You are on page 1of 25

TUGASAN FINAL CBT

ZULKERNAIN BIN HASHIM


TUGASAN FINAL:

Buatkan satu pengurusan kes menggunakan CBT dari permulaan memahami


kes sehingga selesai. Kes ini adalah tentang kes yang anda alami sendiri dan
bagaimana dengan bagaimana dengan menggunakan CBT dapat
mengendalikan kes anda. Anda boleh melihat kembali latihan coaching
sebelum ini dari sesi 2 – 20 untuk menjadi panduan pemahaman pengurusan
kes. Perkara penting wajib ada :
1. A-B-C-D-E-F
2. Pembinaan Matlamat (SPORT,SMART, WFD Dll)
3. Teknik-Teknik Khusus CBT yang digunakan.
LAPORAN KES

LAPORAN SESI KAUNSELING

Nama klien : ABDUL RAHIM BIN AB.LLAH

Sesi ke : 1,2,3

Tarikh: 10/8/21,18/9/21,16/10/21

Masa mula: 09.00 pg Masa tamat: 10.00 pg

Jam diperolehi: 1 jam Tempat sesi : Bilik Kaunseling

Jenis Kaunseling : Kaunseling Individu No.rujukan: 0075

Latar belakang klien

Klien berasal dari Kedah dan kini keluarganya menetap di Kuala Lumpur.
Merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik-beradik. bapa klien
merupakan seorang kerani manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.
Klien adalah seorang pelajar Diploma Kejururawatan dalam semester 5
dan seorang pelajar berpotensi dalam akademik dengan pencapaian
CGPA 3.20 pada semester yang lalu .Di mana pelajar telah dirujuk oleh
koordinator jabatan kejururawatan( Pn.Tuminah & Pn Mas Suri) kerana
mempunyai keinginan untuk membunuh diri (niat) dan ditambah dengan
masalah personaliti pelajar itu sendiri.
Pakaian : Memakai seragam jururawat kemeja berwarna putih.
Riak wajah : Nampak tenang tetapi kerap termenung.
Pergerakan tubuh : Klien tidak banyak bergerak dan selalu memandang
ke bawah.
Nada suara : Nada suara yang perlahan dan tersekat-sekat.
Keadaan emosi : Stabil dan tenang.
Isu yang dinyatakan (Masalah keseluruhan)

Klien remaja lelaki berumur 20 tahun. Semasa berumur 6-12 tahun, satu
peristiwa telah berlaku dalam perjalanan kehidupan klien dimana perkara
itu telah mencorak tingkah laku buruk klien. Menurut klien pada usia itu,
klien sering melihat ibu klien memakai alat solek untuk wanita dan
pemerhatian perkara ini telah berlaku bertahun-tahun sejak klien dalam
tingkatan 4 & 5 di mana keinginan kearah kewanitaan telah terserah .
Kata klien beliau tidak berani memberitahu keluarga mengenai
permasalah ini kepada keluarga sebab saya takut keluarga akan menjadi
marah pada saya . Maklumat yang diberikan oleh klien, klien pernah
bekerja di Johor di Daerah Larkin sebelum menyambung pelajaran dalam
bidang Diploma kejururawatan di UniKL Royal College of Medicine Perak
iaitu bekerja sebagai pembantu restoran.

Semasa di Johor itulah klien begitu bebas untuk melakukan apa sahaja
disebabkan klien bergaul dengan kawan-kawan berciri perwatakan
seperti beliau. Menurut klien jika ada kesempatan, dia akan melakukan
perbuatan terkutuk itu semasa itu. Kata klien pada mulanya klien sangat
marah pada diri sendiri dan merasa berdosa tetapi lama kelamaan
semakin rasa seronok dan sehingga kini menjadi seorang lelaki
homoseksual.

Klien sering terbabit dalam aktiviti tidak sihat iaitu tetapi tidak menjual
kepada kaum sejenis. Dahulu menurut klien sering melakukan hubungan
seks dengan kaum sejenis. Klien tahu itu berdosa dan cuba sedaya upaya
meninggalkan aktiviti jijik itu. Malangnya kadangkala saya tidak dapat
mengawal nafsu. Apatah lagi saya kini sedang belajar di UniKL RCMP dan
pergerakan serta pergaulan lebih luas.
Klien sering memohon doa kepada Allah S.W.T supaya dapat menghindari
tingkah laku buruk ini malangnya gagal.

Terima kasih kaunselor ucapkan pada klien di atas luahan perasaan dan
masalah klien . Nampaknya klien berada dalam konflik kerana mendapati
sukar melarikan diri daripada masalah terbabit melakukan hubungan
seksual dengan rakan sejenis. Walaupun anda merasa bersalah dan
berdosa melakukannya, tetapi gagal mengawal diri kerana faktor kurang
dapat mengawal emosi, nafsu dan perlakuan.

