You are on page 1of 9

Siasatan Tempat Kejadian

Tempat kejadian boleh didefinisikan sebagai lokasi di mana sesuatu kejadian jenayah
berlaku sama ada di kawasan tertutup atau terbuka. Tempat kejadian merupakan lokasi
di mana bahan bukti fizikal dijumpai oleh pegawai polis atau pegawai penyiasat.

Tempat kejadian tidak semestinya merupakan tempat berlakunya jenayah. Tempat


kejadian boleh dibahagikan kepada primer, sekunder dan tertier. Contohnya, pegawai
polis boleh menggunakan waran untuk menyelongkar rumah suspek. Walaupun suspek
tidak melakukan jenayah di dalam rumahnya, bahan bukti mungkin boleh diperoleh.
Penjenayah boleh menculik mangsa di satu kawasan (tempat kejadian pertama),
memindah mangsa (kenderaan sebagai tempat kejadian kedua), dan melakukan
jenayah di satu kawasan yang terpencil (misalnya, bunuh) dan kemudiannya
membuang mayat mangsa di tempat kejadian keempat.

Semua kawasan dengan kemungkinan untuk mendapatkan bahan bukti mesti diurus
dengan teliti. Tempat kejadian mesti dikawal ketat dan dilindungi daripada segala
gangguan untuk tujuan memelihara bahan bukti. Keadaan ini dapat dicapai dengan
mengelilingi kawasan kejadian dengan pita kuning untuk menghalang akses orang
ramai selain pegawai penyiasat. Pegawai polis yang pertama hadir di tempat kejadian
akan kordon persekitaran untuk mewujudkan satu perimeter siasatan.

Kumpulan yang terlibat dalam penyiasatan tempat kejadian ialah ketua kumpulan,
pegawai polis yang pertama hadir, pengumpul bahan bukti, pelakar dan juru gambar.
Peranan masing-masing melibatkan siasatan, lakaran tempat kejadian, tagging,
pengumpulan dan fotografi bahan bukti. Keadaan asal tempat kejadian mesti direkod
dengan teliti dan dipelihara. Setiap bahan bukti hanya boleh dikumpul dan dihantar
untuk dianalisis selepas diambil gambar.

Terdapat langkah dalam menjalankan penyiasatan tempat kejadian, iaitu : (1) Kawalan
tempat kejadian (2) Pemeriksaan tempat kejadian (Scene walk-through and
dokumentasi), (3) Tagging and pengumpulan bahan bukti, (4) Lakaran tempat kejadian,
(5) Penyimpanan dan analisa bahan bukti, and (6) Final walk-through and pelepasan
tempat kejadian.

Kawalan tempat kejadian

Keutamaan semasa ketibaan pegawai penyiasat adalah untuk mengetahui sejauh


mana jenayah berlaku dan mengawal perimeter tempat kejadian untuk melindungi
bahan bukti dan mencegah kontaminasi. Pegawai penyiasat akan menghalang
kawasan yang ditentukan dengan pita kuning dan hanya orang tertentu dibenarkan
untuk masuk.

Selepas tempat kejadian dikawal, sesi temuramah dengan mangsa, saksi atau suspek
akan dijalankan untuk mendapatkan gambaran mengenai jangkaan dalam tempat
kejadian. Pegawai polis yang pertama hadir di sini akan turut menyumbang kepada
maklumat mengenai bahan bukti yang telah disentuh atau diubah posisinya.

Pemeriksaan tempat kejadian (Scene walk-through dan dokumentasi)

Langkah seterusnya adalah “walk through” kawasan kejadian untuk mengetahui asas
jenayah terlibat, cara jenayah dilakukan, titik masuk dan keluar. Tujuan pemeriksaan
tempat kejadian adalah untuk menentukan dengan teliti jenis bahan bukti yang mungkin
hadir dan siasatan yang perlu dilakukan.

Setelah keselamatan di tempat kejadian telah dijamin, fotografi akan dijalankan.


Fotografi akan bermula daripada fotografi umum kepada yang spesifik. Kawasan
tempat kejadian akan difotografi bermula dari kawasan tempat letak kenderaan, dari
luar sehingga ke kawasan dalam di mana berlakunya jenayah. Semua titik masuk yang
dicurigai di mana suspek memasuki rumah akan difotografi. Gambar tempat kejadian
yang diperoleh akan mewakili satu proses yang menerangkan cara jenayah berlaku.
Pada masa yang sama, penyiasat akan melakukan satu walk-through yang lebih
terperinci untuk memeriksa bahan bukti dan mendokumentasikan kegiatan jenayah.
Keadaan persekitaran akan diteliti dan perubahan sekeliling akan didokumentasikan,
khasnya suhu bilik atau cecair yang belum kering.

