You are on page 1of 21

Peranan Masyarakat Sivil

dalam Mewujudkan
Pendamaian

DR.MOHD KHAIRUDIN BIN MOHAD SALLEHUDDIN


2019
Masyarakat
 Masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu.
 Masyarakat boleh dikategorikan kepada tiga sektor:
a) Sektor negara.
b) Sektor perniagaan.
c) Masyarakat sivil.
 Setiap sektor mempunyai peranan yang berbeza.
Sektor negara
 Berperanan sebagai pembuat dan
penguatkuasa undang-undang.

Sektor perniagaan
 Sektor perniagaan berperanan untuk
mengeluarkan dan mempromosikan
barangan.

3
Masyarakat sivil
 Dalam semua masyarakat, kita dapati bahawa wujudnya keperluan untuk masyarakat menjalankan
aktiviti yang secara lazimnya tidak dilaksanakan oleh negara ataupun sektor perniagaan, maka
wujudlah peranan masyarakat sivil.

 Definisi - Sektor yang tidak formal, iaitu kumpulan mahupun orang perseorangan yang
menjalankan aktiviti dan berusaha untuk mempengaruhi ataupun memperbaiki masyarakat.

 Masyarakat sivil juga dirujuk sebagai satu jaringan tingkah laku warga sesebuah negara atau
masyarakat demokrasi dalam konteks menyuburkan amalan demokrasi yang telah sedia
terbentuk.

 Jaringan tingkah laku ini dijelmakan dalam bentuk kesatuan sosial yang dibentuk berasaskan
kepentingan kursus anggota masyarakat.

 Kepentingan khusus tersebut melampaui batas kepentingan primordial seperti kaum, agama, bahasa
dan lain-lain yang bersifat menegak.
4
 Kesatuan-kesatuan sosial ini banyak dibentuk melalui Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Wanita, Persatuan Belia dan
seumpamanya.
 Kesatuan ini menjadi pentakrif baru bagi masyarakat plural yang selama ini
suara mereka hanya diwakili melalui pertubuhan politik tertentu sahaja.
 Masyarakat sivil baru ini seolah-olah menjadi pengganti kepada
kebergantungan kepada pertubuhan politik.
 Melaluinya, pelbagai alternatif dalam memperbaiki sistem politik yang sedia
ada diwujudkan melalui pembentukan secara sukarela kesatuan sosial
berasaskan kepada kepentingan khusus yang bertindak sebagai pemantau
sosial kepada sistem dan bebas daripada pengaruh pemerintah.

5
 Masyarakat sivil memberi ruang kepada masyarakat untuk memberi pendapat
dan berdebat mengenai arah tuju mereka dan juga ruang untuk
mempengaruhi dasar awam.
 Justeru, kewujudan masyarakat sivil mengandaikan bahawa hak seperti
kebebasan bersuara dan berpersatuan seharusnya dilindungi oleh negara.
 Sifat toleransi juga penting untuk memastikan konflik dapat diselesaikan
secara aman.
 Boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu;
(1) kebangsaan; dan
(2) antarabangsa.

6
Peringkat Kebangsaan

CINA MELAYU INDIA


 Dewan Perhimpunan Cina.  Jemaah Islamiah Malaysia  HINDRAF
 Dong Jiao Zong (DJZ). (JIM).  Majlis Belia Hindu
 Malaysia Seven Major  Persatuan Pengguna Islam  Seri Murugan Centre
Clans Asociation. (PPIM).
 Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM).

 Gerakan masyarakat sivil yang bersandarkan kepada identiti kaum dan demi kepentingan kaum.

7
Peringkat antarabangsa

✢ MERCY Malaysia
✢ Aman Palestin
✢ National Council for Women Organization (NCWO)
✢ Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
✢ Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
✢ Consumer Association of Penang (CAP)
✢ World Wild Fund for Nature Malaysia (WWF Malaysia)

Menggerakkan aktiviti mereka dalam ruang lingkup yang lebih luas dengan
membawa isu universal seperti gender, alam sekitar, hak asasi, keadilan, isu
pengguna, dan sebagainya.
Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi, isu yang terlalu terikat
dengan kaum tidak lagi menarik perhatian generasi belia, malahan tindakan
yang berunsur kaum dilihat rasis, kurang relevan, dan membawa unsur
subversif (Nidzam, 2001).
8
 Secara amnya, kita boleh mengatakan bahawa masyarakat sivil
merangkumi sektor yang amat luas.

 Ruang berpersatuan yang diwujudkan oleh masyarakat secara sukarela di


mana aktiviti-aktiviti mereka tidak dicampuri oleh kerajaan meliputi sektor
masyarakat sivil.

 Masyarakat sivil juga boleh dikategorikan kepada dua, iaitu;

a) Persatuan Bukan Kerajaan (NGO)

b) Persatuan Masyarakat Sivil (CSO)

9
Persatuan Bukan Kerajaan (NGO)/
Persatuan Masyarakat Sivil (CSO)
Definisi
Persatuan yang ditubuhkan oleh ahli masyarakat secara sukarela dan
mempunyai autonomi daripada negara untuk menjalankan aktiviti mereka.
Aktiviti mereka bukannya bertujuan untuk mendatangkan keuntungan untuk ahli-
ahli.

