You are on page 1of 4

Contoh Karangan Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia

1 Malaysia, slogan yang telah diperkasa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri NajibTun
Abdul Razak membawa seribu erti kepada negara.Pengalaman Malaysia
mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolakansur agama
selama ini pastinya dapat diperkukuhkan dengan laungan slogan1 Malaysia.
Sensitiviti pihak kerajaan yang sentiasa berusaha menyuburkan
semangatperpaduan dalam masyarakat heterogen perlu diberi pujian.
Bagaimanakah perpaduankaum menatijahkan impak positif kepada negara?
Tuntasnya, tepuk dada tanya selera.Secara dominan, kepentingan mengamalkan
perpaduan kaum dalam kalanganmasyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat
yang harmoni. Keharmonian sesebuahnegara pastinya sentiasa disokong oleh
kestabilan politik yang jelasnya akan membukaruang untuk masyarakat dan
pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukannegara. Hal ini pastinya mampu
mewujudkan sebuah entiti masyarakat yangmementingkan kerjasama bak kata
pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruniserta secara tidak langsung
dapat mengikis sikap individualistik. Tamsilnya, organisasimasyarakat yang berbeza
latar belakang, agama dan adat resam mampu duduk semejaberjuang
mempertahankan keharmonian negara daripada dicabuli pihak tertentu. Hal
inipastinya, dapat mengeratkan perpaduan kaum di negara kita dan negara
bertambahgah di persada dunia.Nama negara juga akan disanjungi dan
meningkatkan imej negara di matadunia. Malaysia past
inya akan menjadi role model kepada negara
-negara di pentasdunia, seterusnya akan dapat meningkatkan imej negara.
Di negara lain, perpaduanberkemungkinan berada pada tahap yang amat rendah
jika dibandingkan dengannegara kita yang mempunyai masyarakat yang bersatu
padu. Contohnya pada 31Oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan Timbalan
Perdana Menteri Britainmempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula
perpaduan. Oleh hal yangdemikian, sebagai rakyat yang cinta akan watan, kita perlu
melaksanakan langkah-langkah proaktif bagi mengekalkan perpaduan antara kaum
kerana bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.Selain itu dapat memajukan ekonomi
negara dan seterusnya ekonomi Malaysiapasti bertambah mantap apabila
perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor ekonomiMalaysia yang mantap dan
masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negaraserantau yang berhempas
pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnyapelabur asing tidak bimbang
untuk melabur di Malaysia kerana keadaan negara kitayang aman dan damai,
sekali gus dapat menjana ekonomi supaya terus berkembang.Sebagai contohnya
rakyat yang bersatu padu akan berusaha mengerah keringat bagimemastikan
negara terus maju dan menggembeleng tenaga memulihkan ekonominegara. Oleh
itu, rakyat Malaysia amat diharapkan agar asas perpaduan yang telahlama bertapak
mampu diperkukuhkan dan diperkasakan lagi.

Di samping itu, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam masyarakat juga


dapat menarik kedatangan pelancong ke Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh,salah
satu sumber ekonomi negara adalah dalam sektor pelancongan yang dapatmenjana
ekonomi negara. Asas perpaduan yang kukuh dan kebudayaan yang unik disamping
kepelbagaian adat resam yang membentuk identiti sesebuah masyarakatdapat
memikat hati pelancong untuk berkunjung. Sebagai tamsilnya, pelancong
amattertarik dengan kepelbagaian kaum di negara kita iaitu terdiri daripada tiga
kaum yangterbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang dapat menonjolkan imej
negara. Hal ini,seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong dan
dapat menjana ekonomiMalaysia secara tidak langsung.Konklusinya, terdapat
pelbagai kepentingan mengamalkan perpaduan kaumdalam kalangan masyarakat di
negara ini. Rakyat Malaysia amat diseru agarmempertahankan maruah bangsa
hingga ke titisan darah yang terakhir danmemakmurkan bumi Malaysia melalui
perpaduan. Ingatlah, Keranamu Malaysia, dimana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Oleh itu, semua pihak perlu menggembelengtenaga bagi memurnikan dan

antara
kaum.
mengekalkan perpaduan

You might also like