You are on page 1of 6

KONTRAK PENGGAJIAN

Bertarikh : .................................

DI ANTARA
EMPRESA (M) SDN BHD
(Dirujuk Sebagai ‘MAJIKAN’ bagi satu pihak)

DENGAN

PEKERJA BUKAN PERMASTAUTIN


(Dirujuk Sebagai ‘PEKERJA’ bagi pihak lain)

Nama

No. Paspor

Bahagian

SYARAT DAN TERMA KONTRAK


1. Jawatan

a. Pekerja am ladang kelapa sawit

2. Tempoh Kontrak

a. Pekerja yang menjalani tempoh penyesuaian pekerjaan dan lingkungan kerja selama 2 minggu
sehingga 4 minggu mulai dari tarikh kontrak ini dan kerjanya boleh ditamatkan oleh pihak
majikan sekiranya pekerja tidak melaksanakan tugas-tugasan dengan sempurna.
b. Sekiranya pekerja gagal dalam pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan yang telah dipilih oleh
majikan maka dengan sendirinya kontrak ini terbatal dan tidak sah.
c. Tempoh kontrak bagi pekerja ialah sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
d. Kontrak ini boleh disambung sekiranya telah cukup tempohnya tamat tetapi bergantung dengan
prestasi kerja, budi bicara majikan serta kelulusan lesen penggajian daripada Jabatan Tenaga
Kerja Negeri Sarawak.
e. Pekerja dikehendaki oleh Kerajaan Malaysia memperbaharui Permit kerjanya setiap tahun
mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Jabatan Imigresen Malaysia Atau Mana-
mana arahan oleh Kerajaan Malaysia dan Kelulusan untuk menyambung kontrak ini adalah atas
budi bicara atau kuasa pihak yang dinyatakan.

3. Penempatan dan Tanggungjawab Pekerja

a. Pekerja boleh ditempatkan dan bertugas di salah sebuah ladang dibawah kawalan / pentadbiran
pihak majikan sebagai pekerja ladang dan akan melakukan tugas-tugas di ladang mahupun
kilang kelapa sawit Malaysia
b. Setiap pekerja boleh diarahkan oleh pihak majikan pegawainya atas budi bicaranya untuk
melakukan kerja-kerja di ladang.
1 ǀ EMSA / SGLE / EPOM
4. Gaji / Upah

a. Gaji akan dibayar dengan cara borongan / piece rate harian mengikut keperluan.
b. Pekerja akan dibayar gaji / upah berpandukan kepada kadar yang telah ditetapkan oleh majikan
dari masa ke semasa iaitu pada kadar upah yang setanding dan kompetatif dalam industri yang
sama di Malaysia atas yang sama kepada Warganegara Malaysia.
• Dengan Gaji / Upah dan faedah sampingan seperti yang berikut:
o Gaji Pokok : RM 42.30 / Hari
o Faedah Sampingan : Cuti Sakit & Cuti Am
c. Gaji akan dibayar dengan tunai dan gaji akan dibayar sebelum 7 haribulan setiap bulan.
d.
5. Infrastruktur / Prasarana / Kediaman

a. Majikan akan menyediakan tempat tinggal serta kemudahan lain seperti sumber elektrik dan
bekalan air secara percuma.
b. Rakan atau saudara mara tidak dibenarkan tinggal di kediaman yang telah disediakan oleh
majikan kepada pekerja tanpa kebenaran dari pihak majikan.

6. Waktu Bekerja – Act A1237 (105)

a. Pekerja wajib melaksanakan tugas-tugasan mengikut waktu kerja yang telah ditetapkan oleh
pihak majikan iaitu lapan (8) jam sehari dan (6) hari seminggu.

Waktu Mula Bekerja : 05:30 pagi


Waktu Rehat Makan : 11:00 pagi – 12:00 tengahari
Waktu Tamat Kerja : 2:00 petaang

6.1 Kerja Lebih Masa - Act A1237 (105) (6)

Jika pekerja bersetuju memlakukan kerja lebih masa pada hari biasa, Pekerja berhak dibayar gaji
untuk kerja lebih masa pada kadar 1.5 Kali ganda gaji biasa jam.
Had kerja lebih masa hendaklah berjumlah tidak melebihi dari 134 jam dalam mana-mana satu
bulan termasuk hari cuti rehat.

7. Cuti Rehat - Act A1237 (105B)

Setiap pekerja adalah dibenarkan satu (1) rehat penuh dalam seminggu.
Jika pekerja bersetuju bekerja pada hari rehatnya, Pekerja berhak mendapat bayaran gaji pada
kadar yang tidak kurang daripada 2 Kali ganda dari kadar gaji biasa sehari.