Langkah klien untuk mendapatkan pertolongan kaunselor adalah satu


permulaan yang baik dan menunjukkan klien cuba menjadi insan normal
daripada sudut perlakuan tingkah laku seks. Ia juga berkaitan dengan
membebaskan diri daripada melakukan sesuatu yang dilarang agama.
Meluahkan perasaan yang dipendam dapat membantu meringankan
beban dan tekanan dialami. Klien menjelaskan bagaimana mula terjebak
dengan perkara ini dan klien berpendapat, klien dianiaya oleh orang
yang dipercayai. Malangnya “harapkan pagar, pagar makan padi”.

Faktor persekitaran yang terbina melalui pengalaman inilah menyebabkan


klien terjebak. Apabila klien merasakan pengalaman homoseksual
pertama menyeronokkan, klien meneruskan aktiviti homoseksual secara
berterusan.
Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual membuatkan klien
semakin selesa dengan situasi ini.

Kaunselor menjelaskan pada klien ada banyak sebab mengapa


seseorang boleh terbabit dalam aktiviti antaranya ialah faktor keluarga.
Contohnya, pengalaman atau trauma yang dialami sewaktu alam kanak-
kanak. Ada pandangan lain yang mengaitkan dengan faktor biologi iaitu
perasaan dan nafsu itu terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon
yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Bagaimanapun,
pendapat ini masih lagi dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara
menyeluruh.

Faktor dorongan individu pula lahir daripada rentetan proses


pembelajaran sewaktu kecil. Ia berlaku kerana kurangnya rasa
kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan
sebaliknya (gay).Individu yang kurang percaya pada potensi seksual yang
ada pada diri sendiri juga boleh terbabit dalam gejala ini. Selain itu,
keinginan perasaan untuk mendominasi hawa nafsu boleh menyumbang
kepada tingkah laku homoseksual. Ada individu apabila harga diri tidak
boleh diperoleh dari hubungan lain menyalurkan kepada hubungan kaum
sejenisnya.

Keluhan klien adalah pada peringkat pendedahan awal untuk


melahirkan ekspresi diri . Sebelum ini mungkin klien berada dalam
peringkat tertutup dan kini ingin berkongsi perasaan sebagai seorang
homoseksual..Sebelum membantu mencari jalan penyelesaian membantu
klien menangani masalah ini, kaunselor akan kaitkan dengan perspektif
masyarakat terhadap individu yang terbabit dengan aktiviti homoseksual
ini. Sering kali punca keruntuhan moral dan tamadun dikaitkan dengan
gejala sosial termasuklah kegiatan homoseksual. Aktiviti ini mencacatkan
sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat. Kegiatan homosekual sering
dikaitkan dengan pembunuh institusi kekeluargaan.

Golongan homoseksual juga sering dipertanggungjawab terhadap gejala


kurang sihat dan kepelbagaian masalah kesihatan seperti Aids dan STD.
Walaupun jangkitan Aids dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor,
golongan homoseksual sering dijadikan penyebab utama. Banyak cara
boleh klien gunakan untuk mengurangkan keinginan homoseksual . Antara
kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah Terapi CBT . .Terapi ini adalah
satu bentuk modifikasi tingkahlaku dalam usaha membantu klien
mengurangkan tingkah laku yang tidak dikehendaki.

Dalam konteks klien ialah menggunakan Terapi CBT ini apabila keinginan
untuk melakukan hubungan seks berlaku. Satu lagi cara yang boleh
digunakan ialah melalui penulisan jurnal. Kaedah ini membolehkan anda
menulis apa saja mengenai pengalaman dan luahan perasaan dan
harapan dalam bentuk penulisan. Keinginan anda untuk menjauhi aktiviti
homoseksual juga boleh ditulis di dalam jurnal ini.

Intervensi berbentuk keagamaan juga adalah antara kaedah yang sering


digunakan. Lakukan ibadat puasa, sekurang-kurangnya dapat
mengendurkan nafsu . Lakukan ibadat puasa sunat lengkap dengan
syarat, rukun dan adab-adabnya. Puasa membentuk kita melawan hawa
nafsu dengan mengekang diri daripada melakukan perkara yang boleh
membatalkan atau mencacatkan puasa pada siang hari.

Puasa juga dari sudut psikologinya membantu dalam mengurangkan


kegelisahan dan kesihatan mental. Seorang doktor Muslim bernama Abu
Malik dalam bukunya berjudul “Puasa dalam Islam dan Fenomena
Psikologis” menjelaskan puasa mempercepat proses pemulihan mental.
Saya doakan anda akan berjaya mengatasi masalah homoseksual ini.

