You are on page 1of 57

ISU MORAL:

SEKSUALITI
Isu-isu seksualiti:
• Rogol
• Sumbang mahram
• Homoseks
• Seks bebas / seks luar nikah
Punca:
• Lambakan bahan lucah: majalah,
gambar, cerita lucah, video dll
• Pengaruh budaya asing yang masuk
melalui media: filem, internet, media
cetak
• Kerumitan urusan perkahwinan
• Bahan perangsang seks: Viagra, herba
• Corak pemakaian wanita
ROGOL
• Definisi Kamus Dewan ‘rogol’ ialah
perbuatan memperkosa atau
mencabul kehormatan perempuan.
• Mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan,
rogol didefinisikan sebagai persetubuhan yang
bertentangan iaitu tanpa kerelaan perempuan
atau dengan kerelaan perempuan tetapi atas
ketakutan mati atau cedera atau salah
tanggapan fakta seperti bomoh mengatakan
dengan persetubuhan boleh menyembuhkan
penyakit atau dengan kerelaan tetapi
perempuan itu tidak memahami jenis dan
akibat kerelaan yang diberikan seperti bodoh,
hilang akal, pengsan atau gila.
• "Rogol" boleh juga merujuk kepada
hubungan seksual dengan seorang yang
rela tetapi dari segi undang-undang belum
cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol
statutori".
• Kes ‘rogol’ ini selalu disembunyikan kerana
mangsa berasa malu, lebih-lebih lagi jika
pelaku dikenali mangsa. Selain itu ugutan
juga menjadikan mangsa tidak berani
membuat laporan polis.
• Jika pelaku didakwa dan diputuskan
bersalah oleh mahkamah maka
hukumannya boleh dikenakan di bawah
seksyen 376 Kanun Keseksaan.
• Hukuman pada seksyen tersebut
adalah penjara tidak kurang daripada
lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun
dan boleh juga dikenakan sebatan.
JENIS PEROGOL
• Perogol terbahagi kepada dua jenis iaitu
merogol secara spontan dan perogol yang
merancang tindakan mereka.
• Perogol yang bertindak secara spontan
akan menyerang sesiapa sahaja di
hadapannya jika berpeluang berbuat
demikian.
• Perogol yang merancang tindakan mereka
akan menyusun strategi dan menjadi
pemerhati kepada mangsa dengan meneliti
jadual pergerakan mangsa sebelum
mengambil tindakan.
• Perogol tidak tertumpu kepada mana-mana
kumpulan etnik dan sebarang lelaki boleh
menjadi perogol.
• Umur perogol juga tidak khusus kepada
peringkat tertentu dan kebanyakan mereka
tidak menginsafi apa yang mereka lakukan.
LANGKAH MENGATASI
• Didikan awal di rumah dapat membentuk jiwa
kanak-kanak dan ahli keluarga supaya
menghormati wanita
• Membetulkan cara didikan kanak-kanak
-Masyarakat diajak untuk memberi ruang
kepada mangsa dan keluarga bagi melupakan
tragedi hitam dengan cara memberi sokongan
fizikal dan emosi
• Pertubuhan bukan kerajaan diberi akses yang
lebih luas kepada penubuhan pusat
perlindungan seperti bantuan geran, khidmat
kaunselor dan kursus peningkatan pengurusan
tempat perlindungan supaya mangsa rogol
berasa yakin dan dapat menerima kehidupan
baru
• Mempercepatkan pendakwaan kepada pesalah
rogol
• Tapisan keselamatan ke atas semua pekerja yang
akan diambil bertugas tanpa mengira sector
• Mewujudkan Majlis Perundingan Keluarga
Negara (MPKN) supaya program dan aktiviti
pembangunan keluarga dapat disusun dari
peringkat kampung, taman perumahan, daerah
dan negeri. Penglibatan pula diperluaskan
• Didikan awal di rumah dapat membentuk jiwa
kanak-kanak dan ahli keluarga supaya
menghormati wanita
• Membetulkan cara didikan kanak-kanak
-Masyarakat diajak untuk memberi ruang
kepada mangsa dan keluarga bagi melupakan
tragedi hitam dengan cara memberi sokongan
fizikal dan emosi
• Menggerakkan peranan Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
dan persatuan penduduk melalui aktiviti
pemantauan dan pencegahan secara
berterusan
• Mempercepatkan pendakwaan kepada
pesalah rogol
• Kempen memperhebatkan talian hotline Polis
Diraja Malaysia iaitu 03-26226555 bagi orang
ramai mudah membuat aduan
• Pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar
mengambil tanggungjawab memastikan
persekitaran awasan perumahan khususnya
jalan atau lorong gelap. Kawasan seperti ini
sangat berpotensi simenjadi tempat
penjenayah rogol mencari mangsa mereka
KES-KES ROGOL PALING TRAGIS DI
MALAYSIA

Noor Suzaily bt. Mukhtar


Canny Ong
Nurul Huda bt. Abdul Ghani
Selva Kumar
SUMBANG MAHRAM
• Mengikut pengertian Kamus Dewan
perkataan ‘sumbang’ membawa erti ‘tidak
mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan dan
lain-lain), melanggar adat, tidak sopan’.
• Perkataan ‘mahram’ pula membawa erti ‘laki-
laki dan perempuan yang diharamkan
berkahwin menurut agama Islam’.
• Dalam pada itu, dari perkataan sumbang juga
terdapat beberapa frasa iaitu ‘sumbang balai
melintang’ yang bermaksud ‘berzina dengan orang
yang tidak boleh dikahwini (pada agama dan adat)

