You are on page 1of 18

AKADEMI PENGAJIAN BRUNEI

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM


NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PB-1501: MELAYU ISLAM BERAJA

MUZAKARAH KUMPULAN 1

RUMUSAN KEFAHAMAN DAN CATATAN IDEA

TAJUK: MELAYU ISLAM BERAJA DAN BIRO MENCEGAH RASUAH

OLEH: 14B3098
HADFINA AINA BINTI MUSTAPA
NAMA PENDAMPING:
MOHAMMAD RAFEE BIN HAJI SHAHIF

SEMESTER II SESI 2014/2015


11 April 2015
CATATAN IDEA DARI
KELAS MUZAKARAH 1
Kumpulan 3

TAJUK PERBINCANGAN: MELAYU ISLAM BERAJA DAN BIRO MENCEGAH


RASUAH
TARIKH: 11/04/2015
Ketua : Hadfina Aina Binti Mustapa (14B3098)
Rasuah boleh diertikan sebagai pemberian dan penerimaan
sebarang suapan sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan
sesuatu. Diantara jenis suapan yang dinyatakan dalam Akta Pencegahan
Rasuah penggal 131 ialah wang,jawatan,harta benda dan perkhidmatan.
Hukum melakukan rasuah adalah Haram kerana tergolong dalam dosa
besar. Selain itu, perbuatan rasuah merupakan perbuatan yang dilaknat
oleh Allah subhanahu wa taala seperti yang dinyatakan dalam hadis
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang diriwatkan oleh Ibnu Majah dari
Abdullah nin Amru yang bermaksud:
Bersabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, laknat Allah ke
atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.
Pada 1 Februari, sebuah jabatan iaitu Biro Mencegah Rasuah telah
ditubuhkan dan Perintah Darurat (Akta Pencegahan Rasuah),1981 juga
dikuatkuasakan. Pada tahun 1984 berikut selepas kemerdekaan Perintah
Darurat (Akta Pencegahan Rasiah),1981 dipinda menjadi Akta Pencegahan
Rasuah penggal 131.
Rasuah berlaku disebabkan beberapa faktor diantaranya ialah
kurang didikan agama, adanya suasana yang membenarkan amalan
rasuah, kemiskinan, kelemahan dalaman, kuasa dan pengaruh sosial dan
budaya.

Hjh Siti Nuramalina Ezatty Hj Abd Nasir (14B3380)

Menurut penolong pengarah kanan biro mencegah rasuah, Hj


Abdullah bin Abd Rahman, rasuah didefinisikan sebagai penyalahgunaan
kuasa atau kedudukan yang diamanahkan bagi kepentingan atau
keuntungan persendirian melalui penerimaan atau pemberian suapan.
Jabatan Biro Mencegah Rasuah ditubuhkan pada 1 Februari 1982 dengan
kuatkuasa undang-undang Perintah Darurat Akta Pencengahan Rasuah
pada 1 Januari 1982. Tujuan tubuhnya jabatan ini ialah untuk mencipta
negara yang bebas rasuah (mereka menjadikannya visi jabatan). Oleh itu,
mereka buat sebagai misi mereka untuk menjadi agensi utama dalam
memandu Brunei Darussalam sebagai negara bebas daripada rasuah.
Sudah tercatit dalam Al-Quran, sumber rujukan mengenai kehidupan di
dunia, bahawa rasuah adalah haram dari segi hukum syarak dan sesiapa
yang melakukan rasuah sama ada memberi atau menerima rasuah
dilaknat oleh Allah dan Rasulnya.
1.

Apakah kesan rasuah kepada masyarakat, ekonomi dan politik

Negara Brunei

Darussalam?

Kesan = meruntuhkan akhlak (melayu), moral (islam) dan ekonomi


(beraja kerajaan brunei)
Masyarakat = 1. Membebankan golongan yang susah
2. Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran dan
skil
3. Melahirkan masyarakat yang tidak bermoral dan
etika
4. Hilang amanah dan kepercayaan dalam sesuatu
urusan
Ekonomi = 1. Kenaikan kos barang dan perkhidmatan
Politik = 1. Menurunkan mutu dan kualiti kerja
2. Mencemarkan imej neagara
3. Membahayakan kemakmuran dan keselamatan Negara
2. Apakah langkah-langkah yang berkesan dalam menangani
rasuah? Bincangkan.
-Pendidikan awal dari guru (iaitu sekolah) dan ibubapa.

