You are on page 1of 12

Definisi dan Konsep Perlembagaan

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan
undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.
Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan
hak-hak rakyat.
     Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan
sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh
pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan
antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.
     Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang
perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip
undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi
pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti
Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan
lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.
     Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi
semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa
dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam
perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak
dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan
itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat
orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor,
tetapi merupakan undang-undang agung negara.

Isu

(London) - Pembaharuan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak
tidak meningkatkan taraf perlindungan undang-undang untuk kebebasan asas rakyat di
Malaysia, Human Rights Watch berkata hari ini dalam World Report 2013 (Laporan
Dunia 2013). Sekatan akhbar, penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap
penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman , dan ugutan terhadap kumpulan-
kumpulan hak asasi manusia telah mendedahkan tahap kegagalan kerajaan untuk
mencapai standard hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dalam laporannya sepanjang 665 mukasurat, Human Rights Watch mengkaji
kemajuan hak asasi manusia sepanjang tahun lalu di lebih daripada 90 negara,
termasuk analisis mengenai akibat seterusnya selepas Revolusi Arab (Arab Spring).

Di Malaysia, Human Rights Watch berkata, penghormatan kerajaan ke atas hak-hak


dan kebebasan asasi berkemungkinan diuji menjelang pilihan raya parlimen
kebangsaan, yang mesti diadakan tidak lewat dari Jun 2013.

"Agenda hak asasi yang dijanjikan oleh Kerajaan Malaysia jauh berbeza daripada apa
yang telah dipraktikkan pada tahun 2012," kata Phil Robertson, timbalan pengarah
Human Rights Watch di Asia. "Memandangkan pilihanraya semakin hampir, kerajaan
perlu menunjukkan kesanggupan untuk memelihara hak semua rakyat, tampa mengira
pandangan politik mereka."

Pada April 28, 2012, puluhan ribu penunjuk perasaan secara aman telah dihujani oleh
meriam  air, gas pemedih mata, dipukul dan ditangkap semasa perarakan dan protes
‘duduk dan bantah’ yang diketuai oleh Bersih, suatu gabungan pertubuhan-pertubuhan
hak-hak sivil. Ini berlaku apabila mereka menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
Satu jawatankuasa kerajaan yang ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut gagal
menjelaskan tindakan pihak berkuasa pada hari itu. Rundingan antara polis dan
gabungan parti-parti politik pembangkang dan kumpulan aktivis membawa kepada
perhimpunan aman "Perhimpunan Kebangkitan Rakyat" di Stadium Merdeka di Kuala
Lumpur pada 12 Januari, 2013.

Human Rights Watch berkata pindaan kepada undang-undang lama yang menindas
mempunyai kurang kesan di segi penggunaannya daripada yang diharapkan.
Penggantian seksyen 27 Akta Polis dengan Akta Perhimpunan Aman tidak
membatalkan kuasa mutlak polis untuk mengeluarkan permit untuk sebarang
perhimpunan awam. Sebaliknya, undang-undang baharu tersebut menguasakan polis
untuk mengharamkan secara efektif perarakan-perarakan dengan melarang
"perhimpunan bergerak" melalui pengiystiharan banyak kawasan sebagai kawasan
larangan, dan dengan memberi kuasa kepada polis untuk menentukan masa, tarikh,
dengan syarat-syarat yang mesti dipatuhi. Penganjur ‘Perhimpunan Kebangkitan
Rakyat’ bersetuju dengan 27 syarat yang telah ditetapkan —termasuk penggunaan
slogan-slogan yang sesuai sebelum perhimpunan mereka mendapat kelulusan.
Kerajaan kini sedang menyiasat pematuhan mereka kepada tiga daripada syarat
tersebut.

