You are on page 1of 142

[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR


DI DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
[PERBICARAAN JENAYAH NO:45B-(01 HINGGA 23)-01/2018]

ANTARA

PENDAKWA RAYA

LAWAN

MUHAMMAD ADLI SHAH BIN MOHD YUSRY

ALASAN PENGHAKIMAN

LATAR BELAKANG KES.

[1] Kes ini melibatkan suatu kejadian kebakaran di sebuah Pusat


Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Jalan Keramat
Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
[selepas ini dirujuk sebagai “sekolah tahfiz”] yang berlaku pada
14.09.2017 jam lebih kurang di antara jam 4.15 pagi hingga jam
6.45 pagi yang mana telah mengorbankan 23 nyawa terdiri
daripada pelajar-pelajar dan seorang warden sekolah tahfiz
tersebut.

[2] Hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak Polis DiRaja
Malaysia [PDRM] telah merampas tiga buah CCTV yang berada
di bangunan PPIM bersebelahan dengan bangunan sekolah
Tahfiz tersebut, di sebuah Pusat Snooker dan juga di Stesen
Minyak. Berdasarkan rakaman CCTV ini, antara tarikh
13.09.2017 waktu malam hingga ke 14.09.2017 waktu awal pagi,

1
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

pihak Polis telah berjaya membuat beberapa tangkapan termasuk


saksi-saksi yang berada di tempat kejadian. Tangkapan tersebut,
termasuklah Tertuduh Pertama Muhammad Adli Shah bin Mohd
Yusri [selepas ini dirujuk sebagai “T1”] berumur 16 tahun
semasa kejadian dan rakan bersamanya, Tertuduh Kedua
bernama Muhammad Arif Firdaus bin Juraini [selepas ini dirujuk
sebagai “T2”] yang juga berumur 16 tahun.

[3] Kedua-dua tertuduh tersebut telah dihadapkan dengan 23


pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca
bersama seksyen 34 Kanun yang sama kerana telah dengan niat
melakukan bunuh ke atas 22 orang pelajar dan seorang warden
sekolah tahfiz tersebut. Pada masa kejadian, 23 si mati berada di
tingkat atas bangunan sekolah tersebut dan kebanyakan daripada
mereka telah mati akibat terbakar rentung.

[4] Pada 28/01/2020, di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini


memutuskan bahawa pihak pendakwaan hanya berjaya
membuktikan kes prima facie ke atas T1 iaitu Muhammad Adli
Shah bagi kesemua 23 pertuduhan membunuh dengan niat di
bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Manakala, Mahkamah ini
telah melepas dan membebaskan T2 bagi kesemua 23 pertuduhan
ke atasnya tanpa dipanggil untuk membela diri.

[5] Alasan Penghakiman berkenaan dengan perintah lepas dan bebas


ke atas T2 telah disediakan pada 09.03.2020 memandangkan
pihak Pendakwa Raya telah memfailkan satu Notis Rayuan ke
Mahkamah Rayuan Malaysia kerana tidak berpuas hati dengan
perintah tersebut. Oleh kerana rayuan ke atas Tertuduh Kedua
tidak didengar lagi di Mahkamah Rayuan, Mahkamah ini
meneruskan dengan perbicaraan di peringkat mendengar
pembelaan T1.

2
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[6] Pada 17.08.2020, di akhir kes pembelaan, Mahkamah ini


mendapati bahawa T1 telah gagal menimbulkan keraguan
munasabah ke atas kes pendakwaan dan T1 disabitkan dengan
kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesemua
23 pertuduhan. T1 diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi ini
secara serentak untuk kesemua 23 sabitan bersalah tersebut
untuk ditahan di penjara selama tempoh yang diperkenankan
oleh Yang di-Pertuan Agong. Ini adalah menurut peruntukan
seksyen 97(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menggantikan
hukuman gantung sampai mati kerana T1 merupakan seorang
pesalah juvana yang mana pada masa kejadian semasa
melakukan kesalahan tersebut T1 berumur di bawah umur 18
tahun. Oleh itu, hukuman mati tidak dibenarkan dijatuhkan ke
atas seorang pesalah di bawah umur 18 tahun semasa melakukan
kesalahan tersebut.

[7] Pada 18.08.2020, T1 melalui Peguambelanya daripada Tetuan


Haijan Omar & Co. telah memfailkan satu Notis Rayuan kepada
Mahkamah Rayuan Malaysia kerana tidak berpuas hati terhadap
sabitan bersalah ke atas 23 pertuduhan dan perintah pemenjaraan
menggantikan hukuman mati yang diputuskan oleh Mahkamah
ini.

Perihal Pertuduhan

[8] Kesemua 23 pertuduhan ke atas T1 dan T2 tersebut telah


ditandakan sebagai ekshibit P1A hingga P23A. Pertuduhan-
pertuduhan tersebut terdapat persamaan tarikh, masa, tempat
kejadian dan kesalahan. Hanya terdapat perbezaan berkenaan
butir-butir nama si mati dan juga nombor kad pengenalan sahaja
pada semua pertuduhan. Agar tidak berlaku pengulangan di
dalam alasan penghakiman ini, di sini hanya dikemukakan

3
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Pertuduhan Pertama sahaja dinyatakan secara penuh manakala


Pertuduhan Ke 2 hingga ke 23 akan disenaraikan nama-nama
mangsa dan nombor Kad Pengenalan sahaja.

PERTUDUHAN 1 [P1A]:

“Bahawa kamu bersama-sama pada 14 September 2017 di


antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, di Pusat Tahfiz Darul
Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk
Keramat, di dalam daerah Wangsa Maju, di dalam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, bagi mencapai niat bersama kamu,
telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas
Muhammad Aidil Aqmal Bin Mohd Zamzuri (No KP: 070502 -
10-1869). Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu
kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun
Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama .”

Pertuduhan 2 hingga 23, dikemukakan nama -nama mangsa yang


terbunuh sebagaimana berikut:

(i) PERTUDUHAN 2 [P2A] - Mohd Yusuf Bin Md (No KP:


910419-08-5211);

(ii) PERTUDUHAN 3 [P3A] - Muhammad Hasrullah bin


Ismail (No KP: 031007-14-0033);

(iii) PERTUDUHAN 4 [P4A] - Ahmad Harith Adam bin


Mohd Nor Hadi (No KP:050821-14-0373);

(iv) PERTUDUHAN 5 [P5A] - Muhammad Afiq Haqimie bin


Hairulizwan (No KP:061204-10-1823);

(v) PERTUDUHAN 6 [P6A] - Muhammad Amrul Nizam bin


Sukarno (No KP:920703-03-5907);

4
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

(vi) PERTUDUHAN 7 [P7A] - Muhammad Hafiz Iskandar


Bin Mohd Sulaiman (No KP: 060905-14-1161);

(vii) PERTUDUHAN 8 [P8A] - Muhammad Shafiq Haikal Bin


Abdullah (No KP: 041006-14-1551);

(viii) PERTUDUHAN 9 [P9A] - Muhammad Haikal Bin


Abdullah (No KP: 041006-14-1551);

(ix) PERTUDUHAN 10 [P10A] - Amiel Asyraaf bin Abd


Rasid (No KP: 060823-14-0659);

(x) PERTUDUHAN 11 [P11A] - Nik Muhammad Ridzuan


Bin Nik Azalan (No KP: 050217-07-0145);

(xi) PERTUDUHAN 12 [P12A] - Muhammad Harris Ikhwan


Bin Mohd Sulaiman (No KP: 071204-10-2243);

(xii) PERTUDUHAN 13 [P13A] - Azkar Dariemi B F’Zaska


(No KP: 090623-10-2209);

(xiii) PERTUDUHAN 14 [P14A] - Muhammad Danieal Bin Md


Amin (No KP: 030415-03-0701);

(xiv) PERTUDUHAN 15 [P15A] - Umar Al Khattab Bin Helmi


(No KP: 101026-10-2877);

(xv) PERTUDUHAN 16 [P16A] - Muhammad Zattullah Bin


Roslan (No KP: 060104-06-0257);

(xvi) PERTUDUHAN 17 [P17A] - Azkar Abiedi Bin F’Zaska


(No KP: 060504-10-2575);

(xvii) PERTUDUHAN 18 [P18A] - Muhammad Fahmie B


Abdullah (No KP: 060116-10-2071);

5
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

(xviii) PERTUDUHAN 19 [P19A] - Muhammad Nizamudin


Bin Nasrun (No KP: 040529-14-1337);

(xix) PERTUDUHAN 20 [P20A] - Muhammad Hazim Bin


Ahmad Nor (No KP: 041210-14-0281);

(xx) PERTUDUHAN 21 [P21A] - Muhammad Aiman Bin


Ramzanudin (No KP: 050311-10-1593);

(xxi) PERTUDUHAN 22 [P22A] - Ahmad Rijal Bin


Mohammad Rodzi (No KP: 041021-16-0259); dan

(xxii) PERTUDUHAN 23 [P23A] - Muhammad Taufik Hidayat


Bin Norazizan (No KP: 010603-14-0475).

Ringkasan keterangan 71 saksi Pendakwaan;

[9] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 71 orang saksi.


Saksi-saksi penting pihak pendakwaan yang berada di tempat
kejadian ialah SP68, SP69 dan SP70 :-

a. Dua orang saksi penting; sebelum kejadian dan semasa


melihat kejadian ialah SP68 dan SP69; memberikan
keterangan dapat camkan dan melihat T1 [Adli Shah] dan
seorang lagi yang tidak dapat dicamkan melompat masuk
pagar Sekolah Tahfiz sekitar jam 4.30 pagi 14.09.2017.

b. Sebelum kejadian, pada malam 13.9.2017 semasa SP68 dan


SP69 sedang lepak di warung Cek Mek Molek [warung
CMM] berhampiran bangunan sekolah tahfiz dan bangunan
Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM], SP68
mendengar perbualan salah seorang yang berada di warung
Cek Mek Molek ada berkata ‘man bila nak bakar tahfiz’.
Manakala keterangan SP69 pula menyokong lagi perkara

6
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

ini apabila menyatakan T1 adalah orang yang mengatakan


‘bila nak bakar tahfiz’ dan ada seseorang lain menambah
membalas cakap itu dengan berkata ‘belilah minyak petrol’

c. SP68 dan SP69 kedua-duanya melihat pada jam 4.30 pagi


[14.09.2017] T1 [Adli] dan seorang lagi [mereka tidak
dapat camkan] telah melompat pagar sekolah tahfiz dan
masuk ke bahagian belakang sekolah itu .

d. Manakala saksi SP70 pada masa memberi keterangan


sebaliknya menyatakan bahawa mereka berempat [T1, T2,
SP70 dan Debab] balik terus ke rumah SP70 selepas kali
kedua menghisap dadah itu. SP70 memberi penjelasan
kenapa keterangannya di Mahkamah berbeza dari
kenyataan di bawah s.112 KTJ yang beliau berikan kepada
pihak polis adalah kerana beliau dipaksa semasa memberi
kenyataan kepada pihak polis. Menurut SP70, keterangan
diberikan di Mahkamah ini adalah yang sebenarnya. Saksi
ini telah disoalbalas oleh pendakwaan atas perbezaan
keterangan ini dengan kebenaran Mahkamah di bawah
s.154 Kanun Tatacara Jenayah.

Keterangan saksi-saksi pakar:

[10] Saksi-saksi dari Jabatan Kimia, Jabatan Bomba dan Penyelamat


dan Pakar Perubatan Forensik pihak pendakwaan terdiri
daripada;-

a. Saksi pakar Jabatan Kimia adalah SP2-Ahli Kimia


Forensik DNA, SP22 & SP23 -Ahli Kimia Toksikologi,

b. Saksi Jabatan Bomba dan Penyelamat adalah SP3 hingga


SP6, SP18 hingga SP 21, SP27, SP33 dan SP39,

7
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

c. Saksi Jabatan Perubatan Forensik HKL adalah SP38 -


mendaftar 23 Jenazah, SP53 hingga SP55-Pegawai
Forensik HKL [mengambil sample darah ibu/bapa], SP57
hingga SP60- Pakar Perunding Forensik HKL [ Pakar
Bedah Siasat melakukan post-mortem 6 mangsa setiap
seorang Pakar ]

Saksi-saksi orang awam

[11] Saksi-saksi orang awam terdiri daripada penghuni tempat


kejadian di sekolah tahfiz yang terbakar dan ibu/bapa kepada
mangsa yang meninggal dunia sebagaimana berikut:
SP NAMA HURAIAN
SP24 Muhammad Umair Pembantu Warden di sekolah
Al-Fawwaz bin tahfiz tersebut yang mana
Mohd Gunawan selepas kejadian kebakaran di
sekolah tahfiz tersebut SP24
telah dilantik sebagai imam
di Masjid Bukit Angkasapuri
RTM
SP25 Mohamad Huzaifah Tenaga pengajar sekolah
Bin Abdul Rahman Tahfiz tersebut yang
terselamat semasa kebakaran
SP26 Muhamad Danial Pelajar yang terselamat
Amru Al Haz Bin Ali semasa kebakaran di sekolah
tahfiz tersebut.
SP28 Che Mohd Hafizi Bin Tukang masak yang
Che Amat terselamat semasa kebakaran
di sekolah tahfiz tersebut.
SP29 Khairunisaa’ binti Ibu kepada mangsa bernama
Khairuddin Umar Al-Khatab bin Helmi

8
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

sebagaimana pertuduhan
[P15A]
SP30 Mazzaini binti Muda Ibu kepada mangsa bernama
Ahmad Rijal bin Mohamad
Rodzi sebagaimana
pertuduhan [P22A]
SP31 Rein Erliana binti Ibu kepada mangsa bernama
Marjoni Muhammad Taufik Hidayat
Bin Norazizan sebagaimana
pertuduhan [P23A]
SP32 Emmi Farizah binti Ibu kepada mangsa bernama
Abd Aziz Azkar Dariemi Bin F’Zaska
dan Azkar Abiedi Bin
F’Zaska sebagaimana
pertuduhan [P13A] dan
[P17A]
SP35 Puan Noorazlina Ibu kepada mangsa bernama
binti Bakery Muhammad Fahmie B
Abdullah sebagaimana
pertuduhan [P18A]
SP40 Nor Azlin binti Abd Ibu kepada mangsa bernama
Aziz Muhammad Afiq Haqimie
bin Hairulizwan
sebagaimana pertuduhan
[P5A]
SP41 Fatimah binti Jaafar Ibu kepada mangsa bernama
Muhammad Nizamudin Bin
Nasrun sebagaimana
pertuduhan [P19A]
SP42 Lela binti Ibu kepada mangsa bernama
Mohammad Noh Muhammad Hasrullah bin
Ismail sebagaimana

9
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

pertuduhan [P3A]
SP43 Hartini Abdul Ghani Ibu kepada mangsa bernama
Nik Muhammad Ridzuan
Bin Nik Azalan sebagaimana
pertuduhan [P11A]
SP44 Norliza binti Md Kakak kandung kepada
mangsa bernama Mohd
Yusuf Bin Md sebagaimana
pertuduhan [P2A]
SP45 Kamizan bt Yusof Ibu kepada mangsa bernama
Muhammad Zattullah Bin
Roslan sebagaimana
pertuduhan [P16A]
SP46 Md Amin Abd Ghani Ibu kepada mangsa bernama
Muhammad Danieal Bin
Md Amin sebagaimana
pertuduhan [P14A]
SP47 Yunizar binti Shaari Ibu kepada mangsa bernama
Muhammad Hazim Bin
Ahmad Nor sebagaimana
pertuduhan [P20A]
SP48 Norhayati binti Ibu kepada mangsa bernama
Khalid Amiel Asyraaf bin Abd
Rasid sebagaimana
pertuduhan [P10A]
SP49 Saidah binti Ahmad Ibu kepada mangsa bernama
Ahmad Harith Adam bin
Mohd Nor Hadi
sebagaimana pertuduhan
[P4A]
SP50 Mudah binti Abd Ibu kepada mangsa bernama
Ghani Muhammad Haikal Bin

10
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Abdullah sebagaimana
pertuduhan [P9A]
SP51 Siti Salfarina binti Ibu kepada mangsa bernama
Ismail Muhammad Aidil Aqmal
Bin Mohd Zamzuri
sebagaimana pertuduhan
[P1A]
SP52 Mashawani binti Ibu kepada mangsa bernama
Mohamaed Shahid Muhammad Hafiz Iskandar
Bin Mohd Sulaiman;
Muhammad Harris Ikhwan
Bin Mohd Sulaiman
sebagaimana pertuduhan
[P7A]; [P12A] dan ;
SP56 Farawahida binti Ibu kepada mangsa bernama
Wahid Muhammad Aiman Bin
Ramzanudin sebagaimana
pertuduhan [P21A]
SP62 Muhammad Zharif Menyerahkan rakaman CCTV
Johor bin Nadim dan juga decoder CCTV
Johor PPIM kepada pihak polis

Saksi-saksi Polis

[12] Saksi-saksi Polis DiRaja Malaysia terdiri daripada;


SP NAMA HURAIAN
SP1 L/Koperal Pada 14.09.2017 jam 5.44
Mohammad Aidil pagi, SP1 terima panggilan
Bin Abdul Kadir daripada orang awam
(RF168216) bernama Encik Yusri melalui
panggilan kecemasan 999
yang mana beliau mengatakan

11
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

ada satu kebakaran di


Sekolah Darul Quran
Ittifaqiyah, Datuk Keramat.
SP1 kemudian menyalurkan
maklumat ini menghubungi
pihak bomba, hospital dan
juga polis Daerah Wangsa
Maju .
SP7 Kpl. Mohd Zukri Merakam gambar post-motem
Bin Ismail P515 sebanyak 16 keping dan
(RF116026) ditandakan sebagai ekshibit
P129(1-16)
SP8 L/kpl Muhammad Merakam gambar post-
Azril Bin Abdullah mortem berikut:
Sani (RF21307) (i) P516/17 sebagai
P130(1-20)
(ii) P520/17 sebagai
P134(1-18)
(iii) P524 sebagai P138(1-
22)
(iv) P528 sebagai P142(1-
16)
(v) P532 sebagai P146(1-
10)
(vi) P536 sebagai P150(1-
18)
SP9 L/kpl Azlan Bin Merakam gambar post-
Ameerudin (RF mortem berikut:
183802) (i) P517/17 sebagai
P131(1-6)
(ii) P521/17 sebagai
P135(1-12)

12
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

(iii) P525/17 sebagai


P139(1-14)
(iv) P529/17 sebagai
P143(1-14)
(v) P533/17 sebagai
P147(1-14)
(vi) P537/17 sebagai
P151(1-14)
SP10 Kpl Muhd Merakam gambar post-
Alfadanzurishah mortem berikut:
Bin Taharim (RF (i) P518/17 sebagai
151132) P132(1-10)
(ii) P522/17 sebagai
P136(1-6)
(iii) P526/17 sebagai
P140(1-6)
(iv) P530/17 sebagai
P144(1-10)
(v) P534/17 sebagai
P148(1-8)
(vi) P538/17 sebagai
P152(1-11)
SP11 L/Kpl Mohd Faiz (i) Merakam 62 keping
Bin Mohd Yusof gambar tempat kejadian
(RF 186038) dan ditandakan sebagai
ekshibit P135(A-BI)
(ii) Merakam 4 keping
gambar motosikal
Honda EX5 dan
ditandakan sebagai
ekshibit P154(A-D)
SP12 L/Kpl Adhwa Bin (i) Merakam 7 keping

13
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Mahar (RF 173775) gambar rampasan


pemetik api dan
ditandakan sebagai
ekshibit P155(A-G);
(ii) Merakam 8 keping
gambar barang kes dan
ditandakan sebagai
P156(A-H);
(iii) Merakam 5 keping
gambar yang diambil
pada 24.09.2017 jam 9
pagi dan ditandakan
sebagai P157(A-E)
(iv) Merakam 5 keping
gambar tempat kejadian
diambil pada
26.09.2017 dan
ditandakan sebagai
P158(A-E)
SP13 L/Kpl Mohamad Merakam 64 keping gambar
Safuan Bin Mohd dan ditandakan sebagai
Daud (RF 192163) P159(1-64)
SP14 Kpl Mohammad Merakam 13 keping gambar
Nasir Bin Soib (RF pada 21.09.2017 dan
160089) ditandakan sebagai P160(A-
M)
SP15 L/Kpl Mohd Rizal Merakam 18 keping gambar
Bin Basirun (RF dan ditandakan sebagai
173735) P161(A-R).
SP16 Kons. Mohamad Merakam 19 keping gambar
Adam Bin Abdul dan ditandakan sebagai
Rasyid (RF 199024) P162(A-S)

14
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

SP33 L/KPL John James Mengiringi dan mengawal 12


Anak Ahoi (RF bungkusan mayat yang
177250) ditandakan sebagai 1-12 di
Jabatan Forensik Hospital
Kuala Lumpur
SP34 L/Kpl Mohamad Mengiringi dan mengawal 11
Fahmi bin Azuddin bungkusan mayat berwarna
(RF 168041) putih bertanda 13 sehingga
23 di Jabatan Forensik
Hospital Kuala Lumpur
SP36 DSP Khairul Izuan Mengarahkan anggota untuk
bin Ahmad (G mengiringi mayat mangsa ke
16173) Jabatan Perubatan Forensik
Hospital Kuala Lumpur dan
juga menyediakan borang
pemeriksaan 23 mayat yang
dipercayai mati akibat
kebakaran. Semasa di Jabatan
Perubatan Forensik tersebut,
kesemua mayat tersebut
dibawa dengan menggunakan
dua buah motorlori dan
membantu untuk menurunkan
mayat-mayat tersebut.
Pada masa tersebut juga,
SP36 telah menerima
kesemua sample-sample
mayat daripada kesemua
pegawai perubatan yang
terlibat di dalam kes ini bagi
mengesahkan identiti
kesemua mayat.

15
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

SP37 Insp Mohamad SP37 merupakan pegawai


Fairol bin Abu khas yang mengendalikan
Bakar (G21829) barang kes di tempat
kejadian, dari mangsa dan
saspek.

SP61 ASP Tay Chew Membuat rampasan rakaman


Thwa @ Rico Tay CCTV di PPIM
(G/15508)
SP63 Inspektor Muhd Membuat rampasan rakaman
Hanif Akmal bin CCTV di KL Snooker
Che Hussin
SP64 ASP Shukri Bin Pegawai Polis yang telah
Ahmad membuat tangkapan ke atas
SP68 dan SP69
SP65 ASP Zahiruddin Pegawai Polis yang telah
Bin Baharom membuat tangkapan ke atas
T1, Tertuduh Kedua, SP70
dan 2 rakan lagi serta
merampas barang kes P278 –
P283A [pakaian T1]
SP66 ASP Mohd Pegawai Polis yang telah
Shafizan Bin merampas pemetik api hasil
Sazali tunjuk arah oleh T1
SP67 ASP Saiful Azhar Pegawai Polis yang telah
Bin Rahim membuat rampasan ke atas
rakaman CCTV di rumah
jiran SP70

SP71 ASP Mohd Fauzi Pegawai Penyiasat Kes


Bin Mohd Shariff

16
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

FAKTA KES PENDAKWAAN

[13] SP68 dan SP69 merupakan saksi utama pendakwaan.

Latar belakang saksi pendakwaan SP68:

[14] Saksi utama pendakwaan adalah SP68 dan SP69 yang mana
kedua-dua mereka berada bersama-sama T1 dan T2 dan juga
rakan-rakan mereka sebelum kejadian kebakaran berlaku.
Kedua-dua SP68 dan SP69 juga telah nampak T1 bersama
seorang lagi yang tidak dapat dicamkan, telah melompat masuk
pagar belakang sekolah tahfiz tersebut.

[15] SP68 merupakan seorang saksi kanak-kanak sebagaimana yang


ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Keterangan Saksi Kanak-
Kanak 2007. Semasa kejadian, SP68 berumur 12 tahun. Semasa
SP68 hadir memberi keterangan bagi kes ini, beliau berusia 14
tahun yang mana masih lagi merupakan seorang kanak-kanak.
SP68 memberi keterangan melalui live link mengikut peruntukan
seksyen 3(1)(b) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.
Semasa SP68 memberi keterangan, Mahkamah ini telah
mengemukakan beberapa soalan di bawah seksyen 113A Akta
Keterangan 1950 bertujuan menentukan antara lain sama ada
SP68 dapat memahami sumpah yang beliau angkat di hadapan
Mahkamah ini. Inkuiri tersebut juga untuk menentukan
kematangan akal saksi ini dan kefahaman bercakap benar [Lihat
kes Sidek bin Ludan [1995] 3 MLJ 178].

[16] Mahkamah ini berpuas hati bahawa SP68 boleh memahami


maksud sumpah dan kesan sumpah itu. Mahkamah ini juga
berpuas hati bahawa SP68 layak memberi keterangan secara
bersumpah setelah diuji dan ditanya dengan soalan-soalan

17
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

penilaian awal terlebih dahulu. Berikut adalah keterangan SP68


semasa diuji:

“Mahkamah [Mah] : Saya Hakim yang mendengar kes


ini. Awak nampak saya, dan saya nampak awak. Orang lain tak
nampak awak. Umur sekarang berapa tahun?

J : 14 tahun.

Mah : Hari ini akan berikan keterangan satu kes


perbicaraan jenayah di mahkamah. Boleh faham?

J : Boleh.

Mah : Sebagai saksi, untuk berikan keterangan sebagai


saksi, adakah saksi ini perlu bercakap benar atau dia boleh
untuk tidak bercakap benar, atau dia mesti bercakap benar?

J : Mesti bercakap benar.

Mah : Kalau dia tidak bercakap benar. Dia melanggar


syarat tak sebagai saksi?

J : Betul.

Mah : Kalau kita sebagai saksi nanti, kita faham peranan


kita sebagai saksi, saya akan minta awak untuk mengangkat
sampah. Awak faham?

J : Okay.

Mah : Jadi bila awak mengangkat sumpah nanti, awak tidak


ada pilihan lain selain bercakap benar sahaja, betul tak?

J : Betul.

Mah : Boleh faham?

18
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

J : Faham.

Mah : Kalau awak tidak tahu tentang apa yang ditanya,


awak jawab macam mana?

J : Tidak.

Mah : Kalau awak ditanya, awak tidak tahu benar itu


berlaku, tidak nampak, awak jawab maca mana?

J : Tidak tahu.

Mah : Jika ditanya awak tidak memberi kesenangan hati


awak, adakah awak akan menjawab secara tidak betul atau
awak akan berikan jawaan yang betul juga? Kalau awak
menghisap rokok, awak rasa akhirnya jawapan akan
memberikan jawapan yang tidak senangkan hati awak, tapi
sebagai saksi awak akan berikan jawapan yang betul atau
sebaliknya?

J : Hurmm..

Mah : Jadi kalau awak hisap rokok, awak akan katakan


jawapan yang betul atau awak akan mengelak dari jawapan
betul?

J : Saya akan jawab jawapan yang betul.

Mah : Jadi kalau awak hisap rokok awak akan jawab yang
awak hisap rokoklah, begitu?

J : Ya.

Mah : Saksi ini boleh bercakap bohong? Tidak boleh kan?


Boleh faham?

J : Boleh.

19
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Mah : Saksi ini kena bercakap benar sahaja. Tidak ada


selain daripada bercakap benar, boleh faham?

J : Boleh.

Mah : Kalau benda tidak benar, awak tidak boleh beritahu.


Awak cakap benda yang benar sahaja, benda yang awak tahu.
Kalau awak tahu cakap tahu, kalau tak tahu, cakap tak tahu,
kalau tidak pasti, cakap tidak pasti, betul?

J : Betul.”

[17] Mahkamah ini juga menerima keterangan saksi SP68 ini sebagai
saksi terlindung yang mana kedua-kedua tertuduh mahupun
peguambela tidak dapat melihat wajah SP68. Hanya saya sebagai
Hakim Bicara yang mendengar kes ini sahaja dapat melihat
SP68. Namun, kesemua pihak yang ada di dalam Mahkamah ini
dapat mendengar suara SP68 sepanjang beliau memberikan
keterangan.

[18] Menurut SP68, beliau tinggal di Keramat Hujung 1, bersama


nenek, pakcik, makcik dan abang saudaranya bernama
Muhammad Shahrizal Bin Abdul Rahim [“SP69”]. SP68 dan
SP69 tidak lagi bersekolah dan tidak mempunyai pekerjaan pada
sekitar tarikh kejadian bulan September 2017 tersebut.

[19] SP68 dan SP69 serta kawan wanita SP69 selalu ‘lepak-lepak’
berdekatan dengan rumah mereka di sekitar warung ‘Cik Mek
Molek’ [CMM] yang terletak bersebelahan dengan bangunan
PPIM dan Sekolah Tahfiz dan juga bersebelahan Taman Tasik
Datuk Keramat yang dikenali sebagai ‘Taman Balak’. Jarak
rumah mereka daripada Taman Balak ini adalah berdekatan.

20
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Latar belakang saksi SP69.

