You are on page 1of 3

Rujukan: LTB/001/2018/AD/LO-SZL

Tarikh: 30hb JULAI 2018.


PRIVATE AND CONFIDENTIAL
SHAHRIZAL BIN ANAS.
No.210A, Kg. Balun,
35820 Slim River,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan.

TAWARAN JAWATAN DAN PERJANJIAN PEKERJA

1) Jawatan: PENGURUS PROJEK

2) Tarikh Pelantikan
Pelantikan anda akan berkuatkuasa dari 01 OGOS 2018.

3) Lokasi Kerja
No.45, Jalan Putra Perdana 7/21, Taman Putra Perdana, 43100 Puchong
Selangor dan lokasi yang ditugaskan.

4) Gaji
Anda akan dibayar gaji bulanan sebanyak Ringgit Malaysia RM3,350.00 Kenaikan gaji
atau bonus sepanjang perkhidmatan anda adalah tertakluk sepenuhnya kepada budibicara
Pihak Pengurusan dan prestasi perkhidmatan anda.

5) Hari & Waktu Bekerja:


(a) Hari: Isnin hingga Sabtu.
(b) Waktu: 9.00pagi- 05.00petang
(c) 1.00petang- 2.00petang; Rehat

6) Kerja Lebih Masa


Anda tidak akan dibayar kerja lebih masa bagi pekerja professional bergaji RM 2,001.00
ke atas. Walau bagaimanapun, anda akan layak untuk mendapat “time-off” jika kerja
itu (Tugasan Khas) telah diluluskan terlebih dahulu tertakluk kepada pihak pengurusan.

7) PERKESO (SOCSO)
Caruman Pertubuhan keselamatan Sosial (PERKESO) dan SIP akan dibuat melalui
potongan gaji anda dan sumbangan majikan yang akan dibayar oleh Pihak Pengurusan
seperti jadual yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial.

1/3
8) KWSP (EPF)
Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuat melalui potongan gaji
anda dan sumbangan majikan yang akan dibayar oleh Pihak Pengurusan seperti jadual
yang telah ditetapkan oleh Akta Wang Simpanan Pekerja 1991.

9) Skop kerja:
(a) Mengurus Projek, Pekerja & Klien
(b) Mengurus segala perihal projek
(c) Mengurus dokumen pentadbiran; resit, laporan & gambar kerja
(d) Mengurus wastage/scrap ke setor untuk diaudit.
(e) Mengurus pergerakan pekerja (transportation) dengan kereta syarikat.
Pembayaran balik (reimbursement) minyak, tol, parkir dsb dengan resit sebagai
bukti.
(f) Mengurus dan memantau Sub-kontraktor

10) Notis Penamatan Perkhidmatan.


Notis penamatan perkhidmatan perlulah disediakan satu (1) bulan sebelum penamatan.
Sekiranya anda berhenti sebelum tempoh tersebut, anda perlu membayar gaji sebagai
ganti notis kepada majikan.

11) Cuti Tahunan


(a) Perkhidmatan kurang 2 tahun : 8 hari setahun
(b) Perkhidmatan lebih 2 tahun kurang 5 tahun : 12 hari setahun
(c) Perkhidmatan lebih 5 tahun: 16 hari setahun

Permohonan cuti, perlulah dimohon 3 hari sebelum bercuti dan mendapat kelulusan
daripada pihak pengurusan.

12) Cuti Sakit


(a) Perkhidmatan kurang 2 tahun : 14 hari setahun
(b) Perkhidmatan lebih 2 tahun kurang 5 tahun : 18 hari setahun
(c) Perkhidmatan lebih 5 tahun: 22 hari setahun

Anda layak mendapat 60 hari cuti hospitalisasi dan cuti hospitalisasi (HL) selama 60 hari
adalah termasuk dengan cuti sakit (MC). Tiada perbezaan / permisahan cuti.

13) Telefon
(a) Pasca bayar (Post paid) Internet & Telefon ditanggung syarikat: Pakej Celcom
rm82/sebulan dengan syarat penggunaan untuk laporan kerja.

2/3
14) Notis Penamatan Perkhidmatan. Notis penamatan perkhidmatan perlulah disediakan
satu (1) bulan sebelum penamatan. Sekiranya anda berhenti sebelum tempoh tersebut, anda
perlu membayar gaji sebagai ganti notis kepada majikan.

15) Disiplin.
Anda perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Syariakt, jika anda
didapati melanggar atau melakukan kesalahan anda akan diambil tindakan displin yang
boleh membawa kepada pemecatan.

Yang benar,
LEKTRABINA TEKNIK SDN BHD

_____________________________
SHAFIZAN BIN ANAS
Pengarah Urusan

Pengakuan dan penerimaan ;

Saya ____________________________________, Nombor K/P _____________________


dengan ini menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian
ini.

Tandatangan : ________________________
Tarikh : ________________________

3/3

You might also like