Isu Sebenar (Masalah sebenar)

Klien mengalami masalah di dalam perkembangan diri atau personaliti


yang bercelaru. Antara ketidakrasional dalam berfikir klien yang dapat
dikenalpasti adalah:

• Klien merasakan tertekan sekiranya apa-apa berlaku kepada


hubungan dengan teman wanitanya (lelaki).
• Klien merasakan tidak lagi disayangi oleh teman wanitanya (lelaki)
kerana teman wanitanya ingin meninggalkan dirinya.

• Klien terjebak dalam aktiviti yang kurang sihat (homoseksual).

Matlamat kaunseling

Menetapkan matlamat kaunseling untuk membincangkan bagaimana


pemikiran tidak rasional klien memberi kesan negatif kepada
perkembangan hidup klien, menetapkan matlamat membina pemikiran
baru yang lebih positif dalam diri klien. Klien diajak berbincang untuk
membina cara berfikir yang betul

Proses kaunseling.

➢ Permulaan
Kaunselor meminta klien mengisi borang maklumat diri dan borang
persetujuan termaklum. Setelah selesai, penstrukturan dilakukan.
Penstrukturan akan menentukan sifat, batasan dan matlamat
perhubungan menolong. Ini untuk menyedarkan klien mengenai
arah yang ditujui. Perkara mengenai masa, batasan-batasan
tindakan dan peranan dijelaskan kepada klien. Pembinaan
matlamat kaunseling oleh klien dilakukan.
➢ Membina hubungan
Kaunselor memulakan hubungan dengan bertanyakan soalan-
soalan yang membolehkan kaunselor lebih mengenali klien.
Kuanselor juga bertanyakan tentang tajuk yang ingin dibincangkan.
Klien memilih untuk menceritakan tentang hubungan dengan
teman wanitanya (lelaki) yang memberikan tekanan kepada klien
dan bagaimana untuk mengatasinya.
➢ Penerokaan
Pada peringkat ini, kaunselor telah mempunyai kefahaman yang
lebih jelas tentang siapa sebenarnya klien, apakah harapannya dan
bagaimana ia boleh ditolong. Kaunselor juga mulai memikirkan
apakah perubahan-perubahan yang perlu dilalui oleh klien dan
apakah strategi-strategi yang boleh digunakan untuk membantu
klien.
➢ Perkembangan
Hasil daripada penerokaan tadi, dapat dilihat klien semakin jelas
tentang dirinya dan perasaan yang dialaminya dengan mendalam.
Klien didapati dapat melihat dengan jelas punca sebenar tekanan
yang dialaminya dan bagaimana langkah-langkah untuk
mengatasinya.
➢ Hasil
Klien menyedari tentang peranan yang sepatutnya dimainkan
olehnya sebagai pelajar dan apa yang boleh dilakukan untuk lebih
fokus kepada akademiknya. Dan bukan aktiviti yang tidak bermoral
dan dicegah oleh Islam itu sendiri.
➢ Penamatan
Klien sudah mempunyai tahap celik akal dan tahu tindakan yang
patut untuk dilakukan. Sesi kaunseling untuk membincangkan
masalah berkaitan hubungan dengan teman wanitanya (lelaki)
ditamatkan. Perjumpaan seterusnya jika ada akan lebih menjurus
kepada topik-topik lain seperti masalah peribadi jika difikirkan perlu
oleh klie

Aplikasikan A-B-C-D-E-F

Klien berasa tertekan sehingga tidak dapat fokus kepada pelajaran dan
kehidupan sehariannya (personaliti bercelaru) (C=akibat) kerana ia
mempercayai bahawa hubungan dengan teman wanitanya (lelaki) akan
berakhir (B) dan bukan kerana klien tidak membahagikan masanya
dengan betul (A). Kaunselor perlu membantu klien membetulkan sistem
kepercayaannya (B) yang tidak rasional itu. Klien perlu dijelaskan bahawa
diri klien tidak akan terjejas kerana klien masih lagi boleh terus berusaha
dan meningkatkan prestasi belajar dan perkembangan personalitinya
kearah yang positif dengan baik. Ini dinamakan D (dispute), iaitu
mencabar kepercayaan yang tidak rasional. Setelah mencapai D
(kepercayaan rasional) klien akan mengalami E (effect) atau kesan iaitu
perasaan yang tenang dan lega. F klien telah boleh untuk berdiri sendiri
dan merubah kehidupannya kepadab normal Kembali.