[20] SP69 bernama Muhammad Shahrizal Bin Abdul Rahim berusia


17 tahun semasa hadir memberi keterangan di Mahkamah ini.
Semasa kejadian kebakaran di sekolah tahfiz tersebut, SP69

[21] berumur 15 tahun. SP69 tinggal serumah dengan SP68. SP69


memanggil SP68 dengan nama panggilan ‘Adik’. SP69 telah
dijaga oleh seorang nenek angkat yang sama dengan SP68. SP69
hanya mendapat pendidikan sehingga Tahun 6. Beliau telah
berhenti sekolah bagi membantu menghantar dan mengambil
nenek angkatnya yang berniaga menjual bawang di Pasar
Keramat. Selain itu, SP69 hanya duduk di rumah sahaja bersama
adik angkatnya, SP68.

[22] Selain daripada duduk di rumah, SP68 dan SP69 juga banyak
menghabiskan masa mereka dengan memancing dan bermain
bola di Taman Balak. Menurut SP68 dan SP69, rumah mereka
berdekatan dengan Sekolah Agama Maahad Tahfiz Ittifaqiyah
[sekolah tahfiz yang terbakar itu].

KES DIPERINGKAT PENDAKWAAN/PRIMA FACIE

[23] Di akhir kes pendakwaan, adalah menjadi tugas Mahkamah ini


untuk menentukan samada pihak pendakwaan telah berjaya
membuktikan kes prima facie terhadap T1 dan T2.

[24] Bagi tujuan tersebut, saya merujuk seksyen 180 (1) dan (4)
Kanun Tatacara Jenayah yang mana ianya memperuntukkan
seperti berikut:

21
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

“180 Procedure after conclusion of case for prosecution

(1) When the case for the prosecution is concluded, the


Court shall consider whether the prosecution has
made out a prima facie case against the accused.

(2) …

(3) …

(4) For the purpose of this section, a prima faci e case is


made out against the accused where the prosecution
has adduced credible evidence proving each
ingredient of the offence which if unrebutted or
unexplained would warrant a conviction.”

[25] Sebelum membuat dapatan kes prima facie berjaya dibuktikan


oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini terlebih dahulu
hendaklah membuat penilaian maksima terhadap kredibiliti
saksi-saksi pendakwaan khususnya saksi - saksi utama. Penilaian
maksima merupakan satu proses analisa bagi menilai credibility
and reliability dan juga kebolehpercayaan terhadap keterangan-
keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah ini juga mempunyai tanggungjawab untuk mengambil
kira sebarang keterangan yang berpihak kepada Tertuduh.

[26] Saya merujuk kepada dua landmark kes iaitu Looi Kow Chai v.
PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 AMR 89 dan Balachandran v.
PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 1 AMR 321.

[27] Di dalam kes Looi Kow Chai v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2
AMR 89, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut:

“It is the duty of a judge sitting alone to determine at the close


of the prosecution’s case, as a trier of fact, whether the

22
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

prosecution had made out a prima facie case. He must subject


the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself
whether he would be prepared to convict the accused on the
totality of the evidence contained in the prosecution ’s case if he
were to decide to call upon the accused to enter his defence and
the accused had elected to remain silent. If the answer to that
question is in the negative, then no prima facie case would have
been made out and the accused would be entitled to an acquittal.
There was no burden on the prosecution to prove its case
beyond a reasonable doubt at the close of the prosecution ’s case

[28] Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 1


AMR 321, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan berkenaan
dengan prima facie sebagaimana berikut:

“A prima facie case is one that is sufficient for the accused to


answer, and the evidence adduced must be such that it can only
be surmounted by evidence in rebuttal. The force of that
evidence must, if unrebutted, be sufficient to induce a state of
belief that the facts as they stand are as stated in the charge. In
order to make a finding the court must, at t he close of the
prosecution’s case, undertake a positive evaluation of the
credibility and reliability of all the evidence adduced to
determine whether all the elements of the offence have been
established. If the evidence is unrebutted, and the accused
remain silent, he must be convicted. Therefore, the test to be
applied at the end of the prosecution ’s case is whether there is
sufficient evidence to convict the accused if he chooses to
remain silent, which if answered in the affirmative means that a
prima facie case has been made out. This requires a
consideration of the existence of any reasonable doubt in the

23
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

prosecution’s case, which if it exists, cannot lead to the finding


of a prima facie case having been made out. ”

[29] Saya juga merujuk kes PP v. Anwar Ibrahim (No. 3) [1999] 2


CLJ 215; [1999] 2 MLJ 1, yang mana Augustine Paul (Hakim
Mahkamah Tinggi ketika itu) telah menyatakan di muka surat 63
- 64 seperti berikut:

“A prima facie case arises when the evidence in favour of a


party is sufficiently strong for the opposing party to be called on
to answer. The evidence adduced must be such that it can be
overthrown only by rebutting evidence by the other side. Taken
in its totality, the force of the evidence must be such that if
unrebutted, it is sufficient to include the court to believe in the
existence of the fact stated in the charge or to consider its
existence so probable that a prudent man ought to act upon the
supposition that those facts existed or did happen. As this
exercise cannot be ostponed to the end of the trial, a maximum
evaluation of the credibility of witnesses must be done at the
close of the case for the prosecution before the court can rule
that a prima facie case has been made out in order to call for
the defence.”

[30] Berdasarkan kes-kes tersebut, keterangan-keterangan yang


dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah begitu kuat
sehingga sekiranya keterangan tersebut tidak disanggah adalah
memadai untuk Mahkamah mempertimbangkan kewujudan fakta-
fakta sepertimana di dalam pertuduhan. Ini bermaksud,
Mahkamah ini hendaklah berpuas hati keterangan-keterangan
yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara totaliti telah
berjaya membuat satu dapatan bahawa fakta kejadian yang
cukup lengkap yang mana ianya menjurus kepada kebersalahan
Tertuduh di dalam melakukan kesalahan yang dipertuduhkan dan

24
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Mahkamah ini juga berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah


berjaya membuktikan kesemua elemen di dalam pertuduhan
terhadap T1.

ELEMEN PERTUDUHAN

[31] Di dalam kes ini, T1 telah dituduh di bawah seksyen 302 Kanun
Keseksaan kerana telah melakukan bunuh terhadap 23 orang
penghuni sekolah tahfiz pada 14.09.2021 lebih kurang di antara
jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi. Untuk membuktikan satu kes
prima facie bagi kesalahan tersebut, pihak Pendakwaan
hendaklah memenuhi elemen-elemen berikut:

(i) Terdapat 23 mangsa telah mati;

(ii) Kematian si mati-si mati akibat kecederaan yang dialami;

(iii) Kecedaraan yang dialami oleh si mati-si mati adalah akibat


perbuatan T1; dan T2

(iv) Perbuatan T1 dan T2 semasa menyebabkan kecederaan


terhadap si mati-si mati sehingga mengakibatkan kematian
simati dilakukan dengan niat hendak menyebabkan
kematian simati

ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH

[32] Elemen Pertama yang perlu dipenuhi oleh pihak pendakwaan


adalah mangsa telah mati. Bagi elemen ini, pihak pendakwaan
telah berjaya membuktikan tanpa dipertikaikan oleh T1.
Kematian telah berlaku ke atas 23 Mangsa (si mati-si mati)
sebagaimana keterangan saksi-saksi Pendakwaan khususnya
SP57 hingga SP60 iaitu pakar bedah siasat yang menjalankan

25
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

post mortem ke atas si mati-si mati. Kesemua identiti 23 si mati


telah dikenal pasti dengan cara mengambil sampel dari si mati
dan juga ahli keluarga mereka bagi tujuan perbandingan DNA.
Bagi tujuan mengesahkan identiti si mati-si mati pihak
pendakwaan telah memanggil SP2, Ahli Kimia. SP2 telah
memberikan keterangan secara lisan di Mahkamah ini dan
Laporan DNA juga telah dikemukakan melalui SP2 dan
ditandakan sebagai P28. Pihak pembelaan tidak mempertikaikan
Laporan P28 tersebut.

[33] Elemen kedua pula adalah kematian si mati-si mati akibat


kecederaan yang dialami, yang mana ianya juga berjaya
dibuktikan oleh pihak pendakwaan melalui SP57 hingga SP60
yang telah menjalankan bedah siasat ke atas mayat si mati - si
mati. Laporan-laporan Post-Mortem bagi kesemua 23 si mati
juga telah dikemukakan melalui SP57-SP60 dan telah ditandakan
sebagai ekshibit P242 hingga P245(2). Berdasarkan Laporan-
laporan Post-mortem tersebut dan juga keterangan lisan SP57-
SP60, si mati-si mati telah mati akibat daripada terbakar.

[34] Elemen ketiga adalah kecedaraan yang dialami oleh si mati-si


mati adalah akibat perbuatan T1 dan T2. Elemen ini berkait
dengan actus reus yang mana kecederaan yang dialami oleh 23
si mati adalah disebabkan oleh perbuatan T1 dan seorang lagi
yang tidak dapat dikenali.

[35] Di dalam kes ini, pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya


kepada keterangan ikut keadaan [circumstantial evidence] dalam
membuktikan kes prima facie. Bagi memutuskan T1 dan seorang
lagi yang tidak dapat dikenali, yang telah menyebabkan
kecederaan kepada si mati-si mati, saya telah berpandukan
kepada kes PP v. Lin Lian Chen [1992] 2 CLJ Rep 285; [1992] 2

26
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

MLJ 561 yang mana Mahkamah Agong menyatakan seperti


berikut:

“It is trite law that where the prosecution is relying on


circumstantial evidence the onus upon it is a very heavy one and
that evidence must point irresistibly to the guilt of the accused.
If there are gaps in it then that will not be sufficient ”

[36] Saya juga merujuk kes PP v. Sarjit Kaur [1998] 5 CLJ 609 yang
mana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:

“...It should also be pointed out that circumstantial evidence


does not depend on hypothesis, or theories, or even
speculations. They must give rise to strong inferences so as to
become the best evidence”

[37] Dengan kata lain, Mahkamah ini sebelum membuat inferen


bahawa T1 bersalah berdasarkan keterangan ikut keadaan,
hendaklah memastikan keterangan yang dikemukakan
merupakan suatu keterangan yang tidak dapat melemahkan atau
merosakkan inferen tersebut yang telah menyebabkan kebakaran
di sekolah tersebut dan kematian terhadap 23 si mati.

Keterangan SP68 dan SP69 beberapa jam sebelum kejadian .

[38] Menurut SP69, pada 13.09.2017 jam 8.00 malam, beliau telah ke
Warung ‘Cek Mek Molek’ [CMM] yang terletak bersebelahan
dengan Bangunan PPIM dan sekolah Tahfiz tersebut. Beliau
pergi berjalan kaki seorang diri untuk berjumpa dengan teman
wanitanya dengan nama panggilan Yana. Setelah itu, SP69
bersama Yana telah ke Pasar Keramat, juga berjalan kaki untuk
makan malam sehingga jam 9.30 malam. Selepas itu, SP69 dan
Yana telah pulang ke Taman Balak dan kembali semula ke
Warung Cek Mek Molek [CMM]. Warung ini tutup pada masa

27
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

itu. Di sini SP69 dan Yana berjumpa rakan-rakan mereka Alif


dan Aidil.

[39] Tidak lama selepas itu, pada jam lebih kurang 10.00 malam,
SP69 bersama Yana pulang ke rumahnya dan mengajak SP68
untuk keluar makan di Pasar Keramat. Setelah itu mereka bertiga
iaitu SP69, Yana dan SP68 telah pergi ke Pasar Keramat
berjalan kaki untuk makan. Pada jam 11.00 malam, mereka telah
kembali ke Warung Cek Mek Molek [CCM] semula, setibanya di
Warung CCM, SP69 nampak Alif dan Adil masih lagi berada di
warung tersebut. SP69 bersama Yana, SP68, Alif dan Aidil
berada di warung CCM tersebut bermain handphone sehingga
awal pagi hari keesokkannya iaitu 14.09.2017.

[40] Pada 14.09.2017 jam 2.00 pagi, semasa berada di Warung CMM,
SP69 terdengar ‘Jupem’ [dicamkan T2] memanggil SP68.
Semasa itu Jupem berada di atas ‘bukit’ [tanah tinggi] di Taman
Balak. Pada mulanya hanya SP68 sahaja pergi ke tempat Jupem
[T2] berada di atas bukit yang berhadapan dengan Warung
CMM. Kemudiannya, SP69 mengikuti Alif dan Aidil turut pergi
ke atas bukit tersebut ke tempat Jupem melalui tangga.

[41] Di atas bukit tersebut, SP68 dan SP69, Alif dan Aidil bertemu
dengan 4 orang lagi yang mana mereka dikenali sebagai Jupem
[T2], Aiman, Shahrul, Debab dan Adli (T1) yang sedang berada
di sebuah pondok berhampiran air terjun buatan. Semasa berada
di atas bukit, SP69 nampak ada beberapa buah motosikal namun
SP69 tidak dapat pastikan jumlah sebenar motosikal tersebut dan
tidak tahu siapa yang membawa motorsikal- motorsikal itu.
SP69 berada di atas bukit tersebut hanya untuk beberapa minit
sahaja sebelum kembali turun seorang diri ke warung CCM dan
duduk bersama Yana. Tidak lama selepas itu, Aidil dan Jupem

28
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

turut turun dari atas bukit tersebut ke warung CCM juga melalui
tangga. Manakala SP68, Alif dan Aidil masih di atas bukit.

[42] Pada jam 2.30 pagi [14 hb ] hari yang sama, Aiman, Shahrul,
Debab, Adli dan Alif turun dari atas bukit dan menuju ke
Warung CCM. SP69 dan Yana berserta Aiman, Debab, Adli,
Aidil, Alif dan Shahrul masing-masing duduk di atas kerusi yang
berada di Warung CCM. Namun, SP69 dan Yana berada jauh
sedikit daripada mereka semua lebih kurang 3-4 meter. SP69
tidak perasan “Adik” [SP68] duduk di mana.

SP68 dan SP69 terdengar T1 bertanya “man bila hendak bakar


tahfiz”

[43] SP68 dan SP69 semasa memberi keterangan di Mahkamah ini


menyatakan mereka terdengar Adli [T1] berkata “man bila nak
bakar Tahfiz”. Namun SP69 tidak pasti pada ketika itu T1
bercakap dengan siapa. Selepas itu, SP69 juga ada mendengar
daripada salah seorang mereka mengatakan “belilah minyak
petrol”, namun SP69 tidak dapat mengesahkan siapa yang telah
berkata sedemikian. Pada masa tersebut, mereka semua sedang
berbual sambil bergelak ketawa di CMM.

[44] Berikut adalah keterangan SP69 semasa hadir memberi


keterangan di Mahkamah ini:

“S: Lepas dengar Jupem panggil Adik?[Adik-SP68]

J: Adik pergi ke atas, seorang. Tak lama kemudian Aidil dan


Alif pergi ke atas dan saya pun ikut dia.

S: Dekat atas bukit dekat dengan air terjun ada apa?

J: Ada pondok sahaja.

29
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

S: Selepas itu apa berlaku?

J: Sampai di situ saya bersalam dengan Aiman, Shahrul,


Jupem dan Debab.

S: Mereka ini siapa dengan awak?

J: Kawan.

S: Sudah berapa lama kenal dengan mereka?

J: Tidak ingat.

S: Kenal dengan mereka di mana?

J: Kenal di Keramat.

S: Siapa ada lagi di pondok itu?

J: Aiman, Shahrul, Debab, Adik, Aidil, Alif dengan Adli.

S: Awak kenal lagi dengan Adli? Dia ada tak di mahkamah


ini?

J: Ada, dia pakai baju putih.

S: Selepas itu apa berlaku?

J: Lepas beberapa minit, saya turun ke bawah dan turun ke


warung CMM.

S: Berapa orang turun?

J: Saya seorang, saya pergi ke Yana.

S: Apa yang kemudian berlaku?

J: Sebelum turun dari bukit, saya nampak ada beberapa


motosikal tetapi tak ingat berapa jumlahnya.

30
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

S: Di mana motisikal itu?

J: Di Taman Tasik Dato’ Keramat, atas bukit.

S: Awak tahu siapa yang bawa motosikal?

J: Tak nampak.

S: Apa jadi dengan Adik?

J: Adik atas bukit lagi. Lepas itu saya tidak tahu apa dia
buat di atas.

S: Lepas itu apa jadi?

J: Lepas beberapa minit kemudian, Aidil dan Jupem turun ke


Cek Mek Molek.

S: Seterusnya?

J: Dalam pukul 2.30 pagi Aiman, Shahrul, Debab, Adli dan


Alif turun ke bawah, ke Cek Mek Molek [Warung].

S: Masa ini awak nampak Adik?

J: Pada masa itu saya tidak perasan Adik lagi.

S: Mereka berada di mana di Cek Mek Molek?

J: Aiman, Debab, Adli, Aidil, Alif, Shahrul, saya dan Yana


duduk di kerusi di warung CMM. Saya dan Yana duduk
jauh sikit.

S: Berapa jaraknya awak dan Yana dengan mereka?

J: Dalam jarak tempat saya sekarang dengan tempat mesin


pengibas [Mah: lebih kurang 3-4 meter].

31
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

S: Apa yang berlaku dah ramai-ramai itu?

J: Selepas itu saya terdengar Adli kata “bila nak bakar


Tahfiz”. Saya tak tahu dia cakap dengan siapa. Lepas itu
saya ada dengar, ada orang kata “belilah minyak petrol”,
tapi saya tak pasti siapa yang kata. Sebab masa itu semua
tengah sembang dengan gelak ketawa.”

[45] Berikut adalah keterangan SP68 semasa memberi keterangan di


Mahkamah ini:

“S: Tadi adik kata dekat Cek Mek Molek sebelum adik tertidur
adik kata ada 5 orang, lebih kurang bersama -sama adik.
Ada ramai dekat situ, adik kata tidak ingat apa yang
dibuat. Ada perbualan atau orang bercakap-cakap tak?
Adik ingat tak siapa yang bercakap?

J: Tak ingat.

S: Adik boleh dengar tak perbualan itu?

J: “Man. Bila nak bakar Tahfiz?”

S: Siapa yang bercakap “Man, bila nak bakar Tahfiz” itu?

J: Tidak ingat.

S: Man itu siapa adik?

J: Aiman

S: Aiman itu siapa, kawan adik?

J: Tidak

S: Tapi adik kenal?

J: Kenal.

32
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

S: So, maknanya Aiman ada di situ?

J: Ada

S: Selain daripada Aiman siapa ada di situ?

J: Aiman, Debab, Adli, Jupem, Shahrizal [SP69] dengan


aweknya.”

[46] Menurut SP69, pada jam 3.00 pagi, beliau telah nampak T1
bersama Shahrul menaiki sebuah motosikal dan mereka berdua
pergi ke arah bukit. Pada masa itu SP69 bersama Yana, Aidil
dan Alif hendak pergi ke Pasar Keramat dengan berjalan kaki
untuk minum. Apabila mereka sampai di Pasar Keramat, kedai
makan telahpun ditutup. Mereka pun kemudian kembali ke
Taman Balak, duduk di kerusi Panjang dekat kedai D’Tasik,
tidak lagi di warung CMM. Pada masa ini jam lebih kurang 4.00
pagi.

[47] Manakala SP68 pula, telah tertidur di atas kerusi di Warung


CCM. SP68 tersedar daripada tertidur, hanya beliau seorang
sahaja ada di situ. SP68 tersedar apabila melihat motorsikal
pengawal keselamatan menuju ke arahnya. Terkejut dengan
kehadiran pengawal keselamatan tersebut, SP68 telah bertindak
melarikan diri dan memanjat pagar masuk ke dalam kawasan
PPIM. SP68 telah pergi ke arah belakang bangunan PPIM dan
tidur semula, di situ. Pada masa tersebut menurut SP68 tiada
sesiapa yang kelihatan.

[48] Menurut SP69, pada jam 4.00 pagi, beliau telah tidak lagi
bersama Alif dan Aidil kerana kedua-duanya telah balik ke
rumah masing-masing. Pada masa tersebut juga, SP69 juga tidak
tahu tentang di mana keberadaan SP68. SP69 bersama Yana
duduk di satu kerusi panjang berhampiran dengan kedai

33
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

D’Tasik, bersama ‘Din Grenggo’ [nama gelaran] yang mereka


jumpa dalam perjalanan pulang dari Pasar Keramat dan sama-
sama pergi ke Taman Balak. Menurut SP69 lagi di tempat
mereka duduk, pandangan beliau jelas dan tidak terhalang
melihat bahagian pagar belakang sekolah Tahfiz tersebut.

SP69 di dalam keterangannya nampak T1 memanjat pagar sekolah


tahfiz tersebut.

[49] Pada jam lebih kurang 4.30 pagi semasa Yana dan Din Grenggo
telah tertidur, semasa duduk di kerusi berdekatan kedai D’Tasek,
SP69 nampak 3 buah motosikal diletakkan di Warung CCM dan
ada 5 orang di situ iaitu T1, Jupem [T2], Shahrul, Aiman dan
Debab.

[50] Selepas itu, SP69 nampak mereka berlima berjalan kaki menuju
ke atas bukit berhampiran surau. Tidak lama selepas itu, mereka
berlima telah turun semula dari atas bukit dan menuju ke arah
belakang sekolah tahfiz tersebut. Menurut SP69, beliau dapat
melihat mereka dengan jelas kerana diterangi oleh cahaya lampu
jalan. SP69 camkan gambar [P157A&B] berkenaan dengan
kedudukan belakang sekolah Tahfiz tersebut.

[51] Kemudian SP69 nampak Adli [T1] memanjat pagar belakang


sekolah Tahfiz tersebut dengan seorang lagi yang beliau tidak
camkan. Manakala, SP69 melihat yang lain-lain berada di
belakang sekolah Tahfiz itu berdiri sahaja. SP69 merujuk
gambar yang telah dikemukakan dan ditandakan sebagai
[P157D; P158C & D]. Setelah melihat T1 melompat masuk
pagar sekolah tersebut, SP69 telah baring di atas kerusi sambil
bermain game handphone dan telah tertidur. [Mahkamah ini ada
membuat lawatan di tempat kejadian ini bersama Timbalan
Pendakwa Raya, Peguambela dan T1 dan T2 di kedudukan SP69

34
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

berada semasa melihat T1 melompat pagar dan Mahkamah ini


mendapati bahawa keterangan yang diberikan oleh SP69 boleh
dipercayai].

[52] Keterangan SP69 di Mahkamah ini adalah sebagaimana berikut:

“S: Berapa lama awak main game tu?

J: Sampai jam lebih kurang 4.30 pagi.

S: Lepas itu?

J: Saya nampak 3 buah motosikal letak di warung CMM.

S: Awak nampak siapa?

J: Saya tak nampak siapa yang bawa, tetapi ada 5 orang.


Adli, Shahrul, Aiman, Debab dan Jupem.

S: Lepas itu apa jadi?

J: Lepas itu mereka pergi ke atas bukit, dekat -dekat dengan


surau. Mereka jalan kaki.

S: Macam mana awak boleh nampak mereka itu?

J: Sebab ada lampu jalan, macam tempat orang nak


berjogging itu.

S: Lepas itu?

J: Tak lama lepas itu, dia orang jalan kaki turun bawah,
pergi ke belakang Tahfiz. Saya kemudian nampak Adli
panjat pagar dekat belakang sekolah tahfiz .

S: Seterusnya?

35
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

J: Lepas itu saya terus baring di kerusi dan main game.


Lepas itu saya tertidur.

S: Masa awak nampak Adli panjat pagar belakang Tahfiz,


yang lain-lain?

J: Saya nampak mereka ada di belakang Tahfiz, berdiri


sahaja.”

[53] Selepas rakaman video bangunan PPIM [P255] dimainkan


kepada SP69, beliau akui bahawa 4 orang yang datang dengan 2
buah motorsikal.

SP68 di dalam keterangannya nampak T1 memanjat pagar sekolah


tahfiz.

[54] Menurut SP68, beliau melarikan diri daripada pengawal


keselamatan Taman Balak dan melompat masuk ke dalam pagar
bangunan PPIM untuk menyembunyikan diri di situ sehingga
tertidur.

[55] Apabila SP68 terjaga daripada tidur, beliau telah berpusing ke


arah kanan bangunan PPIM dan pergi ke bahagian belakang tepi
kiri bangunan PPIM. Pada ketika itu, SP68 telah nampak T1
sedang memanjat pagar dan masuk ke dalam kawasan sekolah
tahfiz tersebut. [dicamkan oleh SP68 gambar P157(d) &
P158(d)].

[56] Menurut SP68 selain daripada T1, beliau juga ada nampak
seorang lagi lelaki yang juga melompat masuk bersama T1,
namun SP68 tidak dapat mengesahkan siapa seorang lagi lelaki
tersebut. Semasa pemeriksaan balas oleh Peguambela, SP68
dapat camkan T1 yang telah melompat pagar sekolah tahfiz
tersebut kerana terdapat pencahayaan daripada lampu jalan [lihat

36
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

gambar tiang lampu berhampiran pagar belakang P158C] dan


pandangan mata beliau juga tidak dihalangi oleh apa-apa.
Setelah itu, SP68 telah menyambung semula tidurnya di dalam
pagar PPIM.

[57] Keterangan SP68 di Mahkamah ini adalah sebagaimana berikut:

“S: Kemudian apa adik lihat.

J: Saya pusing, nampak Adli.

S: Adik baring, pusing tak berjalan? Adik pusing kepala


sahaja atau…?

J: Saya terbangun, berdiri dan pusing PPIM dan tengok


tasik, lepas tu nampak Adli tengah nak panjat pagar.

S: Adik masa itu ada berjalan sedikit lah?

J: Ada berjalan.

S: Adik berjalan pusing hingga ke belakang atau macam


mana? Adik tak sampai pun pagar?

J: Saya sampai ke pagar.”

SP68 dan SP69 dapat camkan T1

[58] Kedua-dua SP68 dan SP69 dapat mengecam T1 bersama seorang


lagi lelaki yang tidak diketahui melompat pagar sekolah tahfiz
tersebut. Pada masa tersebut, SP68 dan SP69 baru selang
beberapa waktu sahaja berjumpa dan berbual dengan T1 di
Warung Cek Mek Molek dan juga atas bukit iaitu beberapa jam
sebelum T1 melompat masuk ke dalam pagar Tahfiz dan
sebelum kejadian kebakaran sekolah tahfiz tersebut. SP69 dapat

37
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

camkan SP69 dari gaya dan baju yang T1 pakai. Manakala SP68
dapat camkan rupa T1.

[59] Saya dengan berpandukan kes Mohamad Yazri Minhat v. PP


[2003] 2 CLJ 65 di muka surat 70 yang mana Mahkamah Rayuan
menyatakan sebagaimana berikut:

“Now, the English case of Turnbull (supra) did not lay down any
proposition of law embodied in concrete. As all members of the
criminal bar are aware, the several propositions in Turnbull are
known as the “Turnbull guidelines”. And that is what they really
are. They are just guidelines and each case depends oh its own
facts. What was said in Turnbull does not amount to inflexible
rules with no exceptions whatsoever.

That much is clear from the following passage in Arch bold’s


Criminal Pleadings Evidence and Practice, 2002 edn, p. 1307:

The guidelines should not be applied inflexibly: R v.


Keane, 65 Cr. App. R. 247, CA. No particular form of
words is required: Turnbull, ante 14-2. The basic principle
is the special need for caution when the issue turns on
evidence of visual identification.

Sarkar on Evidence, 15th edn, Reprint 2001 p. 219 is more or


less of the same opinion:

What weightage should be given to the evidence of


identification of witnesses who identified the accused for
the first time in court is a question of fact and no straight
jacket formula applicable to all cases can be laid down
(Madhukar Damu Patil v. State of Maharashtra [1966] Cri
LJ 1062, 1065 (Bom).”

38
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[60] Pada masa yang sama juga merujuk saya kes R v. Turnbull And
Others [1976] 3 All ER 549 yang mana Mahkamah melalui Lord
Chief Justice Widgery (pada ketika itu) menyatakan seperti
berikut:

“First, whenever the case against an accused depends wholly or


substantially on the correctness of one or more identifications of
the accused which the defence alleges to be mistaken, the judge
should warn the jury of the special need for caution before
convicting the accused in reliance on the correctness of the
identification for identifications. In addition, he should instruct
them as to the reason for the need for such a warning and
should make some reference to the possibility that a mistaken
witness can be a convincing one and that a number of such
witnesses can all be mistaken…

Secondly, the judge should direct the jury to examine closely the
circumstances in which the identification by each witness came
to be made. How long did the witness have the accused under
observation? At what distance? In what light? Was the
observation impeded in any way, as for example by passing
traffic or a press of people? Had the witness ever seen the
accused before? How often? If only occasionally, had he any
special reason for remembering the accused? How long elapsed
between the original observation and the subsequent
identification to the police?

Recognition may be more reliable than identification of a


stranger; but, even when the witness is purporting to recognise
someone whom he knows, the jury should be reminded that

39
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

mistakes in recognition of close relatives and friends are


sometimes made.

All these matters go to the quality of the identification evidence.


If the quality is good and remains good at the close of the
accused’s case, the danger of a mistaken identification is
lessened; but the poorer the quality, the greater the danger. In
our judgment, when the quality is good, as for example when the
identification is made after a long period of observati on, or in
satisfactory conditions by a relative, a neighbour, a close
friend, a workmate and the like, the jury can safely be left to
assess the value of the identifying evidence even though there is
no other evidence to support it; provided always, howeve r, that
an adequate warning has been given about the special need for
caution.”

