You are on page 1of 2

KUALA LUMPUR: Pendekatan penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu

selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan


politik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata, SPRM yang mencecah usia ke-54 tahun memerlukan pendekatan seperti
itu dilaksanakan segera supaya negara ini tidak tercicir daripada menguatkuasakan
undang-undang rasuah setanding negara maju lain.

"SPRM kini perlu mencari kaedah baharu dengan strategi tindakan yang lebih fokus
supaya (penguatkuasaan undang-undang) memberikan hasil dan impak kepada
masyarakat terutamanya membabitkan kes dalam ketirisan dana kerajaan.

"Ketika ini, tiada undang-undang boleh disabitkan terhadap mereka yang menguasai
perolehan projek dan SPRM sudah mencadangkan untuk memasukkan peruntukan
undang-undang baharu mengenai tanggungjawab mendedahkan pemunya benefisiari
ke dalam Akta SPRM 2009 (Akta 694)," katanya dalam wawancara khas secara maya
baru-baru ini sempena Sambutan Ulang Tahun BPR/SPRM Ke-54.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Azam berkata, menerusi undang-undang itu jenayah kartel projek dapat dikurangkan
sekali gus mengurangkan ketirisan dan salah guna dana kerajaan.

Selain itu, Azam berkata, suruhanjaya itu akan memberi perhatian terhadap rasuah
dalam sektor perolehan, penguatkuasaan dan 'grand corruption' membabitkan peringkat
tertinggi atau berprofil tinggi.

"Hala tuju kita adalah membantu negara mengurangkan ketirisan dana kerajaan kerana
dana kerajaan perlu diuruskan dengan baik...jadi, sumbangan SPRM supaya dana ini
tidak hilang begitu saja.

"Menerusi sudut perolehan, sejak 2020 ada isu kartel projek hingga menyebabkan
kerajaan mengalami kerugian besar iaitu ratusan juta. Kita juga sudah menuduh
seorang ahli perniagaan kerana mempelopori projek kerajaan dan mengambil hak orang
lain," katanya.

Beliau berkata, selain itu, beberapa pegawai kerajaan yang terbabit dengan
pengendalian projek dan isu kartel daging turut ditahan kerana disyaki terbabit rasuah.
Menyentuh mengenai 'grand corruption' iaitu perlakuan rasuah dan penyalahgunaan
kuasa membabitkan individu yang mempunyai kuasa berskala tinggi, Azam berkata,
mereka itu licik dan sukar dijejaki.

"Mereka ini cukup licik jika mahu dikesan dan kini apabila adanya laporan daripada
orang ramai, kita tidak terus mengambil tindakan tetapi membuat kajian terhadap
mereka. Oleh itu, kita sebelum ini menahan individu daripada gred JUSA B dan C
selepas mengubah (kaedah) perisikan dan penyiasatan," katanya.

Azam berkata, setakat Ogos lalu seramai 331 penjawat awam ditahan selepas terbabit
rasuah membabitkan enam daripada pengurusan tertinggi, 104 daripada pengurusan
dan profesional, manakala bakinya terdiri daripada kumpulan sokongan.

Sementara itu, beliau berkata, semua pihak termasuk ketua jabatan, agensi atau
kementerian perlu bekerjasama dengan tidak meletakkan usaha membanteras rasuah
kepada SPRM semata-mata.

Mengenai sambutan ulang tahun SPRM ke-54 yang bertemakan 'Semarakkan Integriti,
Rasuah Diperangi' tahun ini, Azam berkata semangat membudayakan integriti perlu
dilaksanakan terlebih dulu dalam usaha memerangi rasuah. - BERNAMA

JUZZ TV

https://drive.google.com/file/d/1y_TIB6DLlJFdkgL7b16j7Y81RqW3yB6y/view?usp=sharing

You might also like