Refleksi
Semasa saya menjalankan sesi ini, saya sedar kes ini memerlukan perhatian
yang khusus sebab ia melibatkan kes kecelaruan tingkahlaku klien
(homoseksual). Menyalahkan orang lain kerana kegagalan diri sendiri.
Tetapi saya sedar tugas saya sebagai kaunselor membantu klien
memahami permasalahan yang dihadapinya dan bukan hanya hidup
dan dibelenggu oleh pemikiran yang tidak rasional.

Penilaian
Klien menunjukkan reaksi menerima keadaan semasa dirinya yang perlu
berubah. Klien menampakkan rasa yakin untuk terus berusaha. Klien mula
membuat beberapa perancangan bagaimana untuk memulakan
kehidupan baru. Klien mempunyai keazaman untuk mengubah keadaan
dirinya.

Janji temu akan datang (jika perlu)


Bergantung kepada klien jika terdapat isu-isu lain yang ingin dikongsikan.
AKTIVITI 1
Borang ABC saya 1

Tarikh : 10 Ogos 2021

Activating Kepercayaan / pemikiran Thinking Error


Event/Trigger Isu yang dinyatakan (Masalah
keseluruhan)

Klien berasa tertekan sehingga


tidak dapat fokus kepada Klien
pelajaran dan kehidupan merasakan
sehariannya (personaliti dirinya berdosa
bercelaru) (C=akibat) kerana ia dan tidak

mempercayai bahawa berguna atas


hubungan dengan teman tingkahlakunya
Consequences wanitanya (lelaki) akan berakhir yang
(B) dan bukan kerana klien tidak menyimpang
membahagikan masanya tersebut.
Merasa rendah dengan betul (A). Kaunselor
diri perlu membantu klien Klien merasa

membetulkan sistem rendah diri

kepercayaannya (B) yang tidak kerana tidak

rasional itu. Klien perlu dijelaskan pernah dapat

bahawa diri klien tidak akan mengatasi


terjejas kerana klien masih lagi masalah yang
boleh terus berusaha dan ia hadapi
meningkatkan prestasi belajar
dan perkembangan
personalitinya kearah yang
positif dengan baik. Ini
dinamakan D (dispute).
Menamatkan dengan Borang ABC II

Sekarang anda sudah bersedia untuk menggunakan Borang ABC II untuk


membantuanda membetulkan kesilapan berfikir, menukar NAT, dan dengan
itu memberi diri anda peluang untuk merasakan emosi negatif yang lebih sihat
dan bertindak secara membina. Tetapi sebelum anda mencuba langkah
seterusnya, berikut adalah beberapa penjelasan untuk lebih sedikit sekiranya
terdapat kekeliruan:

❖ D bermaksud Perselisihan atau mempertanyakan kesahihan pemikiran,


NAT, dan kepercayaan anda tentang pencetus dan mencari cara
untuk memperbaiki pemikiran negatif anda.
❖ E bermaksud Kesan mencabar dan mengubah pemikiran terhadap
perasaan dan tindakan anda.
❖ F tentukan fikiran baru Fungsional anda atau cara berfikir baru
mengenai pencetus dan bagaimana ia mendorong anda maju.

AKTIVITI 2
Borang ABC saya II

Dispute (Pertikaian) Effect (Kesan) New Thought


(Pemikiran Baru)
Apakah beberapa Bagaimana perasaan Bagaimana saya
sebab yang dapat saya setelah dapat menyatakan
saya hasilkan untuk mencabar pemikiran pemikiran baru saya
mempersoalkan saya? dengan kata-kata
pemikiran saya yang saya sendiri?
tidak sihat?

Klien perlu dijelaskan Setelah mencapai D Saya merasa yakin,


bahawa diri klien tidak (kepercayaan rasional) tenang dan percaya
akan terjejas jika klien diri
klien akan mengalami E
meningkatkan
keyakinan diri dan (effect) atau kesan iaitu
mencari kelebihan
yang ada pada diri.
Klien juga perlu perasaan yang tenang
disedarkan bahawa dan lega.
tidak sepatutnya
merasa rendah diri dan
malu dengan keadaan
dirinya yang tidak
sempurna sebaliknya
merasa bertuah kerana
masih mempunyai
harapan untuk pulih.

Bagaimana saya boleh Bagaimana saya boleh


membetulkan bertindak berbeza
kesalahan pemikiran kerana mencabar
saya? pemikiran saya?