[61] Saya juga merujuk kes Jaferi Bin Ipee v. PP [2013] 3 CLJ 381
yang mana Mahkamah Rayuan menyatakan:

“The Turnbull Guidelines basically state the factual


circumstances that justified an “acceptable” identification. It
speaks of visibility and opportunity. At the particular house
where the murder took place, there was a fluorescent tube
lighting fixed to the ceiling above the door to the entrance of the
house. PW6 did have a good opportunity and visibility for her
evidence on identification of the appellant when she was
attacked and dragged in and out of the house by the intruders.
There was more than enough light for purposes of identification.

40
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

This is not a case of a “fleeting glance” within a very short


span of time. PW6 had all the opportunity and with good
visibility for her evidence on the identification of the appellant
to be acceptable....”

[62] Di dalam kes ini, pengecaman T1 adalah lebih kepada kebiasaan


dan kekerapan dan baru sahaja dilihat oleh SP68 dan SP69. SP69
dapat camkan T1 melalui pencahayaan yang baik di tempat
kejadian dan baju yang dipakai oleh T1 serta pandangan mata
SP69 tidak dihalang apa-apa objek yang berada di hadapannya.
SP68 juga dapat camkan T1 yang telah memanjat pagar tahfiz
tersebut, dengan bantuan pencahayaan daripada lampu jalan.
Oleh yang demikian, Mahkamah ini berkeputusan bahawa
pengecaman yang dibuat oleh SP68 dan SP69 terhadap T1
adalah selamat diterima.

[63] Keterangan SP68 dan SP69 adalah saksi yang boleh diyakini
apabila memberi keterangan ikhlas yang mana kedua-dua saksi
tersebut hanya dapat camkan T1 sahaja namun tidak camkan
seorang lagi lelaki yang berada di sebelah T1 dan memanjat
pagar, walhal mereka berpeluang untuk mengatakan bahawa
mereka dapat cam kedua-dua individu yang telah memanjat
pagar sekolah tahfiz tersebut.

Keterangan SP68 dan SP69 sedar dari tidur hanya selepas


kebakaran.

[64] Menurut SP69, pada jam 6.00 pagi, beliau terdengar bunyi siren
bomba namun menyambung tidurnya kembali. Pada jam 6.30
pagi, SP69 telah bangun semula daripada tidurnya dan
mendapati terdapat banyak kereta bomba di jalanraya
berhampiran sekolah tahfiz tersebut. Selepas itu, SP69 bersama
Yana telah pergi ke bahagian hadapan sekolah tahfiz tersebut

41
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

dan dapati api telah berjaya dipadamkan. Kemudian, SP69 telah


berjumpa semula dengan SP68 di situ. Mereka berada di situ
sehingga jam 7.00 pagi dan kemudiannya pulang ke rumah.

[65] Manakala SP68, beliau telah tersedar daripada tidurnya apabila


terdengar ada orang menjerit. SP68 bertindak dengan memanjat
pagar dan keluar dari PPIM dan menuju ke arah sekolah tahfiz
tersebut. Pada ketika itu, SP68 nampak sekolah tahfiz tersebut
sedang terbakar. Kemudian, SP68 telah berjumpa semula dengan
SP69 di situ.

[66] Pada hari yang sama jam 6.00 petang, pihak polis telah
menangkap SP68 dan SP69 di rumah mereka dan dibawa ke
Balai Polis. Kedua-dua mereka telah ditahan reman selama 14
hari.

[67] Melalui keterangan yang diberikan SP68 dan SP69 adalah jelas
menunjukkan mereka berdua telah nampak dua orang memanjat
pagar sekolah tahfiz tersebut. Namun, kedua-dua mereka hanya
camkan T1 manakala T2 tidak dapat dipastikan sebab tidak
dicamkan.

Keterangan SP70 berlawanan dengan keterangan beliau berikan


semasa siasatan kepada pegawai penyiasat.

[68] Pihak pendakwaan memanggil SP70 sebagai saksi awam yang


terakhir. SP70 bernama Aiman Danial bin Abu Bakar. Semasa
SP70 hadir memberi keterangan, beliau telah berumur 17 tahun.

[69] Sekitar masa kejadian, SP70 tinggal di rumah beralamat No 43,


Lorong Keramat, Kuala Lumpur. SP70 tinggal bersama emak
dan 4 orang adik beradik termasuk beliau. Salah seorang adiknya
bernama Imran Fazli [dipanggil nama ‘Debab’] yang mana
mereka berdua berada di kawasan sekolah tahfiz pada malam

42
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

dan awal pagi kejadian kebakaran tersebut. SP70 hanya


mendapat pendidikan sehingga tingkatan 3 dan pernah belajar di
Giat Mara dalam bidang ‘wiring’ [Pendawaian].

[70] Jarak antara rumah SP70 dan dengan Taman Balak adalah 1 km.
Menurut SP70, beliau jarang ke Taman Balak kerana sibuk
membantu emaknya yang berniaga di Pasar Malam menjual nasi
ayam. Dalam seminggu, hanya 3 hari emaknya tidak keluar
untuk berniaga. Namun dalam masa yang sama SP70 juga
menyatakan beliau biasa pergi ke taman balak untuk bermain
futsal pada jam 11-12 malam dan duduk sampai 2-3 pagi.

[71] Pada malam kejadian [13 hb ] SP70 bersama adiknya Imran


[Debab] serta T1 dan T2 dan rakan-rakan lain iaitu Sharul,
Aiman Akari dan Deni ada di sekitar Taman Balak sehingga ke
awal pagi keesokkannya [14 hb -hari kebakaran sekolah tahfiz].
Menurut SP70, T1 dan T2 [juga dikenali dengan panggilan
‘Jupem’] ada pergi ke Taman Balak untuk bermain futsal kerana
di situ ada padang futsal.

[72] Menurut SP70, di sekitar Taman Balak terdapat kedai makan


D’Tasik, tempat letak kenderaan, Bangunan PPIM dan sekolah
Tahfiz tersebut. Menurut SP70, beliau tidak mengetahui nama
sekolah tahfiz tersebut dan tidak mempunyai rakan yang belajar
di situ.

Keterangan SP70 pada malam [13 hb ] dan awal pagi kejadian


[14 hb ].

[73] Menurut SP70, pada jam 11.00 malam [13 hb ], rakan-rakannya


berada di rumahnya dan sedang menyediakan alatan untuk
menghisap ganja yang dipanggil sebagai “bom”.

43
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[74] Pada jam antara 12.00 malam sehingga 1.00 pagi [13 hb /14 hb ],
SP70 bersama adiknya Imran dan 6 orang rakan-rakannya iaitu
T1, T2, Sharul, Aiman, Arkhari dan Danny bertolak dari
rumahnya ke Taman Balak dengan menaiki 4 buah motorsikal
dan parkir di pondok sebelah atas [tanah tinggi ‘bukit’]. Semasa
di atas bukit tersebut, SP70 dapat melihat SP68, SP69 dan Alif
dan Yana di bawah sedang melepak di Warung CMM. SP70
menjerit memanggil SP68 dan SP69 dan mereka berdua telah
naik ke tempat SP70 dan rakan-rakannya berada. Seramai 8
orang [termasuk SP68] berada di pondok tersebut menghisap
ganja ‘bom’. Haikal dan Shahrul pula telah beredar semasa SP70
masih lagi berada di atas bukit. SP70 tidak mengetahui ke mana
mereka pergi.

[75] Menurut SP70, beliau menawarkan ganja ‘bom’ kepada SP68


dan SP69, tetapi SP69 [Ijal] menolak dan turun kembali ke
warung CMM manakala SP68 telah bersama-sama menghisap
ganja itu. SP69 berada bersama SP70 di atas bukit lebih kurang
20 minit.

[76] Jam 12.00 tengah malam lebih, selepas habis menghisap bom
SP70 dan SP68 dan rakan-rakannya turun ke kios [warung
CMM] di tempat SP69 dan Yana berada. Menurut SP70 mereka
seramai 8 orang berada di kios itu bersama SP68, SP70 dan
Yana sehingga 1.00 pagi [14 hb ].

SP70 bersama rakan-rakan ke KL Snooker.

[77] Jam 1.30 pagi [14 hb ], menurut SP70 beliau lepak di kios
sementara menunggu Shahrul dan Haikal balik semula ke kios
untuk mereka ke KL Snooker, tempat bermain snooker. Apabila
Shahrul dan Haikal sampai mereka pun beredar pergi ke KL
Snooker. Dalam perjalanan itu, SP70 turunkan Haikal yang

44
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

membonceng motorsikalnya di Keramat 17, dan apabila sampai


di Lorong Keramat 1 pula SP70 mengambil pula Aiman Akhari
dan pergi ke KL Snooker. Mereka seramai 8 orang berada di KL
Snooker sehingga jam 3.00 pagi dan selepas bermain snooker,
SP70 dan rakan-rakanya balik ke rumah SP70.

SP70 bersama Kedua-dua tertuduh dan Imran [Debab] pergi


semula ke Taman Balak

[78] Menurut SP70, selepas bermain snooker, pada jam 3.00 pagi
lebih, beliau dari rumahnya bersama kedua-dua tertuduh dan
adiknya Imran [Debab] telah pergi semula ke Taman Tasik
Keramat [Taman Balak] dengan menaiki 2 buah motorsikal.
Kawan-kawan yang lain, Aiman Akhari telah balik ke rumahnya,
manakala Shahrul tidak ikut sama dan hanya menunggu di rumah
SP70.

[79] Di Taman Balak, mereka berempat meletakan motorsikal di


bawah, belakang kios Warung Che Mek Molek dan berjalan kaki
naik ke atas bukit dan hisap ‘bom’ di tangga hampir ke pondok.

Selepas hisap ganja mereka berempat balik ke rumah SP70.

[80] Menurut SP70 mereka berempat menghisap ganja di tangga yang


menuju ke pondok di atas bukit. Mereka selesai menghisap ganja
sebelum jam 5.00 pagi. Selepas itu mereka berempat balik ke
rumah SP70.

[81] SP70 menyatakan mereka berempat menuruni tangga dan


melalui tempat pejalan kaki yang berada di belakang PPIM dan
sekolah tahfiz tetapi sekadar melalui sahaja belakang sekolah
tahfiz tersebut dan semasa melalui belakang sekolah tahfiz T2
sempat mencampakkan alat menghisap ganja ‘bom’ ke dalam

45
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

tasik di belakang sekolah tahfiz tersebut. SP70 dapat camkan


gambar-gambar belakang sekolah tahfiz yang dimaksudkan
sebagaimana P158A-E .

[82] Mahkamah ini mendapati keterangan SP70 ini berlawanan


dengan keterangan SP68 dan SP69 yang melihat beberapa orang
secara positif ada di belakang tahfiz dan 2 orang termasuk
mengecam T1 melompat pagar masuk ke dalam kawasan
belakang sekolah tahfiz. Masa kejadian yang diceritakan oleh
SP68 dan SP69 adalah sama dengan masa yang SP70
mengatakan mereka berempat hanya melalui sahaja bahagian
belakang luar sekolah tahfiz itu.

[83] Menurut SP70 lagi pada jam 5.00 pagi [14 hb ] mereka sampai di
rumah SP70 dan lepak di situ. Menurut SP70 beliau tidur selepas
itu sampai ke petang dan kemudiannya ke pasar malam
membantu emaknya berniaga.

[84] Pada 16.09.2017 menurut SP70 beliau ditangkap polis bersama


rakan-rakannya terdiri daripada T1 dan T2, Imran, Shahrul, Ijal
dan Farhan.

Timbalan Pendakwa Raya telah menyoal balas SP70 di bawah s.


154 Akta Keterangan 1950 [AK]

[85] Puan TPR telah memohon daripada Mahkamah ini untuk


menyoal balas saksinya ini di bawah peruntukan seksyen 154
Akta Keterangan 1950 atas alasan terdapat percanggahan
keterangan SP70 di dalam keterangan dalam siasatan di bawah s.
112 KAJ dengan keterangan di Mahkamah. Mahkamah
membenarkan Puan TPR menyoal-balas SP70.

[86] Puan TPR telah merujuk SP70 kepada keterangan SP70 di bawah
s. 112 KAJ dan SP70 tidak mengakui benar akan kenyataannya

46
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

kepada polis bahawa beliau dan rakan-rakannya ada berbincang


untuk membakar sekolah tahfiz tersebut ketika mereka berempat
berada di tangga di atas bukit iaitu semasa mengambil ganja kali
kedua. SP70 juga tidak mengakui benar akan kenyataannya
kepada polis bahawa Adli dan Jupem melompat pagar tahfiz dan
masuk ke dalam tahfiz. Mahkamah ini memutuskan terdapat
pencanggahan yang serius dan dengan itu membenarkan pihak
pendakwaan menyoal balas saksinya sendiri.

Hostile witness

[87] Apabila seorang saksi pendakwaan telah dianggap berpaling


tadah (hostile witness), pihak Timbalan Pendakwa Raya boleh
membuat permohonan untuk memeriksa balas saksi tersebut
Seksyen 154 Akta Keterangan 1950. Mahkamah ini meneliti
peruntukan s. 154 Akta Keterangan 1950 seperti berikut;

“ S. 154:Question by party to his own witness

154. The court may, in its discretion, permit the person who
calls a witness to put any questions to him which might be put in
cross-examination by the adverse party.”.

[88] Peruntukan seksyen 154 ini membenarkan saksi disoal-balas


oleh pihak yang memanggilnya sebagai saksi. Berpandukan
kepada kes Dato Mokhtar Bin Hashim & Anor v. Public
Prosecutor [1983] CLJ Rep 101; [1983] 2 MLJ 232, kedudukan
undang-undang juga adalah mantap walaupun pihak pendakwaan
telah membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan
saksi, ianya masih tidak menghalang untuk saksi tersebut disoal
balas oleh pihak pendakwaan (the witness whose credit is sought
to be impeached should be given the right to cross examination).

47
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[89] “When a witness is examined by the same party who calls him ”,
di dalam kes ini pihak pendakwaan boleh menyoal balas SP70.
Mahkamah ini membenarkan pihak pendakwaan menyoal-balas
SP70 yang telah bertukar menjadi saksi berpaling tadah.

[90] Di dalam kes PP v. Willey Salleh [2017] 1 LNS 1704 CA; [2017]
MLJU 1791 Mahkamah Rayuan Malaysia memutuskan bahawa;

“The prosecution attempted to discredit its own witness, PW6,


on the basis that PW6’s testimony in Court contradicts her own
statement which was recorded by the police under section 112 of
the Criminal Procedure Code. According to the learned DPP,
the evidence of PW6 differs from that of her recorded statement.
The learned DPP marked the 2 contradictions between PW6 ’s
recorded statement and her testimony and handed them over for
this Court to view with a copy given to the defence. Having
satisfied myself that there were contradictions between P57 and
P58 and the testimony given by PW6 during examination in -
chief, I allowed the prosecution to examine PW6 pursuant to
section 154 of the Evidence Act 1950.”

Pengecaman melalui CCTV oleh SP70.

[91] SP70 mengakui berada bersama T1 dan T2 dan juga Imran


sebelum dan semasa kejadian di beberapa tempat atas alasan
dirakam melalui CCTV di Bangunan PPIM [P255] jam antara
4.29.20 & 4:49:11 pagi dengan dua buah motorsikal. Begitu juga
CCTV di Pusat KL Snooker sebelum ke Taman Balak kali kedua
menghisap ganja.

48
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

SP70-Pemeriksaan Balas oleh Peguambela

[92] SP70 menyatakan bahawa beberapa kenyataan dalam percakapan


polis tidak benar. Beliau terpaksa menurut apa yang pihak polis
mahukan walaupun ianya bukan sebenarnya berlaku pada awal
pada kejadian. Menurut SP70 jika beliau menafikan T1 dan T2
melompat pagar masuk ke sekolah tahfiz pihak polis akan
memukulnya.

[93] SP70 tidak mengakui benar keterangannya semasa siasatan


kepada polis bahawa T1 dan T2 melompat masuk melalui pagar
belakang sekolah tahfiz manakala beliau dan Imran menunggu di
luar pagar.

[94] Terdahulu, SP70 semasa di soal balas oleh Puan TPR menafikan
apa yang diceritakan di dalam percakapan s. 112 sebagai benar
tetapi ianya dibuat secara tanpa sukarela kerana dipaksa oleh
pihak polis;

a) Menafikan bahawa T1 dan T2 ada memanjat pagar dan


masuk ke dalam kawasan sekolah tahfiz sambil membawa
sebotol bekas mineral yang berisi minyak petrol.

b) Turut menafikan selama 15 minit hingga 20 minit selepas


itu T1 dan T2 pun melompat kembali keluar dari kawasan
pagar sekolah tahfiz dan mereka berempat beredar dari situ
dengan dua buah motorsikal.

c) Menafikan bahawa mereka pernah berbincang untuk


membakar sekolah tahfiz.

d) Mengakui benar memberi kenyataan (a), (b) dan (c) di atas


tetapi ianya dipaksa oleh pihak polis. Beliau dipukul
sehingga bersetuju memberi kenyataan (a), (b) dan (c)
tersebut.

49
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[95] Semasa diminta oleh peguambela menceritakan apa yang


sebenarnya berlaku pada hari kejadian, SP70 menceritakan
bahawa apa yang diceritakan di Mahkamah adalah betul iaitu
selepas mengambil dadah kali kedua terus mereka berempat
balik ke rumahnya. SP70 menyatakan T1 dan T2 tidak lompat
masuk ke kawasan sekolah tahfiz.

SP70 menjawab soalan Mahkamah

[96] Mahkamah ini selepas disoal semula oleh Puan TPR, Mahkamah
telah bertanyakan beberapa soalan kepada SP70 bagi tujuan
menjelaskan lagi jawapan yang berlainan dengan keterangan
kepada pihak polis semasa tahanan dengan keterangan di
Mahkamah.

[97] SP70 mengakui bahawa pihak polis tidak memaksa beliau untuk
mengaku melihat T1 dan T2 membakar sekolah tahfiz. SP70
hanya menyatakan bahawa pihak polis memaksanya memberi
keterangan di bawah s. 112 KAJ seperti mana di para (a), (b)
dan (c) sahaja, tidak lebih daripada itu, walhal polis telah sedia
menulis keterangan s.112 SP70 itu dan meminta SP70
menandatanganinya. Oleh itu, tiada sebab untuk SP70 dipaksa.
Jika benar pihak polis hendak memaksa SP70 memberikan
keterangan yang direka-reka, boleh sahaja Polis menyatakan
bahawa SP70 melihat T1 dan T2 membakar sekolah tahfiz
tersebut pada pagi kejadian bukan setakat melihat mereka
melompat pagar dengan membawa botol mineral berisi air.

Soalan Mahkamah: Dah polis reka cerita awak ini, dia [polis]
reka setakat ini sahaja lah? Takde dia reka sampai dia pukul
awak suruh awak mengaku nampak orang bakar tahfiz itu tiada?

Jawapan SP70: Itu tiada.

50
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Soalan Mahkamah; Setakat keterangan ini kata awak lihat T1 di


luar pagar kemudian lompat pagar, bawa bekas air kemudian
lompat keluar pagar dan lari daripada situ setakat itulah saja
rekaannya?

Jawapan SP70; Itulah rekaannya.

Soalan Mahkamah; Ada polis paksa suruh mengaku yang awak


nampak mereka ini siram petrol?

Jawapan SP70: Yang siram itu semua tiada.

[98] Seterusnya Mahkamah ini meneliti keterangan SP70 secara


keseluruhan, bahawa SP70 bersama T1, T2 serta 1 orang lagi di
beberapa tempat kejadian sebelum, semasa dan selepas kejadian
kebakaran. Kedudukan SP70 pada setiap masa yang terlibat
adalah sentiasa ada bersama-sama T1. Daripada rumah beliau,
pergi ke pondok di atas bukit, menghisap ganja, turun ke warong
CMM, pergi ke Snooker, balik ke rumah semula dan pergi
semula ke Taman Balak, berada di belakang tahfiz dan keluar
dari situ menaiki motor dan balik semula ke rumah, SP70 tidak
pernah berpisah dengan T1 dan 2 orang lagi, ada bersama-sama
di belakang tahfiz pada masa yang material. SP70 juga ada
bersama-sama dengan T1 di meja di warong CMM semasa T1
berkata kepada SP70 “Man, bila nak bakar tahfiz” dan seseorang
menambah “belilah petrol”. Jika dipadankan keterangan SP68
dan SP69 melihat T1 memanjat masuk ke pagar tahfiz, dengan
keterangan SP70 bahawa dia bersama-sama T1 ada melalui
belakang tahfiz, maka dapatan Mahkamah ini adalah SP70
bersama-sama T1 semasa T1 memanjat masuk pagar tahfiz. Ini
dilihat oleh SP68 dan SP69 bahawa ada 2 orang lagi berdiri
semasa T1 dilihat memanjat pagar. Semua keadaan ini
menjadikan SP70 adalah rakan sejenayah T1.

51
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[99] Mahkamah ini mengambil panduan keputusan Mahkamah


Persekutuan PP v. Lim Kiang Chai, Mahkamah Persekutuan
[2016] 4 CLJ 173 yang memutuskan SP26 yang hanya
mengekori si mati sebelum pembunuhan berlaku adalah sebagai
‘accomplice’:

“[67] PW26 admitted in evidence that he had trailed the


deceased about a month before the deceased was murdered.
He admitted that he was arrested together with PW23,
while trailing the deceased in the Proton Wira car and
pleaded guilty to a charge under s. 118 of the Penal Code.
He admitted that on 18 February 2005 he trailed the
deceased’s car to the restaurant and saw the pillion rider
open fire at the car when it was rever sing out of the
parking lot. He saw the pillion rider flee on a motorcycle
ridden by another person. He said he knew the pillion rider
and the rider of the motorcycle.

[68] However PW26 later contradicted himself when he


said that he did not know the respondent. ‘Ah Chai’ that he
referred to was a different person and not the respondent.
He only knew the respondent after he was detained in the
lock-up and not before the deceased was shot. The learned
trial judge, after an exhaustive evaluation of the evidence
before him, made a firm finding of fact that Ah Chai
mentioned by PW26 was in fact the respondent.

[69] PW26, in cross-examination said that he could not


see the face of the pillion rider and the rider of the
motorcycle as they were wearing crash helmets with the
visors. But when he was asked how he knew that the
pillion rider was Ah Bee and that the rider of the
motorcycle was the respondent, PW26 said:

52
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Because I did ask them after the incident.

[70] The reply was not wholly unexpected as he had been


trailing the deceased’s car on the day of the shooting and
caught a glimpse at the deceased in his car after the
shooting, before leaving the scene. He must have known in
advance what would be forthcoming. He was also the
person who brought ASP Wong Chee Keong (PW21) to the
place where the burnt motorcycle, allegedly ridden by the
respondent was found. He would not have known the
whereabouts of the motorcycle if there was no
communication between him and the pillion rider or the
rider of the motorcycle.

[100] Di dalam kes RK Dalmia v. Delhi Administration AIR [1962] SC


1821, dijelaskan akan siapa itu rakan sejenayah dengan merujuk
kes Davies v. Director of Public Prosecutions sebagai berikut:-

“An accomplice is a person who – participates in the


commission of the actual crime charged against the accused. He
is to be a particeps criminis. There are two cases, however, in
which a person has been held to be an accomplice even if he is
not a particeps criminis. Receivers of stolen property are taken
to be accomplices of the thieves from whom they receive goods,
on trial of theft. Accomplices in previous similar offences
committed by the accused on trial are deemed to be accomplices
in the offence for which the accused is on trial, when evidence
of the accused having committed crimes of identical type on the
occasions be admissible to prove the system and intent of the
accused in committing the offence charged.”

[101] Atas sifat SP70 yang ada bersama-sama T1 sebelum kejadian


dan T1 bercakap dengannya berkenaan bila nak bakar tahfiz [Ini
yang disebut oleh SP68 bahawa SP70 [Aiman] ini adalah yang

53
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

disebut sebagai “Man” semasa T1 berkata “Man, bila nak bakar


tahfiz”] , SP70 ada bersama-sama T1 semasa T1 dilihat
memanjat pagar tahfiz, SP70 keluar daripada kawasan belakang
tahfiz dan naik motor bersama-sama T1 dan balik ke rumah
SP70 dan selepas itu semua orang beredar dari rumah SP70
termasuk T1, SP70 adalah ‘accomplice’.

[102] Berikutan SP70 adalah sahabat sejenayah, maka secara terus s.


114(b) adalah terpakai, bahawa SP70 adalah tidak kredible. Jika
ada keterangan sokongan barulah keterangan SP70 boleh
disandarkan.

Section 114. Court may presume existence of certain fact.

The court may presume the existence of any fact which it thinks
likely to have happened, regard being had to the common course
of natural events, human conduct, and public and private
business, in their relation to the facts of the particular case.

ILLUSTRATIONS

The court may presume—

(a) …;

(b) that an accomplice is unworthy of credit unless he is


corroborated in material particulars;

[103] Justeru, keterangan SP70 menyatakan bahawa dia, T1, Imran dan
Jupem semasa balik ke tempat parkir setelah menghisap bom,
hanya berlalu sahaja di belakang tahfiz dan T1 dan Jupem tidak
ada memanjat pagar tahfiz tanpa sokongan adalah tidak boleh
disandarkan apa-apa dapatan. Ia keterangan bersendirian.
Keterangan itu juga mengikut s. 114(b) adalah tidak kredibel. Ia
bercanggah dengan keterangan SP68 dan SP69 yang nampak T1

54
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

dan seorang lagi memanjat masuk pagar tahfiz. Jawapan SP70


bahawa dia dipaksa memberi keterangan semasa siasatan polis
bahawa melihat T1 dan Jupem memanjat pagar masuk ke tahfiz
ini bukanlah tidak dapat dijangka.

[104] Oleh yang demikian, mahkamah ini tidaklah boleh mengambil


keterangan SP70 atas perkara ini bagi satu dapatan bahawa
keterangan pendakwaan adalah bercanggah sesama sendiri
tentang fakta T1 memanjat pagar tahfiz ini.

T1 membawa polis kerumahnya menunjukkan pemetik api yang


digunakan untuk membakar sekolah tahfiz.

[105] SP66 adalah Pegawai Polis berpangkat Penolong Penguasa Polis


[ASP] yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah di IPD Wangsa
Maju semasa kejadian. Pada 16.09.2017 jam 2.15 pagi SP66
telah ditunjuk arah oleh T1 ke rumahnya dan ditunjukkan satu
Pemetik Api jenama ‘Cricket’ [P291] yang mana T1 mengakui
digunakan untuk membakar sekolah tahfiz.

[106] Sebelum membawa T1 ke rumahnya, SP66 telah mendapat


arahan KBSJD IPD Wangsa Maju untuk membuat soal siasat ke
atas T1. Menurut SP66 semasa soal siasat terdapat petunjuk
dibawah peruntukkan seksyen 27 Akta Keterangan 1950 oleh T1
bahawa beliau boleh tunjukkan di mana beliau menyimpan
pemetik api yang digunakan untuk membakar sekolah tahfiz.

[107] SP66 ada membuat laporan polis seperti mana Pantai Report
11305/17 [P290]. SP66 telah membawa T1 ke rumahnya di
alamat No. 39, Lorong Keramat bersama pasukan polis dan telah
dibawa oleh T1 ke bilik beliau dan ditunjukkan satu pemetik api
berwarna oren jenama ‘Criket’ [P291] terletak di atas katil di
bilik tersebut. Pada awalnya maklumat diberitahu oleh T1 ialah

55
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

pemetik api berada di atas meja tetapi semasa di rumahnya,


ditunjukkan oleh T1 di atas katil setelah tiada di atas meja. SP66
ada membuat satu lagi Report Polis Jalan Tun Razak 6721/17
[P293]. SP66 ada menyediakan Senarai Pemeriksaan [P292] ke
atas rampasan pemetik api [P291].

[108] Peguambela membantah perkataan yang diakui dalam kenyataan


kepada SP66 ayat yang berbunyi “yang diakui digunakan semasa
kejadian.”

Pemeriksaan balas SP66 oleh peguambela

[109] SP66 tidak bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa T1


memberitahu SP66 bahawa pemetik api tersebut digunakan
untuk menghisap rokok. SP66 juga tidak bersetuju dengan
cadangan peguambela bahawa T1 secara am sahaja tunjuk
pemetik api digunakan menurut laporan polis P290.

[110] SP66 tidak bersetuju cadangan bahawa meja dan katil di dalam
bilik T1 adalah tidak terlindung dan dengan mudah dijumpai.
SP66 juga tidak bersetuju bahawa di dalam kenyataan T1, T1
menyatakan pemetik api warna merah tetapi yang dijumpai
adalah warna oren dan dinyatakan di atas meja tetapi ditemui di
atas katil.

Pemeriksaan Semula ke atas SP66 oleh Puan TPR.

[111] Menurut SP66, T1 merujuk kepada pemetik api kejadian


kebakaran di sekolah tahfiz bukan secara am. Menurut SP66,
amaran yang diberikan di bawah s.112 KAJ kepada T1 boleh
difahami olehnya.

