You are on page 1of 12

EDUP3013

Merujuk kepada bahan bacaan yang sesuai,


bincangkan bagaimanakah sesuatu falsafah
pendidikan itu dibentuk
NAMA: BRENDA TING SHU TIEN
CHENG GRACELYN XINYI
RACHELLE LEE XING MEI
PENSYARAH: ENCIK MILATU SAMSI BIN HAYON
PENGENALAN
• Dasar pendidikan negara adalah manisfestasi daripada
Falsafah Pendidikan yang mula ditulis pada tahun 1988
• Falsafah-falsafah yang terkandung didalamnya
mengandungi matlamat, pelaksanaan pendidikan, ciri-ciri
yang hendak dibentuk dalam diri individu dan hal-hal
yang terkait dengan bidang pendidikan.
• Sebelum tahun 1988, falsafah pendidikan bersifat tersirat
sahaja iaitu hanya merujuk kepada perkara-perkara asas
daripada dasar kerajaan seperti Rukun Negara, Dasar
Ekonomi dan ideologi kerajaan ketika itu.
FALSAFAH PENDIDIKAN
• Pemikiran atau pemandangan yang benar, rasional
dan bernas yang dihasilkan daripada satu kajian ahli
falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan
logikal
• Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti
kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman
untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
• Diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan
terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan
pendidikan.
• Memberi pedoman dan hala kepada segala usaha
pendidikan sama ada di dalam institut pendidikan
atau di luar institut pendidikan.
PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN:
ASAS PERTAMA
• Antara asas pembinaan FPN adalah merangkumi
pelbagai perkara termasuklah pembangunan insan,
pembangunan negara, keadaan rakyat yang berbilang
kaum serta agama
• Kewujudan satu bangsa Malaysia yang maju, berdaya
saing serta mempunyai jati diri yang mantap
melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani secara
seimbang dengan berlandaskan kepada ketuhanan.
ASAS KEDUA
• Diasaskan kepada hasrat dan aspirasi negara dan
dinyatakan secara bertulis
• memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan
yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis,
yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi
sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
• Penekanan terhadap diri, masyarakat dan negara
penting bagi mengukuhkan perpaduan kaum di
Malaysia.
• Memberi kesedaran kepada rakyat mengenai
tanggungjawab diri menyumbang kepada masyarakat
yang berbilang bangsa dan khasnya Malaysia tanpa
ada prejudis terhadap kaum lain.
ASAS KETIGA
• Mengambil kira aspirasi proses pembangunan bangsa
dan negara
• Digariskan bahawa harus selari dengan kehendak
agama Islam sebagai agama rasmi serta
pembangunan negara
• Penting kepada kaum-kaum penganut agama lain
untuk mengakui dengan jelasnya terhadap kedudukan
agama Islam dalam perlembagaan Malaysia
• FPN dibentuk berlandaskan syariah dan bukan
ideologi sekular
• Falsafah pendidikan Islam dimasukkan dalam FPN
iaitu menekankan perkembangan seimbang diri
individu membawa kepada individu beriman, berilmu,
berakhlak, bertakwa dan beramal soleh (Resolusi Dan
Konsensus Sedunia Pendidikan Muslim, 1977)
ASAS KEEMPAT
• menekankan nilai baik seperti yang terdapat dalam
falsafah barat, pelbagai sumber dan falsafah
• Diterima oleh lapisan masyarakat tanpa ada keraguan
dan tiada pihak akan menolaknya
• Guru sebagai pelaksana FPN harus memahami secara
mutlak asas dan nilai-nilai yang terdapat dalam FPN
ini
• Pembangunan negara akan lebih berkembang lancar
seiring dengan moral rakyat dan masyarakatnya  yang
baik dan mulia.
KESIMPULAN
FPN yang telah mantap dan menjadi asas kepada kebanyakan
akta-akta pendidikan di Malaysia seperti Akta Pendidikan 1996
telah dikekalkan sifatnya, tetapi terdapat beberapa
penambahan perkataan bagi tujuan memantapkan lagi
falsafah ini dan FPN seterusnya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebagai nama baharu untuk
falsafah pendidikan negara kita sekarang.
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008), Falsafah Pendidikan dan
Kurikulum edisi kedua, Tanjong Malim Perak : Quantum Books.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996). Diperoleh daripada


http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Negara (1988). Diperoleh daripada


http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah Pendidikan Negara

You might also like