You are on page 1of 2

Prundingan kolektif

Seksyen 2 akta perhubungan perindustrian 1967 mentafsirkan perundingan kolektif


sebagai perundingan dengan tujuan mencapai perjanjian kolektif. Perundingan
kolektif diadakan diantara pihak kesatuan sekerja dan majikan atau kesatuan
majikan. Majikan yang mengiktiraf sebuah kesatuan sekerja dalam organisasi
sebenarnya memberi hak bersuara kepada perwakilan itu khususnya dalam
perundingan kolektif.
Walaubagaimanapun seksyen 13(1) memberi hak kepada kesatuan sekerja
memulakan perlawaan bagi satu perundingan kolektif. Namum begitu terdapat
beberapa perkara yang dilarang dimasukan dalam draf atau cadangan kepada
perjanjian kolektif itu iaitu:
a)
Kenaikan pangkat oleh majikan terhadap mana-mana pekerja daripada
kategori atau gred lebih rendah kepada kategori atau gred yang lebih tinggi.
b)
Pertukaran pekerja oleh majikan dalam profession, perdagangan atau kerja,
dengan syarat apa-apa pertukaran itu tidak menyebabkan perubahan yang
merugikan pekerja berhubungan dengan terma-terma pekerjaan.
c)
Pelantikan mama-mana pekerja oleh majikan sekiranya ada kekosongan dalam
organisasi.
d)
Penamatan perkhidmatan pekerja oleh majikan atas sebab lebihan pekerja
atau penyusunan semual profession, perdagangan atau kerja majikan atau sebabsebab bagi penamatan tersebut
e)

Pemecatan dan pengambilan semuala seseorang pekerja oleh majikan.

f)
Menyerah hak atau peruntukan tugas-tugas atau tugas khas kepada pekerja
oleh majikan yang selaras atau sesuai dengan terma-terma pekerjaan.
Secara ringkasnya langkah-langkah bagi mengadakan perundingan kolektif adalah
seperti berikut:
a)
Kesatuan sekerja pekerja yang sudah diberi pengiktirafan atau kesatuan
sekerja majikan atau majikan boleh mempelawa antara satu sama lain bagi
memulakan perundingan kolektif. Biasanya satu draf secara bertulis beserta dengan
cadangan-cadangan kepada perjanjian kolektif akan disertakan bersama-sama
dengan perlawaan tersebut.
b)
Pihak-pihak tersebut hendaklah menyatakan persetujuan secara bertulis bagi
mengadakan perundingan kolektif dalam masa 14 hari dari tarikh perlawaan
tersebut.
c)
Jika pihak-pihak itu sudah menyatakan persetujuan kepada perlawaan, tarikh
perundingan yang pertama hendaklah di tetapkan dalam masa 30 hari daripada
tarikh perlawaan dibuat.

d)
Apabila satu tarikh perundingan sudah ditetapkan dan perundingan berkenaan
syarat-syarat perjanjian kolektif di persetujui tanpa sebarang pertelingkahan, boleh
dikatakan satu perjanjian kolektif sudah tercapai antara pihak tersebut.
e)
Perjanjian kolektif tersebut hendaklah ditandatangani dan diserahklan kepada
pendaftar mahkamah yang dilantik dibawah akta perhubungan perindustrian 1967
untuk mendapat perakuan atau pengiktirafan daripada mahkamah.
f)
Sekiranya perlawaan ditolak atau tiada perundingan dimulakan dalam tempoh
30 hari, pihak-pihak yang membuat perlawaan hendaklah memberitahu Ketua
pengarah secara bertulis dan ketua pengfarah hendaklah mengambil langkahlangkah tertentu sebagaimana yang perlu bertujuan membawa pihak-pihak
berkenaan memulakan perundingan kolektif.
g)
Jika pihak-pihak tersebut enggan memulakan perundingan kolektif selepas
langkah-langkah tertentu diambil, suatu pertikaian perdagangan adalah disifatkan
sudah wujud terhadap perkara-perkara yang disebut dalam perlawaan itu.
8) Describe the contents commonly found in collective agreement?

Menurut seksyen 2 Akta Perhubungan Perindustrian 1967 perjanjian kolektif


ialah suati perjanjian bertulis yang dicapai antara majikan atau kesatuan sekerja
majikan-majikan di satu pihak dengan kesatuan sekerja pekerja-pekerja di satu
pihak yang lain berhubung dengan syarat dan peraturan pekerjaan dan kerja
pekerjan-pekerja atau berhubung dengan hubungan antara pihak-pihak tersebut.
Antara perkara-perkara yang disebut di dalam perjanjian kolektif ialah Bahagian I,
pihak-pihak yang terlibat dalam mencapai persetujuan bersama tersebut, tarikh
kuat kuasa dan tempoh perjanjian tersebut, pengubahsuaian perjanjian serta
penamatan perjanjian, dan tafsiran berkenaan perjanjian tersebut dan pertikaian.
Bahagian II dua pula berkenaan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak
berkenaan dengan pengiktirafan persatuan, pengiktirafan syarikat, pekerja-pekerja
bukan ahli serta potongan yuran ahli. Manakala Bahagian pula terdapat beberapa
perkara berkenaan dengan pekerja percubaan, kenaikan pangkat, tangga gaji atau
upah, bonus tahunan atau elaun, masa bekerja, cuti sakit, rawatan hospital, masa
bekerja, berkenaan dengan hari cuti, aktiviti kesatuan sekerja dan beberapa lagi
yang berkenaan selagi tidak melanggar prerogatif pihak pengurusan. Berikut
terdapat contoh perjanjian kolektif yang boleh dijadikan rujukan.

You might also like