You are on page 1of 3

LAPORAN JAWATANKUASA MAKANAN

Tarikh Masa Tempat Ketua AJK

: 7 12 MEI 2013 : Sepanjang Program Pendidikan Luar : Juara Mutiara Resort Pulau Tioman, Pahang : Noreha bt Badron : Zeti Akhtar bt Baharuddin Devaki Subramaniam

Sebelum Semua AJK bagi program Pendidikan Luar telah ditetapkan. Termasuk bagi jawatan kuasa makanan dan minuman semasa di Pulau Tioman itu. Persediaan, perbincangan serta gerak kerja dijalankan bersama-sama dan dibuat dalam satu hari yang telah ditentukan. Mesyuarat bersama AJK bersama pensyarah pembimbing iaitu Encik Hishamuddin juga dibuat sebelum tarikh sebenar pendidikan luar. Pihak / bahagian makanan dan minuman telah mengatur beberapa draf dan perancangan bagi semua menu dan peruntukan yang akan dibelanjakan di sana. Setelah draf bagi menu dan belanjawan dibentangkan, pihak jawatankuasa makanan membuat satu sesi senarai semak bagi alatan alatan yang hendak dibawa dan diperlukan di sana nanti. Kesemua alatan telah tersedia di dalam bilik pendidikan jasmani, namun beberapa barangan seperti mesin pengisar makanan telah dibawa oleh ahli jawatankuasa makanan. Lain-lain alatan telah pun lengkap dan disemak serta dikumpulkan bagi tujuan pemunggahan pada hari bertolak. Segala tentatif, jadual pelaksanaan aktiviti penyediaan makanan dan minuman telah lengkap dibentangkan dan semua ahli juga bersedia menjalankan tugas bersama.

Semasa Setibanya kami di Juara, Tioman, kumpulan pertama yang ditugaskan telah menjalankan tugas mereka. Penyediaan makanan dan minuman selama kami berada di Pulau Tioman ini adalah mengikut giliran bagi keempat-empat kumpulan iaitu dimulai dengan kumpulan MIZUNO, hari ke-2 ADIDAS, ke-3 ASICS dan hari ke-

4 NIKE dan diikuti kumpulan pertama semula pada 2hari terakhir di Pulau Tioman. Kumpulan yang ditugaskan menyediakan makanan mengikut menu namun telah mengubahsuainya apabila melihat beberapa barangan keperluan memasak basah tidak terdapat di kedai runcit yang berdekatan.Sungguhpun begitu, makanan yang dihidangkan memuaskan hati semua ahli, jadual penyediaan dipatuhi oleh semua kumpulan, penyediaan yang tepat pada masanya tanpa sebarang kelewatan waktu dan kerjasama antara ahli di dalam kumpulan serta kumpulan dengan kumpulan yang lain begitu baik demi menyiapkan aktiviti dan penyediaan makanan yang baik.

Selepas Pada 12 Mei 2013, Ahad jam 2 petang, kami telah selamat sampai di IPGM Kampus Temenggung Ibrahim. Semua peralatan dipunggah turun dari bas dan terus dibersihkan sekali lagi dan diletakkan di tempat berlabel mengikut itemnya di bilik pendidikan jasmani dengan baik. Semua peralatan yang diguna dan dibawa sebelum bertolak tempohari dipulangkan dalam keadaan yang baik dan dalam kuantitinya yang dibawa dalam senarai semak AJK makanan.

Masalah Yang Dihadapi Tiada masalah memandangkan kerjasama antara ahli berjalan dengan baik dan perancangan awal yang dibuat dengan sistematik.

Cadangan Penambahbaikan Aktiviti berjalan dengan baik.

Refleksi Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, satu program yang dirancang pada awal semester 3 ini telah dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai salah satu AJK pelaksanaan Program Pendidikan Luar yang diadakan selama 6 hari 5 malam di Juara, Pulau Tioman, merupakan satu tugas yang mencabar memandangkan banyaknya kekangan yang dihadapi dalam menyiapkan persediaan awa. Namun, berkat kerjasama antara ahli dan tunjuk ajar mentor iaitu Encik Hishamuddin bin Hassan. Terima kasih kepada beliau kerana telah memberi panduan, motivasi dan membimbing kami dapat menjayakan program pendidikan luar ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan kelas khususnya AJK masakan yang

sama-sama menggembeleng tenaga, bersatu hati dan tidak merasa penat dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Kejayaan dalam tugasan ini memang saya akui apabila semua AJK memberi komitmen yang padu, tidak berkira semasa menyediakan dan memasak tepat pada masanya. Walaupun timbul masalah tetapi ianya dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas. Kesimpulannya, aktiviti

Program Pendidikan Luar ini banyak memberi manfaat, ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Ianya sangat berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran bersama anak-anak murid saya semasa melakukan aktiviti di luar bilik darjah khususnya aktiviti perkhemahan. Saya sangat bersyukur dan gembira atas pengalaman yang ditimba. Akhir kata,yang baik datang dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri saya sendiri. Amin.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

................................................... (NOREHA BINTI BADRON ) Ketua AJK Masakan, Program Pendidikan Luar, PPG PJK Ambilan Feb 2012, IPGMK Temenggung Ibrahim.

................................................... ( SAROZI BIN ABU BAKAR ) Pengerusi, Program Pendidikan Luar, PPG PJK Ambilan Feb 2012, IPGMK Temenggung Ibrahim.

You might also like