You are on page 1of 6

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

PENGENALAN Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memahami kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di Negara kita. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan sosiobudaya ialah seperti bangsa, bahasa, adat resat, struktur masyarakat, jantina dan kepercayaan. Perkara ini amat penting penting difahami kerana ianya membawa implikasi yang besar dalam mewujudkan integrasi nasional. Dengan adanya pemahaman terhadap sosiobudaya masyarakat lain, semua orang akan dapat menyemai serta mengamalkan perasaan hormat, bekerjasama dan toleransi antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kita perlu peka dan sensitif dengan kepelbagaian sosiobudaya bagi mamastikan negara kita sentiasa dalam keadaan bersatu padu dan sejahtera.

BANGSA Pembentukan masyarakat berintegrasi merupakan matlamat utama dalam

mengeratkan hubungan antara masyarakat. Pemahaman tentang identiti bangsa amat penting dalam proses mengukuhkan hubungan etnik dalam kalangan masyarakat. Ketidakfahaman tentang identiti bangsa akan menimbulkan sikap prejudis, stereotaip dan etnosentrik sehingga menimbulkan diskriminasi sosial. Kefahaman tentang identiti bangsa yang berbilang kaum akan mewujudkan sikap saling hormat-menghormati, bekerjasama dan toleransi. Pemahaman tentang identiti sesuatu kelompok masyarakat dapat berlaku melalui interaksi sosial. Interaksi sosial ialah proses menyatupadukan pelbagai kelompok melalui satu identiti bersama. Integrasi melibatkan akulturasi iaitu proses di mana berlakunya perubahan dan pinjam-meminjam unsur kebudayaan. Selain itu, integrasi juga melibatkan asimilasi. Asimilasi merupakan proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan yang dominan. Integrasi juga melibatkan amalmagasi iaitu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi secara perkahwinan. Secara umumnya, bangsa ialah sekelompok manusia yang dianggap memiliki identity bersama, mempunyai kesamaan bahasa, agama, idealogi dan budaya. Hal ini bermakna setiap bangsa mempunyai identiti sendiri.

BAHASA Bahasa ialah alat untuk manusia berkomunikasi sama ada dari segi tulisan, lisan atau gerakan. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah laku dan peraturan masyarakat. Bahasa merupakan satu faktor yang penting dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Perhubungan yang baik dapat dijalin dengan berkesan sekiranya individu menguasai bahasa dengan baik. Hal ini kerana maklumat yang hendak disampaikan dapat difahami dengan mudah oleh penerima maklumat. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia. Bahasa Melayu menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di semua Institut Pengajian Tinggi. Ia juga dijadikan satu mata pelajaran wajib di sekolah jenis kebangsaan. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi diharapkan dapat mewujudkan integrasi dan melahirkan bangsa Malaysia menjelang tahun 2020.

STRUKTUR MASYARAKAT/KELAS SOSIAL Struktur sosial merupakan susunan unsur-unsur sosial iaitu kelompok, kelas sosial, nilai dan norma serta lembaga sosial. Terdapat dua kategori struktur masyarakat iaitu : i. ii. Keturunan /kasta, tingkat pendidikan, kekayaan dan usia Suku bangsa, ras, golongan /kelompok , jenis keluarga dan agama.

Kedudukan individu dalam struktur masyarakat tidak bersifat statik atau tetap tetapi dapat mengalami perubahan atau perpindahan. Kelas sosial ialah golongan yang menyandang, memiliki cara hidup tertentu, mempunyai cara hidup tertentu, mempunyai hak istimewa dan memiliki prestij. Dalam kelas sosial terdapat simbolsimbol tertentu yang mempunyai makna tertentu dalam kalangan penggunanya. Disamping manusia hidup dan bergerak dalam sebuah ruang geografi, manusia juga hidup dalam sebuah ruang yang unik iaitu struktur sosial. Ahli-ahli masyarakat boleh berpindah mengikut ruang geografi atau berpindah dari strata sosial ke strata sosial yang lain atau dari satu golongan ke golongan yang lain.

ADAT RESAM Asat ialah kebiasaan manakala resam ialah lembaga, peraturan, hokum, norma yang dijunjung oleh masyarakat. Adat resam merupakan peraturan yang sudah diamalkan sejak turun temurun dan diwarisi dalam sesebuah masyarakat. Adat resam merangkumi seluruh aspek bermula daripada kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian. Adat resam di Malaysia boleh dilihat berasaskan beberapa masyarakat yang terdapat di Malaysia.

Adat Resam Masyarakat Melayu Bangsa Melayu terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Biasanya, amalan tertentu dalam masyarakat Melayu telah disemaikan dengan tuntutan dan saranan agama. Antara adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu ialah Adat Melenggang Perut dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung ketika usia kandungan dalam lingkungan 7 hingga 8 bulan. Adat Cukur Rambut apabila umur bayi melepasi 7 hari Bersunat dilakukan selepas beberapa hari bayi perempuan dilahirkan manakala bagi lelaki dilakukan apabila berusia 7 hingga 12 tahun.