Tidak berfikir secara Saya bertindak dan


negative lagi dan mencabar fikiran saya
melihat setiap masalah yang negative dan
dari sudut positif menukarnya kepada
positif yang boleh
membawa saya
kearah pilihan yang
lebih baik dan
bermakna
Aktiviti 3

PEMBINAAN MATLAMAT

RANCANGAN PELAN RAWATAN MENTAL HEALTH COACH MODEL SCORE

Nama klien : ABDUL RAHIM BIN AB.LLAH

Tarikh sesi : 10/8/2021, 18/9/2021 & 16/10/2021

Masa sesi : 0900 pg – 10.00 pg (Setiap Sesi)

Kod Klien : 0075

SIMPTOM
Permasalahan yang
dikemukaka Klien mengalami masalah di dalam
perkembangan diri atau personaliti yang
bercelaru. Antara ketidakrasional dalam
berfikir klien yang dapat dikenalpasti adalah:
• Klien merasakan tertekan sekiranya
apa-apa berlaku kepada hubungan
dengan teman wanitanya (lelaki).
• Klien merasakan tidak lagi disayangi
oleh teman wanitanya (lelaki) kerana
teman wanitanya ingin meninggalkan
dirinya.
Klien terjebak dalam aktiviti yang kurang
sihat (homoseksual).

Tema permasalahan yang


dikenalpasti dari isu Terjebak dengan Isu homoseksual
dikemukakan

CAUSES
Apakah punca-punca yang
menjadi permasalah Sub-Tema: Pengaruh Masa Lampau
kepada simptom
Klien yang mempunyai pengalaman masa
lampau yang pahit dan ‘hitam’ telah
memberi kesan negatif kepada dirinya. Klien
mungkin menyimpan satu perasaan
dendam terhadap apa yang berlaku dan
juga mungkin akan bertingkah laku seperti
mana yang dialami untuk mengadaptasi
peristiwa tersebut di masa hadapan.
Pengalaman masa lampau turut
mendorong klien terlibat dalam gejala
homoseksuall.

Sub-Tema: Pengaruh Kurang Penghayatan


Agama

Penghayatan agama adalah penting


dalam memandu klien bertingkah laku
secara baik dan bermoral. Masalah yang
berlaku dalam diri klien hari ini adalah
disebabkan oleh kurangnya penghayatan
kepada agama. Malah, agama dan
keimanan merupakan benteng yang paling
kukuh dalam mengawal hawa nafsu serta
mendidik individu untuk membezakan
antara perkara yang baik dan buruk.

OUTCOME
Matlamat yang ingin Indin berubah dan tidak mahu terlibat
dicapai secara spesifik dengan Gejala homoseksuall

Apakah matlamat ini boleh


diukur dan dapat dilakukan Matlamat ini boleh diukur dan boleh
dilakukan oleh klien

Apakah matlamat ini dapat Matlamat ini dapat dicapai oleh klien
dicapai

Apakah matlamat ini


realistik Matlamat ini adalah realistik

Apakah matlamat ini


mempunyai tarikh yang Matlamat ini mempunyaim Tarikh yang tepat
tepat untuk dicapai untuk di capai ( 2 bulan waktu yang
diberikan kepada klien untuk berubah)

EFFECT
Apakah yang akan terjadi Yang akan terjadi pada klien ia boleh
kepada klien ketika menerima dirinya Kembali dan sedar apa
matlamat ini dapat dicapai yang dilakukan selama ini adalah salah dari
segi sifat tabii manusia dan di sisi agama
Apakah core belief klien Pendidikan agama dan peranan keluarga
terhadap kesan klien
pencapaian matlamat
(Agama, Keluarga,
Kinestatik)

RESOURCES
Apakah sumber-sumber
yang digunakan untuk Pendidikan agama dan buku-buku bacaan
mencapai matlamat mengenai bahayanya tingkahlaku
tersebut homoseksuall dengan tujuan untuk
mencapai matlamat yang dipersetujui
Bersama.

Senaraikan semua
alternatif-alternatif untuk 1. Dapatkan bantuan dari pusat atau
mencapai matlamat institusi yang menyediakan khidmat
tersebut sokongan
2. Klien mungkin boleh berubah
sekiranya klien mahu
3. Sila dapatkan nasihat sama ada dari
anggota kesihatan, kaunselor di
sekolah, pakar psikologi atau
menghubungi badan-badan bukan
kerajaan seperti BEFRIENDERS

Alternatif yang menjadi


pilihan untuk dilakukan Hadir sesi kaunseling dan melaksanakan
dalam tempoh terdekat Latihan CBT yang diberikan kepada klien
serta patuh peraturan yang ditetapkan
bersama

Melihat kepada
keseluruhan matlamat dan Ya melihat pada rawatan secara CBT,
proses pencapaian ini, proses terapi isu ini ada potensi untuk
apakah potensi untuk mencapai matlamat
maltamat ini dicapai