Dalam satu lagi pembaharuan undang-undang yang tidak menepati piawaian


antarabangsa, kerajaan Malaysia telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA), dan menggantikannya dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-
langkah Khas) 2012 (SOSMA). SOSMA mengurangkan tempoh penahanan arbitrari
daripada tempoh yang tidak terhad di bawah ISA kepada 28 hari, tetapi ditambah pula
dengan pelanggaran hak yang baharu. Akta tersebut mengandungi definisi kesalahan
keselamatannya yang terlalu luas. Polis (dan bukan mahkamah) diberi kuasa untuk
memintas sebarang komunikasi. Akta tersebut juga membolehkan pihak pendakwa
menggunakan bukti tampa mendedahkan sumber bukti dan identiti saksi. Selain itu,
sekiranya seorang suspek dibebaskan di bawah SOSMA dan kerajaan memfailkan
rayuan terhadap keputusan tersebut, suspek tersebut boleh ditahan semula di dalam
penjara atau terikat dengan peranti pemantauan sehingga rayuan itu diselesaikan, satu
proses yang boleh mengambil masa bertahun-tahun.

Human Rights Watch berkata gangguan kerajaan ke atas pejuang hak asasi manusia
diteruskan pada tahun 2012. Akibat dakwaan palsu oleh Jaringan Melayu Malaysia,
sebuah organisasi yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin
Malaysia, kerajaan meneruskan penyiasatan yang bermotifkan politik ke atas Suaram,
sebuah organisasi hak asasi manusia yang terkemuka di Malaysia yang telah
beroperasi sejak tahun1989. Sekurang-kurangnya enam agensi kerajaan sedang
menyiasat untuk mengesahkan bahawa pendaftaran dan operasi Suaram adalah haram.
Para penyiasat telah mengganggu kakitangan dan penyokong Suaram, dan mengugut
untuk memenjarakan mereka manakala ahli-ahli politik kerajaan serta media yang
dikawal oleh kerajaan mengecam organisasi secara terbuka. Pada 3 September,
seminggu sebelum siasatan bermula, seorang menteri kerajaan menuduh Suaram
mempunyai akaun yang "sangat mencurigakan" dan berkata bahawa "99.4 peratus"
daripada aktivitinya adalah bertujuan "mengumpul wang."
Kumpulan-kumpulan yang menyokong hak golongan lesbian, homoseksual, biseksual
dan transgender (LGBT) mengalami pengalaman yang lebih teruk lagi, Human Rights
Watch berkata. Dalam dua ucapan yang disampaikan pada tahun 2012, Perdana
Menteri Najib mengiakan diskriminasi terhadap golongan ini dengan mengkhususkan
komuniti LGBT sebagai "budaya sesat" yang mengancam dan "tidak ada tempat di
negara ini." Bukan sahaja Festival Seksualiti Merdeka dibatalkan pada tahun 2012 di
tengah ugutan berterusan ke atas komuniti LGBT, bahkan mahkamah juga menolak
Semakan Kehakiman terhadap larangan polis ke atas festival tahun 2011 tersebut.
Menurut para penganjur festival tersebut, keputusan itu telah meletakkan masa depan
festival dalam keadaan yang tidak tentu.

"Pihak berkuasa Malaysia harus menghormati hak asasi tidak-berdiskriminasi dan


kesaksamaan, dan menghentikan pemburukan orang berdasarkan orientasi seksual
mereka atau identiti jantina," kata Boris Dittrich, pengarahadvokasi program LGBT di
Human Rights Watch.

Pembaharuan yang diperkenalkan dari segi kebebasan akhbar juga kurang daripada
yang dijangkakan, Human Rights Watch berkata. Akta Penerbitan dan Percetakan
Akhbar telah dipinda, menamatkan keperluan lesen tahunan mandatori bagi lesen
penerbitan dan menamatkan kuasa Menteri Dalam Negeri untuk meluluskan atau
membatalkan lesen penerbitan tanpa semakan mahkamah. Walau bagaimanapun,
undang-undang tersebut yang dipinda masih menetapkan bahawa penerbitan baharu
perlu mendapatkan kelulusan awal, dan lesen masih boleh dibatalkan secara arbitrari.

Kerajaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala


Lumpur pada tahun 2011 bahawa "lesen penerbitan adalah suatu hak dan bukannya
keistimewaan,” yang mengakibatkan perlunya semakan terhadap keengganan kerajaan
yang "tidak wajar dan tidak rasional" untuk mengeluarkan lesen kepada akhbar harian
talian (internet) terbesar di Malaysia, Malaysiakini, untuk menerbitkan edisi cetak
harian.

Suatu pindaan kepada Akta Keterangan memperuntukkan bahawa pemilik komputer


dan pengendali rangkaian komputer adalah penerbit dan dengan itu bertanggungjawab
untuk kandungan yang dipaparkan pada skrin mereka melainkan mereka dapat
membuktikan mereka tidak ada apa-apa kaitan dengan kandungan tersebut. Ini
menimbulkan kebimbangan tentang anggapan tidak bersalah serta kebebasan
bersuara.

Pihak polis Malaysia didapati secara rutin melanggar hak-hak orang dalam tahanan,
Human Rights Watch berkata. Anggota polis telah menunjukkan kekerasan berlebihan
dan keterlaluan semasa demonstrasi, semasa penangkapan, dan di dalam lokap polis.
Kematian dalam tahanan, biasanya dikaitkan dengan penyakit dan gagal disiasat.
Suspek juga dipukul untuk memaksa pengakuan, dan suspek jenayah mati dalam
keadaan yang mencurigakan semasa ditahan oleh polis. Tuduhan penganiayaan oleh
polis gagal disiasat.

Undang-undang imigresen Malaysia masih tidak mengiktiraf pelarian dan pemohon


suaka, dan menghalang mereka daripada bekerja malah mendapatkan pendidikan
untuk anak-anak mereka. Pendatang tanpa izin boleh ditangkap dan ditahan dalam
pusat tahanan imigresen yang kotor dan penuh sesak, dan dirotan kerana melanggar
undang-undang imigresen. Usaha-usaha anti-pemerdagangan manusia
menggabungkan jenayah pemerdagangan manusia dengan penyeludupan manusia, dan
menghukum, bukannya melindungi mangsa pemerdagangan dengan menahan mereka
dalam pusat penjagaan yang amat diragui standardnya. Pusat tersebut dikunci dan
lebih menyerupai pusat tahanan daripada kemudahan penjagaan. Tindakan yang
diambil oleh kerajaan untuk melindungi pekerja domestik asing daripada dipukul dan
daripada penderaan seksual oleh majikan mereka masih terlalu sedikit.

"Banyak sektor ekonomi Malaysia bergantung kepada pekerja asing, namun Malaysia
terus melayan mereka sebagai orang yang boleh dipergunakan dan disalahgunakan,"
kata Phil Robertson. "Kerajaan harus menghormati sepenuhnya hak-hak pekerja asing
dan berhenti menganiaya mereka yang telah diperdagangkan ke Malaysia sebagai
mangsa lagi."

Doktrin Pengasingan
Kuasa
S at ur d ay , 1 3 Fe b r ua r y 2 0 1 0 0 1 : 0 7 p m

Teks ucapan oleh Encik Amer Hamzah Arshad semasa Pelancaran Kempen
Perlembagaanku di Ipoh, Perak ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

Di dalam perlembagaan negara kita terdapatnya struktur-struktur asas yang merupakan kerangka yang perlu
wujud bagi memastikan kesinambungan proses demokrasi dan kebebasan rakyat. Terdapat tiga struktur-struktur
utama yang tersemat di dalam perlembagaan kita iaitu; kedaulatan undang-undang yang menegaskan bahawa
hak-hak asasi rakyat tidak boleh dicabuli oleh kerajaan sewenang-wenangnya; pembahagian kuasa di antara
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri; dan doktrin pengasingan kuasa, yang menegaskan bahawa tidak ada
suatu institusi atau badan yang boleh memegang kuasa mutlak ‘sovereign’ di mana kuasa tersebut hendaklah
dipecahkan atau diasingkan kepada tiga cabang atau organ kerajaan iaitu; eksekutif (pentadbir), legislatif atau
penggubal undang-undang (Parlimen) dan kehakiman.

