You are on page 1of 3

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MINISTRY OF HUMAN RESOURCES


BLOK D3 & D4, KOMPLEKS D Tel : 03-8886 5035
PERSIARAN SULTAN SALLAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH Faks : 03-8889 2402
PRESINT 1, 62000 PUTRAJAYA Laman Web : www.mohr.gov.my
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

WOOD MASTER FURNITURE MANUFACTURING SDN. BHD. Rujukan Kami : KSM/100/2022/007449


K 80 Tarikh : 28 SEPTEMBER 2022
KAWASAN PERINDUSTRIAN TANJUNG AGAS

KELULUSAN BERSYARAT PENGGAJIAN PEKERJA ASING

Dengan ini disahkan majikan / syarikat seperti diatas telah diluluskan kuota pekerja asing seperti berikut :

Nombor Pendaftaran Majikan : 1344990-H


Nama Syarikat : WOOD MASTER FURNITURE MANUFACTURING SDN. BHD.
Nombor Kuota : KSM/FWCMS/YTX30000202
Jenis Kuota : NORMAL
Sektor : PERKILANGAN
Sub-Sektor : PERKILANGAN
Jawatan : PEKERJA KILANG
Warganegara : NEGARA-NEGARA SUMBER
Tarikh Kelulusan Kuota : 15 SEPTEMBER 2022
Jumlah Kuota Lulus : 50
Tarikh Kuatkuasa : 28 SEPTEMBER 2022 SEHINGGA 27 MAC 2024
Bayaran Levi : RM 92,500.00 telah dibayar dengan resit JIMLW14603

(2) Pihak majikan / syarikat dikehendaki mengemukakan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR)
kepada Bahagian Pekerja Asing Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) / Pejabat Imigresen Negeri
secara dalam talian melalui Sistem Foreign Workers (FWCMS) bagi urusan kemasukan pekerja asing.

(3) Tempoh kelulusan kuota yang diberikan adalah selama 18 bulan sahaja dari tarikh surat ini ke tarikh
kuatkuasa tanpa perlanjutan. Sebarang kuota yang tidak digunakan dalam tempoh 18 bulan akan
terbatal serta merta dan majikan / syarikat dibenarkan untuk membuat tuntutan semula bayaran levi di
Bahagian Pekerja Asing Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) / Pejabat Imigresen Negeri.

(4) Majikan / syarikat dan pekerja asing adalah tertakluk kepada dasar dan syarat semasa penggajian
pekerja asing di Lampiran A. Sekiranya majikan / syarikat didapati tidak mematuhi dasar dan syarat
semasa penggajian pekerja asing, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
berhak menyenarai hitam majikan / syarikat, membatalkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja
asing dan menghalang majikan/ syarikat daripada mengemukakan permohonan kuota atau pelanjutan
pas pekerja asing.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“Pembudayaan Norma Baharu dalam Dunia Pekerjaan


Sejagat”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

AINUL RADZIAH BINTI ZAMHURI


Pasukan Petugas Pekerja Asing
Kementerian Sumber Manusia
LAMPIRAN A

DASAR DAN SYARAT SEMASA PENGGAJIAN PEKERJA ASING

1. Mematuhi Akta berikut:


i. Akta Kerja (Akta 265)
ii. Gaji Minimium
iii Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja (Akta 446)
iv. Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4)
v. Dan lain-lain akta, peraturan dan garis panduan yang sedang berkuatkuasa berkaitan dengan
penggajian pekerja asing.

2. Pekerja asing hanya dibenarkan bekerja dalam kategori pekerjaan asas atau operator sahaja.
Tugasan bertaraf pengurusan dan penyeliaan adalah TIDAK DIBENARKAN.

SYARAT TAMBAHAN : SEKTOR PEMBINAAN

1. P e k e r j a a s i n g h a n y a d i b e n a r k a n u n t u k m e l a k s a n a k a n t r e d k e m a h i r a n s e p e r t i m a n a y a n g
dinyatakan di bawah Jadual Ketiga [Seksyen 2 dan subseksyen 33A (2)] (Akta Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520)).

2. S e t i a p p e k e r j a a s i n g w a j i b m e m p e r o l e h p e r a k u a n a k r e d i t a s i p e r s o n e l b i n a a n s e b e l u m
memasuki Malaysia.
3.
Setiap pekerja asing wajib memiliki kad pendaftaran personel binaan (yang berkuatkuasa)
semasa berada di tapak binaan.

SYARAT TAMBAHAN : SEKTOR PERKHIDMATAN

A. Sub sektor Hotel / SPA / Pusat Urutan Kaki / Golf / Pulau Peranginan

1. Majikan / syarikat hendaklah memastikan pekerja asing bekerja dalam skop kerja berkaitan
sahaja. Tugas-tugas di barisan hadapan (frontliners) seperti penjaga kaunter, penyambut
tetamu dan jawatan bertaraf pengurusan dan penyeliaan adalah TIDAK DIBENARKAN.
LAMPIRAN A

B. Sub sektor Restoran

1. Majikan / syarikat hendaklah memastikan pekerja asing bekerja dalam skop kerja berkaitan
sahaja. Pekerja asing dibenarkan untuk melaksanakan tugas-tugas am di restoran manakala tugas
sebagai juruwang atau bertaraf pengurusan dan penyeliaan adalah TIDAK DIBENARKAN.

SYARAT TAMBAHAN : SEKTOR PERKHIDMATAN

C. Sub sektor Borong dan Runcit

1. Bagi jawatan Pengisi Rak / Pekerja Pemprosesan Makanan yang di pusat jualan / pasaraya,
penggajian pekerja asing TIDAK DIBENARKAN bertugas di barisan hadapan (frontliners)
seperti juruwang, pelayan, promoter dan jawatan bertaraf pengurusan dan penyeliaan.

2. Bagi jawatan Pekerja Pengangkutan Barang dan Buruh Penyimpanan di pusat pengedaran
/ stor simpanan, penggajian pekerja asing hanya dibenarkan bagi perniagaan borong dan runcit
yang dimiliki sendiri oleh syarikat sama ada premis sendiri atau premis sewaan. Penggajian
pekerja asing TIDAK DIBENARKAN bagi syarikat kontraktor atau operator gudang;

Powered by

You might also like