Melihat kepada Potensi halangan yang ada kemungkinan


keseluruhan matlamat dan tidak dapat mengubah klien untuk
proses pencapaian ini, melakukan aktiviti homoseksuall tetapi
apakah potensi halangan- dengan memaklumkan kepada klien
halangan yang ada dan bagaimana cara mengatasinya seperti
bagaimana cara peranan keluarga dan agensi yang
mengatasi berwenang dalam mengatasinya:

“Ibu bapa, pendidik, orang berpengaruh


dan masyarakat perlu memberikan
kecaknaan serta keprihatinan untuk sama-
sama menangani isu ini, sekali gus
memberikan pemahaman akan kesan dan
pengaruhnya kepada semua pihak dengan
sebaiknya :-

1. Sikap masyarakat hari ini turut


memberikan kesan terhadap
perkembangan budaya songsang
apabila kehadiran mereka seolah-
olah dirai malah setiap perbuatan
dilakukan oleh golongan ini menjadi
perhatian malah ada secara terang-
terangan menyatakan sokongan
sedangkan ia bukan norma
masyarakat.

2. Mendapat sokongan masyarakat,


selain melalui pendekatan
bersesuaian dalam berdamping dan
menyelami mengapa mereka memilih
cara hidup sedemikian.

ACTION
Tindakan yang akan
dilakukan sebelum Perbincangan mengenai kemajuan yang
perjumpaan akan datang dicapai dan halangan-halangan yang
adalah muncul sepanjang masa rawatan

FOLLOW UP
Apakah kaedah yang
diberikan oleh klien untuk Jurnal diri dan perkembangan diri klien
memberitahu coach seperti bergabung dengan aktiviti2 tertentu
bagaimana boleh dan perubahan pada diri klien
menunjukkan bukti kepada
perlaksanaan matlamat

PELAN RAWATAN AKAN


DATANG
Pelan rawatan akan
datang adala 1. Sesi kaunseling (temu janji)

2. Maka amat baik jika klien ini diberi


kursus mengikut modul dirangka
secara khusus dengan bantuan
mereka yang mempunyai kepakaran
terutama dalam bidang agama,
psikologi dan sains sosial.

3. Kaunselor dan klien diharap dapat


memainkan peranan secara
bersepadu untuk menangani isu
homoseksual ini di lapangan masing-
masing.

4. Mengikuti siri rawatan secara CBT


berterusan.

Tandatangan Coach

Tarikh : Drs.Zulkernain Bin Hashim KB.,PA


Aktiviti 4 : Latihan Penyelesaian Masalah Saya

PENYELESAIAN MASALAH SAYA

Kepercayaan teras negatif apa yang telah saya kerjakan untuk menghakis?
Diri: merasa berdosa yang amat sangat pada Allah dan keluarga

Orang lain:
Orang lain tidak mahu memandang saya dan merasa jijik dengan diri saya

Dunia:
Menghukum saya atas perbuatan yang saya lakukan

Tuhan / Agama:
Neraka tempat saya

Apa kepercayaan teras alternatif yang sihat yang saya telah berusaha
untuk memperkukuhkan?
Diri: ingin berubah agar rasa diri tidak berdosa dan dimaaf oleh Alllah dsan
keluarga

Orang lain:
Dapat menerima diri ini

Dunia:

Melihat saya dengan pandangah baik dan menerima diri ini


Tuhan / Agama:

Alllah memaafkan diri ini


Kesalahan berfikir apa yang biasanya saya buat?

Berusaha untuk memperbaiki diri Dan bertaubat

Jenis situasi atau keadaan apa yang biasanya mencetuskan kesilapan


kepercayaan / pemikiran teras saya yang tidak sihat?

Merasa diri ini berdosa sangat dan rasa dosa ini dah terlalu banyak
Pencetus persekitaran masa lalu: (Termasuk penyakit, kebimbangan
kewangan, kerumitan kerja, perubahan musim, bil isi rumah, pindah rumah
dan sebagainya)

Merasa tidak tenteram dan rasa berdosa

Pencetus interpersonal yang lalu: (Sertakan konflik hubungan dengan


keluarga, rakan, rakan sekerja dan sebagainya)
Konflik dengan keluarga benci dengan keuarga

Apa pencetus yang mungkin dapat saya perhatikan pada masa akan
datang?
Pencetus persekitaran:
Dapat membantu saya mengatasi masalah yang saya hadapi dan
memberi dokongan

Pencetus interpersonal:

Harus berusaha untuk menyelesaikan masalah personal agar menjadi


normal kembali dan buang perasaan berdosa

Perilaku merosakkan apa yang telah saya gunakan pada masa lalu untuk
mengatasi masalah saya?

