You are on page 1of 4

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

AJK (KAWAD KAKI)

NAMA: CHENG GRACELYN XINYI

OBJEKTIF:

1. Mengambil gambar aktiviti sebelum, semasa dan selepas kawad kaki.


2. Menambahkan pengetahuan asas tentang kemahiran kawad kaki.
3. Memberi bantuan kepada kem komanden dalam mengurus pasukan kawad kaki.

Pada 26 hingga 29 Ogos 2019, seramai 50 orang ahli Unit Beruniform Bulan Sabit Merah
telah menyertai Perkhemahan Pemimpin Bagi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia PISMP
Sem 3 Ambilan Jun 2018. Perkhemahan ini dijalankan selama 4 hari 3 malam di Pulako IPG
Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Sebelum perkhemahan diadakan, kami ada latihan kawad kaki pada pukul 5.00 petang
hingga 7.00 malam setiap Khamis. Saya dan ahli jawatankuasa kawad lain membantu kem
komanden untuk mengajar hukuman dan kemahiran asas kawad kaki dan menguruskan
barisan. Saya juga mengedarkan skrip hukum kawad kepada pelajar-pelajar lain dan
mengajar cara memberi koman. Kami bersama-sama membantu peserta yang tidak pernah
berkawad kaki sebelum ini dan membantu peserta yang pernah berkawad mengimbas
kembali kemahiran berkawad. Melalui kawad kaki, sikap disiplin, bekerjasama dan patuh
kepada arahan dapat dipupuk dalam kalangan peserta.

Semasa perkhemahan dijalankan, kami juga menjalankan latihan kawad kaki setiap hari
di kawasan pulako. Pada hari ketiga iaitu pada 28 Ogos 2019 (Rabu) pula kami diberi masa
selama satu jam setengah untuk mempelajari cara menyusun barisan dan menerima sijil.
Encik Yusri Mat Johor telah memberi taklimat kepada kami. Beliau telah menerangkan cara
menyusun skuad dari satu baris ke dalam tiga, empat, lima barisan mengikut ketinggian skuad.
Antara cara berbaris termasuklah dengan skuad yang tinggi berdiri di kiri dan kanan pasukan
manakala skuad yang pendek berdiri di tengah pasukan. Selain itu, cara yang kedua ialah
skuad yang tinggi berdiri di tengah pasukan. Terdapat juga skuad yang tinggi berdiri di kiri dan
yang rendah berdiri di kanan serta sebalikya. Encik Yusri juga mengajar langkah-langkah
menerima sijil kepada lapan orang wakil termasuk kem komandan, penolong kem komandan,
setiausaha dan ketua-ketua kumpulan.
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Pada 29 Ogos 2019 (Khamis), majlis penutup telah diadakan pada pukul 10.00 pagi.
Selepas senaman robik pada pagi hari tersebut, kami diberi masa untuk menukar pakaian
kepada uniform Bulan Sabit Merah dan bersiap sedia untuk majlis penutup. Majlis penutup
diadakan bersama dengan Pandu Puteri. Selepas ketibaan pengarah, Dr. Yahya Bin Osman,
majlis penutup bermula. Sesi penyampaian hadiah dan mengambil gambar dijalankan. Majlis
ini dijalankan dengan lancar dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Selepas perkhemahan
tamat, saya telah menghasilkan satu laporan AJK kawad kaki.

Disediakan oleh, 31 OGOS 2019

_______________________
(CHENG GRACELYN XINYI)

AJK Kawad Kaki


Unit Bulan Sabit Merah Malaysia
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

SENARAI SEMAK
Bil. Perkara Catatan
( / atau x)
Sebelum

1. Perjumpaan untuk pembahagian tugas.

2. Merancang dan mengadakan latihan kawad kaki.

3. Menyediakan skrip hukum kawad.

Semasa

1. Mengambil gambar kawad kaki.

2. Membantu penyusunan barisan kawad kaki.

Selepas

1. Membuat laporan.
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Gambar 1. Ahli-ahli BSMM berbaris dalam pasukan semasa majlis penutup.

Gambar 2. Latihan kawad kaki.

You might also like