-Ceramah untuk pegawai-pengawai dan mahasiswa/i institusi


pengajian tinggi.
-Mengadakan Anti-Corruption Awareness Day
-Bagi yang pernah melakukan rasuah, ada kemahuan untuk berubah
dan mengamalkan nilai-nilai murni (jujur, amanah, ikhlas dan
bertanggungjawab)
-Melaporkan kegiatan rasuah kepada pihak berkuasa dalam fasih
akan bidang ini.
3. Apakah peranan anda di dalam membanteras rasuah di
Negara Brunei Darussalam?

(Belia)
Say NO to Corruption
Memajukan pembangunan belia di negara ini supaya bebas

dari kegiatan-kegiatan yang tidak memberi

manfaat dan berkat.

Jenis suapan yang dibincangkan di sini ialah:


1.
2.
3.

Wang
Harta Benda (Hadiah)
Jawatan, Kehormatan, Pekerjaan, Perkhidmatan

Faktor terjadinya rasuah:


1.

Kemiskinan (iaitu berpendapatan yang rendah, tidak mampu

menanggung keluaraga - terdesak)


2.
Tamak (iaitu mahu kemewahan dan

kekuasaan yang

lebih)
3.

Kurang pendidikan agama

Muhammad Saufi Bin Haji Md. Deli (14B8534)


2. Apakah langkah-langkah berkesan dalam menanangi rasuah.
Bincangkan.
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menubuhkan satu
agensi Biro Mencegah Rasuah di bawah Perintah Darurat (Pencegahan
Rasuah) 1981 yang dikenali sekaranag sebagai Akta Pencegah Rasuah

(Penggal 131). Dengan ini, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan
melahirkan sebuah kerajaan yang jujur efisen dan amanah.
Untuk meningatkan lagi kesedaran masyarakat tentang kepentingan
bagi menangani rasuah, program-program seperti ceramah, dialog, promo
televisyen telah pun di implementasikan dan di sebarkan melalui media
masa untuk menyampaikan mesej anti rasuah kepada masyarakat.

Menjalankan tugas-tugas harian berlandaskan ajaran Islam

Menanami sifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa

Menjalani amanah yang diberikan

Mematuhi apa yang disuruh

Berusaha untuk melengkapkan ilmu pengetahuan

Menolak tawaran rasuah dengan tegas

Bagi mereka yang terlibat, mereka masih dapat menghindari


dengan berusaha bersungguh-sungguh mengubah dirinya sendiri dan
menjauhi dari perbuatan tersebut.
(Surah Ar-Rad : 11)
Yang bermaksud Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa
yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri

Anna Maryam Binti Pergi (14B8112)


1) Apakah kesan rasuah kepada masyarakat, ekonomi dan politik
Negara Brunei Darussalam?
Kesan terhadap Masyarakat:

Merosakkan keadilan sosial dan kesaksamaan ekonomi.


Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.

Membebankan golongan orang susah.


Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-

sumber yang telah ditetapkan bagi membantu

rakyat miskin diselewengkan.

Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran.

Melahirkan masyarakat yang tidak bermoral dan etika


yang tinggi.

Hilang amanah di dalam sesuatu urusan.


Kesan terhadap Negara pula;

Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan

keselamatan.

Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.

Mengurangkan pendapatan Negara.

Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang


dihasilkan.

Mencemarkan imej Negara.

Kelemahan penguatkuasaan undang-undang.


Rasuah mempersulitkan kemajuan ekonomi apabila kecekapan
menurun selain mengubahsuaikan system yang selama ini diterima pakai
dan efektif.
2) Apakah langkah-langkah yang berkesan dalam menangani
rasuah? Bincangkan.

Penguatkuasaan undang-undang yang berkenaaan

dengan rasuah.
Hanya dengan penguatkuasaan undang-undang sahaja yang
mampu membawa pengamal rasuahdibawa ke muka pengadilan dan
diberi hukuman yang setimpal. Hal ini kerana, hukuman dandenda dapat
memberi pengajaran kepada merekadan orang lain agar menjauhi rasuah.

