukakan adalah bertujuan untuk memohon


pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan melalui geran kerajaan Malaysia
melalui Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

2.0Pengenalan

2.1 Pertubuhan Krayon untuk Masyarakat mula ditubuhkan pada 23 Febuarari


2022 merupakan satu badan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Pejabat
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Melaka). Pertubuhan ini telah berdaftar di bawah
kategori kebajikan. Selama penubuhannya, KRAYON telah menjalankan pelbagai
program kebajikan dan kemasyarakatan .Semua ini telah digerakkan melalui
kerjasama sukarelawan daripada seluruh negeri mengikut keperluan dan bantuan
semasa yang amat diperlukan oleh masyarakat.

2.2 Program Operasi Khidmat Sukarelawan ini merupakan program yang


dicadangkan oleh ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Krayon untuk Masyarakat.
Program ini bertujuan untuk melahirkan sukarelawan yang perihatin dan profesional
dalam menggerakan kerja-kerja kemanusiaan. Program ini juga bertujuan untuk
mendekatkan hubungan kekitaan sesama sukarelawan dan pertukaran ilmu serta
pandangan berdasarkan kepakaran setiap sukarelawan. Di samping itu, dijangkakan
program ini dapat memupuk nilai-nilai seorang pemimpin dalam diri sukarelawan
seperti profesionalisme, berkeyakinan, berketerampilan dan juga semangat untuk
berbakti kepada masyarakat

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 2


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

3.0Misi

Berbakti dan menyumbang kepada masyarakat, menjalinkan ikatan yang utuh dalam
kalangan sukarelawan. Membina keperibadian dan jatidiri suka membantu dalam
kalangan masyarakat disamping membantu meningkatkan kepelbagaian idea
menyelesaikan permasalahan sosial masyarakat melalui paduan antara ilmu, teori dan
pengalaman ke arah kesejahteraan masyarakat dalam membangunkan prasarana
fizikal dan pembangunan insaniah.

4.0Matlamat

Untuk menjadi pertubuhan kebajikan dan kesukarelawanan yang terkehadapan, berwawasan


dan berdaya saing yang :

 Menjalin hubungan mesra dan kerjasama yang baik antara sukarelawan dan
pemain industri.

 Membimbing serta memberi motivasi kepada para belia daripada seluruh negeri
khususnya mereka yang berminat menggerakan kerja-kerja kemanusiaan.

 Melahirkan sukarelawan kemanusiaan yang berketerampilan dan berkarisma


serta mampu memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat .

 Berbakti kepada masyarakat dan mewujudkan persekitaran belia cakna


masyarakat.

5.0Objektif

5.1 Mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat


setempat dengan sukarelawan kemanusiaan untuk saling berhubung dan
berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang
lebih padu dan berkesan.

5.2 Merapatkan lagi jurang di antara barisan ahli Jawatankuasa Pertubuhan


Krayon untuk Masyarakat di samping menanam sikap mementingkan
“teamwork” dalam organisasi dengan menyusun aktiviti yang memerlukan
kerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat.

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 3


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

5.3 Memberi peluang kepada sukarelawan untuk berinteraksi sendiri dan


mengenali budaya dan cara kehidupan mereka dari segi adat dan budaya.

5.4 Mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan sukarelawan yang


berbilang bangsa di samping memupuk sikat perihatin dalam kalangan
sukarelawan terhadap sosial semasa.

5.5 Memberi peluang kepada sukarelawan untuk menjadikan aktiviti


kemasyarakatan seperti ini sebagai satu platform untuk berbakti kepada
masyarakat yang kurang bernasib baik.

5.6 Mengasas kemampuan sukarelawan untuk berhadapan dengan cabaran dunia


luar yang penuh dengan rintangan serta onak duri. Disini juga, kita boleh
melihat sejauh mana kemantapan softskill yang mereka ada.

5.7 Menerapkan nilai sikap, etika dan profesionalisme dalam diri sukarelawan
dengan menunjukkan tingkah laku profesional sepanjang program dijalankan.
Mahasiswa/i juga akan melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan
amanah serta menunjukkan sikap kesukarelaan dan bekerjasama.

6.0Tema

“ Pemerkasaan Sukarelawan Nafas Baru Kemanusiaan ”

7.0Anjuran
Pertubuhan Krayon untuk
Masyarakat

8.0Tarikh dan Masa

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 4 Jun ( Sabtu) hingga 5 Jun (Ahad) 2022


Masa : 9.00 pagi (Sabtu) hingga 11.00 pagi (Ahad)

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 4


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

9.0Tempat Program

GAMPLING PINANG SEBATANG,


KUALA KUBU BHARU

10.0Cadangan Perasmi

Yang Berbahagia Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Penasihat Agama Perdana Menteri)

11.0Publisiti

Antara strategi publisti dan hebahan bagi program ini ialah:

 Poster dan flyers tentang program diedarkan di seluruh Malaysia


 Banner di sekitar kawasan program dan kawasan bandar Melaka
 Laman media sosial Krayon4Society
 Liputan akhbar dan siaran radio

12.0Penglibatan Ahli-ahli Program

Seramai 200 orang sukarelawan berdaftar yang terdiri daripada belia dari pelbagai
negeri yang menjadi ahli sejak pertubuhan ini ditubuhkan sehingga kini.