8. Cuti Sakit

a. Cuti Sakit Bergaji akan dibayar mengikut tempoh perkhidmatan pekerja tersebut:-
1 – 2 Tahun Perkhidmatan = 14 Hari Setahun
2 – 5 Tahun Perkhidmatan = 18 Hari Setahun
5 Tahun ke atas perkhidmatan = 21 Hari Setahun

2 ǀ EMSA / SGLE / EPOM


9. Cuti Umum

a. Jika cuti umum jatuh pada hari ahad atau hari rehat, hari bekerja berikutnya akan menjadi cuti
umum bagi menggantinnya.
b. Seseorang pekerja adalah berhak mendapatkan cuti umum dalam satu tahun Kalendar Seperti :
• Tahun Baharu • Awal Muharram
• Tahun Baharu Cina • Agong’s Birthday
• Good Friday • Hari Malaysia
• Hari Pekerja • TYT’S Birthday
• Perayaan Gawai Dayak • Maulidur Rasul
• Hari Raya Puasa • Christmas Day
• Sarawak Independence Day
• Hari Raya Haji
• Hari Kemerdekaan

10. Cuti Tahunan - Act A1237 (105D)

Pekerja akan diberi cuti tahunan bergaji dalam setahun perkhidmatan mengikut Akta Buruh.
1 – 2 Tahun Perkhidmatan = 8 Hari Setahun

11. Disiplin Dan Tingkah Laku

a. Pekerja tidak dibenarkan bekerja dengan mana-mana individu, institusi atau organisasi
lain selain daripada ladang atau kilang Hak Milik EMPRESA (M) SDN BHD semasa
dalam tempoh kontrak dijalankan.
b. Sekiranya pekerja didapati melanggar syarat yang telah dinyatakan, maka kontrak ini
akan terbatal dengan sendirinya dan pihak majikan tidak akan bertanggungjawab ke atas
keselamatan dan kebajikan pekerja tersebut.
c. Pekerja tidak boleh melakukan perkara-perkara yang melanggar adat resam, tatasusila
masyarakat setempat atau perbuatan yang memberi maksud yang sama kepada penduduk
tempatan.
d. Pekerja dilarang sama sekali dibawah Undang-undang Buruh Malaysia untuk mengambil
tindakan sendiri atau berkumpul sesama sendiri atau dengan pihak lain dari melakukan
aktiviti haram seperti Mogok, Demonstrasi, perkumpulan haram atau tingkah laku yang
boleh dimaksudkan dengan tindakan sedemikian.
e. Pekerja tidak boleh melakukan apa-apa perbuatan yang menggunakan kekerasan, ugutan
atau sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kecederaan, kecacatan, mudarat atau
perbuatan seumpamanya yang dikategorikan jenayah dibawah Undang-Undang
Malaysia.
f. Sekira pekerja melanggar syarat dan terma atau terlibat dalam kegiatan berkenaan (d dan
e) salah satu atau kesemua tindakan seperti berikut akan diambil :
i. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pekerja beserta denda mahupun
penggantungan kerja (mengikut undang-undang syarikat).
ii. Kes akan terus dilaporkan kepada pihak yang berwajib seperti Pihak Polis / Pihak
Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
iii. Kontrak Penggajian akan ditamatkan serta merta.
iv. Pemulangan ke Negara Asal
1. Dalam apa-apa senario pemulangan ke negara asal, pekerja mesti
melunaskan semua hutang-hutang mereka yang masih tertunggak dengan
pihak majikan seperti pinjaman dan lain-lain yang berkaitan.

3 ǀ EMSA / SGLE / EPOM


12. Perkakas dan Peralatan Pekerjaan

a. Pekerja adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkakas dan peralatan pekerjaan


yang diberi pihak majikan kepada pekerja secara percuma untuk menjalankan kerja-kerja
harian.
b. Sekira pekerja sengaja menghilangkan atau sengaja merosakkan perkakas dan peralatan
yang telah dibekalkan oleh pihak majikan maka kos membaiki atau penggantian perkakas
dan peralatan akan ditanggung sendiri oleh pekerja dan majikan berhak menuntut ganti
rugi ke atas peralatan dalam simpanan pekerja yang dibekalkan oleh majikan kepada
pekerja.
c. Pekerja mestilah memulangkan perkakas dan peralatan yang telah majikan bekalkan
kepada pekerja sebaik sahaja diminta oleh majikan atas sebab tamatnya kontrak.

13. Levi

a. Pembayaran wang levi dan PLKS adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pihak Syarikat
untuk memudahkan pembayaran kepada Kerajaan Malaysia.