56
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[112] Yang paling penting ialah T1 sendiri yang menunjukkan pemetik


api [P291] kepada SP66 walaupun terdapat pemetik api yang
lain di bilik tersebut. Oleh itu, menurut SP66 tanpa pandu arah
oleh T1 kepada SP66 tidak mungkin SP66 dapat tahu ianya
berada di bilik T1 dan yang mana satu digunakan oleh T1.

[113] Berdasarkan keterangan SP66 di dalam Mahkamah ini, T1 telah


membawa SPP66 ke sebuah bilik di rumahnya dan telah
menunjukkan satu pemetik api warna oren jenama Cricket yang
berada di atas katil dan ditandakan sebagai P291. Pemetik api
tersebut telah dijumpai hasil daripada tunjuk arah oleh T1
sendiri, maka ianya juga merupakan keterangan yang boleh
dibuktikan untuk diterima masuk di bawah seksyen 27 Akta
Keterangan.

[114] Selain itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa ianya merupakan


suatu keterangan material memandangkan ianya dapat
mengaitkan keterangan ke atas T1 dengan kebakaran sekolah
tersebut dan telah menyebabkan kematian 23 orang
penghuninya. Laporan polis berkenaan penemuan pemetik api
[P291] iaitu hasil maklumat yang diberikan oleh T1 adalah satu
keterangan material yang contemporaneous dan mempunyai nilai
probatif yang tinggi.

[115] Seksyen 27 Akta Keterangan memperuntukkan seperti berikut:

“(1) When any fact is deposed to as discovered in


consequence of information received from a person
accused of any offence in the custody of a police officer, so
much of that information, whether the information amounts
to a confession or not, as relates distinctly to the fact
thereby discovered may be proved.”

57
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[116] Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah


berjaya memenuhi kesemua keperluan seksyen 27 Akta
Keterangan bagi membolehkan maklumat yang diberi oleh T1
kepada SP66 itu diterima masuk sebagai keterangan
sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Mustapha bin
Awang Besar v. Pendakwa Raya [2015] 1 LNS 52; [2015] 3 MLJ
347.

[117] Berdasarkan kepada kes Mustapha bin Awang Besar [supra],


Mahkamah Rayuan menyenaraikan 4 keperluan yang perlu
dibuktikan oleh pihak pendakwaan sebelum sesuatu keterangan
boleh diterima pakai di bawah seksyen 27 Akta Keterangan
iaitu:

“(i) Perayu berada dalam tahanan polis;

(ii) Perayu menunjukkan tempat di mana dadah tersebut


disorokkan di dalam kereta itu;

(iii) dadah yang ditemui mempunyai sifat-sifat disembunyikan


atau disorokkan; dan

(iv) SP7 dan pasukannya tidak sedia mengetahui mengenai


tempat dadah itu disorokkan tanpa maklumat daripada
Perayu;”

[118] Keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Pathmanabhan


a/l Nalliannen v. Public Prosecutor and other appeals [2017] 3
MLJ 141 menjelaskan lagi akan penemuan pemetik api oleh
SP66 dengan maklumat dan pandu arah oleh T1 ke biliknya dan
beberapa pemetik api yang lain ditujukan oleh T1 akan pemetik
api digunakan untuk membakar sekolah tahfiz pada malam
kejadian tiada sebab untuk tidak mempercayai SP66.

[119] Diputuskan di dalam kes Pathmanabhan [supra] seperti berikut:

58
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

“[120] As we are satisfied that the second and fourth accused


persons had given information separately to SP32 and had led
the police to the areas near the farm where items connected to
the murder were discovered subsequently, we find that the
statement which led to the discovery was accurate. Accordingly,
contrary to the finding of the Court of Appeal, we are inclined
to agree with the learned trial judge that the s. 27 evidence is
admissible.

[121] We are equally satisfied that, if not for the information


supplied by the two accused persons, the police would not have
successfully completed the investigation (Francis Antonysamy v.
Public Prosecutor [2005] 3 MLJ 389; Public Prosecutor v.
Hashim bin Hanafi [2002] 4 MLJ 176).

[122] There was also no plausible reason why the police would
have play-acted the discovery of the items.”

Isu Kelakuan [conduct] T1 di bawah seksyen 8 Akta Keterangan.

[120] Keterangan SP66 berkenaan dengan tunjuk arah oleh T1 kepada


penemuan dan rampasan satu pemetik api di atas katil di dalam
bilik di rumahnya juga adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta
Keterangan. Keterangan tersebut membuktikan bahawa T1
mempunyai pengetahuan terhadap pemetik api yang
digunakannya semasa membakar sekolah tahfiz tersebut.
Sehubungan dengan itu, di dalam kes A.N. Venkatesh and
another v. State of Karnataka [2005] 7 SCC 714, Mahkamah
Agung India memutuskan seperti berikut -

“By virtue of Section 8 of the Evidence Act, the conduct of the


accused person is relevant, if such conduct influences or is
influenced by any fact in issue or relevant fact. The evidence of

59
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

the circumstance, simpliciter that the accused pointed out to the


police officer, the place where the dead body of the kidnapped
boy was found and on their pointing out the body was exhumed,
would be admissible as conduct under Section 8 irrespective of
the fact whether the statement made by the accused
contemporaneously with or antecedent to such conduct falls
within the purview of Section 27 or not as held by this Court in
Prakash Chand v. State (Delhi Admn.) [1979] AIR 400. Even if
we should (sic) that the disclosure statement made by the
accused appellants (Exts. P-15 and P-16) is not admissible
under Section 27 of the Evidence Act, still it is relevant under
Section 8. The evidence of the Investigating Officer and PWs. 1,
2, 7 and PW4 the spot mahazar witness that the accused had
taken them to the spot and pointed out the place where the dead
body was buried, is an admissible piece of evidence under
Section 8 as the conduct of the accused. Presence of A - 1 and A
- 2 at a place where ransom demand was to be fulfilled and their
action of fleeing on spotting the police party is a relevant
circumstance and are admissible under Section 8 of the
Evidence Act.” (Underscore is mine).

[121] Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah


Persekutuan di dalam kes Pathmanaban [supra] perihal kelakuan
menunjukan barang kes yang digunakan di dalam jenayah atau
penemuan sisa tulang mayat dijelaskan seperti berikut:

“At any rate it is apposite to clarify here that even if


information pursuant to s. 27 of the EA is found inadmissible,
that piece of inadmissible evidence does not automatically affect
the admissibility of the evidence of subsequent conduct under s.
8 of the EA (Amathevelli a/p P Ramasamy v. Public Prosecutor
[2009] 2 MLJ 367; [2009] 3 CLJ 109; Prakash Chand v. State
(Delhi Administration)).

60
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

That conduct of pointing to the places where the i tems were


discovered by the second and fourth accused persons, which was
subsequent to an offence, falls squarely within the ambit of ‘the
conduct of any person an offence against whom is the subject of
any proceeding’.

As held by the Court of Appeal, we hold that the conduct of


pointing to the places where the items were found is relevant
and admissible (Prakash Chand v. State (Delhi Administration)
1979 AIR 400). Chinnappa Reddy J said at p 404:

The evidence of the circumstances, simpliciter, that an accu sed


person led a Police Officer and pointed out the place where
stolen articles or weapons which might have been used in the
commission of the offence were found hidden, would be
admissible as conduct, under section 8 of the Evidence Act,
irrespective of whether any statement by the accused
contemporaneously with or antecedent to such conduct falls
within the purview of section 27 of the Evidence Act …

The conduct of the second and fourth accused persons is


consistent with them knowing of the places where t he items
connected to the crime of murder were disposed of. This view is
consistent with the view held by the learned trial judge where he
said:

The only inference that I could make on the conduct of the


second and fourth accused in providing the informati on in
this case was that they were in possession of the items
found and had tried to destroy and conceal these items by
scattering and leaving them at various places.

We are also satisfied that the act of pointing by the second and
fourth accused persons at the spots where items connected to

61
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

the murder were found is admissible as conduct, as provided


for under s. 8 of the EA.” [penekanan oleh saya]

[122] Dari perenggan di atas ternyata bersamaan dengan perbuatan T1


memilih salah satu pemetik api berwarna oren adalah menepati
peruntukan seksyen 8 Akta Keterangan yang berbunyi seperti
berikut:

“Motive, preparation and previous or subsequent conduct 8. (1)

(2)The conduct of any party, or of any agent to any party, to any


suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in
reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the
conduct of any person an offence against whom is the subject of
any proceeding, is relevant if the conduct influences or is
influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it
was previous or subsequent thereto.

Explanation 1- The word “conduct” in this section does not


include statements unless those statements accompany and
explain acts other than statements; but this explanation is not to
affect the relevancy of statements under any other section of this
Act.

Explanation 2- When the conduct of any person is relevant any


statement made to him or in his presence and hearing which
affects his conduct is relevant.”

[123] Manakala seksyen 9 Akta Keterangan pula menyatakan bahawa:

“Facts necessary to explain or introduce relevant fact necessary


to explain or introduce a fact in issue or relevant fact, or which
support or rebut an inference suggested by a fact in issue or
relevant fact, or which establish the identity of anything or
person whose identity is relevant, or fix the time or place at

62
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

which any fact in issue or relevant fact happened or which show


the relation of parties by whom any such fact was transacted,
are relevant so far as they are necessary for that purpose.

[124] Peruntukan seksyen 9 Akta Keterangan di atas ini memerlukan


pihak T1 menjelaskan bagaimana beliau boleh mengemukakan
maklumat dan pengetahuan tentang fakta kegunaan pemetik api
dan beliau boleh mengetahui di mana pemetik api tersebut
berada dan telah dibawa SP66 ke situ.

[125] Walaupun keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh


pendakwaan adalah berbentuk mengikut keadaan namun ianya
merupakan suatu keterangan ikut keadaan yang kuat dan
mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap T1. Di
dalam kes PP v. Letchumanan Krishnan [2007] 1 LNS 490;
[2008] 3 MLJ 290 Mahkamah membuat pengamatan berikut:

“It is axiomatic under our case-law, and we cite the principle


repeatedly, that circumstantial evidence alone may be sufficient
to support a conviction for murder since the law makes no
distinction between circumstantial evidence and direct evidence
and, if circumstantial evidence is used to provide for a
conviction; it must be inconsistent with any other hypothesis
than that of guilt of the accused.”

[126] Di dalam kes Public Prosecutor v. Azilah Hadri & Anor [2015]
1 CLJ 579 dinyatakan sebagai :

“[116] The prosecution’s case rests substantially or entirely on


circumstantial evidence. It is trite that direct evidence of the
commission of the offence is not the only source from which a
trial court can draw its conclusion prior to a finding of guilt.
Conviction can be secured based on circumstantial evidence
provided that:

63
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

(a)the circumstances from which the conclusion of guilt is to be


drawn has been established;

(b)the facts so established is consistent with the hypothesis of


the guilt; and

(c)circumstances should be of a conclusive nature in that the


chain of evidence is complete so as to exclude any conclusion
consistent with the accused person’s innocence.

Keterangan “Last seen together” menyokong lagi kes pendakwaan

[127] Dengan keterangan daripada SP68 dan SP69 bahawa T1 dan


seorang yang tidak dicamkan telah memanjat pagar belakang
tahfiz masuk ke dalam tahfiz, dan SP70 bahawa beliau bersama-
sama T1 dan 2 lagi ada di belakang tahfiz pada masa yang sama,
telah menjemput Mahkamah ini untuk menilai keterangan ini
dalam perspektif ‘last seen together’. Konsep ‘last seen
together’ adalah satu bentuk penilaian yang melibatkan
keterangan sejurus sebelum jenayah berlaku, tertuduh adalah
berada bersama mangsa (tahfiz) dan terdapat keterangan yang
kuat yang memberi indikasi bahawa tertuduh adalah
bertanggungjawab ke atas kejadian kebakaran yang berlaku itu.
Dalam keadaan kes ini, T1 dan seorang lagi adalah yang
bersama tahfiz iaitu memanjat masuk ke tahfiz sejurus sebelum
kejadian kebakaran yang membawa maut 23 penghuni tahfiz.

[128] “Last seen together” ini walau bagaimanapun bukanlah bukti


muktamad kebersalahan tertuduh, namun masih memerlukan
keterangan yang lain yang mengiringi keadaan ‘last seen
together’ ini, yang membawa inferen kuat ke atas T1 yang
melakukan kesalahan. Mahkamah ini merujuk kepada kes Ashok

64
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

v. State of Maharashta [2015] 4 Supreme Court 393,


memutuskan seperti berikut:

“From the study of above stated judgments and many others


delivered by this Court over a period of years, the rule can be
summarized as that the initial burden of proof is on the
prosecution to bring sufficient evidence pointing towards guilt
of accused. However, in case of last seen together, the
prosecution is exempted to prove exact happening of the
incident as the accused himself would have special knowledge of
the incident and thus, would have burden of proof as per Section
106 of Indian Evidence Act. Therefore, last seen together itself
is not a conclusive proof but along with other circumstances
surrounding the incident, like relations between the accused and
the deceased, enmity between them, previous history of hostility,
recovery of weapon from the accused etc., non -explanation of
death of the deceased, may lead to a presumption of guilt.
[penekanan ditambah].

[129] Keterangan -keterangan lain seperti yang dibincangkan


terdahulu bahawa T1 ada menyebut ‘Man, bila nak bakar tahfiz’
dan ada ditambah seseorang ‘beli lah petrol’ , digabung dengan
keterangan T1 menunjukkan lighter adalah menjadi keadaan-
keadaan yang mengikat kuat dengan keterangan T1 dilihat
memanjat pagar belakang tahfiz sejurus sebelum kebakaran dan
menjadi satu simpulan bahawa T1 dan seorang yang tidak
dicamkan itu telah terlibat dalam mencetus kebakaran itu.

[130] Mahkamah ini tidak sama sekali mengabaikan peringatan yang


diberikan di dalam kes Rajamorgan Marimuthu v. PP [2014] 6
CLJ 850, bahawa perlu ada kaitan antara keterangan-keterangan
lain dengan prinsip “ last seen together “ , yang membawa

65
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

kepada inferen yang kuat T1 yang melakukan kesalahan ini,


seperti diputuskan seperti berikut berikut:

“With respect, we disagree with the submission. The fact that


the appellant was last seen with the deceased may have created
suspicions of his guilt, but not enough to prove the case against
him beyond reasonable doubt. It is trite that last seen evidence
does not by itself necessarily leads to an irresistible inference
that the appellant committed the crime unless the same is duly
supported by other links in the chain of circumstances evidence
unerringly pointing out the guilt of the appellant. It should al so
be noted that the last seen evidence is only relevant evidence to
complete the chain of circumstantial evidence; however, the
conviction cannot be solely based on this piece of evidence.
Dealing with the principle of last seen evidence, the Supreme
Court of India in Rishi Pal v. State of Uttarakhand [2013] (2)
ACR 147, had this to say:

In Mohibur Rahman and Anr. v. State of Assam [2002] 6


SCC 715, this Court held that the circumstance of last seen
does not by itself necessarily lead to the inference that it
was the accused who committed the crime. It depends upon
the facts of each case. There may however be cases where,
on account of close proximity of place and time between
the event of the accused having been last seen with the
deceased and the factum of death, a rational mind may be
persuaded to reach an irresistible conclusion that either
the accused should explain how and in what circumstances
the victim suffered the death or should own the liability for
the homicide. Similarly, in Arjun Marik and Ors . v. State
of Bihar [1994] Supp (2) SCC 372, this Court reiterated
that the solitary circumstance of the accused and victim
being last seen will not complete the chain of

66
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

circumstances for the Court to record a finding that it is


consistent only with the hypothesis of the guilt of the
accused. No conviction on that basis alone can, therefore,
be founded. So also in Godabarish Mishra v. Kuntala
Mishra and Another [1996] 11 SCC 264, this Court
declared that the theory of last seen together is not of
universal application and may not always be sufficient to
sustain a conviction unless supported by other links in the
chain of circumstances. In Bharat v. State of M.P [2003] 3
SCC 106; two circumstances on the basis whereof the
Appellant had been convicted were (i ) the Appellant
having been last seen with the deceased and (ii) Recovery
of ornaments made at his instance. This Court held:...
Mere non-explanation cannot lead to the proof of guilt
against the Appellant. The prosecution has to prove its
case against the Appellant beyond reasonable doubt. The
chain of circumstances, in our opinion, is not complete so
as to sustain the conviction of the Appellant... (penekanan
ditambah)

[131] Terdapat kaitan yang kukuh antara perbualan T1 “Man, bila nak
bakar tahfiz’ dan ‘belilah petrol’ dengan memanjat pagar tahfiz
setelah perbualan ini diucapkan. Mahkamah dapati juga
perbualan ini adalah pada malam yang sama dengan perbuatan
melompat pagar tahfiz dari luar ke dalam oleh T1. Tiada di
mana-mana di dalam keterangan yang boleh membawa
keterangan T1 melompat pagar tahfiz dapat dikaitkan atau dibuat
inferen kepada perkara lain.

[132] Berdasarkan kepada keterangan mengikut keadaan yang


dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini berpuas
hati bahawa elemen ketiga telah dipenuhi yang mana T1 yang
telah menyebabkan kecederaan dan kematian si mati-si mati.

67
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

s. 300(d) Kanun Keseksaan untuk Elemen Keempat

[133] Elemen keempat adalah Perbuatan T1 semasa menyebabkan


kecederaan terhadap simati-simati sehingga mengakibatkan
kematian si mati-si mati dilakukan dengan niat hendak
menyebabkan kematian si mati-si mati.

[134] Berhubung dengan elemen keempat iaitu niat, di sisi undang-


undang kesalahan homisid salah berlaku apabila seseorang itu
melakukan suatu perbuatan jenayah dengan niat hendak
menyebabkan kematian orang lain. Di bawah seksyen 300 Kanun
Keseksaan, (tertakluk kepada 5 kekecualian tertentu) homisid
salah ini menjadi kesalahan membunuh jika perbuatan yang
menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat jahat.

[135] Oleh itu, Mahkamah ini merujuk seksyen 300 Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan seperti berikut:

“Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is


murder-

(a) if the act by which the death is caused is done with the
intention of causing death;

(b) if it is done with the intention of causing such bodily injury


as the offender knows to be likely to cause the death of the
person to whom the harm is caused;

(c) if it is done with the intention of causing bodily injury to any


person, and the bodily injury intended to be inflicted is
sufficient in the ordinary course of nature to cause death; or

(d) if the person committing the act knows that it is so


imminently dangerous that it must in all probability cause
death, or such bodily injury as is likely to cause death, and

68
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

commits such act without any excuse for incurring the risk of
causing death, or such injury as aforesaid . [penekanan oleh
saya]

[136] Di dalam kes ini Mahkamah menjuruskan kepada peruntukkan s.


300(d) yang mana menggunakan petrol dan dua balang gas
adalah secara sudah pasti menyebabkan bahaya kebakaran yang
cepat, besar, dan lama. Menghalakan balang gas LPG ke pintu
masuk dorm di tingkat 3 sudah tentu mempunyai pengetahuan
mangsa-mangsa yang ramai akan terkurung dan terperangkap
peluang yang tipis untuk menyelamatkan diri, ini yang
dimaksudkan dengan “it is so imminently dangerous that it
must in all probability cause death” adalah tepat pemakaian
sub (d) itu.

[137] Meneliti laporan bedah siasat keatas 23 jasad mangsa ternyata


keadaan jasad hampir kesemua tidak dapat dicam hangus rentung
terbakar dan ada mayat-mayat yang terputus dua akibat
kebakaran rentung yang serius [lihat synopsis bedah siasat di
perenggan 143 di bawah ] adalah jelas niat adalah untuk
menyebabkan kematian .

Peruntukkan s. 299 dan 300 KK.

[138] Satu keputusan Mahkamah Persekutuan di kes Tham Kai Yau &
Ors v. Public Prosecutor [1976] 1 LNS 159 menjelaskan akan
perbezaan s.300 dan s.299 KK. Di mana Raja Azlan Shah [as
HRH then was] pada muka surat 176 menyatakan;-

“Section 299, Penal Code enacts that a person commits culpable


homicide, if the act by which the death is caused is done: (a)
with the intention to cause death; (b) with the intention of

69
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

causing such bodily injury as is likely to cause death; (c) with


the knowledge that … the act is likely to cause death.

Section 300, Penal Code defines murder as follows. Except in


the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder, if
the act by which the death is caused is done: (1) with the
intention of causing death; (2) with the intention of causing such
bodily injury as the offender knows to be likely to cause the
death of the person to whom the harm is caused; (3) with the
intention of causing such bodily injury to any person, and … is
sufficient in the ordinary course of nature to cause death; (4)
with the knowledge that the act is so imminently dangerous that
it must in all probability cause death, or such bodily injury as is
likely to cause death.”

“The words I have italicised show the marked differences


between the two offences. Where there is an intention to kill, as
in (a) and (1). The offence is always murder. Where there is no
intention to cause death or bodily injury, then (c) and (4) apply.
Whether the offence is culpable homicide or murder depends on
the degree of risk to human life. If death is a likely result, it is
culpable homicide; if it is the most probable result, it is murder.
Illustration (d) of section 300, Penal Code is a case of this
description. Where the offender knows that the particular person
injured is likely either from peculiarity of constitution,
immature age, or other special circumstances, to be killed by an
injury which would not ordinarily cause death, it is murder.
Illustration (b) of section 300, Penal Code is a good example.
The essence of (b) and (3) is this. It is culpable homicide if the
bodily injury intended to be inflicted is likely to cause death; it
is murder, if such injury is sufficient in the ordinary course of
nature to cause death. Illustration (c) given in section 300, Penal
Code is an example. It is on a comparison of these two limbs of

70
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

section 299 and section 300 that the decision of doubtful cases
as the present must generally depend. The distinction is fine, but
noticeable. In the last analysis, it is a question of degree of
probability.”

“A comparison that frequently arises in the application of


sections 299 and 300 is the tenuous contention that section 299
is not a substantive offence and therefore an offence is either
murder or culpable homicide according to whether or not one of
the exception to section 300 apply, and if by reason of the
absence of the necessary degree of mens rea an offence does not
fall within section 300, it cannot be one of culpable homicide
not amounting to murder punishable under section 304, Penal
Code, but would amount to causing grievous hurt. In our view,
the correct approach to the application of the two sections is
this. Section 299 clearly defines the offence of culpable
homicide. Culpable homicide may not amount to murder (a)
where the evidence is sufficient to constitute murder, but one or
more of the exceptions to section 300, Penal Code apply, and (b)
where the necessary degree of mens rea specified in section 299
is present, but not the special degree of mens rea referred to in
section 300 Penal Code. We would like in this connection to
express the need to bear in mind that all cases falling within
section 300, Penal Code must necessarily fall within section
299, but all cases falling within section 299 do not necessarily
fall within section 300. The first part of section 304, Penal Code
covers cases which by reason of the exceptions are taken out of
the purview of section 300, clauses (1), (2) and (3) but
otherwise would fall within it and also cases which fall within
the second part of section 299, but not within section 300,
clauses (2) and (3). The second part of section 304, Penal Code

71
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

covers cases falling within the third part of section 299 not
falling within section 300, clause (4).”

[139] Keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Yeap Boon Hai v.


Public Prosecutor [2009] 5 MLJ 406 telah memutuskan
perbuatan membakar rumah kedai oleh tertuduh dengan
menggunakan petrol adalah jelas membawa risiko bahaya yang
besar kepada penghuni di dalamnya dan bukan lagi kemungkinan
tetapi semestinya kematian akibatnya adalah terjumlah kepada
kesalahan membunuh yang mana Mahkamah Rayuan
memutuskan seperti berikut di perenggan 43:

“[43] Applying the above distinctions between ss 299 and 300 to


the finding of facts in the court below, we are of the view that
the setting of fire by the accused to the shophouse by means of
petrol clearly brought about an enormous degree of risk to the
lives of the occupants therein. The death caused thereby is not
just a likely result. It is certainly the most probable result. It is
therefore murder.”

[140] Mengikut apa yang diputuskan di dalam kes Yeap Boon Hai
[supra], adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa yang
menyebabkan kematian 23 orang itu adalah terjumlah di bawah
seksyen 300(d) KK. Dari fakta dan keadaan kes, inferen yang
paling munasabah ialah T1 sememangnya mempunyai niat untuk
menyebabkan kematian kepada penghuni di dalam dorm asrama
sekolah tahfiz tersebut. Niat T1 untuk menggunakan dua balang
gas dan petrol sebagai ‘fire accelerant’ siram di pintu luar dorm
hingga ke tangga dan dicucuh dengan lighter. Botol dilihat
melalui CCTV T1 memegangnya dan lighter T1 yang tunjukan di
biliknya.

[141] Berdasarkan keterangan, sebab kematian telah disahkan sebagai


“smoke/soot inhalation dan severe burn”. Kaedah pembakaran

72
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

yang dijelaskan oleh SP27 dan P125 menunjukkan 2 tong gas


disusun dengan cara yang akan memastikan hasil kebakaran
yang maksimum. Tong gas juga diatur supaya menghalang
laluan pintu bilik di mana mangsa sedang tidur berada.
Perbuatan dan kaedah pembakaran ini menunjukkan niat T1 dan
seorang lagi yang tidak dikenali untuk menyebabkan kematian
atau kecederaan yang boleh menyebabkan kematian.
Berdasarkan kepada keterangan tersebut, sememangnya
melimpah ruah keterangan T1 berniat untuk menyebabkan
kematian si mati si mati di dalam konteks seksyen 300(d) Kanun
Keseksaan.

[142] Justeru itu pihak pendakwaan telah membuktikan elemen


keempat pertuduhan ke atas T1.

Identiti simati, keadaan jasad simati dan sebab kematian simati.

[143] Pertuduhan Pertama sehingga Pertuduhan Dua Puluh Tiga [23]


iaitu P1A hingga P23A dan Izin Menuduh [P1 hingga P23]
melibatkan pertuduhan membunuh 23 mayat simati dibawah
seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34
Kanun yang sama. Dua puluh tiga mayat atau jasad simati
dicamkan melalui analisis DNA oleh pakar dan specimen bukti
pengambilan darah ibu atau bapa atau adik-beradik kepada
simati. Laporan dan keterangan pakar perubatan forensik yang
membedah siasat mayat. Identiti simati, keadaan jasad simati
dan sebab kematian simati adalah seperti berikut menurut
pertuduhan-pertuduhan 1 hingga 23:

PERTUDUHAN 1- Muhammad Aidil Aqmal Bin Mohd


Zamzuri (No KP:070502-10-1869). Keterangan Laporan DNA
oleh Pakar DNA SP[2]. Ibu simati SP51 [Siti Salfarina] bukti
pengambilan DNA darah dan Laporan Post Mortem

73
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

No.P515/17[P245[1]] keterangan SP60 Dr Kunasilan a/l


Subramaniam – keadaan jasad “ severely charred human body of
a male. The body was in semi flexed position of the upper limbs
with heat induced fractures and loss of both upper and upper
limb at the level of proximal radius and ulna. ” keputusan
sebab kematian “severe burn with smoke inhalation injury -Fire
related death.

PERTUDUHAN 2 - Mohd Yusuf Bin Md [warden] (No


KP:910419-08-5211). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar
DNA SP[2]. Ibu simati SP44 [Norliza binti Md] bukti
pengambilan DNA darah dan Laporan Post Mortem No.
P516/17[P242[1]] keterangan SP57 –Dr Nurliza Bte Abdullah
keadaan jasad ‘terbakar rentung serta menunjukkan tanda-
tanda penghiduan asap kebakaran ketara di dalam saluran
penafasan - keputusan sebab kematian “akibat penghiduan
asap daripada kebakaran [smoke inhalation -fire related
death”.

PERTUDUHAN 3 - Muhammad Hasrullah bin Ismail (No


KP:031007-14-0033) Keterangan Laporan DNA oleh Pakar DNA
SP[2] Ibu simati SP42[Lela binti Mohamad Noh] bukti
pengambilan DNA darah dan Laporan Post Mortem No. P517/17
keterangan SP59 Dr Siew Sheue Feng [P244[1]] keadaan jasad
simati ‘body build charred body severely charred human
body in pugilistic posture with absent of distal parts of both
upper and lower limbs, heat fracture noted on calvarium
exposing underlying cooked brain tissue.” “–’the deceased
was alive at the time of the fire’.- keputusan sebab kematian si
mati adalah ‘smoke and soot inhalation’

PERTUDUHAN 4 - Ahmad Harith Adam bin Mohd Nor Hadi


(No KP:050821-14-0373). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar

74
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

DNA SP[2]. Ibu simati SP SP49 [Saidah bt Ahmad] Laporan


Post Mortem P518/17[P243[1]] keterangan SP58 Dr Ahmad
Hafizam bin Hasmi –keadaan jasad “telah terbakar rentung
dan tidak dapat dikenal pasti identitinya secara visual -
gelaga di dalam saluran penafasan dan organ-organ telah
mengeras terbakar” dan bukti identity melalui pengambilan
DNA- keputusan sebab kematian “tersedut asap dan cedera
parah terbakar [soot inhalation and severe burn]

PERTUDUHAN 5 - Muhammad Afiq Haqimie bin


Hairulizwan (No KP:061204-10-1823) Keterangan Laporan
DNA oleh Pakar DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu
simati NORAZLIN BT ABD AZIZ Shahid SP40 dan Laporan
Post Mortem P519/17 [P245[2]] keterangan SP60 Dr Kunasilan
a/l Subramaniam – keadaan jasad “severely charred human
body of a male child subject. The body was in a semi flexed
position of the upper limbs with heat induced fractures and loss
of both loser limb extremities at the level of distal humerus
and loss of both lower limbs at the level of distal femur” -
keputusan sebab kematian “severe burn with smoke inhalation
injury [fire related death].