Tagging and pengumpulan bahan bukti

Setelah seluruh tempat kejadian siap didokumentasikan, pegawai penyiasat akan


memulakan pencarian untuk bahan bukti fizikal yang spesifik. Bahan bukti ini boleh
termasuk jejak bukti seperti helaian fiber atau rambut, jejak tapak kaki, darah atau
cecair biologi yang lain serta senjata api. Setiap bahan bukti akan di-tag dan
dikumpulkan dengan penyepit dan sarung tangan untuk mengelakkan kontaminasi
silang Dalam kebanyakan kes, sebahagian kecil bahan bukti akan dikumpul. Dalam kes
tertentu, seluruh objek seperti perkakas, dinding, lantai diambil dan dihantar untuk
dianalisis.

Semua gambar objek perlu difotografi pada 90 o kepada permukaan. Setiap bahan bukti
perlu difotografi sebelum dikumpulkan dan diambil dengan skala seperti pen, pembaris,
atau siling untuk menentukan saiz objek. Log fotografi perlu disimpan untuk identiti
setiap objek dan susunan kronologi setiap bahan bukti yang diambil dari mula sehingga
akhir. Sekiranya cap jari dijumpai, gambar one-to-one akan diambil.

Lakaran tempat kejadian

Setiap bahan bukti mesti diukur untuk menentukan lokasi geografi dan dilakarkan dalam
bentuk lukisan. Pelakar akan membuat lakaran kasar dengan memasukkan indikator
Utara benar dan setiap objek akan diukur berdasarkan satu titik rujuk. Lakaran ini
berperanan sebagai komplimen kepada fotografi.
Penyimpanan dan analisa bahan bukti

Pegawai penyiasat akan mendokumen, memeterai dan melabel semua bahan bukti
yang dikumpul untuk dihantar ke makmal bagi pemprosesan analisis. Berdasarkan jenis
bahan bukti, sesetengah bahan bukti akan diuji pada tempat kejadian sebagai saringan
sebelum dihantar untuk ujian terperinci di makmal. Makmal forensik akan membuat
analisis pengesahan melalui ujian seperti kimia, mikroskopik, cap jari, DNA, toksikologi
dan sebagainya.

Final walk-through dan pelepasan tempat kejadian


Ketua kumpulan yang juga merupakan pegawai penyiasat akan melakukan final walk-
through untuk memastikan tiada bahan bukti yang tertinggal. Apabila berpuas hati
dengan semua pemeriksaan, pegawai penyiasat akan melepaskan tempat kejadian
secara rasmi

Hart et al.(2004) menyatakan bahawa terdapat banyak jenis bahan bukti yang mungkin
dijumpai di tempat kejadian. Setiap jenis bukti mempunyai sifat yang berbeza antara
satu sama yang lain. Sesetengah bukti mudah tersejat, susah dikutip manakala
sesetengah yang pula bahaya dikendalikan. Oleh itu, setiap jenis bahan bukti
mempunyai prosedur pengumpulan yang tersendiri. Prosedur ini amat penting
supaya bukti-bukti yang dikutip tidak mengalami pencemaran dan kerosakan supaya
berupaya untuk dianalisis dan diterima di dalam mahkamah.

Bukti Gambaran (Impression Evidence)


Bukti gambaran terhasil apabila beberapa objek ditekan atau dicap antara satu sama
lain yang menyebabkan objek tersebut memindahkan dan mengekalkan ciri-ciri
daripada objek lain. Tapak kasut, kesan tayar dan tanda alat merupakan bukti yang
kerap ditinggalkan oleh penjenayah di tempat kejadian. Bukti gambaran boleh
dibahagikan kepada dua katergori iaitu gambaran dua dimensi (2D) dan gambaran tiga
dimensi (3D).
Bukti Terpendam (Latent Print Evidence)
Bukti terpendam merupakan bukti gambaran yang dihasilkan oleh rabung kulit (rabung
geseran) pada jari, tapak tangan dan tapak kaki manusia. Pakar forensik
menganalisis dan membandingkan bukti terpendam dengan gambaran individu
yang diketahui untuk membuat identifikasi. Keunikan, ketahanan dan susunan
rabung kulit membantu pemeriksa untuk menentukan sama ada dua bukti gambaran
berasal daripada sumber yang sama atau tidak.

Bukti Biologi (Biological Evidence)


Bukti biologi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu buktiketerangan cecair badan
dan bukti fizikal. Bukti cecair badan bermaksud cecair yang berasal daripada badan
manusia. Contohnya, darah, peluh dan air mani. Buktifizikal merujuk bahan bukti biologi
yang bersifat pepejal seperti gigi dan tulang.Secara pendeknya, bukti biologi
merupakan bahan yang mengandungi bahan “deoxyribonucleic acid”(DNA). DNA
ialah molekul yang mengandungi bahan genetik yang terdapat dalam haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan manusia. DNA merupakan bahan yang unik kepada setiap
individu dan berfungsi sebagai identifikasi seseorang. Oleh itu, keterangan biologi
memainkan peranan penting dan berupaya untuk mempengaruhi keputusan
mahkamah.

