You are on page 1of 13

PENGENALAN KES

Syed Jaafar Bin Syed Ibrahim merupakan Plaintif yang mana beliau ini adalah
seorang petani dari sebuah perkampungan yang bernama Kampung Chekeli di Kota
Bharu, Kelantan yang telah melibatkan diri di dalam perniagaan sambilan di mana
beliau banyak mengendalikan pengurusan perjalanan-perjalanan yang patut untuk
penduduk di kampung beliau yang ingin mengerjakan Umrah dan ibadat Haji di Mekah,
manakala Maju Mehar Singh Travel & Tours Sdn Bhd ialah Defendan yang merupakan
sebuah agensi pelancongan di Kuala Lumpur yang mengendalikan perjalanan ke
semua destinasi-destinasi termasuklah Jeddah semasa musim Umrah dan Haji.
Di dalam kes ini, Syed Jaafar iaitu Plaintif telah pergi bertemu dengan Defendan
dengan hasrat bagi membincangkan untuk proses kendalian Jemaah haji yang ingin
menunaikan haji. Defendan telah bersetuju secara lisan untuk menerima cadangan
yang di cadangkan oleh Plaintif untuk menguruskan perjalanan Jemaah haji yang ingin
pergi ke tanah suci untuk menunaikan fadhu haji. Defenden telah memberi sebut harga
kepada Plaintif untuk mengutip RM5500 daripada setiap orang Jemaah haji yang ingin
menunaikan fardhu haji, dengan wang sebanyak RM 5500, Defenden akan
membekalkan

tiket-tiket

penerbangan

pergi

balik

untuk

Haji,

memohon

dan

mendapatkan visa-visa untuk penumpang-penumpang dan membayar komisen


sebanyak RM200 kepada Plaintif bagi setiap penumpang yang dibawa oleh beliau
kepada Defendan. Plaintif telah berjaya

mengumpul 151 orang penumpang untuk

mengerjakan ibadat Haji dan seramai 151 orang ini telah pun membayar kepada Plaintif
sebanyak RM 5500. Hasil wang kutipan yang telah Plaintif kutip itu telah diserahkan
dan di bayar kepada Defenden. Setelah Plaintif membuat bayaran penuh iaitu sebanyak
RM 5500 untuk seorang penumpang kepada Defendan seramai 151 orang penumpang
itu, Defenden telah memaklumkan kepada Plaintif bahawa penumpang-penumpang itu
dijadualkan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di dalam dua
rombongan yang berasingan iaitu penerbangan yang pertama dengan seramai 74
orang penumpang akan berlepas pada 11 Mei 1992 manakala 77 orang penumpang
lagi akan berlepas pada 18 Mei 1992. Plaintif kemudiannya telah mengaturkan
1|UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

keberangkatan penumpang-penumpang itu dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Pada 11


Mei 1992, defendan telah memaklumkan kepada Plaintif bahawa mereka tidak dapat
memperolehi visa-visa untuk penumpang-penumpang itu dan oleh itu penumpangpenumpang itu tidak dapat berlepas pada penerbangan yang telah dijadualkan itu.
Namun begitu, defendan telah memaklumkan kepada Plaintif bahawa rombongan
pertama penumpang-penumpang itu boleh berlepas bersama dengan rombongan
kedua penumpang-penumpang pada 18 Mei 1992 di mana Defendan sepatutnya akan
memperolehi semua visa- visa pada hari tersebut. Plaintif telah mendakwa bahawa
beliau terpaksa menguruskan penginapan dan makanan penumpang-penumpang
rombongan pertama yang berada di Kuala Lumpur itu. Pada 18 Mei 1992, rombongan
kedua itu itu telah tiba dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Sekali lagi Defendan telah
memberitahu Plaintif bahawa mereka tidak dapat memperolehi visa-visa untuk
penumpang-penumpang itu dan semua penumpang-penumpang itu tidak dapat
berlepas pada penerbangan yang telah dijadualkan itu. Plaintif sekali lagi terpaksa
menguruskan penginapan dan makanan untuk rombongan kedua penumpangpenumpang itu. Semua penumpang- penumpang akhirnya telah pulang ke Kota Bharu
pada 5 Jun 1992.