Konsep-konsep atau struktur-struktur yang dinyatakan di atas telah pun diperjelaskan oleh Mahkamah
Persekutuan dalam kes Loh Kooi Choon v Government of Malaysia [1977] 2 MLJ 188 di mana ianya
ditegaskan seperti berikut:-

The Constitution is not a mere collection of pious platitudes. It is the supreme law of the land embodying three
basic concepts: One of them is that the individual has certain fundamental rights upon which not even the power
of the State may encroach. The second is the distribution of sovereign power between the States and the
Federation, that the 13 States shall exercise sovereign power in local matters and the nation in matters affecting
the country at large. The third is that no single man or body shall exercise complete sovereign power, but that it
shall be distributed among the Executive, Legislative and Judicial branches of government, compendiously
expressed in modern terms that we are a government of laws, not of men.

Jadi apakah maksud sebenar doktrin pengasingan kuasa ini? Saya percaya kita semua pernah mendengar
ungkapan, “absolute power, corrupts absolutely”. Dalam ertikata lain apabila sesuatu kuasa seperti kuasa
mentadbir, menggubal undang-undang, dan menghakimi pertikaian diletakkan ke atas seseorang atau sesuatu
organ sahaja, maka ianya akan menggalakkan pemerintahan yang tidak tertakluk pemantauan dan pengimbalan
(‘check and balance’). Ini akan membuka ruang kepada sesuatu kerajaan untuk menyalahgunakan kuasa dan
menjadi asas kepada pemerintahan autokratik atau kuku besi.

Dengan adanya doktrin pengasingan kuasa, maka setiap satu organ kerajaan akan dapat memantau dan
memastikan agar organ kerajaan yang lain tidak akan melangkaui kuasa yang telah diletakkan oleh perlembagaan.
Oleh yang demikkian, di dalam sebuah Negara yang menggamalkan doktrin pengasingan kuasa, kita akan dapati
bahawa parlimen akan menggubal undang-undang bagi membolehkan pihak eksekutif mentadbir dan sekiranya
akan pertikaian dalam segi pentadbiran pertikaian akan diputuskan oleh badan kehakiman. Doktrin pengasingan
kuasa akan memastikan kelancaran sesuatu kerajaan dan pada masa yang sama memastikan tidak ada
berlakunya penyalahgunaan kuasa. Atas sebab inilah setiap organ kerajaan hendaklah duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi. Suatu organ tidak boleh mengawal atau mengatasi organ yang lain kerana ini akan
menyebabkan kepincangan dalam sistem demokrasi.

Sekiranya Parlimen iaitu organ kerajaan yang berfungsi untuk menggubal undang-undang boleh menghadkan
kuasa kehakiman, dan memberi kuasa yang berlebihan kepada eksekutif maka, kita akan memperolehi suatu
kerajaan yang dikuasai oleh eksekutif di mana tindakan eksekutif tidak boleh dicabar di Mahkamah kerana
parlimen telah mengurangkan kuasa kehakiman. Ini adalah suatu fenomena yang mengerunkan kerana dari
kerajaan yang demokrasi ianya telah berubah kepada kerajaan autokrasi. Tetapi inilah hakikat yang sedang
dihadapi oleh negara kita.

Krisis kehakiman pada 1988 adalah merupakan saksi kepada pencabulan doktrin pengasingan kuasa yang kini
telah melemahkan sistem kehakiman Negara kita. Sebelum krisis perlembagaan pada 1988 kuasa kehakiman jelas
terletakhak pada badan kehakiman. Ini adalah dilihat pada Artikel 121(1) Perlembagaan yang menyatakan:

Subject to Clause (2) the judicial power of the Federation shall be vested in two High Courts of co-ordinate
jurisdiction and status, namely-
(a)    ... the High Court in Malaya ... and
(b)    ... the High Court of Borneo ...
(c)    ...(Repealed),
And such inferior courts as may be provided by federal law’

......