Bukti Pembakaran dengan Sengaja/Letupan/Bom (Arson/Explosive/Bomb


Evidence)
Pembakaran dengan sengaja ialah jenayah yang berniat jahat membakar bangunan,
kenderaan atau harta yang lain dengan niat untuk menyebabkan kerosakan. Ia boleh
dibezakan daripada sebab-sebab lain seperti pembakaran spontan dan kebakaran
hutan semula jadi. Pembakaran ini sering melibatkan pembakaran dengan sengaja
untuk mendapatkan pampasan insurans.Bahan letupan merupakan bahan reaktif
yang mengandungi tenaga potensi tinggi yang boleh menghasilkan letupan.
Manakala bom ialah senjata yang boleh mengakibatkan letupan berlaku. Bahan
tersebut amat berbahaya dan perlu dipastikan keselamatan sebelum mengutipnya
sebagai bukti.
Bukti Surih (Trace Evidence)
Bukti surih boleh dihasilkan apabila dua objek bersentuhan antara satu sama lain.
Bahan itu selalunya dipindahkan dengan haba atau geseran. Contohnya, kayu,
tanah dan serat. Keterangansurih boleh digunakan untuk membina semula sesuatu
kes atau tempat kejadian serta mengetahui apa yang berlaku di situ.Beberapa teknik
boleh digunakan apabila mengutip bukti surih. Antaranya ialah teknik biasa seperti
mengepit, teknik melekat, teknik mengikis, teknik vakum dan mengambil seluruh
benda yang berkaitan dengannya. Sampel kawalan juga perlu dikutip. Semua bahan
buktisurih perlu dibungkus dengan plastik atau sampul sebelum dibawa ke makmal.

Bukti Elektronik/Dokumen yang dipersoalkan (Questioned Document/Electronic


Evidence)
Dokumen berperanan penting dalam kes seperti nota tebusan, nota bunuh diri dan
dokumen palsu. Dakwat, tulisan tangan dan kertas merupakan antara bahan bukti
fizikal yang boleh dijumpai dalam sesuatu dokumen. Sampel rujukan harus dikutip
untuk tujuan perbandingan dengan sampel suspek. Bukti elektronik pula termasuk
komputer, pita video, telefon bimbit dan sebagainya. Alat elektronik sentiasa
mengandungi maklumat yang penting dan perlu dibaca dengan bantuan pakar.

Bukti Pembinaan Semula (Reconstruction Evidence)


Keterangan pembinaan semula bermaksud bukti yang menunjukkan apa yang berlaku
kepada seseorang penyiasat. Antaranya ialah tafsiran corak renjisan darah,
halatuju peluru, tapak kemalangan, tapak perkuburan mayat, mayat yang digali
dan sebagainya. Kebiasaannya, buktitersebut susah dikutip dan hanya boleh
didokumenkan sahaja. Gambar dan catatan persekitaran tempat kejadian boleh
digunakan kemudian untuk dianalisis dan ditafsir.

Bukti Kimia/Bahan Terkawal (Controlled Substance/Chemical Evidence)


Bahan kimia yang bahaya seperti bukti makmal haram, racun, sisa dan asid
industriperlu dikutip dengan berhati-hati atau dengan bantuan pakar yang khusus.
Bahan kimia amat tidak stabil dan sentiasa mengakibatkan letupan atau kebakaran.
Oleh itu, cara pembungkusan amat penting, iaitu mengasingkan bahan kimia yang
berbeza dalam bungkusan yang berbeza dan disimpan dalam tempat yang selamat. Di
samping itu, buktin makmal haram sentiasa mempunyai bahan yang tidak berbahaya
dalam keadaan biasa tetapi membawa kesan negatif apabila bercampur dengan bahan
lain. Contohnya, asid sitrik dalam buah-buahan dan serbuk penaik yang digunakan
untuk membuat roti boleh menghasilkan tekanan dan letupan apabila dicampur dalam
bungkusan yang tutup.

CONTOH KESALAHAN DALAM PROTOKOL PENYIASATAN TEMPAT


KEJADIAN DALAM KES SEBENAR

Kes kematian Aminulrasyid Amzah


Seorang saksi berpendapat bahawa pasukan forensik tidak mendapatkan hasil
keputusan yang tepat dalam siasatan kes kematian Aminulrasyid Amzah kerana
tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan. Bekas Ketua
Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan berkata siasatan
keseluruhan pasukan itu gagal mengamalkan beberapa prosedur seperti pemprosesan
kesan sisa tembakan (Gunshot Residue) yang dilepaskan pada hari kejadian.Katanya
amalan mengutip kelongsong peluru dua atau tiga hari selepas kejadian seperti yang
dilakukan oleh pasukan forensik dalam kes tersebut jelas tidak mengikut amalan biasa
sains forensik (Malaysiakini, 18 Jun 2011).