PERTUDUHAN 6 - Muhammad Amrul Nizam bin Sukarno


(No KP:920703-03-5907). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar
DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati SP 41dan
Laporan Post Mortem P520/17[P242[2]] keterangan SP57 Dr
Nurliza Bte Abdullah –keadaan jasad “terbakar rentung serta
menunjukkan tanda-tanda penghiduan asap kebakaran yang
ketara di dalam saluran penafasan simati” keputusan sebab
kematian ‘akibat penghiduan asap daripada api kebakaran
[smoke inhalation –fire related death]

75
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

PERTUDUHAN 7 - Muhammad Hafiz Iskandar Bin Mohd


Sulaiman (No KP: 060905-14-1161). Keterangan Laporan DNA
oleh Pakar DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati
MASHAWANI BINTI MOHD SHAHID SP[52] dan Laporan
Post Mortem [P521/17 keterangan SP59 Dr Siew Sheue Feng
[P244[2]] keadaan jasad ‘Several charred human body in
pugilistic posture. Abdsence of distil part of right forearm and
right lower limb, left arm and forearm as well as middle to distal
part left lower lim. Extensive heat fracture noted calvarium
exposing cooked brain tissue. Total burned away of the skin
and subcutaneous tissues of anterior neck region, anterior aspect
of right chest region, antero-latero-posterior aspect of left chest
and anterior abdominal wall, exposing of the underlying thotacic
and abdominal visceral organs’ ; . –’the deceased was alive at
the time of the fire’.- keputusan sebab kematian si mati adalah
‘smoke and soot inhalation’

PERTUDUHAN 8 - Muhammad Shafiq Haikal Bin Abdullah


(No KP: 041006-14-1551). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar
DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati
MASHAWANI BINTI MOHD SHAHID SP[ 52 ] dan Laporan
Post Mortem P522/17 [P243[2]] keterangan SP58 oleh Dr
Ahmad Hafizam Bin Hasmi –keadaan jasad “telah terbakar
rentung dan tidak dapat dikenal pasti identitinya secara visual-
gelaga di dalam saluran penafasan dan organ-organ telah
mengeras terbakar” dan bukti identity melalui pengambilan
DNA- keputusan sebab kematian “tersedut asap dan cedera parah
terbakar [soot inhalation and severe burn]

PERTUDUHAN 9 - Muhammad Haikal Bin Abdullah (No KP:


041006-14-1551). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar DNA
SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati MUDAH BINTI
ABD GANI SP[50 ] dan Laporan Post Mortem P523/17

76
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[P245[3]] keterangan SP60 Dr Kunasilan a/l Subramaniam –


keadaan jasad “ severely charred human body of a male child
subject. The body was in semi flexed position of the upper limbs
with heat induced fractures and loss of left upper limb
extremeities involving the proximal humerus and loss of distal
phalanx of right foot” -keputusan sebab kematian “severe burn
with smoke inhalation injury [fire related death] ”.

PERTUDUHAN 10 - Amiel Asyraaf bin Abd Rasid (No KP:


060823-14-0659) Keterangan Laporan DNA oleh Pakar DNA
SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati NORHAYATI
BINTI KHALID SP[ 48 ] dan Laporan Post Mortem
P524/17[P242[3]] keterangan SP57 Dr Nurliza Bte Abdullah –
keadaan jasad “terbakar rentung serta menunjukkan tanda-
tanda penghiduan asap kebakaran yang ketara di dalam
saluran penafasan si mati” keputusan sebab kematian –
“akibat dari penghiduan asap daripada api kebakaran
[smoke inhalation – fire related death”

PERTUDUHAN 11 - Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik


Azalan (No KP: 050217-07-0145). Keterangan Laporan DNA
oleh Pakar DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati
HARTINI BINTI ABD GANI SP[43] dan Laporan Post Mortem
P525/17 keterangan SP59 Dr Siew Sheue Feng [P244[3]]
keadaan jasad “Severely charred human body in pugilistic
posture. Extensive heat fracture noted on calvarium exposing
macerated and cooked brain tissue. Absence of distal part left
upper limb. The skin on the lateral aspect of right lower limb,
right inner thight region and left lateral shin were relatively
intact. Total burn away of the skin and subcutaneous tissues
noted more over back of the body, predominantly on the
posterolateral aspect of left lower thoracic, left back and both
gluteal regions.- –’the deceased was alive at the time of the

77
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

fire’. Keputusan sebab kematian si mati adalah ‘smoke and soot


inhalation’

PERTUDUHAN 12 - Muhammad Harris Ikhwan Bin Mohd


Sulaiman (No KP: 071204-10-2243) Keterangan Laporan DNA
oleh Pakar DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati
MASHAWANI BINTI MOHD SHAHID SP[52] dan Laporan
Post Mortem P5526/17[P243[3]] keterangan SP58 Dr Ahmad
Hafizam Bin Hasmi - keadaan jasad “telah terbakar rentung
dan tidak dapat dikenal pasti identitinya secara visual -
gelaga di dalam saluran penafasan dan organ-organ telah
mengeras terbakar” dan bukti identity melalui pengambilan
DNA- keputusan sebab kematian “tersedut asap dan cedera
parah terbakar [soot inhalation and severe burn] ”

PERTUDUHAN 13 - Azkar Dariemi B F’Zaska (No KP:


090623-10-2209). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar DNA
SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati Emmi Farizah Bt
Abdul Aziz SP[ 32 ] dan Laporan Post Mortem
P527/17[P245[4]]-keterangan SP60 Dr Kunasilan a/l
Subramaniam – keadaan jasad “ severely charred human body
of a male child subject sparing the back of chest and gluteal
region which showed first degree burn. ..the length of human
body from the vertex of head until the heat amputated left
lower limbs measured 129 cm.” -keputusan sebab kematian
“severe burn with smoke inhalation injury [fire related
death].

PERTUDUHAN 14 - Muhammad Danieal Bin Md Amin (No


KP: 030415-03-0701). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar
DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA ayah simati MD AMIN
BIN ABD GHANI SP[46] dan Laporan Post Mortem P528/17
[P242[4]] keterangan SP57 Dr Nurliza Bte Abdullah- keadaan

78
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

jasad “dalam keadaan renting serta menunjukkan tanda -


tanda penghiduan asap kebakaran yang ketara di dalam
saluran pernafasan simati” keputusan sebab kematian “ akibat
penghiduan asap daripada api kebakaran [smoke inhalation-
fire related death”.

PERTUDUHAN 15 - Umar Al Khattab Bin Helmi (No KP:


101026-10-2877). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar DNA
SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati KHAIRUNISA BT
KHAIRUDDIN SP[29] dan Laporan Post Mortem [P244(6)]
keterangan SP59 Dr. Siew Sheue Feng –keadaan jasad “Severely
charred human body in pugilistic posture with the absent of
both upper limbs and both lower limbs. The skin at centre of
chest and centre of abdomen were relatively intact. Total burned
away of the skin and subcutaneous tissues at right and left
lateral thoracic region and abdomen. Multiple bilateral ribs
were burned away exposing plueral cavities.” – the deceased
was alive at the time of the fire- keputusan sebab kematian
‘smoke and soot inhalation”

PERTUDUHAN 16 - Muhammad Zattullah Bin Roslan (No


KP: 060104-06-0257). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar
DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati KAMIZAN
BINTI YUSOF SP[45] dan Laporan Post Mortem P530/17
[P243[4]] keterangan SP58 Dr Ahmad Hafizam Bin Hasmi -
keadaan jasad “telah terbakar darjah kedua dan berpakaian
lengkap-gelaga di dalam saluran penafasan dan organ-organ
dalam adalah normal” - keputusan sebab kematian “tersedut
asap [soot inhalation ]”.

PERTUDUHAN 17 - Azkar Abiedi Bin F’Zaska (No KP:


060504-10-2575). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar DNA
SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati EMMI FARIZAH

79
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

BT ABDUL AZIZ SP[32] dan Laporan Post Mortem P531/17


[P245[5]] keterangan Dr Kunasilan a/l Subramaniam – keadaan
jasad “ severely burn human body of a male child showed
generalised burn sparing the anterior aspect of left lower leg,
…there were soot stains and debris noted all over the
body.subject sparing the back of chest and gluteal region which
showed first degree burn. -keputusan sebab kematian “severe
burn with smoke inhalation injury [fire related death].

PERTUDUHAN 18 - Muhammad Fahmie B Abdullah (No KP:


060116-10-2071). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar DNA
SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati NOORAZLINA BT
BAKRY SP[ 35 ] dan Laporan Post Mortem P532/17 [P242[5]]
keterangan SP57 Dr Nurliza Bte Abdullah – keadaan jasad
“terbakar tidak rentung serta menunjukkan tanda -tanda
penghiduan asap kebakaran yang ketara di dalam saluran
penafasan si mati” keputusan sebab kematian – “akibat dari
penghiduan asap daripada api kebakaran [smoke inhalation
– fire related death]”

PERTUDUHAN 19 - Muhammad Nizamudin Bin Nasrun (No


KP: 040529-14-1337). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar
DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati FATIMAH
BINTI JAAFAR SP[ 41 ] dan Laporan Post Mortem P244(4)
keterangan SP59 Dr Siew Sheue Feng, keadaan jasad “Severely
charred human body in pugilistic posture with 3 rd degree burn
over right upper limb and upper chest. Left upper limb and
both lower limbs were charred with left foot was burned
away. Total burned away of the skin and subcutaneous tissues of
left anterior neck, left chest and abdominal wall with exposure
of the abdominal visceral organs” keputusan sebab kematian
“smoke and soot inhalation”.

80
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

PERTUDUHAN 20 - Muhammad Hazim Bin Ahmad Nor (No


KP: 041210-14-0281). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar
DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati YUNIZAR
BINTI SHAARI SP[47] dan Laporan Post Mortem P535/17
[P243[5]] keterangan SP60 Dr Kunasilan a/l Subramaniam –
keadaan jasad “severely charred human body of a male child
subject. The body was in semi flexed position of the upper
limbs with heat induced fractures and loss of both upper limb at
the level of proximal radius and ulna. The right lower limb was
amputated by heat at the level of distal femur . The left lower
limb showed loss of distal phlanx.” keputusan sebab kematian
“severed burn with smoke inhalation injury [Fire Related
Death]”

PERTUDUHAN 21 - Muhammad Aiman Bin Ramzanudin (No


KP: 050311-10-1593). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar
DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA bapa simati Ramzanudin
Bin Mohit dan Laporan Post Mortem P536/17[P242[6]]
keterangan SP57 Dr Nurliza Bte Abdullah keadaan jasad
“terbakar rentung serta menunjukkan tanda -tanda
penghiduan asap kebakaran yang ketara di dalam saluran
penafasan si mati” keputusan sebab kematian – “akibat dari
penghiduan asap daripada api kebakaran [smoke inhalation
– fire related death”

PERTUDUHAN 22 - Ahmad Rijal Bin Mohammad Rodzi (No


KP: 041021-16-0259). Keterangan Laporan DNA oleh Pakar
DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati MAZZAINI
BT MUDA SP[ 30 ] dan Laporan Post MortemP534/17[P242[6]]
keterangan SP58 Dr Ahmad Hafizan bin Hasmi keadaan jasad
“terbakar rentung serta menunjukkan tanda -tanda
penghiduan asap kebakaran yang ketara di dalam saluran
penafasan si mati” keputusan sebab kematian – “akibat dari

81
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

penghiduan asap daripada api kebakara n [smoke inhalation


– fire related death”

PERTUDUHAN 23 - Muhammad Taufik Hidayat Bin


Norazizan (No KP: 010603-14-0475). Keterangan Laporan DNA
oleh Pakar DNA SP2 dan bukti pengambilan DNA Ibu simati
RIEN ERLIANA BT MARJUNI SP[ 31 ] dan Laporan Post
Mortem [P244(5)] keterangan SP59 Dr Siew Sheue Feng –
keadaan jasad jasad “Severely charred human body in pugilistic,
charred all 4 limbs with absence of distal part of left
forearm. Heat frature of skull exposing underlying cooked
brain matter. Total burned away of the skin and subcutaneous
tissues of anterior and posterior aspects of the thorax and
anterior abdominal wall with exposure of the bowel from left
lateral abdominal region.’ keputusan sebab kematian “smoke
and soot inhalation”.

Bukti kebakaran disengajakan terdapat kesan petrol di depan


pintu

[144] Manakala kes di hadapan Mahkamah ini, kebakaran tersebut


adalah disebabkan oleh gas memasak yang diumpan dengan
minyak petrol di depan pintu asrama. Keterangan dari Jabatan
Bomba dan Penyelamat SP3 - SP6, SP18 – SP 21, SP27, SP33,
SP39. Pihak Bomba di laporan kebakaran di P125, ms. 24 – 28
dipercayai menggunakan dua tong gas yang pada awalnya berada
di dapur terbuka di belakang Tahfiz tersebut. Ini bermakna dua
tong gas tersebut (P126A dan P126B) telah dibawa naik ke
tingkat 3.

[145] Menurut keterangan SP 3 Puan Yusnita Binti Osman, dari


Makmal Penyiasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan
Penyelamat, Kuala Lumpur, daripada 3 sampel sisa kebakaran A,

82
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

B dan C iaitu cecair di hadapan pintu asrama di tingkat 3


disahkan terdapat kesan accelerant [bahan mudah terbakar] iaitu
petrol kerana ciri petrol mempunyai ciri-ciri yang tersendiri atau
lebih dikenali sebagai ‘Chromatogram’ walaupun telah terdapat
air siraman kebakaran tetapi masih dapat dikesan.

[146] Keterangan kehadiran petrol dikuatkan lagi dengan keterangan


daripada saksi Encik Pramnath A/L Hariskisna [SP5], Ketua
Pegawai Latihan di Unit Latihan K9, Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia yang menggunakan anjing pengesan dilatih
untuk mengesan residue mudah menyala. Dengan menggunakan
4 ekor anjing telah berjaya mengesan accelerant ditandaan A, B,
D dan J di Borang Laporan Penyiasatan Bakar [P125- Lampiran
6].

[147] Keterangan SP27 Edwin Galaan Anak Teruki, Pengarah


Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ibu Pejabat Jabatan Bomba
Putrajaya pula mengesahkan punca kebakaran adalah sengaja
dibakar atau dalam bahasa Inggeris “incendiary fire” [fire that
has been deliberately ignited]. Dalam rajah kasar yang saksi
sediakan di dalam laporan [P125] ada rajah bulat dan juga
melintang. Dua tandaan bulat dan melintang itu adalah tong
silinder LPD yang berada di depan pintu masuk di luar asrama.
Kesan petrol adalah di luar pintu asrama di sebelah kiri tangkai
pintu [door knob].

[148] SP27 bersetuju semasa disoal balas oleh peguam T1 bahawa


untuk nyalakan petrol boleh digunakan pemetik api ‘lighter’ atau
mancis. Keadaan pintu kiri asrama yang hilang terus dimakan
api dan dua tong gas dan kesan petrol membuktikan:-

SP27- “Tong Gas tersebut, sebab itu diarahkan tong gas tersebut
ke arah pintu. Sebab pressure daripada tong gas itu akan zoom
terus pergi, begitu juga nyalaan yang ada pada petrol tersebut

83
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

kebakaran, nyalaan yang ada pada petrol tersebut terus pergi ke


dalam bilik dan Api akan menyambar gas balang. Kebakaran itu
lama lah, menyambar tak lama.”.

Ketiadaan Motif T1 membunuh tidak menjejaskan kes


pendakwaan.

[149] Pihak pendakwaan di sepanjang kesnya sehingga keterangan


pegawai penyiasat gagal mengemukakan motif T1 dan rakannya
membakar dan membunuh 23 mangsa yang berada di dalam bilik
asrama mereka. Walaupun motif menurut keputusan Mahkamah
Persekutuan sebagai salah satu yang boleh menolong
menguatkan keterangan keatas niat tertuduh. Namun semata-
mata atas alasan ketiadaan motif tidak boleh menjadi asas untuk
menyatakan pendakwaan gagal membuktikan kesnya.

[150] Di dalam kes Pathmanabhan a/l Nalliannen v. Public Prosecutor


and Anor [2017] MLJU 257 Mahkamah Persekutuan telah
merujuk kepada buku Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes,
With List of Malaysian Cases (24th Edition) pada muka surat
1391 sebagai berikut:

“[161] Ratanlal & Dhirajlal’s, Law of Crimes, With List of


Malaysian Cases, (24th edn.) vol. 2, p. 1391 summarises the law
on motive in the following words:

Motive is the ultimate end which a person hopes to achieve


whereas intention is the immediate effect of his act. Motive is
something which prompts a person to form an intention. The
motive behind a crime is a relevant fact on which evidence can
be given. Absence of motive is also a circumstance which is
relevant for assessing the evidence. Proof of motive satisfies the
judicial mind about the authorship of the crime but the absence

84
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

does not ipso facto result in the acquittal of the accused.


Motive is not a sine qua non to prove the case of the
prosecution. Absence of proof only demands deeper forensic
search and cannot undo the effect of evidence if otherwise is
reliable and sufficient.

KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN

[151] Mahkamah Tinggi ini setelah meneliti keterangan kes


pendakwaan secara maksima dan meneliti hujahan kedua-dua
belah pihak, ternyata pihak pendakwaan hanya menjurus kepada
T1 sahaja sebagai tertuduh yang dapat dicamkan oleh SP68 dan
SP69, sebagai orang yang memanjat pagar di belakang Tahfiz
tempat kejadian. Lihat keratan hujahan-hujahan itu di beberapa
perenggan di dalam hujahan Pendakwaan:-

Di perenggan 12.

“SP68 dan SP69 telah memberi keterangan bahawa mereka


melihat OKT 1 melompat pagar di belakang Tahfiz masuk ke
dalam Tahfiz pada tarikh kejadian”

“Berikut adalah faktor-faktor yang menyokong pengecaman


SP68 terhadap OKT1:-

Jarak yang dekat – 8 ke 10 meter sahaja dari tempat dia berada


ke pagar belakang Tahfiz tempat OKT 1 dilihat melompat
masuk;

Keadaan lampu jalan yang banyak dan terang berdekatan


pagar belakang Tahfiz tersebut seperti ditunjukkan oleh gambar
P158 (A)”

85
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

“SP69 juga telah lama berada di sekitar Taman Balak pada


malam itu dengan keadaan cahaya dari lampu jalan. Ini akan
menyebabkan mata mereka telah dapat menyesuaikan diri
dengan keadaan cahaya itu;

Fakta bahawa SP68 telah lama kenal dengan OKT-OKT dan dua
beradik.”

Di Perenggan 14;

Berdasarkan faktor di atas, jelaslah tiada keraguan berkaitan


pengecaman oleh SP68 dan SP69 ke atas OKT 1 sebagai orang
yang memanjat pagar belakang Tahfiz pada malam kejadian.

Di perenggan 19 – 22 di bawah sub tajuk Penglibatan OKT2:

19. Pagar di belakang Tahfiz yang dipanjat masuk oleh OKT 1


dan 2 ditunjukkan melalui gambar P157 (A) hingga (E).
Bahagian atas pagar yang merupakan dawai besi yang disyaki
telah dipanjat itu berada dalam keadaan terkuak dengan saiz
yang tidak begitu besar. Ini telah dilihat oleh pihak-pihak
semasa lawatan ke tempat kejadian pada kali pertama.

20. Dari rakaman CCTV dan keadaan fizikal 4 individu ini


(OKT 1 dan 2, SP70 dan adiknya Emran) jelas SP70 dan Emran
yang berbadan gempal tidak mungkin dapat melompat masuk
melalui kuakan/bukaan tersebut. Berdasarkan bentuk fizikal
tubuh OKT 1 dan 2 yang kurus dan kecil, hanya mereka berdua
saja yang akan muat untuk melalui kuakan/bukaan pada pagar
itu. OKT 1 jelas telah dicamkan oleh SP68 dan SP69.

21. Walaupun OKT 2 tidak dilihat oleh kedua-dua saksi ini


melompat pagar Tahfiz itu, dari keterangan SP27 dan Laporan
Siasatan Kebakaran oleh pihak Bomba (P125, ms. 24 - 28)
bahawa dipercayai kebakaran menggunakan dua tong gas yang

86
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

pada awalnya berada di dapur terbuka di belakang Tahfiz


tersebut. Ini bermakna dua tong gas tersebut (P126A dan
P126B) telah dibawa naik ketingkat 3. Perbuatan ini walaupun
boleh dilakukan oleh seorang individu akan memakan masa yang
lama. Oleh itu adalah munasabah perbuatan itu dila kukan oleh
dua orang individu – dalam kes ini OKT 1 dan OKT 2, apatah
lagi bila dipertimbangkan bahawa hanya OKT 1 dan 2 saja yang
dari segi fizikal boleh memanjat pagar belakang Tahfiz itu.
Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa OKT 2 juga telah
sama-sama melompat masuk ke dalam Tahfiz bersama OKT 1
dan terlibat membakar Tahfiz tersebut.

22. Pembuktian kes berdasarkan inferens yang dibuat ke atas


keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) adalah
diterima di mana kesalahan Tertuduh adalah kesim pulan yang
dapat dibuat apabila semua keterangan dianalisa. ”

[152] Oleh itu, di akhir kes pendakwaan, dan setelah membuat


penilaian maksima ke atas kesemua keterangan pendakwaan,
saya menanyakan soalan ini kepada diri saya menurut panduan
yang dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Looi Kow
Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 MLJ 65 MR:

“Jika saya memutuskan untuk memanggil OKT untuk membela


diri dan OKT memilih untuk berdiam diri, adakah saya bersedia
untuk mensabitkan OKT dengan pertuduhan di atas keseluruhan
keterangan yang terdapat di dalam kes pendakwaan? ”

[153] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa jawapan kepada


persoalan ini ialah positif. Dengan yang demikian, Mahkamah
memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan
kes prima facie ke atas T1 dan seterusnya pada 28.01.2020
Mahkamah ini memerintahkan supaya T1 dipanggil untuk
membela diri.

87
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[154] Manakala T2 dilepas dan dibebaskan apabila SP68 dan SP69


tidak dapat camkan seorang lagi bersebelahan dengan T1 yang
turut melompat masuk. Alasan Penghakiman keatas Tertuduh
Kedua telah disediakan pada 09.03.2020 lagi namun kekangan
pendemik mungkin tidak menizinkan lagi ianya diketahui
kesudahan rayuan itu.

[155] Mahkamah telah mengemukakan pertuduhan pindaan untuk


kesemua 23 pertuduhan di tanda sebagai P2A[1-23] dengan
hanya menukar baris pertama yang asal “Bahawa kamu
bersama-sama pada 14 September 2017…” dipinda kepada
“Bahawa kamu dengan seorang lagi yang tidak dapat dikenali
pada 14 September 2017…” dibaca kepada T1 dan T1 masih
tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. Di akhir keterangan
SD6 Mahkamah membacakan sekali lagi 23 Pertuduhan Pindaan
P2A(1-23].

[156] Pertuduhan Pindaan selepas T1 dipanggil membela diri;

“Bahawa kamu [bersama-sama] dengan seorang lagi yang tidak


dapat dikenali pada 14 September 2017 di antara jam 4.15 pagi
hingga 6.45 pagi, di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan
Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di dalam daerah
Wangsa Maju, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
bagi mencapai niat bersama kamu, telah melakukan bunuh
dengan menyebabkan kematian ke atas [nama si mati 23 orang].
Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang
boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.”

KES PEMBELAAN

[157] T1 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah setelah


Mahkamah membacakan tiga pilihan untuk membela diri dan

88
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

juga telah memanggil 5 orang saksi dan memanggil semula


Pegawai Penyiasat SP71. Lima orang saksi tertuduh terdiri
daripada SD2 hingga SD6 ialah:-

i. SD2- Haslinda binti Ismail [emak T1]. Keterangan SD2


adalah beliau bangun tidur pada jam 5.00 pagi 14.7.2019
mendapati anaknya T1 baru balik ke rumah dan T1 terus
masuk tidur di biliknya. Keterangan SD2 untuk
membuktikan jam 5.00 pagi T1 telah berada di rumahnya.

ii. SD3- Emran Fazley bin Abu Bakar [panggilan “Debab”].


Keterangan SD3 berkisar tentang bahawa pada jam 10.00
malam 13.9.2017, kawan-kawannya 8 orang datang ke
rumahnya termasuk T1, SD3, SD4, SD5, SD6 dan Jupem
serta beberapa kawannya yang lain. Apabila abangnya
SP70 pulang dari berniaga di pasar, mereka membuat bom
iaitu peralatan menghisap ganja. Mereka semua ke Taman
Balak dan menghisap ganja di pondok di atas bukit.
Selepas itu mereka semua turun melepak di warong CMM
bersebelahan PPIM dan kemudian pergi ke snooker dan
balik semula ke rumahnya dan kemudian terus ke Taman
Balak sekali lagi untuk menghisap ganja dan selepas itu
balik dan tidur. SD3 menafikan ada memberitahu polis
semasa di dalam siasatan bahawa T1 ada memanjat masuk
pagar belakang tahfiz. Keterangan SD3 untuk
membuktikan mereka terus balik selepas menghisap ganja
kali kedua tidak singgah membakar sekolah tahfiz.

iii. SD4- Mohammat Naam bin Mukari [“Naam”]. Beliau


adalah kawan T1 yang sama-sama melepak dan menghisap
ganja di pondok Taman Balak, turun ke CMM dan pergi ke
snooker. SD4 tidak pergi ke Taman Balak kali kedua untuk
menghisap ganja. Keterangan SD4 beliau tidak perasan ada

89
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

sesiapa yang mengatakan ‘bila nak bakar tahfiz’ dan ‘beli


lah petrol’ semasa berbual di warung CMM.

iv. SD5-Denirukian Syah bin Agustiar [Deni]. SD4 adalah


hampir sama keterangan dengan SD4 bersama-sama dengan
T1 dan kawan-kawan yang lain dari rumah SD3 pergi ke
Taman Balak menghisap ganja dan melepak di CMM dan
juga sama-sama bermain snooker. SD5 tidak pergi
menghisap ganja kali kedua di Taman Balak, tetapi
menunggu T1, SD3, SP70 dan Jupem di rumah SD3. Beliau
juga tidak perasan ada antara mereka menyebut akan ‘bila
nak bakar tahfiz’ dan ‘beli lah petrol’

v. SD6- Nuzul Aidil Hafiz bin Yazid [“Aidil”], adalah


dikenali sebagai Aidil dan ada bersama-sama dengan SP68
dan SP69 semasa T1 dan kawan-kawannya melepak di
CMM. SD6 sama keterangan dengan SD4 dan SD5 yang
mana ada mendengar perbualan dan gelak tawa T1 dan
rakan-rakannya semasa di CMM tetapi tidak memberikan
perhatian kepada butiran perbualan T1 dan kawan-
kawannya.

PEMBELAAN TERTUDUH PERTAMA [T1]

Latar belakang T1

[158] Semasa memberi keterangan pembelaan ini pada 03.03.2020 T1


telah berumur 19 tahun. Kejadian berlaku pada 14.09.2017
ketika itu T1 berumur 16 tahun. T1 dilahirkan pada 07.07.2001,
merupakan anak kedua dari 5 orang adik beradik dan bapanya
meninggal semasa beliau di dalam tahanan kes ini. Manakala
emaknya berniaga baju. T1 hanya bersekolah setakat Tingkatan
3 sahaja dan sekitar tahun 2017, T1 tidak lagi bersekolah dan

90
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

tidak berkerja. Sebelum itu beliau bekerja ‘welding’


[pengimpal].

[159] Pembelaan T1 adalah beliau hanya pergi ke tangga di Taman


Balak kali kedua, dibelakang sekolah tahfiz untuk menghisap
baki ganja bersama-sama dengan 3 orang kawannya iaitu SP70,
SD3 dan Jupem (T2). T1 menyatakan bahawa mereka hanya
melalui belakang sekolah tahfiz selepas menghisap ganja untuk
turun ke tempat parkir motorsikal dan balik ke rumah SD3. T1
menafikan ada menyebut nak membakar sekolah tahfiz dan
menafikan ada memanjat masuk pagar tahfiz. T1 menyatakan
hanya mengetahui kebakaran sekolah tahfiz setelah bangun tidur
jam 12.00 tengahari dan melihat handphone tentang kebakaran
sekolah tahfiz yang viral.