Kata kunci yang tertera di dalam Artikel 121(1) (sebelum pindaan) adalah, “judicial power of the federation shall
be vested in ... High Courts ..”, yang memberi maksud bahawa kuasa kehakiman dalam perlembagaan diletakkan
kepada badan kehakiman dan tidak tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan oleh Parlimen. Kuasa yang
diletakkan kepada institusi kehakiman adalah luas bagi membolehkan insitusi kehakiman menjalankan proses
‘check and balance’ terhadap undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan tindakan pentadbiran Eksekutif
secara efektif.

Selepas pindaan kepada Artikel 121(1) pada 1988, Artikel 121(1) telah dipinda di mana kuasa kehakiman kini
ditentukan oleh Parlimen:-

(1)    There shall be two High Courts of co-ordinate jurisdiction and status, namely -
(a)    one in the States of Malaya, which shall be known as the High Court in Malaya and shall have its principal
registry at such place in the States of Malaya as the Yang di-Pertuan Agong may determine; and
(b)    one in the States of Sabah and Sarawak, which shall be known as the High Court in Sabah and Sarawak and
shall have its principal registry at such place in the States of Sabah and Sarawak as the Yang di- Pertuan Agong
may determine;
(c)    (Repealed),
and such inferior courts as may be provided by federal law and the High Courts and inferior courts shall have
such jurisdiction and powers as may be conferred by or under federal law.

Sepatutnya, sebagai sebuah negara yang mempunyai perlembagaan bertulis seperti Malaysia, kita seharusnya kita
mengamalkan sistem ‘constitutional supremacy’ di mana perlembagaan adalah kuasa utama dalam sistem
demokrasi negara. Tetapi apa yang berlaku pada 1988 telah menjadikan Parlimen sebagai kuasa utama
(‘Parliament supremacy’).

Kesan daripada pindaan terhadap Artikel 121(1) telah menyebabkan bidangkuasa dan kuasa kehakiman tertakluk
kepada dan boleh dihadkan oleh undang-undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen. Dalam ertikata lain,
kuasa kehakiman selepas pindaan boleh dihadkan oleh Parlimen. Ini meletakkan Parlimen di suatu kedudukan
yang lebih tinggi daripada institusi kehakiman. 

Kesan yang paling ketara dapat dilihat selepas pindaan perlembagaan pada 1988 ialah tindakan eksekutif
menggunakan Parlimen untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) di mana pada tahun 1989,
Parlimen telah meminda ISA dengan memasukkan seksyen-seksyen yang mengehadkan bidangkuasa dan kuasa
kehakiman di dalam menyemak keputusan eksekutif yang mengeluarkan perintah tahanan tanpa bicara. Sebelum
pindaan 1988 institusi kehakiman mempunyai bidangkuasa untuk menyemak perintah tahanan yang dikeluarkan
oleh eksekutif dari segi substantif dan prosedur. Tetapi selepas pindaan dibuat pada 1988 dan 1989, bidangkuasa
institusi kehakiman telah dihadkan di mana Mahkamah hanya boleh menyemak perintah tahanan dari segi
prosedur sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa bidangkuasa kehakiman telah terhakis. Apa yang dinyatakan di
sini hanyalah picisan daripada hakisan yang telah berlaku terhadap doktrin pengasingan kuasa.

Perbincangan setakat ini hanya menjurus kepada penghakisan doktrin pengasingan kuasa melalui penaklukan
institusi kehakiman oleh eksekutif melalui proses penggubalan undang-undang oleh Parlimen. Apa yang kita tidak
harus terlepas pandang juga ialah penghakisan doktrin pengasingan kuasa melalui cara tersirat iaitu di mana
wujudnya anasir-anasir yang cuba mempengaruhi institusi kehakiman melalui proses perlantikan hakim-hakim
ataupun ketua-ketua hakim yang rapat dengan pihak eksekutif. Skandal klip video VK.Lingam umpamanya telah
mengejutkan rakyat Malaysia yang rata-rata mungkin sedang beradu sebelum ini. Insiden video kilip tersebut jelas
membuktikan kewujudan elemen campurtangan eksekutif dalam institusi kehakiman yang selama ini hanya
diperkatakan tanpa dapat dilihat. Penghakisan doktrin pengasingan kuasa melalui proses ini adalah lebih
merbahaya kerana ianya tidak dapat dikesan dengan jelas. 