Plaintif telah menuntut terhadap Defendan untuk segala

perbelanjaan tiket-tiket Haji dengan mendakwa Maju Mehar Singh Travel & Tours iaitu
Defenden. Plaintif telah membawa kes ini ke mahkamah tinggi Kuala Lumpur dan ingin
menyatakan hasratnya untuk mendakwa dan meminta ganti rugi daripada Defenden.

2|UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

KEPUTUSAN MAHKAMAH
Hasil daripada pembicaraan kes ini, Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Kamalanathan
Ratnam J telah meneliti kes ini dan beliau mendapati bahawa terdapat perjanjian lisan
yang sah di sisi undang-undang. Beliau juga telah membuat kesimpulan dan keputusan
berdasarkan dari keterangan dari kedua-dua belah pihak dan menyatakan bahawa
semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membentuk suatu perjanjian lisan adalah
wujud dalam kes ini. Penerangan dari Defenden mengenai perjanjian lisan itu banyak
menunjukkan bahawa Defenden cuba untuk menyembunyikan kenyataan sebenar dan
Defenden seolah-olah mengabaikan kewujudan kontrak lisan yang telah dibuat olehnya.
Oleh itu, beliau telah memutuskan bahawa kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan
melakukan perjanjian dengan bertujuan untuk mewujudkan satu kontrak yang mengikat.
Setelah mendengar semua penerangan dari kedua-dua belah pihak dan mempunyai
bukti-bukti yang kukuh, mahkamah telah memutuskan bahawa Plaintif berhak menuntut
hanya separuh daripada jumlah kos tuntutan ganti rugi yang sebenar kerana Plaintif
gagal membuktikan jumlah kerugian keseluruhan yang ditanggung olehnya.

3|UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

ISU-ISU YANG TIMBUL


ISU 1
Adakah wujudnya kontrak yang mengikat diantara Plaintif (Syed Jaafar bin Syed
Ibrahim) dengan defendan (Maju Mehar Singh Travel & Tours Sdn. Bhd.)
JAWAPAN :
Berdasarkan kes ini, Syed Jaafar bin Syed Ibrahim telah melibatkan diri dalam
perniagaan sambilan dimana beliau mengendalikan pengurusan perjalanan penduduk
kampung yang ingin mengerjakan umrah dan ibadat haji di Mekah.,manakala Defendan
merupakan satu agensi pelancongan di Kuala Lumpur yang mengendalikan perjalanan
kesemua destinasi termasuklah Jeddah semasa musim umrah dan haji. Pada Disember
1991, Plaintif telah bertemu dengan Maju Mehar Singh, Pengarah Urusan, dimana
Defenden telah bersetuju secara lisan bahawa andai kata Plaintif mampu menyediakan
penumpang-penumpang kepada Defendan dengan jumlah yang tertentu, sebagai
balasannya pihak Defendan akan membayar komisen sebanyak RM200 kepada Plaintif
bagi setiap seorang penumpang. Selain itu, Seksyen 2(d) menyatakan apabila
perjanjian melibatkan kewangan, maka ianya boleh dikuatkuasakan melalui undangundang kontrak dan ia adalah sah disisi undang-undang. Tambahan pula untuk
membentuk satu kontrak yang sah, setiap perjanjian perlu memenuhi elemen-elemen
penting seperti yang terdapat dalam seksyen 10 (1) Akta Kontrak 1950. Seksyen ini
menekankan tentang kontrak yang sah, kerelaan dan pihak-pihak berkeupayaan untuk
berkontrak dan balasan dimana ia adalah sebahagian daripada elemen-elemen asas
sesuatu kontrak. Secara terperincinya, elemen-elemen asas kontrak adalah perjanjian,
balasan, niat, keupayaan, ketentuan, kerelaan bebas dan tujuan yang sah disisi
undang-undang.