Memasukkan bahaya rasuah ke dalam sistem

pendidikan.
takut/benci akan rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya
diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik
untuk menjauhi rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih
bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk
generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan

hukuman.
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan
lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika
tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu
para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan
rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

menjalankan tugas harian berlandaskan ajaran Agama

menjalankan amanah yang diberikan.

tanggungjawab dalam menjaga kesucian diri, membina

Islam.

akhlak dan melatih diri

mendidik budi pekerti.

menjauhi diri daripada akhlak atau kelakuan yang tidak

baik.

3) Apakah peranan anda di dalam membanteras rasuah di Negara


Brunei Darussalam?

Melaporkan kegiatan rasuah kepada pihak yang

berkenaan.

Sebagai penduduk di NBD, jangan mencuba untuk


berjinak-jinak dengan perbuatan rasuah. Dan hendaklah
mengamalkan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, ikhlas dan
bertanggungjawab didalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.

Dk Fatin NurAdlina Pg Hj Salim (14B8235)


2) Apakah langkah-langkah berkesan dalam menangani rasuah?
Bincangkan.
Dengan adanya penubuhan Biro Mencegah Rasuah di Negara
Brunei Darussalam ini dapat menjalankan penyiasatan keatas aduanaduan yang diterima dan menjalankan langkah-langkah pencegahan.
Kerja-kerja penyiasatan yang dijalankan oleh Biro Mencegah Rasuah
termasuk

Menjalankan penyiasat secara tertutup untuk

mempastikan kebenaran terhadap sesuatu aduan atau maklumat

Menjalankan penyiasatan secara terbuka

Membantu Pendakwaraya bagi mendakwa orang-orang

yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan


Rasuah atau sebarang undang-undang bertulis yang didapati
semasa penyiasatan di bawah Akta Pencegahan Rasuah

Di antara langkah-langkah pencegahan yang dilakukan oleh Biro


Mencegah Rasuah ialah :

Menyebarkan surat-surat keliling dan lain-lain maklumat

yang berkaitan dengan rasuah

Mengadakan ceramah-ceramah dan seminar

Membuat lawatan-lawatan ke Kementerian/Jabatan dan

Badan Awam

Membuat kajian-kajian terhadap kes-kes rasuah yang

berlaku dan menghadapkan sokongan-sokongan bagi mencegahnya


dari berlaku lagi

Muhammad Azim Syazwan bin Md. Zamri (14B3170)


Rasuah bermaksud berian yang diberikan kepada orang lain dan
biasanya berian itu berbentuk wang, makanan dan jawatan. Kegiatan
rasuah ini setentunya menjatuhkan ketenteraman dan ekonomi Negara.
Seperti yang dititahkan oleh Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzadin Waddaulah ibni AlMarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa`adul Khairi Waddien, Sultan
dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut
Tahun Baru Masihi 2008 pada 1 Januari 2008.
" JANGAN anggap ' rasuah kecil ' tidak mengapa, tetapi ingatlah
kepada resikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah samasama bernama penyakit, yang boleh menjejaskan negara. Negara yang
karam dengan rasuah adalah negara yang malang. "
Oleh yang demikian, kegiatan rasuah ini harus dibanteras demi
masa hadapan yang cerah.

Hajah Nur Atiqah Binti Haji Awang Suhaili (14B3100)

Rasuah dapat dedifinisikan sebagai penerimaan atau pemberian


suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana
melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan
dengan tugas rasmi. Suapan tersebut terdiri daripada wang ringgit,
hadiah,perkhidmatan, jawatan upah dan sebagainya. Rasuah mempunyai
kesan negatif terhadap negara, individu dan masyarakat dari segi nilai
diri, identiti dan juga ekonomi yang diantaranya adalah ia dapat
melahirkan

masyarakat

yang

tidak

bermoral

lagi

amanah

dan

ketidakadilan kepada golongan miskin atau sederhana. Selain daripada


mencemerkan

imej

negara,

rasuah

juga

melemahkan

sistem

pemerintahan dari segi mutu dan kualiti kerja dan kecekapan dan integrity
pentadbiran. Antara langkah penting yang dibuat dalam menangani
rasuah dengan adanya penubuhan Biro Mencegah Rasuah ( BMR) yang
berperanan

sebagai

agensi

yang

bertanggungjawab

untuk

menguatkuasakan undang-undang Akta Pencegahan Rasuah, Panggal


131. Matlamat utama Biro Mencegah Rasuah ialah menegakkan integrity
perkhidmatan awam dengan cara membasmi dan menghapuskan rasuah
dan membawa mereka yang terlibat ke pengadilan. Nilai utama organisasi
BMR merupakan TAAT, BERSIH dan CEKAP. Bagi mencapai matlamat
tersebut BMR terbahagi kepada empat bahagian besar dengan tugas
masing-masing
Penyiasatan,
Masyarakat

iaitu

Bahagian

Bahagian
Dan

Pentadbiran,

Pencegahan

Perkhidamatan

dan

Bantuan.