Jadi adalah jelas bahawa sekiranya doktrin pengasingan kuasa tidak wujud ianya akan menyebabkan salah satu
organ kerajaan akan menjadi lebih berkuasa. Kebiasaannya institusi kehakimanlah yang akan dikawal ataupun
dikembirikan untuk memastikan institusi kehakiman tidak dapat menghalang kuasa eksekutif. Apabila ini berlaku
maka institusi kehakiman tidak akan dapat melindungi hak-hak rakyat dari tindakan eksekutif yang melampaui
norma-norma hak-hak asasi dengan efektif.  

Kini sudah lebih dari 20 tahun sejak pindaan terhadap Artikel 121(1) berlaku, walaupun suatu tempoh yang agak
lama telah berlalu, ianya tidak bermakna kuasa institusi kehakiman tidak boleh dikembalikan kepada tempat yang
sepatutnya. Sekiranya, hakim-hakim yang sedia ada berani untuk menegakkan hak-hak kehakiman, sudah tentu
rakyat akan memberikan sokongan yang padu. Ianya masih belum terlambat untuk kita mengambil pendirian yang
betul. Sesuatu revolusi bermula dengan diri kita sendiri. Sekiranya rakyat mempunyai kesedaran mengenai
sejarah dan proses manipulasi yang telah berlaku dan sedang berlaku, sudah pasti rakyat akan bangkit dan
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan doktrin pengasingan kuasa ini dikembalikan kepada
statusnya yang asal.

10 fakta anda perlu tahu tentang


SOSMA
Kohilah Sekaran, Astro Awani |   Oktober 12, 2015 15:25 MYT

       

Fakta-fakta penting yang anda perlu tahu tentang Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)


2012, lebih dikenali sebagai SOSMA, memperuntukkan langkah-langkah khas
berhubungan dengan kesalahan keselamatan.
Tujuannnya untuk mengekalkan ketenteraman awam, keselamatan dan bagi
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Definisi

SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang


mahu mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini
berhadapan dengan ancaman-ancaman baru yang merentas sempadan. 

Apa yang dianggap ancaman di bawah SOSMA?

 menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau


menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
 membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
 memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-
mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
 mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua
yang ditetapkan melalui undang-undang;
 Dan Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu
dihentikan.

10 fakta penting yang perlu anda tahu tentang SOSMA:

1. Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan


mana-mana pihak yang berkenaan dengannya jika dipercayai terlibat dalam
kesalahan keselamatan.

2. Seseorang yang ditangkap hendaklah dimaklumkan dengan seberapa


segera yang boleh, mengapa dia ditangkap.

3. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini
semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

4. Pihak yang ditangkap boleh ditahan selama 24 empat jam bagi tujuan
penyiasatan. 

5. Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih
daripada 28 hari.

6. Peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada tertuduh yang


dilepaskan.

7. Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas


kesalahan keselamatan.

8. Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah


Tinggi.

9. Semasa perbicaraan, Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa


Raya mengemukakan apa-apa maklumat yang dianggap sensitif dan
memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara.

10. Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini, hendaklah


ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.
HARI INI, CUKUP SETAHUN SOSMA BERNYAWA
7 Febuari 2014, cukup setahun Yazid Sufaat dan Hilmi Hasim mendekam dalam penjara akibat Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA.  Yazid, Hilmi dan Halimah Hussein
merupakan tiga orang mangsa pertama SOSMA yang ditahan pada 7 Febuari 2013. Mereka dituduh
mengikut Seksyen 130 G(a) Kanun Keseksaan, iaitu cuba untuk membangkit ideologi atau
perbuatan yang boleh mengancam keselamatan orang awam di Syria.