Kes O.J. Simpson yang dituduh membunuh


Kematian dua orang mangsa direkodkan pada jam kira-kira 12 tengah malam. Antara
jam 4.00 pagi hingga 4.30 pagi, rekod menyatakan bahawa ketua pegawai penyiasat
masih belum sampai ke tempat kejadian tetapi seramai 18 orang pegawai dan
penguatkuasa telah keluar masuk ke lokasi tempat kejadian dimana dalam 18 orang
yang direkodkan itu tidak ada seorang pun yang merupakan ahli kriminologi, pemeriksa
perubatan ataupun ahli patologi. Oleh itu, kemasukan 18 orang ini dikira sebagai
pencemaran kepada tempat kejadian dan menjejaskan bahan keterangan(Sumber :
Aizman Law Firm).

Kes Roy Whiting


Roy Whiting dituduh menculik dan membunuh Sarah yang berusia 8 tahun. Dalam kes
ini telah berlaku pencemaranpada bahan bukti. Dalam kes ini, Raymond Chapman,
saintis forensik telah menerima 55 bahan bukti yang dihantar kepadanya. Antara bahan
bukti yang hantar adalah baju panas Roy dan sikat rambut yang mengandungi rambut
ahli keluarga Sarah. Juri bagi kes ini diberitahu bahawa pada bahagian bucu pelekat
beg forensik dijumpai beberapa helai rambut termasuk sehelai rambut panjang yang
sama dengan rambut yang dijumpai pada baju panas tersebut. Rambut tersebut
tellah dianalisis dan keputusan analisis menunjukkan rambut tersebut ialah kepunyaan
Charlotte, iaitu adik kandung kepada mangsa. Hal ini, berkemungkinan rambut tersebut
melekat pada baju panas selepas ia diambil oleh pihak polis. Kes ini menunjukkan,
bahawa proses penyimpanan dan pembungkusan bahan bukti yang tidak betul
menyebabkan berlakunyapencemaranantara bahan bukti.

KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan ini, bolehlah disimpulkan bahawa terdapat pelbagai
prosedur dan teknik yang perlu dipatuhi dan dituruti dalam mengendalikan siasatan di
tempat kejadian untuk mengelakkan pencemaran terhadap bahan bukti di tempat
kejadian tersebut. Namun, prosedur dan teknik tersebut bukanlah terhad kepada
perbincangan di atas sahaja. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa perlu mengambil
inisiatif dan langkah drastik untuk menitikberatkan elemen-elemen tersebut dalam
latihan pegawai penyiasat untuk lebih sensitif dengan isu ini. Kecuaian dan
kesilapan pihak penyiasat di tempat kejadian mungkin boleh menyebabkan pesalah
yang sebenar terlepas.Kesimpulannya, penyiasatan tempat kejadian dan pengumpulan
bahan bukti merupakan proses yang paling kritikal dan signifikan kerana ia
menentukan kejayaan sesuatu kes
Oleh yang demikian….
Penerimaan dan penolakan sesuatu bahan bukti berkait rapat dengan integriti bahan
bukti tersebut. Integriti dan identiti sesuatu bahan bukti dapat dipelihara dengan
menjaga rantaian bahan bukti iaitu bermula daripada ia dikumpul, dihantar ke makmal
sehingga laporan keputusan analisis dikeluarkan. Dalam menjaga rantaian bahan bukti,
proses pengumpulan dan penyerahan sesuatu bahan bukti daripada satu pihak kepada
pihak yang lain hendaklah didokumentasikan dengan jelas.

Tarikh, masa, jenis bahan bukti dan individu yang menyerah dan menerima bahan bukti
tersebut mesti direkodkan dengan teliti. Selain itu, integriti dan identiti bahan bukti dapat
dipelihara dengan pengendalian spesimen yang betul iaitu bermula daripada proses
pengumpulan, pembungkusan, pelabelan, pemeteraian dan penyimpanan spesimen.

Pengendalian spesimen yang betul dan penjagaan rantaian bahan bukti dapat
mengelakkan integriti dan kesahihan bahan bukti tersebut dipersoalkan dan
menimbulkan keraguan di mahkamah. Dengan itu, hasil laporan analisis atau
pemeriksaan dapat diterima sebagai bahan bukti di mahkamah. Sebarang kesilapan
yang berlaku boleh mengakibatkan sesuatu kes dibuang oleh mahkamah, seterusnya
seseorang pesalah terlepas daripada tuduhan dan seseorang yang tidak bersalah
disabitkan dengan sesuatu tuduhan.

You might also like