Keterangan T1 sehari sebelum kejadian 13.9.2017

[160] Menurut T1, pada petang 13.9.2017, sekitar jam pukul 8 malam,
T1 melepak dengan Jupem [Tertuduh Kedua-T2] di depan rumah
T1. Dalam pukul 10.00 malam, T1 dan Jupem [T2] bergerak ke
rumah Aiman (SP70). Menurut T1 beliau setiap hari ke rumah
SP70 untuk menghisap ganja. Di rumah SP70/SD3, T1 dan T2
berjumpa dengan Debab- SD3 [Emran Fazley]. SD3 adalah adik
SP70. Semasa T1 sampai, SP70 masih tiada di rumah, kerana
belum pulang berniaga di Pasar Malam. Tidak lama selepas itu
Naam [SD4], Deni [SD5] dan Shahrul datang ke tempat mereka.

[161] Selepas SP70 pulang lebih kurang pukul 11.00 malam, mereka
beramai-ramai membuat ‘bom’ iaitu peralatan hisap ganja. Pada
Jam 12.00 tengah malam mereka semuanya dengan menaiki
motorsikal telah ke Taman Balak dan kesemua mereka ini naik
ke bahagian tanah tinggi di Taman Balak. Pada masa itu mereka
seramai 6 orang iaitu T1, SP70, Debab [SD3], Naam [SD4],

91
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Deni [SD5] dan Shahrul di atas bukit telah ‘chai’kan ganja


[leraikan].

T1 di Warung CMM bersama kawan-kawan dan SP68 dan SP69.

[162] Semasa di Warung CMM, T1 duduk di atas meja manakala


kawan-kawan yang lain ada yang baring di atas meja dan ada
yang duduk di kerusi. Semua mereka adalah berdekatan.
Manakala SP68 pula, T1 tidak perasan beliau berada di mana.

[163] Semasa di situ menurut T1, mereka berborak tentang rancangan


hendak pergi bermain snooker dan borak-borak biasa sambil
gelak-gelak. T1 bersetuju dan mengesahkan perbualan mereka
boleh didengar oleh orang lain yang ada sekitar mereka.

[164] T1 juga sahkan bahawa pada ketika itu, Ijal (SP69) bersama-
sama dengan teman wanitanya berada di tempat tersebut iaitu
duduk di bangku belakang PPIM, jarak lebih kurang 20 meter.
T1 mengesahkan bahawa semasa beliau berbual Ijal (SP69)
boleh mendengar perbualan itu.

T1 tidak mengakui beliau ada menyebut perkataan ‘man bila nak


bakar tahfiz’ dan menafikan melompat pagar sekolah tahfiz.

[165] T1 menyatakan bahawa mereka semua melepak di warung CMM


sambil berbual-bual sementara menunggu Aiman [SP70] yang
pergi mengambil Aiman Kari untuk pergi bermain snooker.

[166] Walaupun saksi pendakwaan SP68 dan SP69 ada menyatakan


bahawa T1 ada menyebut “Man, bila nak bakar tahfiz” atau ‘bila
nak bakar tahfiz’, T1 sebaliknya sepanjang memberi keterangan
pembelaan , langsung tidak menyebut dan menimbulkan tentang

92
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

perkara berkaitan isu beliau berkata “Man, bila nak bakar


tahfiz”.

[167] T1 juga tidak menyebut tentang isu “lompat pagar masuk ke


dalam Tahfiz”. Namun, apabila diajukan soalan kepadanya oleh
peguamnya, T1 menjawab tidak tahu kenapa Adik [SP68] dan
Ijal [SP69] memberi keterangan yang T1 ada menyebut perkara
itu. Walau bagaimanapun T1 setuju bahawa Adik dan Ijal tidak
ada alasan untuk aniaya T1.

[168] Di dalam soal balas, T1 juga tidak bersetuju dengan cadangan


Puan TPR bahawa semasa melepak di warung CMM selepas
menghisap ganja, T1 ada mengajak rakan-rakanya membakar
sekolah Tahfiz. T1 juga tidak bersetuju atas cadangan T1 untuk
membakar Tahfiz itulah yang membawa kepada mereka
berempat ke belakang sekolah Tahfiz kali kedua. T1 juga tidak
bersetuju beliau telah melompat masuk ke dalam kawasan
sekolah Tahfiz. T1 menafikan sebab badan beliau kurus oleh itu
sesuai T1 melompat masuk pagar sekolah Tahfiz. T1 menafikan
beliau ada membawa botol plastik air mineral berisi petrol. T1
menafikan beliau dan T2 [Jupem] melompat pagar dan turut
menafikan mereka berdua mengangkat tong gas dari dapur
Tahfiz ke tingkat 3 asrama. T1 menafikan ada menyiram petrol
di pintu masuk asrama Tahfiz tersebut.

[169] Walaupun T1 menafikan keterangan SP68 bahawa T1 ada


menyebut “Man, bila nak bakar tahfiz”, namun semasa disoal
balas oleh Puan TPR, T1 mengakui bahawa jarak T1 dan kawan-
kawannya semasa berbual di Warung CMM adalah dekat antara
satu sama lain. T1 juga dalam keterangannya menyatakan
bahawa beliau dan kawan-kawannya duduk di meja dan dalam
kedudukan dan jarak ini diakui bahawa percakapannya boleh
didengar.

93
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[170] Menurut T1, selepas lepak dan berbual-bual di warung CMM,


apabila Aiman sampai dengan Aiman Kari, mereka berborak
sekejap dan kemudian T1 dan kawan-kawannya pergi main
snooker. Dengan menghilangkan watak Aiman di CMM kerana
pergi mengambil Aiman Kari, secara tidak langsung cuba
menafikan kata-kata T1 kepada Aiman “Man, bila nak bakar
tahfiz’. Walau bagaimanapun Mahkamah ini berpendapat
bahawa keterangan ini tidak dapat menafikan kehadiran Aiman
di CMM apabila keterangan SD3 menyatakan Aiman ada di
CMM, dan mereka menunggu Shahrul dan Haikal sampai, dan
Aiman [SP70] sendiri semasa memberi keterangan terdahulu,
mengakui bahawa beliau ada di CMM semasa mereka berbual-
bual.

[171] T1 dan kawan-kawannya kemudian menaiki motorsikal pergi


bermain snooker. Selepas habis bermain snooker, T1 dan kawan-
kawannya balik ke rumah Aiman [SP70]. Lebih kurang 5-10
minit setelah sampai di rumah Aiman [SP70]. Menurut T1,
Aiman [SP70] telah mengajak untuk hisap ganja sekali lagi di
Taman Balak. Mereka berempat iaitu T1, Aiman [SP70], Jupem
[T2] dan Debab [SD3] telah pergi ke Taman Balak. Kawan-
kawan yang lain tinggal di rumah Aiman [SP70], tidak ikut ke
Taman Balak.

[172] Pada penelitian Mahkamah ini, Aiman [SP70] semasa turun dari
pondok ke warung CMM tidak melalui jalan tangga belakang
tahfiz, tempat yang dikatakan diletakkan baki ganja untuk
dihabiskan kali kedua itu. Oleh itu, pastinya Aiman [SP70] tidak
tahu pasal baki ganja tersebut ada di situ. Namun, Aiman [SP70]
menyatakan dia tahu ada baki ganja itu kerana diberitahu oleh
Jupem dan Jupem adalah orang yang meletakkan ganja di situ.

94
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[173] Walaupun T1 mengatakan Aiman [SP70] yang mengajak mereka


menghabiskan baki ganja, namun daripada keterangan SD4
[Naam] yang tidak ikut sama, menunjukkan perkara ini telah
dirancang awal. SD4 menyatakan bahawa ganja itu sengaja tidak
dihabiskan untuk pergi semula ke tempat itu. Keterangan SD4
timbul semasa Mahkamah meminta penjelasan:

Mahkamah: I just want to know the timing ya. Masa di Cek


Mek Molek tu, jam pukul berapa ya?

SD4: Yang tu saya tak pasti, dalam macam pukul 3.00


pukul 4.00 macam tu la.

Mahkamah: Balik main snooker?

SD4 : Main snooker , pukul 5.00, tak silap saya. Pukul


5.00 atau 4.30 la

Mahkamah : Jadi mereka pergi balik , empat orang itu


pergi balik?

SD4: Hah, empat orang tu pergi balik pergi taman.

Mahkamah: Semasa first time hisap ganja tu, dia sengaja


tak habiskan ke atau pun memang macam mana? Memang
nak pergi balik tempat tu?

SD4: Memang nak pergi balik tempat tu la.

Mahkamah: Mereka berempat tu kata memang nak pergi


balik ke tempat itu?

SD4: Hah.

Mahkamah: Mereka berempat tu?

SD4: Mereka berempat

95
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Mahkamah: Jadi daripada awal lagi memang awak tak ada


niat nak pergi balik la?

SD4: Tak ada.

Mahkamah: Tapi awak tunggu mereka pergi balik tu?


Awak tunggu mereka balik?

SD4: Hah , tunggu mereka balik , pastu baru kami balik.

[174] Keterangan berkenaan pergi ke Taman Balak semula pada jam


4.16 pagi itu untuk menghabiskan baki ganja adalah kelihatan
agak tidak munasabah semata-mata menghabiskan ganja.
Daripada keterangan SD4 seperti yang dipetik di atas,
nampaknya mereka semua telah merancang untuk tidak
menghabiskan ganja dan meninggalkan baki ditangga kerana
memang mereka hendak pergi semula ke situ. Tidak salah jika
dikatakan bahawa ganja ini menjadi alasan yang mengaburi mata
kenapa pergi semula ke Taman Balak.

[175] Jika benar sekali pun mereka pergi ke Taman Balak untuk
menghisap ganja, tidak dapat mengecualikan bahawa T1 juga
memanjat pagar belakang sekolah tahfiz masuk ke dalam sekolah
tahfiz selepas itu membakarnya dan menyebabkan kematian 23
mangsa di dalamnya.

[176] Mahkamah merujuk kepada tempoh singgah yang sebentar saja


di rumah SP70 masa pulang dari bermain snooker, mereka
berempat terus ke Taman Balak untuk hisap ganja. Perlakuan ini
seperti mereka ada merancang sesuatu yang bukan hanya untuk
menghisap ganja. Lihat saja kepada keterangan bahawa SD3 dan
T1 ke Taman Balak menaiki motorsikal Syahrul, sedangkan
Syahrul menunggu di rumah SD3. Jika mereka pergi ke Taman
Balak semata-mata untuk menghisap ganja, T1 boleh saja pergi

96
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

ke situ menaiki motorsikal T1 sendiri memandangkan T1 datang


ke rumah SD3 dengan motorsikal sendiri. Apatah lagi Jupem
yang datang bersama dengan T1 juga turut ke Taman Balak
bersama pada masa itu. Shahrul yang tidak menghisap ganja kali
kedua boleh saja pulang tanpa perlu menunggu. Apakah alasan
Shahrul menunggu mereka di rumah SD3, sedangkan T1, SD3,
SP70 dan Jupem hendak pergi menghisap ganja yang tiada kena
mengena dengan Shahrul yang tidak menghisap ganja kali
kedua. Walaupun Shahrul tanpa tujuan masih menunggu mereka
berempat pulang dari Taman balak sahaja, yang bertujuan
bahawa perancangan menghisap ganja kedua adalah alasan tetapi
tujuan sebenar adalah hendak membakar sekolah Tahfiz dan
hanya perlu berempat sahaja ke sana manakala yang lain
menunggu di rumah SD3.

[177] Semasa pergi ke Taman Balak untuk kali kedua T1 menaiki


motorsikal dengan Debab [SD3], manakala Aiman [SP70]
menaiki motorsikal dengan Jupem [T2]. Menurut pembelaan T1,
mereka pergi ke tangga belakang sekolah Tahfiz dan hisap ganja
di situ lebih kurang 14-15 minit. Semasa pergi ke Taman Balak
kali kedua untuk menghisap ganja, terdapat keterangan di dalam
CCTV PPIM pada jam 4.28 bahawa T1 ada meletakkan satu
botol di atas tanah. Ini disahkan sendiri oleh T1. Sehingga akhir
tiada dijelaskan tentang botol yang dibawa oleh T1 ini, dan tiada
juga dimaklumkan apa-apa kegunaannya untuk menghisap ganja.

[178] Keadaan T1 dan SD3 semasa mula-mula sampai di parkir


sebelah Warung CMM pada kali kedua ini, kelihatan di dalam
CCTV bahawa T1 dan SD3 pergi ke arah tangga dan mengikut
SD3, mereka juga pusing 2 kali kerana Aiman [SP70] dan Jupem
belum sampai walaupun mereka bertolak terlebih dahulu.
Kenapa sebenarnya T1 dan SD3 berkelakuan begitu? Kenapa
perlu menunggu SP70 dan Jupem sampai untuk naik ke tangga

97
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

hanya untuk hisap ganja sahaja. T1 dan SD3 boleh saja naik ke
tangga dan menunggu di situ atau menunggu saja di parkir.
Perlakuan melihat kawasan belakang ditangga, pusing ke pintu
depan dan belakang, dan fakta bahawa SP70 dan Jupem sampai
lewat sedangkan datang lebih awal, adalah untuk memastikan
tiada orang lain di situ.

Kronologi masa berpandukan CCTV

[179] Menurut CCTV di Petron Keramat, jam 2.28 pagi T1 dan SD3
mengisi minyak di stesen minyak ini semasa dalam perjalanan
ke Taman Balak. Keterangan dari SD3 adalah SD3 menunggang
dan T1 membonceng pergi mengisi minyak semasa pergi ke
Taman Balak kali pertama. Oleh yang demikian, yang dikatakan
oleh T1 bahawa mereka ke Taman Balak pada jam 11.00 malam
adalah sebenarnya jam 2.28 pagi.

[180] Menurut SD5 [Deni] mereka berada di pondok lebih kurang 20-
30 minit dan turun ke CMM. Jika demikian, berpandukan kepada
CCTV Petron bahawa mereka berada di Petron pada jam 2.28
pagi dan perjalanan dari Petron hanya 5 minit, maka mereka
berada di pondok adalah lebih kurang 2.33 hingga 3.00 pagi
sahaja. Menurut T1, SD3, dan SP70 bahawa mereka berborak di
CMM lebih kurang 20 minit sambil menunggu kawan-kawan
semua ada sebelum pergi ke pusat snooker. Walau
bagaimanapun, berpandu kepada CCTV PPIM, mereka keluar ke
snooker pada 3.10 pagi [waktu CCTV cepat 13 minit,
menjadikan waktu sebenar adalah 2.57 pagi]. Pada CCTV kedai
snooker pula jam 3.19 [cepat 10 minit menjadikan waktu sebenar
adalah 3.09 pagi] mereka telah berada di sana.

[181] Waktu-waktu mereka dikesan oleh CCTV ini menunjukkan


mereka berada di Taman Balak dan warung CMM hanyalah

98
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

sekejap sahaja sekitar masa 2.33 pagi hingga 2.57 pagi sahaja.
Tempoh ini adalah lebih kurang 24 minit sahaja.

[182] Mahkamah ini seterusnya merujuk kepada CCTV rumah jiran


SD3 ada menunjukkan mereka sampai rumah dari kedai snooker
pada jam 4.13 pagi. Ini apa yang diakui oleh T1 bahawa CCTV
ini menunjukkan mereka baru balik dari snooker. Masa di dalam
CCTV menunjukkan mereka sampai di rumah sekejap sahaja
lebih kurang 3 minit sebelum bergerak ke Taman Balak untuk
kali kedua pada jam 4.16 pagi. Jika dipadankan waktu tiba di
rumah melalui CCTV rumah jiran 4.13 pagi dengan waktu
sampai di Taman Balak melalui CCTV di bangunan PPIM pada
jam 4.28 (waktu sebenar ditolak 13 minit yang cepat adalah jam
4.15 pagi), tempoh mereka tiba dari snooker dan pergi ke Taman
Balak adalah lebih kurang 5 minit sahaja.

[183] Mengikut T1 pada rakaman video CCTV rumah jiran pada jam
4.16.09 itu adalah mereka baru hendak bergerak ke Taman Balak
untuk kali kedua. Pada masa ini Aiman [SP70] yang keluar telah
sampai semula. Menurut T1, Aiman [SP70] yang mengajak pergi
semula ke Taman Balak untuk menghabiskan baki ganja.

[184] Plot perjalanan T1 dan rakan-rakannya SP70, SD3 dan Jupem


pada malam itu adalah sekejap sahaja hanya lebih kurang 23
minit sahaja berada di Taman Balak, telah bertolak ke snooker
dan kemudiannya sampai di rumah SD3 hanya 3 minit dan terus
ke Taman Balak semula. Kehadiran mereka semula di Taman
Balak pun telah dirancang dengan sengaja meninggalkan baki
ganja. Ia dirancang lebih awal sebagaimana keterangan SD4.

[185] Keterangan berkenaan SD4, SD5, Shahrul dan lain-lain


menunggu di rumah SD3, tanpa berbuat apa-apa dan tanpa apa-
apa tujuan, hanya sekadar berada di situ, menimbulkan tanda
tanya. Jawapan kepada tanda tanya ini adalah tidak lain selain

99
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

daripada menunggu rancangan ‘man bila nak bakar tahfiz’


dilaksanakan.

[186] Selepas itu lebih kurang pukul 5 pagi, T1, Aiman [SP70], Debab
[SD3] dan Jupem [T2] balik semula ke rumah rumah Aiman
[SP70] dan kemudian T1 terus balik ke rumahnya. T1 tidur
hingga ke siang, dan sedar hanya jam lebih kurang 11 hingga
12.00 tengahari.

Keterangan mengambil lighter di rumah T1.

[187] Menurut keterangan T1, semasa beliau dalam tahanan, pihak


polis semasa siasatan telah bertanyakan T1 sama ada T1 ada
menghisap rokok atau tidak. Apabila T1 menjawab bahawa
beliau ada menghisap rokok, polis lantas bertanya tentang di
mana lighter dan T1 menjawabnya ada di rumah dan polis telah
membawa T1 ke rumahnya dan ke bilik T1. Di rumahnya, telah
dijumpai lighter di atas katil T1. Ini adalah kali kedua polis ke
rumah T1 yang mana kali pertama adalah pergi mengambil baju
T1. Menurut T1 biliknya tidak berkunci sepanjang masa dan
beliau tinggal dengan adiknya.

T1 dalam CCTV meletakkan botol mineral

[188] T1 semasa disoal balas turut mengakui bahawa beliau, dan Imran
[Debab-SD3] ada kelihatan di dalam rakaman CCTV P253
(CCTV Bangunan PPIM) pada jam 4.28, semasa berhampiran
pagar yang beliau sedang memegang botol mineral ;

Soalan TPR: “awak kan awak pergi ke motorsikal awak kan?


Okay. Teruskan. Dekat tangan awak. Aidil ada, awak ada pegang
botol, botol mineral, okay, mainkan [video].

100
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Soalan Mahkamah; So, apa jawapan tadi? Ada pegang botol?

Jawapan TPR: Mineral, Yang Arif.

Soalan Mahkamah: Apa Jawapan? Setuju?

Jawapan TPR: Dia angguk. Dia angguk saksi angguk.

Soalan TPR: Okay dan awak letakkan di bawah botol mineral itu
awak letakkan di bawah, Ke dekat motor? Saya tak nampak
sangat dari sini.

Jawapan Penama/T1: Di bawah.

[189] Akhir sekali semasa dicadangkan oleh Puan TPR, T1 menafikan


bahawa beliau pada 14.09.2017 antara jam lebih kurang 4.15
hingga 4.30 bersama T2 telah dengan sengaja membakar asrama
Tahfiz menggunakan pemetik api menyalakan petrol yang
disimbah di pintu asrama dan menyebabkan kebakaran dan
membawa maut kepada pelajar-pelajar dan wardennya .

Pemeriksaan Semula T1 oleh peguam

[190] Semasa disoal semula oleh peguam T1, soalan-soalan adalah


meliputi kepada 4 isu dan ini jawapan T1:-

Isu[i] - CCTV [P253] menunjukkan T1 sedang memegang botol


mineral [jam 4.29 pagi]; ditanya kenapa dia tidak bersetuju
dengan soalan TPR bahawa botol mineral yang T1 bawa berisi
petrol, T1 menjawab ‘itu air mineral la”.

Isu[ii] -T1 tidak bersetuju bahawa sebab lighter tersebut


digunakan untuk memulakan kebakaran, maka sebab itulah T1
menunjukkan kepada pihak polis, T1 menjelaskan polis
bertanyakan sama ada T1 hisap rokok atau tidak .

101
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Isu[iii] - di dalam CCTV, T1 kelihatan dalam keada an biasa


berjalan menunju ke motorsikal selepas keluar dari pagar Tahfiz;
Peguam bertanyakan kenapa T1 tidak kelihatan bergegas selepas
selesai membakar Tahfiz dan menuju ke motorsikal tetapi dalam
keadaan berjalan biasa, adakah sebab T1 mengetahui adanya
CCTV atau tahu bahawa tiada sesiapa yang menghalang mereka.
T1 menjawab bahawa beliau tidak tahu adanya CCTV dan
sememangnya beliau berjalan biasa.

Isu[iv]- tujuan kali kedua ke Taman Balak mengambil dadah ; T1


semasa ditanya oleh peguam T1 kenapa beliau terus tidur semasa
sampai di rumah pada jam 5.00 pagi. T1 menjawab bahawa
beliau mengantuk sebab hisap ganja pada jam 4.00 pagi.

[191] Mahkamah meneliti alasan T1 mengapa dia mengantuk adalah


kerana selepas baru menghisap ganja untuk kali kedua. Ini
kerana beliau mengatakan beliau mengantuk dan balik dan terus
tidur. Mahkamah ini berpendapat jika benar dengan mengambil
ganja dia merasa mengantuk, sepatutnya selepas mengambil
ganja pada jam 02.00 pagi itu lagi T1 tidak akan pergi bermain
snooker dan tidak akan mengambil ganja untuk kali kedua.
Ditanya T1 kenapa perlu ke Taman Balak kali kedua untuk
menghisap ganja, T1 menjawab ‘sebab nak try lagi, nak gilir-
gilir hisap”.

[192] Mahkamah ini mendapati bahawa jarak rumah T1 dengan Taman


Balak paling lama hanya 10 minit sahaja perjalanan. Jika benar
mengantuk T1 boleh balik ke rumah setelah mengambil ganja
pertama kali malam itu.

[193] Oleh itu jika benar pada jam 4.16 pagi itu adalah kali kedua T1
mengambil ganja dan T1 dan kawan-kawannya mempunyai masa
lebih kurang 30 minit untuk memanjat pagar, mengangkat dua
tong gas dan mencurah petrol dan membakar pintu Tahfiz maka

102
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

alasan mengantuk sebab menghisap ganja adalah terlalu lekeh


untuk diterima. Mahkamah dapati T1 balik ke rumah dan terus
tidur bukanlah sebab alasan rasa mengantuk kerana menghisap
ganja tetapi rancangan membakar sekolah tahfiz telah terlaksana
oleh itu T1 boleh masuk biliknya dan tidur.

SD2- Haslinda binti Ismail [ibu T1]

[194] SD2 adalah ibu kandung T1. Pada pagi kejadian [14.6.2017]
SD2 tersedar dari tidur apabila terdengar ada orang membuka
pintu rumah. SD2 kemudiannya bangun dan pergi ke tandas.
Pada masa tersebut, SD2 nampak anaknya T1 masuk ke dalam
biliknya. SD2 keluar dari tandas dan tengok jam sudah pukul
5.00 pagi lebih [14 hb ]. SD2 sebagai ibu sudah tentu mempunyai
kepentingan keatas anaknya yang sedang menghadapi tuduhan
membawa hukuman mati. Ini diputusakan oleh Mahkamah
Rayuan di dalam kes Hemankumar Subramaniam v. PP [2020] 3
CLJ 844 sebagai berikut diputuskan;-

“As for the evidence of SP3, although she went through an


impeachment proceeding and the prosecution was unsuccessful
in their attempt to impeach her credibility, we are of the view
that her evidence ought to be treated with caution. In addition,
she is the mother of the appellant, an interested witness and she
was giving evidence for her son, who is facing a death
sentence.”

SD3 Emran Fazley Bin Abu Bakar.

[195] Nama gelaran SD3 ialah Debab. Beliau adalah adik kepada SP70
(Aiman) dan merupakan rakan bersama T1 semasa kejadian
kebakaran Tahfiz. Beliau berusia 15 tahun masa itu.

103
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[196] Pada 13.09.2017 jam 10 malam, kawan-kawan SD3 datang ke


rumahnya iaitu T1, Deni, Naam, Haikal, Shahrul dan Jupem.
Mereka borak-borak sambil menunggu abang kepada SD3
(Aiman -SP70) balik dari menolong emaknya berniaga di pasar
malam di Sentul. Mereka menunggu SP70 pulang untuk
menghisap dadah jenis ganja yang dipunyai oleh SP70.

[197] Menurut keterangan SD3 lagi, mereka melepak dan selepas jam
11.00 malam baru emak dan SP70 pulang. Selepas itu, mereka
sediakan botol dan potong ganja untuk persediaan menghisapnya
di Taman Balak. Menurut SD3 pada awalnya rancangan mereka
adalah hisap di rumah SD3 (rumah SP70) namun oleh kerana
jiran-jiran marah sebab mereka bising, mereka pergi ke Taman
Balak untuk menghisap ganja itu.

[198] Pada awal pagi hari kejadian 14.6.2017, jam lebih kurang 1.00
pagi lebih atau jam 2.00 pagi menurut SD3, beliau membonceng
motosikal dengan Shahrul pergi ke Taman Balak. Semasa sampai
di sana abang SD3 (SP70- Aiman] dan Haikal sampai terdahulu.
Manakala T1, Jupem [T2], Naam dan Deni telah berhenti di
petrol stesen mengisi minyak dan selepas 5 minit 4 mereka
berempat sampai di Taman Balak. Semasa berada di atas bukit
[tanah tinggi] di Taman Balak, diajak sama SP68 dan SP69 yang
berada berhampiran di bawah di warung CMM untuk menghisap
ganja di atas bukit.

[199] Menurut SD3, beliau, Aiman (SP70), Jupem, Naam, Adli dan
Adik [SP68] menghisap ganja di pondok yang berada di atas
bukit [tanah tinggi] di Taman Balak itu. Walau bagaimanapun,
Sharul dan Haikal telah keluar sekejap. Selepas 20 minit,
selepas menghisap ganja, SD3 bersama Naam dan Aiman
menunggang motosikal turun ke Warung CMM, manakala

104
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

kawan-kawan yang lain turun ke warung kedai CMM berjalan


kaki melalui tangga.

[200] Di warung CMM SD3 duduk dan berborak dengan rakan-rakan


yang turun dari pondok di atas bukit tadi mengenai rancangan
untuk ke pusat snooker. Mereka berborak selama 20-30 minit.
Menurut SD3, perancangan untuk pergi ke snooker ini sejak dari
rumah lagi. Perancangan pergi ke snooker ini timbul daripada
abangnya SP70.

[201] Kedudukan SD3 semasa di warung CMM ialah SD3 dan


abangnya SP70 duduk di kerusi bersebelahan meja T1, yang
mana T1 baring atas meja itu. Manakala kawan-kawan yang lain
Deni, Jupem, Naam di meja sebelahan. SD3 sahkan kehadiran
SP69 dekat dengan warung CMM.

[202] Semasa sedang melepak di warung CMM, seorang kawan mereka


bernama Zuhdi ada singgah dan bertanyakan mereka kenapa
melepak di Taman Balak, sebab biasanya mereka lepak di rumah
sahaja dan ini pertama kali mereka lepak di sekitar warung
CMM mengambil dadah di Taman Balak.

[203] Kemudian, SD3, Aiman [SP70], Adli [T1], Jupem[T2], Aiman


Aqari, Naam, Shahrul dan Deni menunggang motosikal ke KL
Snooker. Menurut SD3 rancangan untuk bermain snooker
dicadangkan oleh abangnya [SP70-Aiman]. SD3 menyatakan
mereka lepak lebih kurang 1 jam lebih di tempat snooker.

[204] Pada pukul 3-4 pagi SD3 dan kawan-kawanya semua balik ke
rumah SD3. SD3 bila ditanya kenapa kawan-kawannya ikut balik
ke rumah SD3, SD3 seakan-akan menyatakan tiada sebab kenapa
mereka semua balik semula ke rumah SD3, seolah-olah mereka
menunggu-nunggu masa yang terbaik untuk sesuatu perkara. Ini
jawapan SD3 kepada soalan peguam;

105
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

“Soalan Peguam: Daripada snooker balik ke rumah kamu?

Jawapan SD3: Haah.

Soalan peguam: Buat apa pergi ke rumah kamu semula?

Jawapan SD3: Pergi depan rumah balik.

Soalan Peguam: Ya la buat apa?

Jawapan SD3: Kira …… (interrupted)

Soalan Peguam: Waktu tu dah pukul berapa lebih kurang?

Jawapan SD3: Tiga lebih, empat macam tu.

Soalan Peguam: Tiga lebih empat, soalan yang saya tanya tadi,
buat apa kembali semula ke rumah kamu?

Jawapan SD3: Kira daripada snooker tu terus pergi ke depan


rumah balik sebab dah tak ada apa nak buat apa dah.

Soalan Peguam: Tak ada nak buat apa jadi kembali ke rumah..
apa berlaku di rumah?

Jawapan SD3: Lepak depan rumah aje la.

Soalan Peguam; okay ada apa-apa yang berlaku bila kamu


lepak-lepak depan rumah sebab kamu kata tak ada apa apa nak
buat lagi tu?