Walaubagaimanapun, Mahkamah TInggi Kuala Lumpur membebaskan ketiga-tiga mereka pada 20


Mei 2013. Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan tersebut berdasarkan alasan teknikal, iaitu
SOSMA hanya boleh digunakan bagi kesalahan keselamatan yang dibuat terhadap Malaysia.

Namun, selepas genap seminggu mereka dibebaskan, Yazid dan Hilmi ditahan semula pada 27 Mei
2013. Kali ini mereka ditahan dibawah pertuduhan Seksyen 130K(a) Kanun Keseksaan, iaitu dituduh
menjadi ahli kumpulan pengganas Al Qaeda. Halimah Hussein pula masih diburu oleh pihak Polis.
Satu perkara penting yang perlu diketahui, pertuduhan di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan
adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin. Oleh itu mereka akan terus kekal dalam penjara
sehinggalah proses perbicaraan selesai.
Selain Yazid, Hilmi dan Halimah, 30 orang di Sabah juga mengalami nasib yang sama. 30 orang
tersebut merupakan mereka yang ditahan dalam Ops Daulat Lahad Datu. Tiga orang daripada
mereka adalah warga tempatan dimana seorang daripada mereka merupakan satu-satunya wanita
yang ditahan dalam Ops Daulat tersebut.

Pendirian SUARAM mudah, setiap yang bersalah perlu dihukum. Tapi hukuman itu mestilah
menepati prinsip keadilan. Hak-hak orang yang dituduh perlu ditunaikan termasuklah hak untuk
mendapatkan pembelaan dalam sebuah perbicaraan yang adil. Hak ini termaktub dalam Perkara 10
dan 11 Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Hak inilah yang dicabuli oleh SOSMA. SOSMA memberi kuasa kepada Polis untuk menahan orang
yang dituduh selama 28 hari tanpa perlu memohon perintah reman daripada mahkamah.
Perbicaraan dibawah SOSMA juga tidak adil apabila pihak pendakwa memiliki banyak kelebihan.
Pihak pendakwa boleh memanggil mana-mana saksi tanpa perlu mendedahkan identiti saksi
tersebut kepada pihak pembela. Pihak pendakwa juga boleh mendapatkan kenyataan saksi secara
rakaman tanpa perlu saksi tersebut hadir ke mahkamah. Segala bukti atau bahan keterangan yang
dikemukakan oleh pihak pendakwa perlu diterima oleh mahkamah termasuk keterangan kanak-
kanak. Perkara ini terkandung dalam Bahagian IV,V,VI dan VII SOSMA iaitu Bahagian Maklumat
Sensitif, Perbicaraan, Saksi terlindung dan keterangan.

Dalam bahasa mudah, SOSMA memberi banyak kelebihan kepada pihak pendakwa sehingga
perbicaraan menjadi berat sebelah. Dalam kes SOSMA di Sabah contohnya, perbicaraan tidak
dijalankan di Mahkamah, sebaliknya diadakan di Penjara Kepayan. Hal ini menyebabkan
perbicaraan tersebut tidak dijalankan secara terbuka untuk dinilai oleh orang awam. Perkara ini
bercanggah dengan Perkara 14 Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik iaitu semua orang
berhak mendapatkan perbicaraan terbuka, bebas, dan tidak berat sebelah.

Oleh itu, berdasarkan trend semasa pihak polis yang gemar mengugut rakyat menggunakan
SOSMA dan juga kaedah perbicaraan yang berat sebelah, SUARAM mengulangi tuntutan agar
Kerajaan Malaysia memansuhkan SOSMA dan akta lain yang mencabuli hak asasi manusia seperti
Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) (PCA) serta Akta Dadah Berbahaya
(Langkah-langkah Pencegahan Khas) (DDA).

You might also like