4|UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

Salah satu bentuk-bentuk kontrak adalah secara lisan. Kontrak yang dilakukan
secara lisan adalah kontrak yang dibuat melalui tuturkata atau perbuatan pihak-pihak
yang terlibat. Kontrak jenis ini adalah sukar dibuktikan sekiranya berlaku kemungkiran
atau pecah kontrak. Berdasarkan Seksyen 9 Akta Kontrak 1950 yang menjelaskan
bahawa satu kontrak yang sah akan wujud sekiranya pihak-pihak didalamnya betulbetul berniat untuk terikat dibawah terma dan syarat didalam kontrak. Persetujuan ini
dapat dibuktikan melalui kata-kata atau kelakuan pihak didalam kontrak itu.
Kesimpulannya, semua unsur-unsur yang perlu untuk membentuk sesuatu
perjanjian lisan wujud didalam kes ini. Keadaan ini menjelaskan pihak Plaintif dan
defendan mempunyai tujuan untuk mewujudkan satu kontrak yang mengikat yang boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang. Namun, dinasihatkan perjanjian seperti ini
sepatutnya dibuat dalam bentuk bertulis kerana sekiranya berlaku perlanggaran kontrak
boleh dijadikan rujukan kepada plantif dan defendan untuk membela diri.

5|UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

ISU 2
Adakah wajar tindakan Plaintif untuk menuntut ganti rugi dengan defendan?
JAWAPAN :
Pada 5 jun 1992, semua penumpang akhirnya pulang ke kota bharu. Pihak
Plaintif telah menuntut terhadap Defendan untuk kos tiket-tiket haji dengan jumlah
RM614 500, manakala kos pengangkutan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur

ialah

sebanyak RM27 180 dan perbelanjaan tanggungan kesemua penumpang-penumpang


daripada11 mei hingga 5 Jun ialah sebanyak RM53 286. Plaintif mendakwa beliau
terpaksa membuat persiapan untuk penginapan dan menyediakan makanan dan
minuman kepada semua penumpang yang berada di Kuala Lumpur. Plaintif meletakkan
kesemua penumpang-penumpang di dalam pelbagai hotel di Kuala Lumpur seperti
Hotel New Merdeka, Hotel Simma Muda dan pelbagai hotel disekitar kuala lumpur dan
juga segala perbelanjaan telah dibayar oleh Plaintif untuk penginapan dan makan,
minum mereka sepanjang mereka berkampung di sekitar kuala lumpur.
Menurut seksyen 2 (d) Akta Kontrak 1950 yang mana telah menyatakan
bahawa balasan adalah harga, nilai atau perbuatan yang diberikan oleh satu pihak
untuk membalas janji atau perbuatan pihak yang lain. Satu perjanjian tanpa balasan
adalah batal. Balasan tidak perlu cukup tetapi setakat memadai seperti yang
dipersetujui dalam perjanjian. Berdasarkan kes Syed Jaafar V Maju Mehar Singh Travel
& Tour Sdn.Bhd, Defendan telah berjanji kepada Plaintif untuk memberikan balasan
berbentuk komisen sebanyak RM200 bagi setiap penumpang yang diperolehi oleh
Plaintif. Ini menunjukkan kes ini menggunakan jenis balasan eksekutori iaitu balasan
yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan atau juga dikenali sebagai janji
untuk membalas janji.
6|UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

Menurut seksyen 24 Akta Kontrak 1950 pula yang menyatakan bahawa setiap
balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah sah disisi undang-undang kecuali jika
ada berlaku unsur penipuan, memudaratkan diri dan harta orang lain serta balasan
tersebut tidak bermoral ataupun bertentangan dengan muslihat awam. Jika unsur-unsur
ini berlaku, maka suatu perjanjian adalah disifatkan tidak sah dan adalah batal.
Berdasarkan kes ini, balasan yang berbentuk komisen yang dijanjikan oleh Defendan
kepada Plaintif sebanyak RM200 bagi setiap penumpang adalah sah dan Plaintif
berhak menuntut komisen tersebut. Hal ini kerana perjanjian kontrak antara Plaintif
dengan Defendan adalah sah disisi undang-undang.
Kesimpulannya, tindakan Plaintif iaitu Syed Jaafar untuk menuntut ganti rugi
dengan Defendan adalah wajar. Hal ini kerana Defendan telah bersetuju secara lisan
bahawa sebagai balasan sekiranya Plaintif memberikan penumpang-penumpang
kepada defendan dan mengutip RM 5,500 daripada setiap seorang dan defendan
antara lain akan membekalkan tiket penerbangan pergi balik untuk Haji, memohon dan
mendapatkan visa untuk penumpang-penumpang dan memberikan komisen sebanyak
RM200 kepada Plaintif bagi setiap penumpang. Plaintif juga boleh menuntut kerugian
yang di tanggung sepanjang perbelanjaan untuk penginapan dan makan, minum yang
telah dikeluarkan dan di belanjakan sepanjang di Kuala Lumpur dan juga untuk kos-kos
tiket daripada Kelantan ke Kuala Lumpur. Namun, Plaintif gagal mengemukakan bukti
yang kukuh dan saksi untuk menuntut ganti rugi tersebut.