13.0Struktur Organisasi

Rujuk Lampiran A

14.0Tentatif Program

Rujuk Lampiran B

15.0Perincian Program

15.1 KELUARGA KITA

Program ini akan membahagikan sukarelawan kepada beberapa kumpulan.


Sepanjang program para sukarelawan akan menjalankan setiap aktiviti bersama
ahli kumpulan mereka. Namun pada kali ini panggilan kumpulan akan
ditukarkan kepada keluarga bagi melahirkan rasa keakraban di antara
sukarelawan.

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 5


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

15.2 KEM SAMPAIKAN ILMU

Kem solat ini adalah bertujuan untuk mengajar perkara asas yang berkaitan
dengan solat seperti cara berwuduk, bacaan Al-fatihah, tahyat, dan hafalan
surah-surah pilihan untuk diajarkan kepada orang lain. Ia bertujuan menanam
rasa keyakinan diri dalam setiap hati sukarelawan untuk menjadi individu yang
mampu mengajar sesuatu yang benar kepada masyarakat berdasarkan
kemampuan ilmu yang mereka ada.

15.3 ZIARAH MAHABBAH

Setiap sukaralewan akan diajar adab dan cara yang profesional ketika
menyantuni masyarakat. Gaya bahasa dan lenggok tubuh sangat memainkan
peranan penting ketika berada di lapangan dengan situasi dan cabara yang
berbeza-beza.

15.4 REWANG

Aktiviti rewang adalah aktiviti gotong-royong menyediakan juada untuk setiap


kali makan. Ia bertujuan membina kemahiran kendiri dalam melakukan kerja-
kerja berkumpulan

15.5 SUKAN DAN RIADAH

Program sukan dan riadah ini bertujuan mengajak sukarelawan agar sentiasa
peka dan prihatin terhadap kesihatan diri masing-masing. Kerja-kerja
kemanusiaan akan menggunakan sepenuh tenaga fizikal dan mental justeru ia
memerlukan kepada aktiviti terapi bagi membolehkan otak dan tubuh badan
menjadi cerdas dan cergas.

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 6


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022
15.6 SANTAPAN HATI

Salah satu pengisian rohani untuk sukarelawan. Mereka akan diberikan dengan
pendedahan dan motivasi serta membina matlamat hati yang jelas berkaitan
tujuan utama mereka menyertai aktiviti sukarelawan.

15.7 MALAM KEBUDAYAAN

Malam Kebudayaan merupakan kemuncak dan juga merupakan malam terakhir


kepada sukarelawan. Pada malam tersebut, setiap keluarga perlu
mempersembahkan satu pentunjukan berkaitan isu kemanusiaan. Ia sebagai
salah satu latihan dan mendidikan sukarelawan untuk kreatif mengajak
masyarakat melakukan kebaikan.

15.8 TREASURE HUNT

Aktiviti treasure hunt adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji
kemahiran sukarelawan untuk menyelesaikan permasalahan yang akan diberi.
Para peserta akan dibahagikan mengikut keluarga dan dikehendaki untuk
menjelajah dari satu ke satu checkpoint bagi mencari harta yang
disembunyikan. Sepanjang penjelajahan, peserta akan diuji dengan 10
checkpoint atau ujian yang melibatkan minda, kecergasan dan juga ketahanan
psikologi. Antaranya seperti aktiviti “Water in the bottle” dimana peserta
dikhendaki mengisi air kedalam botol mengunnakan tangan. Masa yang
diperuntukan untuk menyelesaikan semua checkpoint ialah selama tiga jam.
Objektif utama aktiviti ini dijalankan ialah untuk mengasimilasikan sifat
kerjasama diantara ahli, melatih peserta akan sifat kepatuhan kepada ketua
disaat berlakunya konflik didalam kumpulan serta untuk menguji kepekaan
perserta dibidang ilmu semasa.

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 7


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

15.9 NOW I KNOW

NOW I KNOW merupakan aktivi yang merangkumi tiga sesi, iaitu sesi
ceramah berkaitan kerja-kerja kemanusiaan, tayangan video, dan sesi “I
Wonder How” dimana sesi perkongsiaan ini akan menampilkan individu yang
berpengalaman dan konsisten di dalam kerja-kerja kemanusiaan dan
kesukarelawanan..