• Mengikut Undang-Undang Sivil Malaysia, sumbang


mahram didefinisikan sebagai “apabila seorang
lelaki atau perempuan melakukan persetubuhan
dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan
perempuan itu adalah tidak dibenarkan di bawah
undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan
yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut,
untuk berkahwin dengan orang itu”
• Di Mahkamah Syariah pula, Seksyen 2
Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Wilayah Persekutuan (1997), Selangor (1995),
Pulau Pinang (1996), Johor (1997) dan Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 pula
telah mentakrifkan sumbang mahram sebagai
perbuatan atau siri perbuatan yang dianggap
bertentangan dengan hukum syarak di antara
seorang lelaki dan seorang perempuan yang
ditegah berkahwin
• Seksyen 2 Enakmen Jenayah Syariah (1992)
untuk Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak
pula telah memberikan takrifan sumbang
mahram sebagai perbuatan atau siri
perbuatan yang bertentangan dengan Hukum
Syarak di antara seorang lelaki dan seorang
perempuan yang diharamkan berkahwin
sama ada di kalangan muabbad (haram nikah
buat selama-lamanya) atau ghairu muabbad
(haram nikah buat sementara).
• Statistik menunjukkan bahawa kanak-
kanak dan remaja lelaki sering dicabuli di
luar kawasan rumah sementara gadis
dan kanak-kanak perempuan seringkali
dicabuli dalam atau sekitar kawasan
rumah.
HOMOSEKSUAL
• Ditakrifkan sebagai hubungan seksual antara orang
yang sejenis jantinanya, baik sesama lelaki atau
sesama wanita.
• Istilah homoseks ini biasanya digunakan untuk lelaki.
• Dr. Sarlito Wirawan Sarwono mengatakan :
“Homoseksual adalah hubungan seks antara dua
orang yang sama jenis kelaminnya.”
• Manakala Dr. Ali Akbar mengemukakan bahawa yang
dimaksud dengan homoseksual adalah mencari
kepuasan seksual dengan jenis yang sama.
• Istilah lesbian diistilahkan bagi wanita-wanita
yang melakukan hubungan seksual sesama
wanita.
• Lesbian ertinya para wanita lesbian ini
cenderung untuk mencintai sejenisnya dan ia
akan mendapatkan kepuasan seks bila
dilakukan dengan wanita, bukan dengan lelaki.
Sebab-sebab berlakuhomoseksual
• Pengalaman-pengalaman di masa lampau
tentang seks yang meninggalkan kesan
mendalam pada pemikirannya.
• Salah didikan semasa kecil atau perlakuan
orang tua yang salah.
• Pengaruh persekitaran
• Peranan ibu bapa turut menyumbang kepada
penyelewengan sifat golongan ini.
• Mempunyai peribadi yang lemah dan tidak
yakin pada jantina sendiri.
Kesan-kesan homoseksual:
• Seorang gay tidak mempunyai keinginan terhadap
wanita.
• Perasaan cinta antara sesama jenis membawa
kelainan jiwa yang menimbulkan suatu sikap dan
perilaku yang ganjil.
• Berisiko tinggi untuk mendapat Jangkitan seksual
(STI's) jika mereka melakukan hubungan seks
tanpa perlindungan, terutama AIDS mula sekali
dikesan di kalangan lelaki homoseksual yang mana
perbuatan liwat mudah dijangkiti virus HIV.
• Mengakibatkan kerosakan pada saraf otak,
melemahkan akal dan menghilangkan semangat
kerja serta mudah terjangkit berbagai penyakit
bahaya.
• Berisiko tinggi untuk mendapat penyakit mental
(kemurungan / membunuh diri ), penyalahgunaan
dadah dan pil khayal serta menimbulkan masalah
tingkah laku yang serius
• Institusi perkahwinan akan runtuh
• Dijangkiti pelbagai jenis penyakit seperti sifilis dan
AIDS
• Masyarakat tidak aman dan tenteram
• Maruah diri, masyarakat dan agama tercemar
• Dikhuatiri jangkitan penyakit kepada keturunan
• Jiwa sentiasa tidak tenang/gangguan jiwa
• Wujud pergaulan yang tidak bermoral / akhlak
jahat dalam masyarakat
Seks bebas / seks luar nikah
• Bermaksud hubungan seks yang di lakukan oleh
pasangan lelaki dan perempuan yang tiada ikatan
perkahwinan
• Dilakukan dengan kerelaan kedua-dua pihak
• Sama ada kedua-dua sudah mempunyai pasangan
yang sah atau belum
• Pasangan tetap atau bertukar-tukar pasangan
• Secara terbuka atau rahsia
• Dengan bayaran atau tanpa bayaran (pelbagai bentuk
ganjaran)
Faktor:
• Keinginan/nafsu seks yang tinggi kerana:
­ Amalan pemakanan
­ Pengambilan ubat-ubatan penguat nafsu
­ Pendedahan kepada pornografi
• Berjauhan daripada pasangan yang sah
• Rasuah
• Kejemuan terhadap pasangan yang sah
• Kegagalan pasangan yang sah memenuhi keperluan
seks
Kesan:
• Keruntuhan perkahwinan
• Kehamilan yang tidak diingini, buang bayi,
pengguguran
• Kecelaruan keturunan
• Kelahiran anak tak sah taraf / luar nikah
• Kerosakan integriti (rasuah seks)
• Merosakkan masa depan wanita
• Penyakit berkaitan seks (STI)
• Mencemar kemuliaan insititusi keluarga &
perkahwinan

You might also like