Bahagian

Operasi

Bahagian

Perhubungan

Diantara

dan

langkah-langkah

pencegahan dalam membanteras rasuah dengan meyebarkan surat-surat


keliling dan maklumat yang berkaitan dengan rasuah, mengadakan
ceramah dan seminar, membuat lawatan ke Kementerian/Jabatan dan
Badan Awam dan membuat kajian teliti terhadap kes-kes rasuah yang
berlaku serta menghadapkan sokongan bagi mencegahnya. Sebagai
individu, kita juga harus memberi kerjasama dalam melaporkan perlakuan

rasuah, menerapkan nilai islam dalam kehidupan seharian agar tidak tipis
iman dan menolak rasuah dengan tegas bagi masa depan negara.

Hanis Syahirah binti Haji Mohamad (14B8119)

Pengertian rasuah boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu


bahasa, istilah syarak dan undang-undang. Saya akan berikan pengertian
dari segi bahasa dan undang-undang sahaja. Dari segi bahasa rasuah
bermaksud pemberian untuk menyogok dan wang suap. Rasuah dalam
bahasa arab Ar-Riswyah yang bermaksud sesuatu penyambung yang
dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan. Dari segi undangundang rasuah hanya dinyatakan sebagai takrif suapan.
Rasuah dapat dihindari oleh seseorang yang mempunyai pegangan
hidup iaitu konsep Melayu Islam Beraja (MIB) dalam dirinya. Dalam
perspektif

melayu,

memberi

hadiah

adalah

satu

kebiasaan

bagi

masyarakat melayu yang sudah lama dipraktikkan terutama sekali jika


ada perayaan. Pemberian ini dianggap sebagai sedekah daripada
pemberi tanda terima kasih kepada penerima. Dengan cara ini, pemberi
dan penerima pemberian ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Namun
pemberian ini boleh menjadi rasuah jika sekiranya si pemberi memberi
sesuatu dengan niat yang tidak baik, mengharapkan balasan atau
perkhidmatan daripada si penerima yang berkaitan dengan urusan
rasminya. Dalam perspektif Islam, kita sebagai rakyat yang beragama
islam diharamkan untuk melakukan rasuah tetapi ini tidak bermakna
rakyat yang tidak berugama islam boleh melakukannya. Sebaik-baiknya
janganlah kita melakukannya sama sekali kerana rasuah merupakan dosa
yang paling besar, ini jelas dinyatakan didalam Al-Quran dan hadis yang
berbunyi:

Allah Subhanahu Wataala berfirman Dan janganlah sebahagian


kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan
yang batil dan janganlah kamu membawa (urusan) harta itu kepada
hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta-benda
orang lain itu dengan jalan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui (AlBaqarah, ayat 188)
Dalam

perspektif

beraja

pula,

Sultan

sentiasa

menegaskan

rakyatnya untuk menghindari daripada melakukan rasuah kerana rasuah


boleh menghancurkan Negara dan kehidupan manusia walaupun rasuah
yang dilakukannya itu cuma kecil. Berlakunya rasuah adalah disebabkan
oleh beberapa faktor diantaranya iaitu faktor individu itu sendiri dan
faktor kepimpinan, sistem pentadbiran dan dasar. Dari faktor individu,
rasuah boleh terjadi kerana kurangnya penghayatan dalam agama islam,
sikap tamak dan materialistic, mempunyai keinginan dan peluang, sikap
hidup dengan mewah dan sebagainya manakala dari faktor kepimpinan,
kelemahan pemimpin dalam sesebuah organisasi, pelaksanaan projekprojek yang tidak terkawal dan lain-lain.
Rasuah ini memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu itu
sendiri malahan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Di antara cara
untuk menjauhi rasuah adalah untuk memupuk atau menanam sikap MIB
dalam dirinya, menjalankan sesuatu mengikut ajaran islam, mempunyai
sikap bertanggungjawab, menjalankan amanah yang diberikan kepadanya
dan sebagainya. Sesiapa yang ingin melaporkan mana-mana kegiatan
rasuah bolehlah menghubungi Jabatan Biro Mencegah Rasuah melalui
perkhidmatan SMS atau Whatsapp, emil atau berhubung terus kepada
nombor talian mereka.

