You are on page 1of 17

MTES 3023

PENAAKULAN
MATEMATIK
Ahli Kumpulan : Cheng Gracelyn Xinyi
Ivy Ling Zhe Yun
Pensyarah : En. Mohd Khiril Anuar Zulkurnain
Pernyataan
•  Pernyataan ialah sejenis ayat yang membawa maksud sama
ada BENAR atau PALSU, tetapi bukan kedua-duanya.
• Arahan dan soalan bukan pernyataan kerana kedua-duanya
bukan benar atau palsu.

• Contohnya :
• Segi empat sama mempunyai empat sisi yang sama.
(Pernyataan)
• = 125(Pernyataan)
• m + 4(Bukan pernyataan)
Menentukan sama ada pernyataan
benar atau palsu
• Jumlah sudut dalaman pentagon adalah 540°.
(Benar)
• 3 ialah nombor perdana. (Benar)
• Suatu heksagon mempunyai 10 sisi. (Palsu)
• 7-3 > 9 (Palsu)
PENGKUANTITI
• Digunakan untuk menerangkan bilangan kes atau
objek yang terlibat dalam pernyataan.
• Sesuatu pernyataan boleh dibina dengan
mengenal pasti pengkuantiti yang betul-betul
menghubung dengan tepat objek dan sifat.
• Objek: Subjek yang dibincangkan
• Sifat: Ciri objek berkenaan
• SEMUA (ALL)
• pengkuantiti yang menggambarkan setiap objek atau
kes yang memenuhi syarat tertentu.

• Contoh :
1. Semua kuda belang mempunyai belang.
2. Semua pentagon mempunyai lima sisi.
3. Semua nombor genap dapat dibahagi dengan 2.
• Sebilangan (Some)
• Pengkuantiti yang menggambarkan sekurang-
kurangnya satu daripada kes atau objek memenuhi
syarat tertentu.

• Contoh :
1. Sebilangan gandaan 3 ialah gandaan 9.
2. Sebilangan pelajar perempuan pakai seluar pendek.
3. Sebilangan faktor bagi 24 adalah faktor bagi 40.
Menentukan sama ada pernyataan
berikut adalah benar atau palsu.
• Semua segitiga mempunyai tiga sisi. (Benar)
• Semua faktor bagi 9 ialah faktor bagi 12. (Palsu)
• Semua nombor positif adalah lebih besar daripada
sifar. (Benar)
Bina pernyataan benar dengan menggunakan
pengkuantiti “semua” atau “sebilangan”.
a) Objek : kubus
Ciri : tapak segi empat sama
Semua kubus mempunyai tapak segi empat sama.

b) Objek : sisi empat


Ciri : sisi yang sama panjang
Sebilangan segi empat mempunyai sisi yang sama
panjang.
Penafian Pernyataan
• Penafian menggunakan perkataan “tidak” atau
“bukan”.

• Penafian suatu pernyataan bermaksud


mengubah kebenaran pernyataan itu daripada
benar ke palsu dan sebaliknya.
• Contoh :
• Tukarkan kebenaran pernyataan p dengan
menggunakan perkataan “bukan” atau “tidak” dalam
pernyataan asal.

• P : 2 ialah nombor genap.

• Penyelesaian :
• 2 bukan nombor genap. (Palsu)
Tukarkan kebenaran setiap pernyataan
berikut dengan menggunakan perkataan
“bukan” atau “tidak”.
a. 4 – 1 = 3
b. Segi tiga sama sisi mempunyai satu sudut tegak.

• Penyelesaian :
a. 4 – 1 ≠ 3 (Benar)
b. Segi tiga sama sisi tidak mempunyai satu sudut tegak.
(Benar)
Pernyataan Bergabung
• Suatu pernyataan yang merupakan gabungan dua pernyataan
yang menggunakan perkataan “DAN” atau “ATAU”

• Kebenaran atau kepalsuan bagi dua pernyataan p dan q yang


diberi:
• Kebenaran atau kepalsuan bagi dua pernyataan p atau
q yang diberi:
P Q P atau Q
Benar Benar Benar
Benar Palsu Benar
Palsu Benar Benar
Palsu Palsu Palsu
Implikasi
• Satu ayat dalam bentuk “jika p, maka q” di mana
pernyataan p menunjukkan antejadian dan pernyataan
q menunjukkan akibat

• Contoh:
Implikasi: Jika x+6=11, maka x=5.
Antejadian: x+6=11
Akibat: x=5
•  Satu pernyataan bergabung “p jika dan hanya jika q”
mempunyai dua implikasi “jika p, maka q” dan “jika q,
maka p”

• Akas bagi implikasi “jika p, maka q” ialah “jika q, maka


p”.

• Contoh:
Implikasi: Jika x=4, maka .
Akas: Jika .
Premis dan Hujah
• Penghujahan ialah satu proses membuat kesimpulan
berdasarkan beberapa pernyataan (premis) yang diberi.
• Terdapat 3 bentuk hujah :

Hujah bentuk I Hujah bentuk II Hujah bentuk III


• Premis 1 : Semua • Premis 1 : Jika p, • Premis 1 : Jika p,
A adalah B. maka q. maka q.
• Premis 2 : C ialah • Premis 2: p ialah • Premis 2 : Bukan
A. benar. q adalah benar.
• Kesimpulan : C • Kesimpulan : q • Kesimpulan :
ialah B. ialah benar. Bukan p adalah
benar.
TERIMA
KASIH

You might also like