You are on page 1of 2

I.

Adakah pengkaji mengambil langkah yang relevan bagi memastikan etika


penyelidikan dipatuhi?

Penyelidikan lazimnya menggunakan kaedah pengumpulan data dengan


menggunakan manusia yang mempunyai perasaan atau pengalaman sebagai responden.
Kaedah pengumpulan data ini mempunyai beberapa etika yang harus dipatuhi seperti
maklumat responden harus dirahsiakan, responden adalah subjek sukarela dan lain-lain.
Namun, kajian ini tidak melibatkan pengumpulan data primer seperti borang soal selidik atau
temubual sebaliknya pengkaji hanya menggunakan data sekunder iaitu rujukan melalui buku
dari perpustakaan, jurnal, artikel, internet dan sebagainya.

Pengkaji telah mengambil langkah yang relevan dalam mematuhi etika penyelidikan
dengan mengelakkan unsur plagiarism di dalam kajian dan membuktikan data yang
digunakan adalah sah. Ini adalah kerana semua maklumat dan idea yang dijadikan sumber
rujukan telah disertakan selengkapnya oleh pengkaji di bahagian akhir artikel iaitu di
bahagian rujukan. Petikan-petikan yang diambil daripada kajian lepas juga dilabelkan dengan
nombor dan disenaraikan diakhir kajian di bahagian nota. Langkah ini diambil bagi
mengelakkan wujudnya unsur peniruan tanpa iktiraf atau plagiarism yang akan menyebabkan
penyelidikan menjadi tidak sah. Pengkaji juga tidak mencampur-aduk stail penulisan rujukan
dan hanya menggunakan format APA. Ini telah membuktikan bahawa pengkaji telah
mengambil langkah yang relevan dalam memastikan etika penyelidikan dipatuhi.
J. Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan terhadap cara anda berfikir
tentang perkara yang dibangkitkan dalam artikel tersebut?

Penulisan artikel ini dapat mengubah perspektif kami terhadap perkara yang
dibincangkan iaitu faktor-faktor penghalang berlakunya perpaduan masyarakat di Malaysia.
Pengkaji menekankan bahawa kepelbagaian kaum ini telah menjadikan Malaysia sebagai
negara yang unik. Namun, sesetengah orang berpendapat bahawa kepelbagaian ini telah
menjadi salah satu penghalang dalam mencapai perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.
Menerusi artikel ini, pengkaji telah membuktikan bahawa kepelbagaian kaum di Malaysia
ternyata telah menimbulkan pelbagai ketidaksefahaman dan pergaduhan dengan menyertakan
beberapa peristiwa yang berlaku dari permulaan kemasukan Cina dan India di Tanah Melayu
hingga kini seperti peristiwa 13 Mei. Selain itu, kesenjangan etnik di Malaysia ini juga telah
dibuktikan turut berpunca daripada politik, ekonomi dan sosial dalam negara.
Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Malaysia mempunyai pelbagai
parti politik yang berasaskan kaum yang telah menyebabkan perpaduan antara kaum sukar
dicapai. Dari segi ekonomi, perbezaan jurang kemiskinan antara kaum yang telah wujud dari
zaman penjajahan British yang berpunca daripada pembahagian kaum mengikut fungsi
mereka dalam bidang ekonomi ini turut menjadi punca perpaduan kaum masih tidak dapat
dicapai sehingga kini. Hal ini masih berlanjutan sehingga kini meskipun pihak kerajaan telah
berusaha mengurangkan jurang kemiskinan tersebut. Selain itu, terdapat juga pelbagai punca
dari segi aspek sosial terutama dalam bidang pendidikan dimana sistem persekolahan secara
vernakular yang ditubuhkan berasaskan bahasa pengantar yang berbeza telah diperkenalkan
sejak zaman penjajahan British dan masih diteruskan hingga kini. Dasar pengasingan kaum
ini berhasil mengasingkan kaum-kaum di Malaysia dan telah menjadi barah pada perpaduan.
Walaubagaimanapun, pengkaji menekankan bahawa cabaran dalam pembentukan
nasion Malaysia ini boleh diatasi sekiranya masyarakat Malaysia sendiri mengubah mentaliti
mereka iaitu dengan tidak menganggap kepelbagaian kaum ini sebagai suatu masalah. Selain
mengubah persekitaran politik, ekonomi dan sosial kepada lebih positif, mentaliti masyarakat
turut memainkan peranan yang besar dalam menubuhkan nasion Malaysia. Pengkaji turut
menyatakan bahawa masyarakat perlu merasakan negara Malaysia adalah untuk semua dan
menganggap kepelbagaian tersebut sebagai keunikan negara. Melalui artikel ini, pengkaji
telah mengubah perspektif kami terhadap topik yang dibincangkan dimana faktor-faktor
kesenjangan ekonomi ini dapat diatasi sekiranya masyarakat dapat mewujudkan perasaan dan
mentaliti sedemikian.

You might also like