Adat Resam Masyarakat Cina Masyarakat Cina mempunyai adat resam yang unik. Antara adat bagi masyarakat Cina ialah : Pantang larang semasa mengandung bertujuan memelihara bayi yang bakal lahir Ibu mengandung tidak dibenarkan memaku kerana bimbang bayi mengalami kecacatan. Ibu mengandung tidak boleh memukul binatang kerana ditakuti akan terkena badi. Tugas menjaga ibu mengandung ialah ibu mertua bukannya suami. Nama bayi yang dilahirkan mestilah mengandungi 5 unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu.

Adat Resam Masyarakat India Masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka. Banyak adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu. Di antara adat bagi masyarakat India ialah : Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau 7 - 9 bulan. Waktu kelahiran akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Apabila bayi dilahirkan, sami akan membisikkan Gayatri Mantiram sebelum tali pusat dipotong. Bayi akan dibawa pulang pada hari ganjil dan upacara aalati dilakukan sebelum bayi masuk ke dalam rumah. Ibu dan bayi akan diasingkan daripada ahli keluarga yang lain di dalam bilik khas selama lebih kurang dua minggu. Upacara pemberian nama dilakukan apabila bayi berusia 16 hari.

JANTINA Jantina atau gender merupakan perbezaan antara lelaki dan perempuan berdasarkan ciri-ciri sosial dan budaya. Misalnya, perempuan bekerja di dalam rumah manakala lelaki di luar rumah. Oleh itu, jenis jantina merupakan perbezaan berdasarkan biologi sedangkan gender berdasarkan hubungan sosial dan budaya. Dalam sesetengah masyarakat, kumpulan lelaki amat diperlukan. Anak lelaki dikatakan penyambung generasi. Contohnya, masyarakat Cina amat mementingkan anak lelaki kerana dikatakan boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan pula hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara sahaja kerana selepas berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

KEPERCAYAAN Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya sesuatu perkara. Dalam konteks psikologi, pula bermaksud sesuatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak. Dari segi agama, kepercayaan merupakan sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Teras kepercayaan agama Hindu adalah berdasarkan karma dan

pembahagian kasta. Hokum karma ialah tindakan-tindakan untuk mencapai kehidupan selepas mati jika melakukan amalan dan berbakti semasa hidup. Pembahagian kasta pula berdasarkan hierarki seperti Brahmin, Kesateria, Vaisya, Sundra dan Harijan. Antara amalan mengikut system kasta ialah Sati. Dalam amalan sati, janda kepada si mati akan berkorban dengan membakar diri bersama mayat suaminya yang meninggal. Selain itu, agama Hindu memilik 5 mazhab iaitu Saivisme, Vaisnavisme, Ganapathy, Saura dan Sakhta. Penganut Hindu juga percaya kepada tiga penjelmaan iaitu dewa Brahma, dewa Vishnu dan dewa Siva. Secara umumnya, kepercayaan dalam masyarakat hindu dikaitkan dengan dewa-dewi, unsure-unsur alam, unsur-unsur jahat, roh dan penunggu. Dalam agama Buddha, Siddharta Gautama Buddha telah memperkenalkan prinsip emapat kebenaran yang mulia dan jalan lapan lapis. Dalam prinsip empat kebenaran, beliau menyatakan kehidupan penuh dengan kepahitan dan

kesengsaraan yang disebabkan oleh tuntutan hawa nafsu. Cara untuk menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara papan lapis iaitu kepercayaan dan pengetahuan yang baik, keinginan yang baik, pengucapan yang baik, makna kehidupan yang baik, pemikiran yang baik dan pertapaan yang baik. Konfucianisme merupakan fahaman dan bukan agama yang berasal dari China. Fahaman ini menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Menurut konfucius, kemanusiaan bererti kebolehan mengamalkan lima kebaikan di dunia iaitu budi bahasa, kemurahan hati, amanah, rajin dan baik hati. Setiap masyarakat mempunyai kepercayaan serta nilai masing-masing. Kepercayaan ini menjadi pegangan kepada sesetengah ahli masyarakat. Pendedahan tentang kepercayaan masyarakat lain dapat mengelakkan sebarang perasaan salah faham.

RUMUSAN Kesedaran terhadap kepelbagaian sosiobudaya akan mewujudkan satu masyarakat dan bangsa Malaysia yang bersatu melalui penyatuan pemikiran dan persefahaman. Rakyat akan dapat hidup dalam suasana harmoni dan bekerjasama antara satu sama lain dan seterusnya melahirkan satu bangsa Malaysia. Kesedaran tentang kepelbagaian sosiobudaya juga dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang beragama, bermoral tinggi serta mengamalkan etika yang baik dalam semua aspek kehidupan.

You might also like