\
Ahmad Masoud Bin Muhd Halimi (14B3015)

Definisi rasuah adalah susuatu suapan yang deberikan kepada


seseorang yang berupa sama ada, wang, jawatan, tawaran, bantuan dan
lain-lain lagi. Dari segi Islam, rasuah adalah sesuatu amalan dosa besar
yang mengandungi unsur kezaliman kerana ia mengambil hak orang lain
dengan bersifat tidak jujur. Mengikut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
sempena menyambut tahun baru masihi 2008 pada 1hb Januari 2008.
" JANGAN anggap ' rasuah kecil ' tidak mengapa, tetapi ingatlah
kepada resikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah samasama bernama penyakit, yang boleh menjejaskan negara. Negara yang
karam dengan rasuah adalah negara yang malang. "
Dari Titah tersebut, dapat dilihat jika rasuah berluasa maka dari
segi masyarakat sistem sosial dan ekonomi akan gugur, penjenayah akan
berluasa kerana telah dilindungi dengan cara rasuah. Masyarakat akan
sentiasa mengambil jalan yang senang dengan melakukan rasuah, ini
disebabkan sifat amanah dilupakan. Atas sebab rasuah lahirlah
masyarakat yang tidak mempunyai moral dan sifat amanah, maka negara
pun turut gugur atas sebab rasuah. Undang-undang akan menjadi sia-sia,
ini akan menjejaskan keselamatan masyarakat. Kualiti kerja dan juga
pendapat akan gugur, ini menyebabkan Pembangunan dari segi
kesemuanya tidak maju bahkan surut pula. Rasuah juga boleh
mencemarkan imej negara. Oleh itu rasuah perlua ditangani.
Jabatan Biro Pencegah Rasuah telah ditubuhkan mengikut
perintah darurat pada 1 Februari 1984. Jabatan ini bertujuan untuk
menjadi agen utama dalam memandu Brunei Darussalam sebagai negara
yang bebas dari rasuah.Dengan adanya jabatan ini siasiatan tertutup akan
dijalankan kepada pihak yang melakukan rasuah, Jabatan ini juga
mengadakan Unit pendidikan pencegah rasuah dengan bertujuan bagi
mendidik generasi muda tentang keburukan rasuah. Untuk menguatkan
lagi usaha-usaha untuk mencegah rasuah, undang-undang dikuatkan lagvi
dengan memberikan hukuman-hukuman yang berat. Dengan ini,
masyarakat kan berasa takut dan mnghindari daripada melakukan rasuah.

Tambahan lagi, masyarakat perlu diberi kesedaran tentang keburukan


rasuah melalui ppendidikan yang kukuh seperti pendidikan tentang rasuah
seharusnya dari peringkat awal lagi dan ianyta seharusnya berterusterusan supaya generasi muda tidak akan lupa. Media masa juga
berperanan dengan memberi iklan tentang keburukan di dalam televisyen
dan juga radio-radio.
Sebagai Negara yang berlandaskan MIB, kita sebagai individu
juga berperanan untuk menjauhi amalan rasuah dengan memupukan sifat
amanah, jujur dan berpegangan dengan ajaran Islam yang kukuh dalam
kehidupan kita. Kita juga seharusnya membuat laporan kepada pihak Biro
mencegah rasuah. Ini kerana gejala rasuah mahupun kecil atau besar
dilihat, ia akan memberi impak yang amat buruk maka Bersama
Membangun Negara Dengan Menjauhi Amalan Rasuah.