Jawapan SD3: Pastu abang saya, Jupem, Adli pergi Taman


Balak balik.

Soalan Peguam: Buat apa?

Jawapan SD3; Nak hisap ganja ada balance hisap ganja tu tak
habis lagi, pastu nak hisap balik.

106
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Soalan Peguam: Bagaimana dengan yang lain-lainnya?

Jawapan SD3: Dekat depan rumah rumah saya.

Soalan Peguam: Kenapa mereka tak ikut?

Jawapan SD3: Sebab, sebab dia orang dah tak nak dah kira.

[205] Selepas itu SD3, bersama [Adli] T1, T2 [Jupem] dan SP70
Aiman [abang SD3] pergi semula untuk kali kedua mengambil
dadah di Taman Balak dengan menunggang dua motorsikal
secara membonceng. SD3 memboceng dengan T1 menunggang
motorsikal milik Shahrul, manakala Shahrul menunggu di rumah
SD3. Abang SD3 [Aiman] pula menunggang dengan T2 [Jupem]
pembonceng.

Sampai di Taman Balak kali Ke2

[206] Aiman dan Jupem [T2] yang bertolak dahulu dari rumah SD3,
selepas itu baru SD3 dan T1 bertolak. Namun semasa SD3
sampai Jupem [T2] dan abangnya belum sampai walaupun
mereka bertolak lebih awal. SD3 dan T1 pusing dua kali dengan
motorsikal dan menunggu di Taman Balak barulah selepas itu
Aiman [SP70] dan Jupem (T2) sampai. Mereka berempat terus
pergi ke tangga belakang menghala ke pondok di taman balak.
Menurut SD3 di situ lah [Jupem] T2 meletakkan bekas hisap
ganja selepas kali pertama mereka hisap. Mereka berempat
semua menghisapnya sehingga habis dan memakan masa 10-15
minit.

[207] Selepas itu, mereka berempat menuruni tangga bergerak semula


ke motosikal untuk menunggang balik ke rumah SD3. SD3 dan
T1 bergerak dahulu, manakala Aiman dan T2 mencari kunci

107
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

motor dan mereka berempat bertolak balik bersama terus


kerumah SD3.

CCTV antara jam 4:30pagi – 4.48 pagi di tempat 2 motorsikal


berada.

[208] SD3 dirujuk oleh peguam dengan rakaman CCTV P253(a) [klip
ke 4] di mana SD3 mengesahkan dirinya dan T1 di atas
motorsikal dan parking motorsikal dan SD3 mengesahkan ini
adalah kali kedua mereka ke taman untuk menghisap ganja.
Menurut SD3 berdasarkan kepada cctv itu, selepas sampai beliau
dan T1 menghala ke bahagian belakang ke arah tangga untuk
melihat sama ada abangnya [Aiman] telah sampai ke situ.
Sewaktu ini SD3 dan T1 sahaja kelihatan dalam rakaman CCTV.
Selepas itu SD3 dan T1 balik semula ke motorsikal diletakkan
sebab abangnya dan Jupem belum sampai. Selepas itu mereka
keluar dan pusing dengan motorsikal menunggu Aiman dan T2.

[209] Keadaan SP70 dan Jupem yang bertolak dahulu dan lewat tiba
dan keterangan SD3 bahawa semasa SD3 dan T1 sampai di
parkir, mereka berdua telah menghala ke arah tangga dan
kemudian telah keluar semula pusing dengan alasan mencari
abangnya kerana abangnya adalah seperti mencurigakan
memandangkan tujuan mereka keluar ke taman balak untuk
tujuan bersama-sama pergi ke tangga untuk hisap ganja.

[210] Selepas itu Aiman [SP70] dan T2 sampai mereka berempat ke


tempat belakang setelah meletakkan motorsikal di situ. Menurut
SD3, T2 ke hadapan menuju ke tangga atas alasan T2
mengetahui di mana botol dadah yang dia letakkan sebelum ini,
dan dikuti oleh SD3, T1 dan Aiman [SP70] dari belakang.

108
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[211] Selepas itu rakaman CCTV dirujuk oleh Peguam pada bahagian
jam 4:48 pagi, kelihatan ada mereka berempat SD3, T1, T2 dan
Aiman [SP70]. Menurut SD3, apabila peguam bertanyakan
kenapa tiada sebarang pergerakan selama 18 minit antara 4.30
pagi hingga 4.48 pagi, SD3 menjawab sebab mereka berempat
berada di tangga sedang menghisap ganja di tangga.

[212] Kelihatan di dalam CCTV juga SD3 berjalan secara biasa sahaja
menuju ke tempat motorsikal. Kelihatan kunci motosikal Aiman
tunggang terkunci. Selepas itu mereka naik motorsikal dan balik
ke rumah SD3.

Sampai di rumah SD3

[213] Menurut SD3, semasa mereka sampai di rumahnya, masih ada 3


rakannya yang menunggu iaitu Deni, Naam dan Shahrul. Selepas
mereka berborak sekejap, semua beredar balik. SD3 masuk ke
rumahnya dan tidur. Waktu ini lah jika menurut emak T1 iaitu
SD2 bahawa beliau melihat jam 5.00 pagi semasa melihat T1
masuk ke dalam rumah.

Pemeriksaan Balas oleh Puan Timbalan Pendakwa Raya.

[214] SD3 bersetuju bahawa kedudukan antara meja dan kerusi di


warung CMM adalah dekat-dekat dan boleh didengar semasa
berbual antara meja. Walau bagaimanapun SD3 tidak bersetuju
dengan cadangan Pn. TPR terdapat perbualan SD3 dan rakan-
rakannya untuk bakar sekolah tahfiz, hanya berbual untuk
bermain snooker semasa berhimpun di warung CMM.

[215] SD3 bersetuju dari tempat mereka kali kedua kelihatan berempat
meletakkan motorsikal dan menuju ke tangga akan melalui
bangunan PPIM dan sekolah tahfiz. Namun SD3 tidak bersetuju

109
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

mereka berempat singgah di belakang sekolah tahfiz dari tempat


meletakkan motorsikal.

Pihak Pendakwaan momohon untuk mencabar kredibilti saksi.

[216] Pihak Pendakwaan di peringkat ini telah memohon untuk


merujuk saksi kepada Kenyataan Bertulis Saksi di bawah
seksyen 112 Kanun Acara Jenayah yang dirakam semasa SD3 di
dalam tahanan reman selama 14 hari.

[217] Mahkamah telah meneliti percanggahan yang maksudkan oleh


pihak Puan TPR iaitu pada muka surat 5 hingga akhir muka surat
6 dan Mahkamah putuskan terdapat percanggahan yang serius
atas keterangan saksi di mahkamah dengan apa yang terkandung
di Pernyataan Saksi Semasa Tahanan dalam siasatan di bawah
seksyen 112 Kanun Acara Jenayah itu.

[218] Penjelasan SD3 semasa soal balas, bahawa pada awalnya pihak
polis telah memaksanya mengaku bahawa beliau nampak T1
[Adli] dan T2 [Jupem] masuk ke dalam Tahfiz dengan memanjat
pagar tahfiz manakala beliau dan Aiman [SP70] duduk di luar
pagar. SD3 menjelaskan semasa itu beliau tidak dibenarkan
menyatakan bahawa selepas menghisap ganja mereka terus balik
ke rumah SD3. Menurut SD3 beliau dipukul sehingga SD3
mengaku bahawa T1 dan T2 ada masuk ke dalam kawasan
sekolah tahfiz dengan melompat pagar.

[219] Namun dalam masa yang lain, SD3 menyatakan pula secara
berlawanan bahawa beliau hanya diberikan suatu kenyataan yang
sudah siap bertaip dan memaksanya menandatangani tanpa
beliau diminta membacanya terlebih dahulu.

[220] SD3 mengakui kenyataan beliau kepada Pegawai Perakam di


semua perenggan adalah benar, kecuali di bahagian keterangan

110
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

yang masuk ke dalam Tahfiz sahaja yang beliau tidak bersetuju.


SD3 menyatakan bahawa sebenarnya T1 dan T2 tidak masuk ke
dalam Tahfiz sebab mereka berempat terus balik selepas selesai
hisap ganja kali kedua di tangga belakang Tahfiz tersebut.

Keterangan Pegawai Perakam Kenyataan SD3 iaitu Inspektor Nor


Helmie bin Noorzan sebagai TWT1.

[221] Mahkamah telah memutuskan untuk mengadakan Perbicaraan Di


Dalam Perbicaraan dengan memanggil Pegawai Perakam
Kenyataan SD3 iaitu Inspektor Nor Helmie bin Noorzan sebagai
TWT1.

[222] Menurut keterangan TWT1 Pegawai perakam percakapan saksi


SD3 ini, atas arahan oleh Pegawai Penyiasat kes ini [SP71]
supaya beliau merakam percakapam SD3. Keterangan SD7
adalah sebelum beliau merakam percakapan SD3 beliau telah
memeriksa tubuh fizikal SD3 dan sahkan SD3 berada dalam
keadaan baik dan sihat. Semasa rakaman percakapan, hanya
TWT1 dan SD3 sahaja berada di dalam bilik tersebut. Keadaan
bilik baik dan terbuka. TWT1 telah menjelaskan peruntukan di
bawah Sek 112 KTJ kepada SD3 sebelum memulakan rakaman
percakapan SD3.

[223] Kaedah rakaman percakapan SD3 oleh TWT1 adalah TWT1


telah bertanyakan soalan kepada SD3 dan kemudian beliau
menaip jawapan yang diberikan oleh SD3. Setelah habis menaip
rakaman percakapan SD3, TWT1 telah cetak keluar rakaman
tersebut. SD3 telah baca semula rakaman percakapan tersebut
dan menurunkan tandatangan sebagai bersetuju dan
mengesahkannya.

111
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Keterangan soal balas saksi SD3 disambung selepas saksi TWT1


selesai memberi keterangan.

[224] Mahkamah ini membenarkan Puan TPR menyambung soal


balasnya ke atas SD3 sebelum membuat keputusan ke atas
Pencabaran Kebolehpercayaan SD3 dibuat oleh Mahkamah ini.

[225] Puan TPR telah merujuk kepada dua gambar pagar belakang
sekolah Tahfiz iaitu gambar diambil pada waktu siang [P157]
dan waktu malam [P158]. TPR mencadangkan di situlah T1
[Adli] dan T2 [Jupem] memanjat pagar pada pagi kejadian. SD3
bersetuju bahawa itu adalah gambar pagar Tahfiz tetapi tidak
bersetuju bahawa T1 dan T2 telah memanjat pagar tersebut
semasa kali kedua datang ke situ berempat selepas meletakkan
motorsikal dan menuju ke tangga.

Keterangan Semasa Pemeriksaan Semula SD3 oleh Peguam T1

[226] Soalan peguam semasa pemeriksaan semula SD3 berkisar kepada


perbezaan keterangan di Mahkamah dan keterangan kepada
Pegawai Perakam TWT1. SD3 menjelaskan bahawa beliau
dipukul oleh pihak polis yang mahukan SD3 mengaku bahawa
Adli [T1] dan Jupem melompat pagar semasa mereka kali kedua
ke bahagian belakang bangunan Tahfiz. Menurut SD3 beliau
tidak kenal dengan polis yang memukulnya. SD3 menambah
semasa dipukul beliau tidak diminta menandatangani apa-apa
dokumen. Dengan kata lain bukan TWT1 Inspektor Nor Helmie
bin Norzan yang memukul SD3 jika pun benar SD3 dipukul.

[227] SD3 tidak bersetuju bahawa terdapat perbualan antara mereka


untuk membakar Tahfiz semasa berada di warung CMM. Malah
menurut SD3 mereka hanya bising tentang giliran hisap ganja
semasa di warung Tahfiz. Mahkamah ini mengambil maklum

112
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

semasa SD3 berada di warung CMM beramai-ramai setelah


selesai hisap ganja dan oleh itu apa perlu lagi bercakap tentang
giliran pula.

Jawapan SD3 atas soalan oleh Mahkamah

[228] SD3 menyatakan bahawa semasa beliau menandatangani


kenyataannya itu beliau tidak tahu bahawa di dalam kenyataan
itu beliau tidak terlibat membakar Tahfiz dan dua orang
kawannya yang terlibat sebab SD3 mengakui beliau tidak
langsung berpeluang membaca Kenyataan Bertulisnya itu.

[229] Menurut SD3 beliau ceritakan kesemua isi kandungan Kenyataan


Bertulis kepada pihak polis semasa polis memasukkan di dalam
komputer di depan mereka. SD3 hanya tidak mengakui beliau
menceritakan bahawa ‘dua orang masuk’. Menurut SD3 beliau
mengetahui isi yang ditaipkan oleh polis di depan komputer itu.

[230] Mahkamah ini berpuas hati dengan penerangan SD3 bahawa


beliau tidak bersetuju hanya pada satu kenyataan iaitu bahawa
Adli [T1] dan Jupem masuk ke dalam Tahfiz dan tiada
pencabaran kebolehpercayaan ke atas SD3 dibuat dan SD3
selamat dari dicabar [impeach]. Taylor J. di muka surat 58 di
dalam kes Muthusamy v. Public Prosecutor [1948] MLJ 57 [
yang di ikuti oleh kes Husdi v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ
80 keputusan Mahkamah Persekutuan] memberi penerangan dan
panduan berikut di dalam menentukan pencabaran keatas
kebolehpercayaan saksi;

“If he denies having made it, then either the matter must be
dropped or the document must be formally proved, by calling
the writer or, if he is not available, by proving in some other
way that the witness did make the statement.

113
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

If the witness admits making the former statement, or is proved


to have made it, then the two conflicting versions must be
carefully explained to him, preferably by the court, and he must
have a fair and full opportunity to explain the difference. If he
can, then his credit is saved, though there may still be doubt as
to the accuracy of his memory. This procedure is cumbersome
and slow and therefore should not be used unless the apparent
discrepancy is material to the issue.”

[231] Oleh itu Mahkamah putuskan keterangan SD3 diterima tanpa


perlu dipotong [expunge] namun keterangan SD3 tertakluk
kepada Mahkamah ini memutuskan sama ada boleh dipercayai
atau jika tidak, adakah berjaya menimbulkan keraguan
munasabah seperti mana diputuskan di dalam kes PP v. Mat
[1963] 1 MLJ 263.

[232] Mahkamah mengambil pendirian bahawa keterangan SD3 harus


diperhalusi dan dipertimbangkan secara lebih berhati-hati. SD3
adalah kawan kepada T1 dan adik kepada Aiman [SP70]. SD3
juga yang menunggang bersama T1 dari rumah SD3 pergi ke
Taman Balak pada jam lebih kurang 4 pagi untuk menghisap
dadah kali kedua. Kedudukan SD3 di sini adalah sebagai saksi
yang mempunyai alasan untuk berpihak dan berkepentingan.
SD3 sebagai saksi pembelaan, walaupun pada peringkat ini
adalah memberi keterangan bagi pembelaan, keterangan beliau
adalah perlu dinilai bersama-sama dengan keterangan -
keterangan lain, dan tidak diambil secara berseorangan. [Lihat
juga kes Hemankumar Subramaniam v. PP [supra] saksi
berkepentingan.]

[233] Penglibatan SD3 di semua lokasi pada malam itu sejurus


sebelum kebakaran berlaku, termasuk ada bersama semasa SP68
mendengar T1 berkata “man bila nak bakar tahfiz”, sehingga

114
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

datang semula ke belakang tahfiz, mengakui bersama-sama T1


ada di belakang tahfiz pada kali kedua datang ke Taman Balak,
kedudukan SD3 adalah sama seperti SP70 yang tergolong dalam
katogeri rakan sejenayah ‘accomplice’.

[234] Keterangan SD3 bahawa setelah menghisap ganja di pondok di


Taman Balak lebih kurang 20 minit, mereka semua turun ke
warong CMM dan lepak dan berborak. Keterangan SD3 di sini
nampak seolah-olah sama sahaja dengan keterangan saksi-saksi
lain. Walau bagaimanapun, menurut SD3 pada masa itu ada
seorang kawan mereka nama Zuhdi singgah di warong dan
bertanya kenapa melepak di Taman Balak biasanya SD3 melepak
di rumah sahaja.

[235] Keterangan ini menunjukkan bahawa SD3 dan kawan-kawananya


yang berada di warung CMM itu bukanlah pada kebiasaannya
melepak di taman itu. Namun, apa yang tidak dijelaskan oleh
pembelaan termasuk SD3 kenapa mereka lepak ke Taman Balak
dan sampai mereka perlu ke Taman Balak untuk kali kedua pada
malam itu sedangkan mereka bukanlah biasa lepak atau
menghisap ganja di situ. Alasan bahawa jiran-jiran bising adalah
bercanggah dengan keterangan di dalam CCTV Stesen Minyak
Petron Jalan Keramat, bahawa mereka pergi ke Taman Balak
adalah pada jam 2.28 pagi, apabila T1 dan Jupem dikesan berada
di stesen Minyak semasa dalam perjalanan ke Taman Balak
pertama kalinya, di mana mereka singgah mengisi minyak.
Apabila jam 2.28 pagi baru bergerak ke Taman Balak, maknanya
SD3 dan rakan-rakan yang lain melepak di rumah SD3 telah 4
jam, sejak jam 10 malam sehingga jam 2.28 pagi. Kemudian
selepas mereka balik dari bermain snooker, masih ada kawan-
kawan SD3 dan SP70 yang lain melepak di rumah SD3. Jika
dikatakan jiran bising, kenapa pula boleh melepak selama 4 jam
sebelum ke Taman Balak dan kawan-kawan yang lain ini masih

115
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

duduk melepak di rumah semasa SD3 pergi ke taman buat kali


kedua, pada waktu lewat pagi ini?

[236] Kronologi pergerakan dan masa yang diambil oleh T1, T2, SD3,
SP70 dari rumah, ke Taman Balak, ke warung CMM, ke snooker
dan balik semula ke Taman Balak adalah teratur dan seperti
dirancang. Keadaan rakan-rakan yang lain berada di rumah
menunggu semasa T1 dan rakan-rakannya pergi ke Taman Balak
kali kedua, menguatkan lagi bahawa ada perancangan yang
tersusun untuk masuk ke dalam kawasan sekolan tahfiz.

[237] SD3 dalam semua keadaan adalah saksi yang tidak dapat
menyokong pembelaan. Keterangan SD3 yang menyatakan T1
tidak melompat pagar masuk ke tahfiz adalah tidak dapat
mematahkan keterangan saksi pendakwaan bahawa T1 dilihat
masuk ke sekolah tahfiz. Perlu di ingatkan SP70 dan SD3 adalah
rakan sejenayah yang berempat bersama T1 dan T2 kali kedua ke
tempat kejadian.

[238] Mahkamah ini menggunapakai penelitian dan dapatan


Mahkamah ini di perenggan 97 hingga 100 dan kes Mahkamah
Persekutuan di dalam kes PP v. Lim Kiang Chai [supra] untuk
berhati hati menerima keterangan rakan sejenayah dan saksi
berkepentingan seperti SP70 dan SD3 yang berempat bersama di
tempat dan masa kejadian. Lihat juga kes Hemankumar
Subramaniam v. PP [supra] Mahkamah Rayuan menyatakan
walaupun saksi gagal di cabar kebolehpercayaannya namun
perlu berhati-hati dengan saksi tersebut sebab beliau adalah
saksi berkepentingan.

SD4 Mohammat Naam Bin Mukari

116
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[239] SD4 dilahirkan pada 03.03.2001 berusia 16 tahun semasa


kejadian. SD4 mengenali T1 sebagai kawan di rumah dan di
sekolah. Menurut SD4 malam sebelum kejadian kebakaran,
beliau ada berjumpa dengan T1 dan kawan-kawan datang
melepak bersama-sama rakan yang lain di rumah Aiman. SD4
bersama-sama dengan Adli [T1], Aiman [SP70], Debab [SD3],
Jupem [T2] Shahrul, Deni kesemua 7 orang. Rancangan mereka
adalah untuk menghisap ganja, pada mulanya di rumah Aiman
tetapi sebab jiran marah mereka beralih rancangan ke Taman
Balak menghisap ganja. Ini adalah kali pertama ke Taman Balak
untuk lepak.

SD4- Berada di Taman Balak malam [13 hb ]sebelum hari kejadian

[240] Menurut SD4 mereka ke Taman Balak dengan motorsikal. SD4


menunggang dibonceng Deni dan Adli dibonceng Jupem. Di
dalam perjalanan ke taman balak, mereka berempat berhenti
untuk mengisi minyak motorsikal di Stesyen Minyak Petron di
kawasan Damai. Selepas itu mereka ke atas bukit, di satu
pondok di Taman Balak itu bersama-sama rakan-rakannya yang
sampai lebih awal kerana tidak mengisi minyak iaitu Debab,
Aiman, Shahrul. SD4 tidak perasan SP68 dan SP69 ada sama ke
tempat pondok tersebut.

SD4 tidak ambil kisah perbualan rakan-rakan di warung CMM.

[241] Selepas hisap ganja di pondok, SD4 turun ke warung CMM


dengan menaiki motosikal melalui depan Tahfiz dan PPIM. SD4
baring di atas meja ‘B’ [merujuk kepada eksibit pembelaan
tandaan D1] dan bermain handphone. Oleh itu SD4 tidak
perasaan perbualan oleh kawan-kawan lain. SD4 tidak terdengar
perbualan rakan-rakannya itu untuk melakukan jenayah.

117
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[242] SD4 mengakui tidak ingat setiap butiran perbualan yang dibual
semasa lepak di warung CMM. SD4 mengakui ada SP68 dan
SP69 bersama seorang perempuan lagi dan Alif duduk di bangku
berdekatan dengan tasik.

[243] SD4 sahkan kedudukan meja dan bangku di depan CMM adalah
dalam jarak dekat dan T1 baring atas meja sebelah SD4. Mereka
selepas itu pergi bermain snooker dan selesai bermain snooker
mereka balik semula ke rumah Aiman. Manakala Adik [SP68],
Ijal [SP69] Alif dan kawan perempuan mereka tidak ikut
bermain snooker.

SD4 tidak ikut sama T1 dan 3 lagi pergi hisap ganja kali kedua.

[244] SD4 semasa ditanya oleh peguam kenapa tidak ikut kawannya
berempat ke Taman Balak untuk kali kedua hisap ganja, SD4
menjawab beliau mengantuk. Namun Mahkamah ini meneliti
fakta agak menghairankan kenapa SD4 tidak balik tidur di
rumahnya atau menumpang tidur di rumah SD3 tetapi memilih
untuk menunggu kawan-kawan yang pergi hisap ganja kali
kedua, di depan rumah SD3. Menurut SD4 lagi tempoh itu
adalah selama lebih kurang antara 1 jam atau 1 jam setengah
sehingga mereka berempat balik pada jam anggaran pukul 5.00
pagi.

[245] Menurut SD4 apabila sampai semula mereka berempat di rumah


SD3 lalu SD4 pun balik dan tidak ada lagi berbual. Menurut SD3
mereka sampai balik dan berbual-bual baru bersurai seolah-olah
SD4 hanya menunggu 4 mereka sampai dan SD4 terus balik.

Pemeriksaan Balas oleh TPR ke atas SD4.

118
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[246] SD4 tidak perasan sama ada SP68 dan SP69 bersama mereka
semasa menghisap ganja di pondok di Taman Balak. SD4 hanya
perasan kawan-kawanya yang datang bersama dari rumah SD3
sahaja. Semasa di warung CMM, SD4 sibuk melihat Instagram
di dalam handphone beliau oleh itu tidak sepenuhnya mengikuti
perbualan rakan-rakan mereka di antara meja walaupun rapat
dan boleh didengar. Menurut SD4 ada yang bercakap dan ada
yang gelak ketawa. SD4 tidak perasan sama ada SP68 ‘Adik’ ada
bersama.

[247] Di dalam menjawab soalan Mahkamah tentang waktu semasa di


warung CMM, SD4 memberitahu masa adalah lebih kurang jam
antara 3.00 hingga 4.00 pagi. Rancangan ke Taman Balak untuk
hisap ganja kali kedua hanya dibuat dalam masa yang singkat
bukan lebih awal.

Keterangan SD5 Denirukian Shah Bin Agustiar [Deni]

[248] SD 5, nama panggilan beliau ialah Deni. SD5 dilahirkan pada


21.11.2001 dan beliau berumur 16 tahun semasa kejadian
kebakaran berlaku. Adli [T1] adalah kawan kepada SD5.

[249] Menurut SD5 beliau pada awal pagi hari kejadian jam 12.30 pagi
beliau telah pergi ke rumah Aiman [SD3]. Di sana terdapat
seramai 7 orang rakan-rakan beliau termasuk Aiman ada di luar
rumahnya. Mereka ialah T1, T2, Aiman, Naam, Shahrul, Haikal
dan Debab. Rancangan pada awal pagi itu adalah untuk
menghisap ganja dan untuk bermain snooker. Mereka ke Taman
Balak berdekatan sekolah Tahfiz untuk menghisap ganja kerana
jiran marah buat bising pada waktu tersebut.

[250] Mereka semua ke Taman Balak menaiki 5 buah motorsikal. SD5


bersama sebuah motorsikal lagi singgah mengisi minyak di

119
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Stesyen Petron. Peguam ada merujuk kepada keratan CCTV


P252(a) pada jam 2.28 pagi dan SD5 dapat camkan dirinya di
Stesyen Minyak Petron bersama T1 dan T2.

[251] Selepas itu barulah SD5 bersama rakan-rakan yang lain berada
di pondok berdekatan sekolah Tahfiz, pada masa itu sekitar jam
2.00 pagi, menghisap dadah. Selepas hisap ganja di pondok, SD5
turun ke Warung CMM bersama Adli [T1], Naam dan Adik
[SP68] melalui tangga.

[252] SD5 menyatakan bahawa SP69 dan kawan perempuannya [Yana]


berada berdekatan lebih kepada Bangunan PPIM tetapi masih
hampir di warung CMM, namun SD5 tidak perasaan kehadiran
Adik [SP68] pada masa itu. SD5 mengaku tidak dapat
mengingati setiap perbualan yang dibualkan di warung CMM
itu.

[253] Selepas itu mereka semua pergi bermain snooker hanya


kumpulan SP69 masih di situ. Mereka bermain snooker selama
lebih kurang 1 jam dan selepas itu balik semula ke rumah Aiman
semuanya. Selepas itu Aiman, Adli (T1), Jupem dan Debab pergi
semula ke Taman Balak untuk habiskan hisap ganja kali kedua
tetapi SD5 tidak ikut sama. Menurut SD5 4 kawannya ke sana
sekitar 40 hingga 50 minit dan balik semula serentak dan selepas
itu SD5 terus dihantar balik kerumahnya tanpa berbual lagi.

Pemerikasan Balas SD5 oleh Puan TPR

[254] SD5 tidak perasan SP68 Adik ikut sama di Pondok Taman Balak
pada awal pagi itu. Selepas selesai di Taman Balak mereka turun
ke warung CMM tetapi tidak dapat pasti sama ada masing-
masing boleh dengar perbualan masing-masing tetapi tidak dapat

120
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

ingat setiap apa yang dicakapkan. SD5 hanya ingat tentang


perbualan ke snooker.

SD6 Nuzul Aidil Hafiz Bin Yazed

[255] Nama panggillan oleh rakannya ialah Aidil. SD6 dilahirkan pada
22.11.2002 dan berusia 15 tahun semasa kejadian pada tahun
2017 masih bersekolah di dalam Tingkatan 3 masa itu.

SD6 diawal pagi kejadian jam 2.00 am berada di warung CMM

[256] Menurut SD6 beliau melepak bersama SP68, SP69 dan Yana di
Taman Balak. SD6 menyatakan kedudukan mereka ialah 3 meter
daripada Warung CMM. SD6 sahkan bahawa ada beberapa orang
iaitu Jupem [T2], Aiman, Emran, Deni dan Naam turun dari
pondok [Taman Balak] ke Cek Mek Molek, dan yang lain SD6
tidak perasan siapa lagi kumpulan yang baru datang dari atas
pondok ke CMM. SD6 menunjukkan kedudukkan beliau pada
masa lepak berramai-ramai itu melalui rajah kasar D1.

[257] Menurut SD6 beliau boleh mendengar perbualan Jupem dan


kawan-kawan yang berada di Warung CMM. Mereka borak dan
gelak dan SD6 mengakui bahawa tumpuan beliau pada masa itu
lebih kepada main game dengan Alif supaya boleh menang
game.

[258] SD6 mengaku tidak memberi perhatian kepada butiran yang


dicakapkan oleh Jupem dan kawan-kawan di Cek Mek Molek.
SD6 juga setuju bahawa bangku yang mereka duduk adalah
berdekatan sahaja. Selepas itu SD6 bersama Ijal, Alif dan Yana
gerak ke pasar berjalan kaki dan dalam perjalanan balik ke
rumah singgah lepak di pasar pula.

121
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[259] Ditanya oleh peguam sama ada semasa melepak bersama


kumpulan yang turun dari pondok atas Taman Balak SD6 ada
terdengar cerita atau perbualan yang mengemparkan atau tidak,
SD6 menjawab tiada cuma berbual biasa sahaja.

