You are on page 1of 2

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia. Saya Vasumathy Balakrishnan dari semester 3 Prasekolah.

Dalam semester 3 ini, kami dihendaki mempelajari 2 komponen dalam mata pelajaran Muzik iaitu teori dan juga kemahiran instrumental. Kemahiran instrumental telah diajar oleh En.Sabri. Dalam sukatan pelajaran mata pelajaran muzik pada sememter ini terdapat empat komponen iaitu kemahiran bermain alat kibod, alat rekorder, alat perkusi dan ensembel. Encik. Sabri telah mengajar cara bermain alat kibod, rekorder perkusi dan ensembel dengan sempurna. Kami dapat mempelajari dan memahami kemahiran alat muzik dengan cekap hasil daripada cara pengajaran dan pembelajaran yang amat efektif. Kami menghargai jasa beliau kerana pertolongan beliau kepada kami bagi menceburi bidang muzik adalah sesuatu yang tidak dapat dinilaikan. Beliau telah memberi beberapa lagu untuk kami melatih dalam meningkatkan kemahiran instrumental kibod dan juga rekorder. Pada masa yang sama, kami turut diberi tumpuan secara individu oleh En.Sabri dalam kaedah penjarian, kord, dan juga kemahiran dalam kibod. Antara lagu-lagu yang dipelajari oleh saya ialah tepuk amai-amai, penyu dan lain-lain lagi. Encik.Sabri telah menetapkan masa dan juga tarikh untuk amali keyboard setelah kami telah mempelajari lagu penyu dan juga tepuk amai-amai beberapa minggu. Terdapat dua amali dalam kemahiran instrumental iaiitu secara

berkumpulan dan juga individu. Saya bersama 6 orang ahli kumpulan yang terdiri daripada Hui Ping, Ina, Royson, Shangkar dan juga queens telah berlatih untuk persembahan esembel kami beberapa hari. Pada hari amali tersebut kami telah berlatih bersungguh-sungguh untuk persembahan amali kami. Encik telah member nama bagi setiap kumpulan. Kami diberi nama Penyu 2 dan Tepuk amai-amai 2. Dalam persembahan kedua-dua lagu itu, kami dipiliha sebagai esembel yang terbaik dalam lagu Tepuk Amai-Amai. Saya berasa sungguh bangga kerana kami dapat memainkan salah satu lagu yang sempurna. saya memainkan rekorder dalam esembel tersebut.

Amali individu pula, agak sukar bagi diri saya.hal ini demikian kerana, saya tidak mahir dalam penggunaan kibod dan tidak begitu minat dalam permainnan kibod. Saya lebih berminat dalam memainkan rekorder berbanding dengan kibod. Walau bagaimanapun, saya berlatih bersungguh-suungguh dalam menjayakan amali saya tersebut. Setelah melatih beberapa hari saya saya dapat memainkan lagu tersebut dengan sempurna tetapai saya tidak mahir dalam memainkan kord bagi lagu itu. Saya berlatih selama dua hari untuk memainkan kord dan juga melodi. Akhirnya, berjayalah saya dalam memainkan kibod. Tetapi, En.Sabri member komen bahawa tempo saya lari. Sehingga hari ini saya kurang jelas mengenai apa yang dinyatakan oleh beliau. Apa itu tempo? Apa yang lari? Saya kuarang jelas mengenai perkara ini. Dan Encik menyatakan bahawa beliau akan mengajar mengenai tempo dan juga cara intro dalam lagu kepada kami pada masa yang akan datang. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakanrakan bagi mempelajari cara mainkan kord dan penjarian kibod membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh En. Sabri membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, amali muzik walaupun ensembel ataupun kibod telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih meminati muzik. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam mengajar saya bagi melatihkan diri bagi alatan muzik. Sekian, terima kasih.

VASUMATHY BALAKRISHNAN 3PPISMP(PRASEKOLAH)

You might also like