7|UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

ISU 3
Adakah wujud pecah kontrak di antara Plaintif dan defendan?
JAWAPAN :
Pihak Plaintif telah menjelaskan dan memberikan sejumlah wang sebanyak
RM830 500 kepada pihak Defendan pada bulan Mei 1992 iaitu hasil wang yang di
kumpul daripada seramai 151 orang penumpang sebanyak RM 5500 untuk
mengerjakan ibadah haji pada tahun tersebut. Pihak Defendan telah memberitahu akan
membekalkan tiket penerbangan pergi dan balik untuk Jemaah haji serta memohon
mendapatkan visa bagi penumpang-penumpang haji tersebut. Namun pada 11 Mei
seramai 74 penumpang telah berlepas dari Kelantan ke Kuala Lumpur namun
Defendan telah memaklumkan kepada Plaintif bahawa pihaknya tidak dapat
menyediakan visa kepada penumpang, maka para jemaah tidak dapat berlepas ke
destinasi seperti yang telah dijadualkan. Keadaaan ini menjelaskan bahawa wujud
unsur 'frod' iaitu penipuan. Berdasarkan Seksyen 17 Akta Kontrak 1950 menjelaskan
mana-mana perbuatan yang dilakukan oleh sesuatu pihak dengan niat memperdayakan
atau mendorong pihak lain untuk membuat kontrak. Tambahan pula, dalam sekyen
17(c) menyatakan lagi bahawa frod berlaku andai pembuat janji berjanji tetapi tidak
berniat melakukan janji tersebut. Perlu ditekankan juga bahawa kontrak boleh
dibatalkan jika janji itu merupakan syarat utama kepada kontrak tersebut. Oleh itu,
sekiranya janji itu bukan sebahagian daripada kontrak mungkir janji ia tidak boleh
dianggap sebagai salah nyataan.
Kesan berlakunya frod, telah mewujudkan pecah kontrak atau kontrak boleh batal
oleh Defendan kerana gagal dalam menyediakan visa. Defendan telah berjanji untuk
memohon dan mendapatkan visa-visa untuk penumpang-penumpang dan membayar
komisen sebanyak RM200 kepada Plaintif bagi setiap penumpang yang dibawa oleh
8|UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

Plaintif kepada defendan. Unsur frod dalam sesebuah kontrak boleh menyebabkan
kontrak boleh batal. Berdasarkan kes ini pihak Defendan seolah-olah membuat janji
tetapi enggan menepatinya.
Secara kesimpulannya, apabila wujud unsur frod pihak yang ditipu boleh
memilih samada untuk membatalkan kontrak atau menerimanya sebagai terus
berkuatkuasa seolah-olah penipuan itu tidak berlaku. Dalam kes ini, Syed Jaafar telah
bertindak dengan membawa kes ini ke mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