14. Caruman Perkeso

a. Majikan akan memastikan bahawa semua pekerja dilindungi PERKESO secara percuma
atas tanggungan majikan.

15. Pemeriksaan Kesihatan Dan Perubatan

a. Majikan akan memastikan bahawa bagi tujuan pekerjaan, pekerja akan diwajibkan
menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu bagi mengesahkan sama ada pekerja
layak untuk bekerja atau tidak.
b. Jika pekerja gagal dalam ujian pemeriksaan kesihatan (unfit) maka pekerja akan dihantar
pulang ke negara asal dan segala kos pemulangan adalah ditanggung oleh Agen
Pengambilan Pekerja tersebut.
c. Majikan juga akan menyediakan kemudahan Klinik Kesihatan di bawah naungan
Syarikat bagi memudahkan pekerja mendapatkan rawatan kesihatan dan perubatan.
d. Majikan akan menanggung perbelanjaan rawatan perubatan bagi pekerja yang sakit
akibat dari kemalangan semasa bekerja di hospital kerajaan yang ditentukan oleh
majukan mengikut peraturan dan kelayakan yang ditentukan oleh majikan dari masa ke
semasa.
e. Pekerja tidak dibenarkan hamil sepanjang dalam tempoh Kontrak ini, sekiranya didapati
hamil maka kontrak ini akan terbatal semerta merta.

16. Taklimat / Penjelasan Kepada Pekerja

a. Majikan akan memberi taklimat / penjelasan dan penerangan lanjutan kepada pekerja
bagi menjelaskan berkenaan dengan syarat-syarat pekerjaan termasuklah jenis-jenis
tugas, gaji / upah, kemudahan yang diberikan dan peratauran yang telah ditetapkan oleh
pihak majikan kepada pekerja sebelum pekerjaan dimulakan.
b. Pekerja juga akan diberitahu berhubungan dengan perundangan Kerajaan Malaysia.

4 ǀ EMSA / SGLE / EPOM


17. Tambang Perjalanan Pulang Pekerja

a. Apabila tamat tempoh kontrak pekerjaan dengan sempurna, tambang pulang akan
dibiayai oleh pihak majikan sehingga Pontianak sahaja.

18. Umur

a. Pekerja mestilah menamatkan perkhidmatan / Bersara pada umur 47 tahun.

19. Repatriasi

a. Majikan akan menanggung kos Pengebumian / menghantar balik ke tempat asal sekiranya
berlaku kematian dalam tempoh kontrak perkhidmatan ini sesuai dengan persetujuan ahli
keluarga si mati.
b. Majikan juga akan memberikan wang saguhati kepada waris si mati.
c. Majikan akan melaporkan kepada Kedutaan Republik Indonesia (KBRI) di Malaysia
berkenaan segala urusan yang berkaitan dengan pengebumian jenazah si mati tersebut.

20. Lain-Lain Hal

a. Paspot
i. Pihak Majikan hanya akan menyimpan Passport Pekerja itu sekiranya Pekerja
bersetuju untuk berbuat demikian.

b. Perjanjian Yang Berkuatkuasa


i. Perjanjian ini adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
majikan.
ii. Mana-mana atau kesemua perselisihan di antara kedua-dua belah pihak yang
berbangkit atau berkaitan dengan perjanjian ini akan diselesaikan secara meja
bulat melalui rundingan bersama.

c. Penamatan Perjanjian / Pekerjaan


i. Majikan berhak menamatkan perjanjian serta merta tanpa notis kepada pekerja
sekiranya perkara-perkara berikut berlaku :
1. Melanggar perjanjian atau mana-mana peraturan kerja seperti yang telah
dinyatakan di atas.
2. Pekerja didapati tidak layak untuk bekerja oleh Pengawai Perubatan
Malaysia.
3. Pekerja yang mengikari peraturan kerja serta ingkar akan arahan pihak
majikan dan didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin Majikan.

5 ǀ EMSA / SGLE / EPOM


Dalam menyaksikan kontrak ini, semua pihak berkenaan memahami dan bersetuju untuk
menandatangani kontrak ini pada hari dan tahun yang dinyatakan di atas.

DITANDATANGANI OLEH DITANDATANGANI OLEH


(BAGI PIHAK MAJIKAN) (PEKERJA)
EMPRESA (M) SDN BHD : EMPRESA (M) SDN BHD :

............................................ ............................................
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :

DITANDATANGANI OLEH DITANDATANGANI OLEH


( PEMBACA KONTRAK ) (SAKSI KEDUA-DUA PIHAK)
EMPRESA (M) SDN BHD : EMPRESA (M) SDN BHD :

............................................ ............................................
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :

6 ǀ EMSA / SGLE / EPOM

You might also like