Rumusan
Rasuah bukan setakat isu di sesebuah negara,tetapi ianya
merupakan isu yang bersifat global. Rasuah adalah sebarang pemberian
dan penerimaan suapan sebagai bayaran kerana melakukan atau tidak
melakukan sesuatu. Diantara jenis suapan yang dinyatakan dalam Akta
Pencegahan Rasuah Penggal 131 ialah Wang, Harta benda, Perkhidmatan
dan Jawatan. Hukum melakukan rasuah adalah haram kerana ianya
termasuk dalam golongan dosa besar kerana membabitkan unsur
kezaliman dan penindasan, perbuatan rasuah juga sangat dilaknat oleh
Allah Subhanahu Wa Taala dan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.
Ada beberapa faktor mengapa rasuah berlaku. Diantara faktor
tersebut ialah iman yang lemah dan tidak takut akan azab Allah, tamak
dan materialistik, ekonomi yang tidak stabil dan sistem pentadbiran tidak
efisien yang boleh membuka peluang untuk rasuah berlaku. Rasuah boleh
memberi impak yang besar kepada masyarakat, ekonomi dan politik
negara. Sebagai contoh apabila sesebuah negara itu terjerumus dengan
rasuah ianya akan mengancam keselamatan masyarakat ini kerana
undang-undang dan peraturan tidak lagi dipedulikan menyebabkan
penjenayah bebas dari hukuman dan seterusnya menggalakkan aktiviti
jenayah untuk berlaku. Apabila sesebuah negara itu tenggelam dengan
aktiviti jenayah imej negara itu akan tercemar dan boleh menyebabkan
pelabur asing tidak mahu melabur dalam negeri tersebut. Oleh itu,
beberapa usaha telah dilakukan untuk mengawal kegiatan rasuah di
negara kita. Diantara langkah-langkah pencegahan yang dilakukan ialah

penubuhan Biro Mencegah Rasuah pada 1 Februari 1982 dengan tujuan


mengawal aktiviti rasuah dan penguatkuasaan Perintah Darurat (Akta
Pencegahan),1981. Selain itu, memberi kesedaran kepada orang ramai
dengan menyebarkan maklumat tentang rasuah dengan menggunakan
media elektronik dan media cetak, mengadakan bengkel atau ceramah
bagi sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan yang terdapat di Brunei dan
menerapkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian.
Walaupun masalah rasuah di Brunei Darussalam tidak begitu ketara
dan bukan masalah serius jika dibandingkan dengan negara lain namun
ianyaakan menimbulkan masalah besar jika tidak dapat diawal. Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien
Saadul Khairi Waddien Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2008
telah bertitah:
Jangan anggap rasuah kecil tidak mengapa, tetapi ingatlah akan
risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama
bernama penyakit, yang boleh menjejaskan negara.Negara yang karam
dengan rasuah adalah negara yang malang.
Oleh yang demikian, sebagai rakyat Negara Brunei Darussalam kita
hendaklah berusaha dan bekerjasama dalam membanteras rasuah demi
negara kita yang tercinta dan untuk masa depan negara yang makmur.
(350 Patah Perkataan)

Rujukan
Kumpulan Rencana Membanteras Rasuah Tanggungjawab Bersama Untuk
Menegakkan Kewibawaan Perkhidmatan Awam bagi
Menjana Keutuhan Negara. Brunei: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2012.
Mas Osman & Norhayati Md Yusu. Rasuah. Brunei: Biro Mencegah Rasuah,
Jabatan Perdana Menteri, 1993.
Melayu Islam Beraja Dalam Membanteras Rasuah. Brunei:Biro Mencegah
Rasuah, Jabatan Perdana Menteri dan Akademi
Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, 2012.
MIB Dalam Membantras Rasuah. Diperoleh daripada
https://www.scribd.com/doc/27377716/MIB-DalamMembantras-Rasuah
Rasuah: Gejala Masyarakat Yang Perlu Dibanteras. Brunei: Biro Mencegah
Rasuah, Jabatan Perdana Menteri.
Rasuah: Ingat Risikonya di Dunia dan di Akhirat. Brunei: Pusat Dawah
Islamiah, 2009.

Rasuah: Kesan Buruk Yang Boleh Meruntuhkan Ekonomi Negara. Diperoleh


daripada
http://www.malaychamber.com/columnist/rasuah-kesanburuk-yang-boleh-meruntuhkan-ekonomi-negara/
Rasuah: Pengertian, Kesan dan Akibatnya Menurut Syara dan UndangUndang. Brunei: Biro Mencegah Rasuah, Jabatan
Perdana Menteri,

You might also like