9|UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

KESIMPULAN
Berdasarkan keseluruhan kes ini, kontrak atau perjanjian yang di buat antara
Plaintif dan defendan adalah sah disisi undang-undang kerana Defenden telah
bersetuju secara lisan bahawa andai Plaintif mampu menyediakan penumpangpenumpang kepada Defendan dengan jumlah yang tertentu, sebagai balasannya pihak
Defendan akan membayar komisen sebanyak RM200 kepada Plaintif bagi setiap
seorang penumpang. Salah satu bentuk kontrak adalah secara lisan. Kontrak yang
dilakukan secara lisan adalah kontrak yang dibuat melalui tuturkata atau perbuatan
pihak-pihak yang terlibat. Perjanjian secara lisan adalah sah disisi undang-undang dan
akan membentuk sebuah kontrak yang mengikat. Perjanjian lisan di dalam kes ini sah
kerana, kesemua elemen-elemen dalam membentuk sebuah perjanjian lisan adalah
wujud di dalam kes ini. Di dalam kes ini juga telah berlaku unsur frod iaitu penipuan
dimana Defendan telah berjanji kepada Plaintif akan menguruskan segala pengurusan
pergi dan balik jemaah haji dan menguruskan visa-visa jemaah haji, malangnya
Defendan gagal untuk menguruskan perkara itu dan mengakibatkan Plaintif telah
terpaksa menanggung segala kos makanan dan penginapan jemaah haji yang
terkandas sepanjang berada di Kuala Lumpur kerana tidak boleh berlepas ke tanah suci
Mekah. Akibatnya Plaintif telah menuntut ganti rugi kepada Defendan terhadap segala
kos yang ditanggung oleh Plaintif. Pihak Defendan tidak melayan tuntutan yang dibuat
oleh Plaintif dan Plaintif membuat keputusan untuk membawa kes ini ke mahkamah.
Dinasihatkan kepada Plaintif, apabila membuat sesuatu perjanjian mestilah dibuat
secara bertulis kerana perjanjian bertulis adalah lebih nyata dan sekiranya berlaku
pelanggaran kontrak ataupun pertikaian ia boleh dijadikan sebagai bahan bukti yang
kukuh untuk membela diri dan juga untuk menuntut ganti rugi. Selain itu, Defendan
perlu bersikap jujur terhadap perjanjian yang dibuat kerana penipuan di dalam kontrak
merupakan satu kesalahan disisi undang-undang dan boleh dijatuhi hukuman
10 | U N D A N G - U N D A N G P E R N I A G A A N

mahkamah. Justeru itu, kedua-dua belah pihak perlu bertanggungjawab terhadap


perjanjian yang dibuat agar perjanjian tersebut dapat memberi manfaat bagi kedua-dua
belah pihak.

KEKELIRUAN YANG DI HADAPI KUMPULAN KAMI


SEPANJANG MENGKAJI KES INI
1. Mengapa penumpang-penumpang enggan menuntut ganti rugi?
Hal ini kerana tiada juga keterangan bahawa penumpang-penumpang itu telah
memberi kebenaran kepada plantif untuk menyaman bagi pihak penumpang atau
bahawa plantif menyaman sebagai satu kuasa perwakilan
2. Adakah agensi bukan islam dibenarkan membekalkan tiket dan visa kepada
bakal Jemaah haji
Defendan Maju Mehar Singh menegaskan bahawa kerana ia adalah sebuah
syarikat yang bukan Islam, maka ia tidak boleh memohon dan mendapatkan visa
untuk penumpang yang mahu menunaikan haji.
3. Dari manakah sumber kewangan pembiayaan oleh planttif Syed Jaafar Bin
Syed Ibrahim untuk menampung para penumpang sepanjang ditempatkan
di Kuala Lumpur?
Tiada bukti mengenai resit yang mempunyai kaitan dengan bayaran kepada
plantif ataupun kes ini

11 | U N D A N G - U N D A N G P E R N I A G A A N

RUJUKAN
1. Malayan Law Journal Reports/1999/Volume 4/SYED JAAFAR BIN SYED
IBRAHIM v MAJU MEHAR SINGH TRAVEL &TOURS SDN BHD-[1999] 4
MLJ 413 -6 August 1999
2. Dr Adnan Trakic (2012). OFFER AND ITS SIGNIFICANCE FOR
FORMATION OF CONTRACTS: THE MALAYSIAN PERSPECTIVE.
Retrieved 17 October 2012, from the World Wide Web:
http://www.mpuu.org/archives/252

3. Mumtaj Hassan., Khuzaimah Mat Salleh & Zuryati Mohamed Yusoff


(2003).Undang-Undang Perniagaan di Malaysia. UUM COLGIS
4. www.mpuu.org/archices/252
5. AKTA KONTRAK 1950 (AKTA 136) & AKTA KONTRAK KERAJAAN 1949
(AKTA 120)

12 | U N D A N G - U N D A N G P E R N I A G A A N

13 | U N D A N G - U N D A N G P E R N I A G A A N

You might also like