16.0Belanjawan

Rujuk Lampiran C

17.0Belanjawan

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,
sila hubungi:

Pengerusi Pertubuhan Krayon untuk Masyarakat

Saudara Faiq Asyraf bin Abd Rahman

Tel : 012-697 4993/ 011-2343 4993


E-mel : asyraf.krayon4society@gmail.com

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 8


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

18.0Penutup

Adalah diharapkan agar program Operasi Khidmat Sukarelawan ini mendapat


kelulusan daripada pihak Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan jawatankuasa
penilai akan mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan kewangan
seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan agar program ini
dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan.
Penganjuran program seumpama ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada
barisan jawatankuasa yang terlibat dalam proses persiapan dan ini suatu pengalaman
yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sekaligus menjadi
pemangkin buat mereka dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Secara tidak
langsung, NGO akan dapat melahirkan pemimpin yang berfikiran positif, dinamik,
aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan,
komitmen dan pengemblingan tenaga daripada semua pihak amat dialu- alukan.
Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya
agar sesi 2022 dapat dijayakan dengan sempurna.

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 9


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 10


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

Lampiran A

Struktur Organisasi

Pengerusi
Faiq Asyraf bin Abd Rahman

Penyelaras
Nurul Izzah binti Hasnan

Ketua Pengarah
Nurul Amira binti Shukor

Timbalan Ketua Pengarah


Amir Izwan bin Ismail

Setiausaha
Syamimi Raihan binti Zainal

Timbalan Setiausaha
Nurfatin Najwa binti Mohd Nahar

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 11


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

Bendahari
Shauqi Afrah bin Ismail

Timbalan Bendahari
Muhammad Fayyadh bin Kamaruddin

Pengarah Publisiti : Muhammad Salam

Pengarah Pemasaran : Nurul Athira

Pengarah Keselamatan : Muhammad Hafis Ali

Pengarah Tugas-tugas Khas : Muhammad Izat Zulhairi bin Sama

Pengarah Program dan Protokol : Alif Haikal

Pengarah Peralatan dan Tempat : Tariq Helmy

Pengarah Jamuan dan Makanan : Amira Najihah

Pengarah Cenderamata dan Sijil : Muhammad Nurshafiq

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 12


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

Lampiran B

Tentatif Program Operasi Khidmat Sukarelawan “Kita Hero”


Tarikh : 27-29 Mei 2022
Hari : Jumaat- Ahad
Masa : 9.00 malam (Jumaat) – 11.00 pagi (Ahad)

Tarikh dan Masa Perkara Tempat


23 April 2015 (Jumaat)

9.00 PM Pendaftaran AJK dan peserta Damai D’ Lubok


Pasang khemah Badak
Treasut Hunt
Bersurai/ rehat
24 April 2015 (Sabtu)

Sarapan pagi/ Ice Breaking


Persiapan majlis pembukaan
Perasmian Pembukaan

Kem Keluarga Kita


Makan tengahari
Solat Zohor Rehat
Ziarah Mahabbah
Solat Asar
Minum Petang
Rewang penduduk kampung
Solat maghrib
Majlis tahlil dan bacaan Yasiin
Solat isyak
Santapan Hati
Minum malam
Bersurai / refleksi

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 13


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

25 April 2015 (Ahad)

Qiamullail
Solat Subuh jemaah
Sukan /Riadah
Sarapan
Sampaikan Ilmu
Rewang
Makan tengahari
Solat Dzuhur berjemaah
Now I Know

Penyampaian sijil &


cendermata

Bersurai

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 14


PROGRAM OPERASI KHIDMAT SUKARELAWAN
PERTUBUHAN KRAYON UNTUK MASYARAKAT
27-29 MEI 2022

Lampiran C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL.PERKARA RM
1. Sumbangan
 Geran ROS 10,000.00
 Yuran Keahliaan 1,000.00
 Dana Pertubuhan 3,000.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 14,000

Anggaran Perbelanjaan

BIL. PERKARA RM
1. Publisiti
- Kain Rentang (RM 100 x 2 helai) 200
- Poster (RM 2 x 20 helai) 40
2. Program
- Sukaneka dan Permainan 1,000
- Rewang
Bahan mentah (RM2000) 2,000
Peralatan (RM500) 500

- Treasure Hunt 500


500
- Now I Know

3. Jamuan
- Peserta (200 orang) 4,000
4. Cenderamata
- Sijil (RM 1.50 x 40 orang) 60
- Hamper (RM30 x 20 kumpulan) 600
- Cenderamata kenangan 200

5. Pengangkutan 1,000
6. Rencam 750
7 Sewa kawasan 3,000.
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 13,450

“PEMERKASAAN SUKARELAWAN NAFAS BARU KEMANUSIAAN” 15

You might also like