You are on page 1of 5

Rasuah merupakan isu yang hangat diperkatakan dewasa

ini samada dalam bidang politik, perniagaan, personel


awam, penguatkuasaan dan sebagainya. Pihak kerajaan
memandang serius permasalahan ini. Justeru itu, Pelan
Integrasi Nasional dilancarkan oleh Perdana Menteri
antara lain sebagai usaha untuk menangani rasuah.
Rasuah antara gejala sosial atau jenayah yang sukar di
atasi selain daripada gejala dadah di negara kita. Malaysia
telah mempunyai undang-undang yang tegas iaitu Akta
Pencegahan Rasuah 1997 dalam usaha menanganinya.
Begitu juga dari segi penguatkuasaan melalui Badan
Pencegah Rasuah atau BPR. Persoalannya, kenapa dan
mengapa gejala ini masih lagi berleluasa? Ia bukan sahaja
melibatkan pegawai rendah sebaliknya melibatkan orang-
orang kenamaan yang berstatus dalam masyarakat.
Justeru itu, saya disini ingin membincangkan punca
rasuah antaranya ialah
Karenah Birokrasi yang melampau menjadi faktor
penyumbang kepada berlakunya rasuah.
Menurut Quah kajian yang dilakukannya pada tahun
1995 menyatakan birokrasi juga dikatakan sebagai
suatu peluang wujudnya masalah rasuah di dalam
sektor awam. Seringkali karenah birokratik dianggap
perkara yang melambatkan sesuatu perkara dalam
urusan pengurusan awam. Keadaan menjadi kritikal
apabila melalui birokratik, kehendak -kehendak
seseorang sering terbatas ataupun lambat. Oleh itu,
keadaan ini telah mewujudkan peluang rasuah bagi
memastikan kehendak seseorang da lam khidmat
awam menjadi lebih cepat. Sehinggakan perkara -
perkara yang remeh temeh juga dikaitkan dengan
rasuah bagi memastikan seseorang yang
berkehendakan sesuatu mendapat kehendaknya
dengan segera. Contohnya rasuah dikatakan
banyak berlaku di Pejabat Tanah bagi
mempercepatkan urusan, bahkan ia sudah menjadi
amalan biasa di kalangan mereka yang kerap
berurusan di jabatan itu

saya bukan bicara kosong para penonton sekalian.


hujah saya dikukuhkan dengan kenyatan Tan Sri
Azam Baki melalui harian metro, sept 2022)

"Jenayah kewangan masih berleluasa dan


menyumbang kepada aktiviti haram berterusan
seperti isu alam sekitar serta ketirisan dalam
perolehan kerajaan untuk pembangunan negara.

"Aktiviti `gelap' antara sektor swasta dan pegawai


awam yang korup mampu berkembang dalam
keadaan birokrasi melampau dan ketiadaan
ketelusan dalam proses perolehan kerajaan,"

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil


Perusahaan Getah (Risda) Datuk Zahidi Zainul
Abidin jua menyarankan agensi-agensi kerajaan
supaya tidak mengamalkan birokrasi ketat yang
dikhuatiri boleh menjurus kepada berlakunya
perbuatan rasuah.
Beliau berkata prosedur permohonan dan kelulusan
projek yang ketat, misalnya, menyebabkan
sesetengah syarikat 'terdesak' sehingga mendorong
mereka untuk mengamalkan rasuah sebagai jalan
pintas.

"Ini secara tidak langsung menimbulkan persepsi


negatif terhadap kerajaan kerana ia ( dilihat
melaksanakan birokrasi yang tampaknya
menyusahkan rakyat," kenyataan ini disebut kepada
pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan
Risda di ibu pejabat Risda pada 24 januari 2017.
Beliau turut menyatakan Risda mengalami kerugian
hampir RM5 juta setiap bulan berikutan amalan
birokrasi yang ketat.
oleh itu, saya amat berharap agar pihak kerajaan
membuka mata dan minda memikirkan cara terbaik
untuk melaksanakan birokrasi kerajaan yang lebih
sistematik dan mesra rakyat.

akhir kata dengarlah serangkap pantun saya:-

Puteri Gunung Ledang berkulit mulus


Siapa yang lihat pasti berpeluh
kalau kerajaan bersikap telus
wabak rasuah hancur luluh

You might also like