Berusaha mengatasi perasaan tertarik pada lawan sejenis

Tanda-tanda amaran awal apa yang boleh saya perhatikan yang dapat
menunjukkan masalah saya kembali?
Emosi negatif yang tidak sihat:

Emosi stabil
Perubahan negatif terhadap pemikiran saya:

Tidak ada perasaan untuk melakukan perbuatan tersebut


Perubahan negatif terhadap tingkah laku saya:

Tidak di jawab
MENCUBA PEMIKIRAN ALTERNATIF

AKTIVITI 5

Tindakan Saya Mengenai Alternatif Pemikiran Baru

Apakah pemikiran baru


saya yang berfungsi? Secara keseluruhannya, saya merasa lega
dapat meluahkan perasaan dan berkongsi
dengan kaunselor. Saya juga mula celik akal
tentang perkara terbaik yang patut di
lakukan untuk diri dan perubahan diri.

Bagaimana saya dapat


menguji pemikiran baru ini? Dengan melaksanakan tugas yang diberikan
dan melakukannya supaya mendapat
menguji pemikiran baru.

Examining and Changing Long-Standing Beliefs


(Meneliti dan Mengubah Kepercayaan Berpanjangan)

Kepercayaan teras masuk ke dalam tiga kem utama:

✓ Kepercayaan mengenai diri anda memberitahu cara anda memahami


nilai anda sendiri.
Sekiranya anda mengalami kritikan keras, pengabaian atau penderaan
semasa kecil, anda mungkin belajar menganggap diri anda lemah atau
tidak mencukupi
✓ Kepercayaan anda terhadap orang lain juga sering berakar pada
kehidupan awal.
Sekali lagi, jika anda mengalami trauma atau perlakuan yang sangat
negatif dari orang lain, anda mungkin mengambil kepercayaan
bahawa orang itu berbahaya atau tidak boleh dipercayai.
✓ Kepercayaan anda mengenai kehidupan secara umum dan
bagaimana dunia beroperasi membantu menentukan sikap umum
anda. Sekiranya anda membesar di persekitaran yang kekurangan
atau tidak dapat diramalkan, anda mungkin akan mengembangkan
kepercayaan negatif mengenai dunia dan kehidupan. Kepercayaan
bahawa dunia / kehidupan itu berbahaya, kejam, atau tidak adil
adalah contoh jenis kepercayaan yang boleh ditimbulkan oleh
keadaan kehidupan negatif.
Kepercayaan teras yang sihat mengenai dunia, diri sendiri dan orang
lain mungkin termasuk 'dunia adalah tempat yang baik' atau
'kebanyakan orang baik' dan 'saya orang yang berharga'. Pengalaman
awal yang positif mengenai keadaan hidup, ibu bapa dan keluarga lain
cenderung menimbulkan kepercayaan teras yang sihat.

Aktiviti 6 : Latihan My Core Belief Breakdown

MY CORE BELIEF BREAKDOWN

Kepercayaan utama Percaya saya boleh berubah dan normal


saya mengenai diri saya:

Kepercayaan utama Orang lain akan menyokong saya dan memberi


saya mengenai orang saya semangat untuk berubah
lain:

Kepercayaan utama Dunia dan kehiduoan ini adalah adil dan


saya mengenai dunia / sentiasa membantu saya untuk berubah dan
kehidupan: menjadi seperti ihsan yang lain

Kepercayaan utama Memohon ampun pada Allah, dan taat dan


saya mengenai Tuhan / patuh pada arahan hukum agama
Agama:

Situasi / peristiwa terkini: Merasa legas akan perubahan dan keyakinan


setelah berbincang dengan kaunselor penuh
yakin akan berubah

Pemikiran automatik Peristiwa itu memberi saya pengajaran yang


negatif saya mengenai negatif dan sepatut di hindari
peristiwa itu (Bagaimana
kepercayaan teras saya
menentukan apa makna
peristiwa itu kepada saya)
Peraturan dan tuntutan Berusaha menjadi yang terbaik, berubah dalam
peribadi saya personaliti, emosi dan tingkahlaku dan berubah
(Bagaimana di masa depan berdasarkan peristiwa dan
kepercayaan teras saya pengalaman yang dilalui.
mendorong saya untuk
bertindak di masa depan
berdasarkan peristiwa /
pengalaman ini?):

MENJADIKAN FIKIRAN ANDA LEBIH MENARIK

Mindfulness semakin popular kerana pendekatan ini nampaknya dapat


membantu orang menguruskan tekanan, kemurungan, dan keadaan lain
seperti sakit kronik. Kami tidak mengaku dapat menerangkan keseluruhan
praktik ini di sini; kami hanya menawarkan versi lebih sedap.

Seluruh pengalaman kesadaran menyerupai melihat dunia dengan mata


segar, bebas dari penilaian atau komen. Ideanya adalah untuk menarik
perhatian anda pada masa sekarang dan memberi tumpuan sebanyak
mungkin di sini dan sekarang.