Semasa Pemeriksaan Balas oleh Puan TPR SD6 akui SP68 ‘Adik’
ada.

[260] SD6 setelah diingatkan oleh Puan TPR akan kehadiran SP68
‘Adik’ iaitu adik kepada SP69 Ijal barulah SD6 dapat
menceritakan SP68 masa diajak ke atas di pondok untuk hisap
ganja itu, tetapi semasa ramai-ramai berbual di CMM SD6 tidak
perasan sama ada SP68 ada sama. Alasannya beliau tumpukan
kepada permainan lawan game dengan Alif di dalam handphone.

Pertuduhan-Pertuduhan Pindaan dibaca semula kepada T1

[261] Mahkamah ini setelah saksi akhir T1 selesai memberi keterangan


Mahkamah meneliti nota keterangan sewaktu keputusan T1
dipanggil membela diri dengan pertuduhan pindaan di tanda
sebagai P2A(1-23) menurut nota tercatit pertuduhan dibaca
kepada T1 dengan hanya menambah:

“Bahawa kamu dengan seorang lagi yang tidak dapat


dikenali pada 14 September 2017….”

[262] Puan TPR mengakui Mahkamah ada membacanya pertuduhan


pindaan dan membekalkan satu salinan kepada pihak
pendakwaan. Namun peguambela T1 menafikan mendapat
pertuduhan pindaan tersebut.

[263] Mahkamah menggunakan peruntukkan di bawah seksyen 158(1)


dan (2) KTJ yang membenarkan Mahkamah mengubah atau

122
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

menambah pertuduhan sebelum keputusan perbicaraan itu dan


memastikan bacaan Pertuduhan Pindaan P2A(1-23) diterangkan
dan difahami oleh T1 sekiranya terdapat peninggalan selepas
Mahkamah membaca keputusan di akhir kes pendakwaan .
Seksyen 168 KTJ adalah seperti berikut:-

158. Court may alter or add to charge

(1) Any Court may alter or add to any charge at any time before
judgment is pronounced.

(2) Every such alteration or addition shall be read and


explained to the accused.

[264] Selepas 23 pertuduhan pindaan dibaca T1 memilih untuk


dibicarakan keatas kesemua pertuduhan pindaan. Mahkamah
membenarkan T1 memanggil mana-mana saksi yang T1
kehendaki. Mahkamah membenarkan T1 memilih untuk
dibicarakan keatas kesemua pertuduhan pindaan. Mahkamah
telah memenuhi keperluan seksyen 159 KTJ yang menyatakan
seperti berikut:

159. When trial may proceed immediately aft er alteration or


addition

If a charge is framed or alteration or addition made under


either section 157 or 158, the Court shall immediately call upon
the accused to plead thereto and to state whether he is ready to
be tried on the charge or altered or added charge. If the
accused declares that he is not ready, the Court shall duly
consider the reasons he may give and if proceeding immediately
with the trial is not likely, in the opinion of the Court, to
prejudice the accused in his defence or the prosec utor in the
conduct of the case, the Court may, in its discretion, after the

123
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

charge or alteration or addition has been framed or made,


proceed with the trial as if the new or altered or added charge
had been the original charge.

[265] Mahkamah membenarkan T1 memanggil semula mana-mana


saksi yang T1 kehendaki. Sepertimana, diperuntukkan dibawah
seksyen 162 KTJ yang menyatakan seperti berikut:-

162. Recall of witnesses when charge altered

Whenever a charge is altered or added by the Court after the


commencement of the trial the prosecutor and the accused shall
be allowed to recall or re-summon and examine, with reference
to the alteration or addition, any witness who may have been
examined, and may also call any further evidence which may be
material.

[266] T1 telah memilih untuk memanggil semula SP71 Pegawai


Penyiasat Kes. Mahkamah membenarkan T1 memilih untuk
memanggil semula SP 71 walaupun sepatutnya hanya saksi-saksi
tertuduh sahaja dibenarkan dipanggil semula oleh kerana
pindaan dibuat selepas keputusan mahkamah membebaskan dan
melepaskan T2 diakhir kes pendakwaan. Namun untuk keadilan
kepada T1 Mahkamah membenarkan SP71 Pegawai Penyiasat
dipanggil semula.

Soal Balas keatas SP71 IO saksi dipanggil semula oleh


Peguambela T1

[267] Mahkamah membenarkan SP71 Pegawai Penyiasat di panggil


semula untuk di soal balas oleh T1 setelah Mahkamah membaca
sekali lagi Pertuduhan Pindaan P2A (1-23).

124
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[268] Peguambela menyoal SP71 sama ada setuju atau tidak bahawa
seramai tiga orang suspek di dalam saisatan SP71 yang masuk ke
dalam sekolah Tahfiz pada hari kejadian dan bukannya 2 orang
seperti mana saksi-saksi pendakwaan nyatakan.

[269] SP71 menjawab bahawa hasil dari siasatan dan percakapan


saksi-saksi hanya dua orang yang masuk ke sekolah Tahfiz
tersebut bukannya bertiga. SP71 bersetuju dengan cadangan
peguambela bahawa siasatan menunjukkan Jupem [T2] yang
turut masuk ke sekolah Tahfiz .

[270] Mahkamah ini mendapati bahawa pihak peguambela semasa


menyoal balas semula SP71 peguam hanya mengemukakan
soalan bahawa 3 orang yang terlibat masuk ke dalam pagar
sekolah Tahfiz dan SP71 tidak bersetuju dan menyatakan hanya
2 orang sahaja.

[271] Begitu juga dengan masa dicatat di dalam CCTV hanya 18 minit
termasuk hisap ganja dan masuk ke dalam tahfiz oleh itu tidak
mungkin 8 hingga 10 minit sahaja masa diambil oleh dua orang
suspek untuk mengangkat 2 balang gas semestinya memerlukan
3 orang. Namun SP71 menyatakan boleh untuk hanya 2 orang
mengambil masa antara 5 hingga 10 minit mengangkat dua
balang gas tersebut.

[272] Mahkamah mendapati alasan menghisap ganja kali kedua adalah


pembelaan yang tertuduh utarakan. Namun pihak pendakwaan
menghujahkan menegaskan bahawa itu hanyalah alasan tertuduh
semata-mata untuk menjustifikasikan tujuan berada di situ buat
kali kedua bukannya bertujuan membakar sekolah tahfiz.

125
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

TUGAS MAHKAMAH INI DI AKHIR KES PEMBELAAN

[273] Tanggungjawab Mahkamah ini di akhir kes ini adalah untuk


membuat penelitian dan penilaian terhadap pembelaan yang
diutarakan oleh Tertuduh dan saksi-saksinya SD2 hingga SD7
dan memutuskan samada keterangan mereka terjumlah kepada
suatu pembelaan yang dapat menimbulkan keraguan yang
munasabah ke atas kes pendakwaan sekiranya berjaya T1 akan
dilepas dan dibebaskan pertuduhan keatasnya.

[274] Dengan kata lain sekiranya pembelaan tertuduh gagal


menimbulkan sebarang keraguan munasabah keatas kes
pendakwaan untuk kesemua 23 pertuduhan keatas T1 atau mana-
mana pertuduhan maka pihak pendakwaan telah berjaya
membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah
berdasarkan kesemua keterangan yang dikemukakan dan T1
hendaklah di dapati bersalah seperti mana 23 pertuduhan atau
mana-mana pertuduhan keatasnya.

[275] Tanggungjawab Mahkamah di akhir kes pembelaan telah juga


dijelaskan di dalam kes PP v. Kenneth Fook Mun Lee [2006] 4
CLJ 359 seperti berikut:

“... Section 180 of the Criminal Procedure Code ( “CPC”)


provides that when the case for the prosecution is concluded,
the Court shall consider whether the prosecution has made out a
prima facie case against the accused and if the Court finds a
prima facie case has been made out against the accused on the
offence charged the Court shall call upon the accused to enter
on his defence. We do not think it is the duty of the Court at that
stage to anticipate or speculate any defence that has not been
raised and give due consideration to it. More so, a defence
categorically denied to be the line of defence to be taken as in

126
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

this case. Consequently, section 181 of the CPC provides that


when the accused is called upon to enter on his defence, he or
his advocate may then open his case, stating the facts or law on
which it intends to rely and making such comment as he thinks
necessary on the evidence for the prosecution. He may then
examine his witnesses and consequently sum up his case. Section
182A of the CPC provides that at the conclusion of the trial, the
Court shall consider all the evidence adduced before it and shall
decide whether the prosecution has proved its case beyond
reasonable doubt.”

[276] Saya juga merujuk kes Abdullah Jacomah v. PP [2002] 8 CLJ 1,


yang mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:

“... The law governing a proper appraisal of a defence that has


been advanced is well settled. It requires a consideration of all
the evidence that have been adduced in support of the defence
(see Chang Lee Swee v. Public Prosecutor [1985] 1 MLJ 75;
Mohamed Shariff v. Public Prosecutor [1964] MLJ 64). A court
must consider carefully whether a defence that has been put
forward is capable of raising a reasonable doubt in the
prosecution case...”

[277] Saya merujuk seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah yang


telah memperuntukkan seperti berikut:

“182A Procedure at the conclusion of the trial

(1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all
the evidence adduced before it and shall decide whether the
prosecution has proved its case beyond reasonable do ubt.”

127
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

(2) If the Court finds that the prosecution has proved its case
beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty
and he may be convicted on it.

(3) If the Court finds that the prosecution has not proved its
case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order
of acquittal”

[278] Namun apa yang dimaksudkan dengan keraguan munasabah


tidak ditakrifkan di dalam s. 182A KTJ. Apa itu keraguan
munasabah ada diputuskan di dalam kes PP v. Saimin & Ors
[1971] 1 LNS 115; [1971] 2 MLJ 16 seperti berikut:

“As the learned magistrate seems to have ignored the very basic
principle of criminal law, it may perhaps serve a useful purpose
to remind those administering justice in the lower Courts that
evidence discloses a prima facie case when it is such that if
uncontradicted and if believed it will be sufficient to prove the
case against the accused.

The following definition of ‘b7’’reasonable doubt’ is often


quoted:

“It is not mere possible doubt, because everything relating


to human affairs and depending upon moral evidence is
open to some possible or imaginary doubt. It is that state
of the case which after the entire comparison and
consideration of all the evidence leaves the minds of the
jurors in that condition that they cannot say they feel an
abiding conviction to a moral certainty of the truth of the
charge.”

It has again been said that “reasonable doubt’ is the doubt


which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion

128
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

which you reach. If under your oaths and upon your


consciences, after you have fully investigated the evidence and
compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is
guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles
in your judgment and finds a resting place there.’ Or as
sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as
to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the
verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising
from the evidence or want of evidence and cannot be an
imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.”

[279] Saya juga merujuk kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991]
1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169 yang
mana Mahkamah Persekutuan di dalam kes tersebut menyatakan
seperti berikut:

“We are of the view that whenever a criminal case is decided on


the basis of the truth of the prosecution ’s case as against the
falsity of the defence story, a trial judge must in accordance
with the principle laid down in Mat v . PP [1963] 1 LNS 82;
[1963] MLJ 263 go one step further before convicting the
accused by giving due consideration as to why the defence story,
though could not be believed, did not raise a reasonable doubt
in the prosecution case. Thus, even though a judg e does not
accept or believe the accused’s explanation, the accused must
not be convicted until the court is satisfied for sufficient reason
that such explanation does not cast a reasonable doubt in the
prosecution case. To satisfy this test it is not so m uch the words
used by the judge, but rather the actual application of the test to
the facts of the case that matters. In this case, we found that the
learned trial judge offered practically no reason why the
defence, notwithstanding its falsity and unconvi ncing nature,
had failed to cast reasonable doubt in the prosecution case,

129
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

other than to state by way of lip service the duty placed by the
law on the defence to earn an acquittal.

It is a well-established principle of Malaysian criminal law that


the general burden of proof lies throughout the trial on the
prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the
accused for the offence with which he is charged. There is no
similar burden placed on the accused to prove his innocence. He
is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal,
his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution
case. In the course of the prosecution case, the prosecution may
of course rely on available statutory presumptions to prove one
or more of the essential ingredients of the charge. When that
occurs, the particular burden of proof as opposed to the general
burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the
balance of probabilities which from the defence point of view is
heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is
certainly lighter than the burden of the prosecution to prove
beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of
the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the
Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no
case against the accused has been made out which if unrebutted
would warrant his conviction (Munusamy v. PP [1987] 1 MLJ
492). If defence is called, the duty of the accused is only to cast
a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required
to prove his innocence beyond reasonable doubt.

To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth


of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in
the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong
for the court to be convinced that the defence version is true, in
which case the court must order an acquittal. In appropriate
cases it is also not wrong for the court to conclude that the

130
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

defence story is false or not convincing, but in that instance, the


court must not convict until it asks a further question, that even
if the court does not accept or believe the defence explanation,
does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It
is for this reason that in dealing with the defence story or
explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt
straightaway the legally established ‘reasonable doubt’ test,
rather than to delve in the ‘believable and convincing’ test
before applying the ‘reasonable doubt’ test.”

[280] Satu keputusan Mahkamah Inggeris yang sering digunakan oleh


Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah bawahan ialah kes
Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 di mana
Lord Denning menerangkan tahap pembuktian oleh pendakwaan
tanpa keraguan munasabah yang perlu di dalam kes-kes jenayah
seperti berikut;

“That degree is well settled. It need not reach certainty but it


must carry a high degree of probability. Proof beyond
reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of a
doubt. The law would fail to protect the community if it admitted
fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the
evidence is so strong against a man as to leave only a remote
possibility in his favour which can be dismissed with the
sentence ‘of course it is possible but not in the least probable ’,
the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of
that will suffice.”

Pembelaan Alibi oleh T1

[281] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak


pembelaan, T1 dikatakan berada di atas tangga Taman Balak
bersama Jupem, SP70 dan SD3 semasa kejadian. T1 juga

131
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

dikatakan telah pulang ke rumah dan SD2 yang merupakan


ibunya mengesahkan T1 telah berada di rumah pada jam 5.00
pagi lebih.

[282] T1 telah mengemukakan Notis Alibi di bawah seksyen 402A


KTJ yang mana Notis tersebut tidak dipertikaikan oleh mana-
mana pihak.Peruntukan seksyen 402A adalah seperti berikut;

“402A. Alibi

(1) The Court shall, at the time the accused is being charged,
inform the accused as to his right to put forward a defence of
alibi.

(2) Where the accused seeks to put forward a defence of alibi,


he shall put forward a notice of his alibi during the case
management process.

(3) Notwithstanding subsection (2), where the accused has not


put forward a notice of his alibi during the case management
process, he may adduce evidence in support of an alibi at any
time during the trial subject to the following conditions:(a)the
accused has given a written notice of the alibi to the Public
Prosecutor; and

(b)the Public Prosecutor is given a reasonable time to


investigate the alibi before such evidence can be adduced.

(4) The notice required under this section shall include


particulars of the place where the accused claims to have been
at the time of the commission of the offence with which he is
charged, together with the names and addresses of any witnesses
whom he intends to call for the purpose of establishing his
alibi.”

132
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[283] Mahkamah ini berpandukan kepada kes Duis Akim & Ors v. PP
[2013] 9 CLJ 692 , Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti
berikut:

[82] However, alibi could not prevail over the positive


identification of an accused person especially so in the face of
categorical statements coming from credible witnesses who had
no ill motives in testifying.

[83] Thus, in Mutachi Stephen v. Uganda ([2003] UGCA 9) the


accused said that on the night the offence took place he was
already asleep with his wife. However, there was a witness who
had positively identified him. As such his alibi collapsed . He
has been squarely put at the scene of crime.

[84] Similarly in the present case it was the finding of the


learned trial judge, which we agree, that the appellants had
been positively identified by PW1. As such, the alibi defence of
the first and second appellants collapsed. And since the third
appellant did not rely on alibi it was therefore not relevant to
him. Yet the learned trial judge appeared to have also allowed
the defence of alibi for the third appellant.

[85] Interestingly, we note that all the appellants claimed to be


together that night yet the third appellant did not find it
necessary to plead alibi as his defence. And it should also be
noted that a senior counsel represented him right from the
beginning of the case. Basically his defence was one of bare
denial. But upon being positively identified his denial c ollapsed
as well.

133
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[92] Now, the following legal principles on the defence of alibi


are relevant in the present namely:

(i) ‘the defence of alibi must preclude the possibility that


the accused could have been physically present at the
place of the crime or its vicinity at or about the time of its
commission’. (See: Regina v. Youssef [1990] 50 A Crim R
1 at pp. 2-3);

(ii) the correct ‘approach to be adopted in regard to an


alibi defence,... is to consider the alibi in the light of the
totality of the evidence and the court’s impression of the
witnesses. If there are identifying witnesses, the court
should be satisfied not only that they are honest, but also
that their identification of the accused is reliable. The
ultimate test, and there is only one test in a criminal case,
is whether the evidence establishes the guilt of the accused
beyond reasonable doubt’. (See: Leve v. s. (CA & R
163/12) [2013] ZAECGHC 5 (31 January 2013) (South
Africa). (emphasis added);

(iii) as such ‘it would be wrong to reason that if the


evidence of the state witnesses, considered in isolation, is
credible the alibi must therefore be rejected. The correct
approach is to consider the alibi in the light of all the
evidence in the case and the court’s impressions of the
witnesses and from that totality to decide whether the alibi
might reasonably be true’. (See: R v. Hlongwane 1959 (3)
SA 337);

(iv) “(O)nce the trial court accepted that the alibi


evidence could not be rejected as false, it was not entitled
to reject it on the basis that the prosecution had placed
before it strong evidence linking the appellant to the

134
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

offences. The acceptance of the prosecution ’s evidence


could not, by itself alone, be a sufficient basis for
rejecting the alibi evidence. Something more was required.
The evidence must have been, when considered in its
totality, of the nature that proved the alibi evidence to be
false.” (See: s. v. Liebenberg 2005 (2) SACR 355 (SCA).
(emphasis added);

(v) ‘(I)t is trite that once an accused person pleads an


alibi he does not assume the burden to prove it is true. The
onus is on the prosecution to prove by evidence the alibi is
false and to place the accused squarely at the scene of
crime’. (See: Mutachi Stephen v. Uganda (supra ). The
evidence of his alibi need only raise a reasonable doubt
that he committed the crime. (See: Lizotte v. The King,
1950 Can LII 48 (SCC), [1951] SCR 115); and

(vi) the alibi of an accused does not have to be


corroborated by independent evidence in order to raise a
defence (See: R v. Letourneau [1994] BCJ No. 265 (QL)
(CA), 61).

Adakah Pembelaan T1 berjaya menimbulkan keraguan


munasabah keatas kes pendakwaan?

[284] Dari keterangan oleh SP68 dan SP69 telah secara positif cam T1
telah melompat pagar sekolah tahfiz pada hari kejadian.
Rakaman CCTV di bangunan PPIM juga menunjukkan kehadiran
T1 di kawasan tersebut. Malahan, semasa disoal balas, T1 juga
mengaku bahawa SP68 dan SP69 langsung tiada alasan untuk
menganiayai OKT dengan memberikan keterangan palsu
berkenaan kejadian T1 melompat masuk ke dalam kawasan
sekolah Tahfiz melalui pagar belakang.

135
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

[285] Berpandukan kepada kes Duis Akim & Ors [supra], pengecaman
oleh SP68 dan SP69 ke atas T1 mengagalkan pembelaan T1
menafikan beliau tidak terlibat melompat masuk ke dalam
kawasan sekolah Tahfiz dan CCTV memegang botol
melemahkan pembelaan T1 memberi alasan yang boleh
menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan
untuk kesemua 23 pertuduhan.

SD2 hingga SD6 adalah Saksi Berkepentingan

[286] Walaupun keterangan alibi T1 disokong oleh keterangan SD2-


SD6 namun kesemua saksi-saksi pembelaan merupakan saksi
berkepentingan. Hal ini adalah kerana SD2 mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan T1 yang mana SD2 merupakan
ibu kandungnya. Manakala SD3 adalah adik SP70 bersama T1
pada masa T1 dilihat melompat pagar dan SD4, SD5, dan SD6
merupakan rakan-rakan kepada T1.

[287] Saya merujuk sekali lagi kepada kes Hemankumar Subramaniam


v. PP [supra] yang mana Mahkamah Rayuan menyatakan akan
ibu tertuduh adalah saksi berkepentingan perlu berhati-hati.
Manakalan di dalam kes Suzimi Shaari v. PP [2011] 5 CLJ 259
yang menyatakan isteri adalah juga saksi berkepentingan, seperti
berikut:-

“With regard to the accused’s defence on the second charge, the


learned trial judge rejected the accused ’s defence that the
cannabis found in the bedroom of his house was for his own
consumption. The learned trial judge rejected the evidence
DW2, the accused’s wife, on the ground that DW2 was an
interested witness and DW2 did not know that the cannabis was
kept in the bedroom.”.

136
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

Mahkamah ini memutuskan T1 walaupun dikemukakan saksi -


saksi dan notis alibi namun gagal menimbulkan keraguan
munasabah.

[288] SD3-SD6 menafikan berkenaan dengan perbualan hendak


membakar sekolah tahfiz tersebut. Namun, terdapat
percanggahan keterangan antara T1, SD3 - SD6 berkenaan
dengan keberadaan SP68 dan SP69. Percanggahan tersebut
adalah material kerana ia menentukan sama ada pembelaan T1
berjaya menimbulkan keraguan munasabah. Walhal, keterangan
SP68 dan SP69 lebih konsisten dengan rakaman CCTV yang
dirampas berhampiran bangunan PIPM. Tertuduh dan saksi-
saksinya terpaksa mengakui setakat mana yang terdapat di dalam
CCTV. Namun SD2 hingga SD6 tidak menafikan T1 bertanya
bila hendak membakar sekolah tahfiz tersebut cuma alasan
mereka berikan tidak menumpukan perhatian kerana keterangan
SD3-SD6 juga mengakui semasa perbualan tersebut mereka
sedang melakukan perkara lain seperti bermain video game.

[289] Oleh yang demikian tiada sebab untuk Mahkamah ini sangsi
akan keterangan SP68 dan SP69 akan ungkapan oleh T1 atas
rancangan mereka sekali lagi ke tempat yang sama dan
sementara menunggu waktu lebih sesuai yang lebih lanjut
terlebih dahulu dengan pergi bermain snooker dan menghantar
kawan-kawan yang lain ke rumah SP70/SD3 dan hanya T1, T2,
SP70 dan SD3 berempat ke tempat kejadian untuk kali kedua.

KESIMPULAN

[290] Di atas alasan-alasan yang Mahkamah ini nyatakan di atas,


Mahkamah ini memutuskan pembelaan T1 telah gagal untuk
menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas 23

137
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

pertuduhan di dalam kes pendakwaan dan pihak pendakwaan


telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang
munasabah sehingga ke akhir kes pembelaan selesai untuk
kesemua 23 pertuduhan. Dengan itu T1 didapati bersalah dan
disabitkan di atas pertuduhan kesemua 23 pertuduhan membunuh
dengan niat 23 mangsa yang sedang tidur, terperangkap dan
terbakar rentung.

PERINTAH MAHKAMAH MENGGANTIKAN HUKUMAN


GANTUNG SAMPAI MATI DIBAWAH SEKSYEN 97 AKTA
KANAK-KANAK 2001

[291] Menurut keperluan seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001,


subseksyen 1 hingga 4 dan Mahkamah Tinggi tidak tertakluk
kepada Mahkamah Juvana di bawah seksyen 12 (13) memerlukan
Laporan Akhlak. Tambahan pula seksyen 117 memberi budi
bicara kepada Mahkamah Tinggi ini.

[292] Peruntukan di bawah seksyen 97 adalah berikut;

s.97. Death

(1) A sentence of death shall not be pronounced or recorded


against a person convicted of an offence if it appears to the
Court that at the time when the offence was committed he was a
child.

(2) In lieu of a sentence of death, the Court shall order a person


convicted of an offence to be detained in a prison during the
pleasure of;

(a) the Yang di-Pertuan Agong if the offence was


committed in the Federal Territory of Kuala Lumpur or the
Federal Territory of Labuan; or

138
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

(b) the Ruler or the Yang di-Pertua Negeri, if the offence


was committed in the State.

(3) If the Court makes an order under subsection (2), that person
shall, notwithstanding anything in this Act”

(a) be liable to be detained in such prison and under such


conditions as the Yang di-Pertuan Agong or the Ruler or
the Yang di-Pertua Negeri may direct; and

(b) while so detained, be deemed to be in lawful custody.

(4) If a person is ordered to be detained at a prison under


subsection (2), the Board of Visiting Justices for that prison;

(a) shall review that person’s case at least once a year; and

(b) may recommend to the Yang di-Pertuan Agong or the


Ruler or the Yang di-Pertua Negeri on the early release or
further detention of that person,and the Yang di-Pertuan
Agong or the Ruler or the Yang di-Pertua Negeri may
thereupon order him to be released or further detained, as
the case may be.

[293] Perintah Mahkamah adalah seperti berikut bagi mengganti


hukuman iaitu:- Oleh sebab kamu, T1 tidak boleh dikenakan
hukuman mati, menurut seksyen 97(1) Akta yang sama, sebab
semasa melakukan jenayah itu, kamu adalah di bawah umur 18
tahun dan dikira masih tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak,
dengan ini saya di bawah kuasa peruntukan yang ada, di bawah
seksyen 97 (2), untuk kesemua 23 pertuduhan yang T1 telah
didapati bersalah, memerintahkan T1 ditahan dipenjara selama
diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agong Dan terpulang kepada Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk

139
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series

menyatakan syarat-syarat atas tahanan tersebut dari masa ke


semasa.

Bertarikh: 28 DECEMBER 2021

(AZMAN ABDULLAH)
Hakim
Mahkamah Tinggi Malaya
Kuala Lumpur

COUNSEL:

Bagi pihak pendakwaan - Julia Ibrahim & Joy Jothi, Timbalan


Pendakwa Raya; Jabatan Peguam Negara

Bagi pihak tertuduh 2 - Haijan Omar & Ravin Jay Kumar; T/n Haijan
Omar & Co

Kes-kes yang dirujuk:

Sidek bin Ludan [1995] 3 MLJ 178

Looi Kow Chai v. PP f [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 AMR 89

Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 1 AMR 321

Looi Kow Chai v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 AMR 89

PP v. Anwar Ibrahim (No. 3) [1999] 2 CLJ 215; [1999] 2 MLJ 1

PP v. Lin Lian Chen [1992] 2 CLJ Rep 285; [1992] 2 MLJ 561

PP v. Sarjit Kaur [1998] 5 CLJ 609

Mohamad Yazri Minhat v. PP [2003] 2 CLJ 65

140
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series
R v. Turnbull And Others [1976] 3 All ER 549

Jaferi Bin Ipee v. PP [2013] 3 CLJ 381

Dato Mokhtar Bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] CLJ Rep 101;
[1983] 2 MLJ 232

PP v. Willey Salleh [2017] 1 LNS 1704 CA; [2017] MLJU 1791

PP v. Lim Kiang Chai, Mahkamah Persekutuan [2016] 4 CLJ 173

RK Dalmia v. Delhi Administration AIR [1962] SC 1821

Mustapha bin Awang Besar v. Pendakwa Raya [2015] 1 LNS 52; [2015] 3 MLJ
347

Pathmanabhan a/l Nalliannen v. Public Prosecutor and other appeals [2017] 3


MLJ 141

A.N. Venkatesh and another v. State of Karnataka [2005] 7 SCC 714

PP v. Letchumanan Krishnan [2007] 1 LNS 490; [2008] 3 MLJ 290

Public Prosecutor v. Azilah Hadri & Anor [2015] 1 CLJ 579

Ashok v. State of Maharashta [2015] 4 Supreme Court 393

Rajamorgan Marimuthu v. PP [2014] 6 CLJ 850

Tham Kai Yau & Ors v. Public Prosecutor [1976] 1 LNS 159

Yeap Boon Hai v. Public Prosecutor [2009] 5 MLJ 406

Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 MLJ 65 MR

Hemankumar Subramaniam v. PP [2020] 3 CLJ 844

Muthusamy v. Public Prosecutor [1948] MLJ 57

Husdi v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 80

PP v. Mat [1963] 1 MLJ 263

141
[2021] 1 LNS 2223 Legal Network Series
PP v. Kenneth Fook Mun Lee [2006] 4 CLJ 359

Abdullah Jacomah v. PP [2002] 8 CLJ 1

PP v. Saimin & Ors [1971] 1 LNS 115; [1971] 2 MLJ 16

Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073;
[1991] 3 MLJ 169

Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372

Duis Akim & Ors v. PP [2013] 9 CLJ 692

Suzimi Shaari v. PP [2011] 5 CLJ 259

Perundangan yang dirujuk:

Akta Kanak-Kanak 2001, ss. 97(1), (2)(a), 117

Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007, ss. 2, 3(1)(b)

Akta Keterangan 1950, ss. 8, 9, 12 (13), 27, 113A, 114(b), 154

Kanun Keseksaan, ss. 34, 299, 300(d), 302

Kanun Tatacara Jenayah, ss. 112, 158(1), (2), 159, 162, 168, 180 (1), (4), 182A,
402A

142

You might also like