10
Typologi NGO & CSO
 Rekreasi – persatuan sukan, kebudayaan dll (Persatuan Silat Gayong)
 Yang berkaitan dengan perniagaan – Kesatuan sekerja, pertubuhan
penguna, dll (PPIM, Persatuan Peniaga Cina & Kongres Kesatuan Buruh
Malaysia)
 Ideologi – persatuan hak asasi manusia, keagamaan dll (NCWO, Jemaah
Islam Malayisia & Seri Murugan Centre).
 Komuniti – persatuan penduduk, kebangsaan dll. (JKKK, Persatuan Anak
Negeri).

11
Masyarakat Sivil
&
Pendamaian

12
 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengakui
sumbangan yang diberikan oleh NGO ke arah
mengekalkan perdamaian dan keselamatan dengan
menyediakan saluran bukan-kekerasan untuk menangani
punca konflik dari awal lagi.
 Tambahan pula, NGO boleh menjadi saluran penting untuk
mengadakan diplomasi trek kedua apabila kerajaan dan
organisasi antarabangsa tidak berupaya melakukannya.

13
Justeru, itu masyarakat sivil mempunyai peranan
yang penting dalam penyelesaian konflik dan
mempromosikan perdamaian. Peranan-peranan ini
juga telah lama dimainkan oleh masyarakat sivil di
Malaysia walaupun terdapat peraturan-peraturan
yang mengawal pembentukan dan pergerakan
mereka.

14
 Namun demikian, jika dibandingkan dengan
negara lain seperti Thailand, Filipina dan
Indonesia, masyarakat sivil di Malaysia masih
kekurangan dari segi bilangan, keanggotaan
dan keupayaan mempengaruhi pembuat dasar.
 Walaupun begitu, aktiviti-aktiviti yang telah
mereka lakukan menunjukan bahawa mereka
mempunyai harapan yang cerah untuk terus
berkembang pada masa yang akan datang.

15
 Masyarakat sivil memainkan peranan penting terutama sekali dalam dua
bahagian:
a) dalam pencegahan konflik; dan
b) peringkat pasca konflik.
 Pencegahan konflik melibatkan proses sosialisasi dan penginstitusian.
 Proses ini boleh dilihat sebagai sebahagian daripada strategi pencegahan
kerana mereka mencegah atau cuba mencegah tingkah laku bersifat
paksaan daripada mengganggu keharmonian dalam masyarakat.
 Selain itu, mereka juga membataskan konflik kepada aktiviti-aktiviti yang
boleh diterima.

16
 Pemberesan konflik, penyelesaian konflik dan transformasi konflik adalah
kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu situasi konflik apabila
konflik tersebut telah menjadi nyata dan melibatkan tingkah laku yang merosak.
 Memperkenal dan memperkukuh proses kooperatif merupakan sebahagian
daripada usaha pembinaan perdamaian yang boleh disumbangkan oleh
masyarakat sivil.
 Lain-lain peranan penting masyarakat sivil dalam pembinaan perdamaian
termasuklah mempromosikan;
a) Perubahan sosial secara damai,
b) Menyediakan saluran komunikasi untuk pihak-pihak
terlibat.
c) Serta menfasilitasikan isyarat-isyarat dan dialog antara
pihak-pihak terlibat.
Dalam banyak kes, mereka juga boleh bertindak sebagai pihak ketiga,
memainkan peranan sebagai mediator dan bukan hanya sebagai fasilitator. 17
 Masyarakat sivil memainkan peranan penting bukan sahaja dalam pencegahan konflik tetapi
juga dalam aktiviti penyelesaian.
 Masyarakat sivil juga penting dalam aktiviti pendidikan perdamaian pada peringkat
kebangsaan, serantau mahupun antarabangsa.
 Hal ini termasuk mewujudkan kesedaran dan pemahaman mengenai sesuatu isu disamping
membuat perbandingan dan mempelajari pengalaman daripada kumpulan masyarakat sivil
di negara lain.
 Aktiviti ini juga melibatkan pergerakan perpaduan atau kesetiakawanan antara kumpulan
masyarakat sivil yang merentangi sempadan negara.
 Mereka selalunya terlibat dalam aktiviti untuk menonjolkan isu-isu tertentu disamping
mewakili sesuatu pihak untuk mendapatkan sokongan kepada kumpulan yang ditindas.

18
 Peranan masyarakat sivil perlu diambil kira dan ditonjolkan memandangkan mereka
memainkan peranan penting dalam semua strategi pengurusan konflik dari pencegahan
hinggalah ke penamatan konflik.

19
Kesimpulan
 Peranan masyarakat sivil boleh diringkaskan seperti berikut:
1. Usaha-usaha pembinaan perdamaian. Ini termasuk mempromosikan
perubahan sosial secara damai, menyediakan saluran komunikasi dan
menjalankan aktiviti pencegahan dan penyelesaian konflik.
2. Pendidikan perdamaian. Ini termasuk mewujudkan kesedaran tentang isu-
isu, membuat perbandingan dan mempelajari pengalaman dari negara lain.

20
TERIMA KASIH

21

You might also like