Teknik-teknik yang dijelaskan dalam bahagian berikut mungkin terdengar


sangat sederhana atau sedikit lancar. Walau bagaimanapun, dalam
praktiknya, teknik mengurus pemikiran anda sangat sukar untuk dikuasai.
Orang-orang menghabiskan bertahun-tahun untuk berlatih pelbagai bentuk
meditasi, jadi bersiaplah untuk menghadapi proses yang sukar pada mulanya.

Hidup pada masa sekarang

Teknik ini tidak serupa dengan menumpukan perhatian pada tugas. Daripada
membiarkan fikiran anda mengembara ke wilayah yang risau atau
merancang langkah seterusnya, fokuskan sebanyak mungkin pada apa
sahaja yang sedang anda lakukan.

Walaupun anda menggosok gigi atau duduk di kerusi berhampiran tingkap,


fokuskan perhatian anda pada pengalaman sebenar menggosok gigi atau
apa yang dapat anda lihat di luar tingkap dan bagaimana perasaan badan
anda di kerusi.

Menangguhkan penghakiman
Sebilangan besar masa anda membuat penilaian cepat mengenai
pengalaman tanpa menyedari sepenuhnya bahawa anda melakukannya.
Bergantung pada nilai yang anda berikan untuk pengalaman, anda
melabelnya sebagai baik, buruk, atau berkecuali. Mindfulness adalah untuk
dapat menangguhkan pertimbangan dan hanya menerima pengalaman.

Cuba fokuskan perhatian anda pada apa sahaja yang anda lakukan - sama
ada berkebun, menunggu dalam barisan, atau makan. Daripada menilai
peristiwa itu baik, buruk, membosankan, atau memuaskan, cubalah
mengalami saat ini sepenuhnya tanpa membuat penilaian nilai
mengenainya.

Menangguhkan penghakiman sangat berguna untuk menangani pemikiran


dan perasaan yang tidak diingini. Daripada menilai pemikiran dan perasaan
anda seburuk atau sebagai petunjuk bahawa anda tidak sihat, cubalah
menerima kehadiran mereka dan jangan mementingkan nilai atau makna
pada mereka.

Biarkan Fikiran Berlalu

Teknik lain untuk menguruskan pemikiran yang tidak membantu ialah


membiarkan pemikiran anda berlalu. Daripada cuba menghentikan
pemikiran yang tidak diingini atau terlibat dalam memikirkan lebih banyak
tentang pemikiran yang tidak diingini, adalah dengan renungi dan alaminya
saja.

Bayangkan fikiran dan perasaan anda semasa menaiki bas. Daripada terlibat
dengan pemikiran anda, perhatikan bas berhenti di stesen tertentu dan
kemudian terus menyusuri jalan. Ini adalah proses menahan keinginan untuk
melompat ke arah pemikiran buruk anda dan sebaliknya membiarkannya
terus berlalu.

MENGENAL PASTI MASA UNTUK MENGABAIKAN DIRI SENDIRI

Sebilangan besar pemikiran negatif yang anda alami ketika anda


menghadapi masalah emosi cenderung tidak tepat, berat sebelah, dan
menyimpang persepsi terhadap reality. Oleh itu selain mencabar dan
mengubah pemikiran anda, mengabaikan atau mengabaikan banyak
pemikiran yang anda hasilkan ketika anda terganggu secara emosional
adalah yang terbaik.

Anda boleh menggunakan Lembaran Aktiviti 5 untuk membantu mengenal


pasti tema yang menyusahkan pemikiran anda. Lihat apakah anda dapat
mengetahui dengan tepat bagaimana anda tidak menghiraukan diri sendiri!
Aktiviti 7 : Latihan Memahami Pemikiran Beracun Saya

MEMAHAMI PEMIKIRAN BERACUN SAYA

Apakah masalah emosi Tidak yakin dengan diri sendiri dalam


utama saya? menghadapi reality kehidupan

Apakah terdapat beberapa Resah,gelisah, kurang bertenaga,fikir


pemikiran tertentu yang perkara yang menakutkan, tidak dapat
saya ada ketika saya bertenang, mudah letih, resah dan gelisah
merasa seperti ini?

Apa alasan yang baik untuk Gaya hidup mempengaruhi kualiti


mengabaikan pemikiran ini? kesejahteraan hidup spt membuat aktiviti
riadah/fizikal sendirian, cukup tidur dan
mempunyai pegangan agama.

Apa kesan mengabaikan / Bertambah tidak yakin dengan reality


tidak mempedulikan fikiran kehidupan
ini ke atas mood saya?

You might also like