You are on page 1of 1

REFLEKSI Salam sejahtera dan salam perpaduan saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing muzik.

Saya Vasumathy Balakrishnan dari semester 3 opsyen Prasekolah telah ditugaskan untuk melaksanakan salah satu kerja kursus berasaskan ilmu dalam kumpulan berempat. Saya bersama rakan-rakan saya yang lain iaitu Sia Ju Ping, Goh Hui Ping dan juga Tan Pei Ching telah melaksanakan tugasan ini. Kami telah mendapat tugasan yang bertemakan KEERONGCONG. Pada awalnya saya bersama rakan sekumpulan saya kami kurang pasti mengenai apa yang patut kami sertakan dalam kerja kursus tersebut. Tetapi, selapas beberapa perjumpaan dengan pensyarah pembimbing kami akhirnya dapat kami menyiapkan tugasan yang diberi kepada kami. Dalam kumpulan berempat kami telah mengagihkan tugasan bagi menyenangkan kerja kursus tersebut dapat disiapkan denga lebih sempurna. Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan salah satu tajuk daripada kerja kursus tersebut iaitu gaya muzik keroncong, dan juga tokoh kerongcong. saya telah mengumpul data daripada pelbagai sumber seperti internet dan juga buku daripada perpustakaan. Selepas itu, saya telah membaca nota yang telah dikumpul oleh saya dan juga rakanrakan kumpulan saya supaya dapat memahami dengan lebih jelas mengenai tugasan yang diberi kepada saya. Setelah membuat nota rongkas daripada nota-nota yang kami diperoleh daripada pelbagai sumber saya telah meyiapkan tugasan yang diberi kepada saya da sekumpulan. Dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah menghadapi pelbagai rintangan seperti kurang jelas mengenai gaya muzik. Setelah membuat pembentangan dalam kelas saya dapat pandangan yang amat jelas mengenai tajuk yang diberi kepada saya sekumpulan. Bersyukur ke hadrat illahi kerana dapat menyiapakan tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Sekian. Terima kasih.

You might also like