You are on page 1of 2

TEMA : ASPIRASI KELUARGA MALAYSA

TAJUK : CIRI KETERANGKUMAN KELUARGA MALAYSIA

Aspirasi Keluarga Malaysia kini menjadi buah mulut dan bualan rakyat
Malaysia. Keluarga Malaysia merupakan gagasan yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 iaitu Ismail Sabri bin Yaakob.

Terdapat beberapa ciri-ciri Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman. Bagi


mencapai teras keterangkuman, kita perlu menyemai budaya integriti dalam
keluarga. Oleh itu, amalan bermusyawarah perlu menjadi amalan keluarga di
Malaysia. Kesan yang akan diperoleh melalui usaha ini ialah kes-kes perceraian
keluarga dan masalah rumah tangga akan akan dikurangkan dari masa ke
semasa.

Selain itu, ciri yang kedua ialah kebersamaan. Melalui teras kebersamaan
rasa tanggungjawab terhadap keluarga dapat dipupuk secara tidak langsung.
Oleh kerana itu, kita harus ada semangat prihatin untuk membantu ahli keluarga
yang berada dalam kesusahan. Bak kata peribahasa, “air yang dicincang tidak
akan putus.

Ciri yang kedua pula ialah kebersamaan. Melalui teras kebersamaan, rasa
tanggungjawba terhadap keluarga akan dapat dipupuk secara tidak langsung.
Oleh kerana itu, kita harus ada semangat prihatin untuk sentiasa peka dengan
keadaan ahli keluarga seterusnya mencapai kata sepakat untuk memberi bantuan
kepada mereka yang berada dalam kesusahan.

Ciri yang seterusnya pula ialah kesyukuran. Pengkayaan nilai dalam teras
kesyukuran ini adalah dengan menerapkan kasih sayang, hormat menghormati
dan taat dalam sesebuah institusi keluarga di Malaysia. Keharmonian dan
kesejahteraan hidup juga akan dapat dicapai seterusnya mengekalkan keamanan
dan kemajuan negara dalam semua sektor. Dengan itu, kemerdekaan negara dan
kemakmuran negara akan terus dipertahankan.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menyokong apa yang


telah diusahakan oleh kerajaan Malaysia sebagai tanda kasih sayang akan
negara.

You might also like