You are on page 1of 21

ADAB BERMUSAFIR

1. Hukum bermusafir.

HUKUM KETERANGAN
WAJIB - Apabila seseorang muslim yang berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk
menunaikan haji dan umrah yang wajib
SUNAT - Untuk menziarahi tiga masjid utama iaitu Masjidil-Haram , Masjid Nabawi ,
Masjid Al-Aqsa .
- Bermusafir untuk melakukan perkara perkara sunat sepeti menziarahi sanak
saudara .

HARUS

- Bermusafir ke mana- mana destinasi asalkan diharuskan oleh syarak .

MAKRUH

- Apabila bermusafir tanpa tujuan .

HARAM - Bermusafir ke tempat yang haram seperti tempat maksiat .
2. Adab adab bermusafir .
i. Memohon petunjuk daripada Allah sebelum memulakan
perjalanan.
ii. Meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman.
iii. Menyediakan bekalan yang secukupnya seperti wang, pakaian dan
sebagainya.
iv. Mengucapkan selamat tinggal kepada orang-orang yang
ditinggalkan.
v. Melantik seorang ketua (jika musafir dalam kumpulan).
vi. Menunaikan solat musafir dan berdoa sebelum berangkat.
vii. Menunaikan solat fardhu.
viii. Menghindarkan diri daripada melakukan kerosakan kepada alam
sekitar.
3. Kepentingan adab bermusafir.
i. Supaya mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T
ii. Supaya kerosakan alam dapat dihindarkan.
iii. Seandainya berlaku pertelingkahan, penyelesaian boleh dilakukan
oleh ketua yang dilantik.

ADAB BERNEGARA
1. Adab adab bernegara.
i. Mencintai negara.
ii. Memajukan negara.
iii. Mempertahankan negara.
iv. Mengharumkan nama negara.
v. Memelihara keamanan negara.
vi. Memberi sumbangan dan bakti.
vii. Menjaga nama baik negara.
viii. Memelihara perpaduan masyarakat.

CINTAILAH NEGARA KITA
2. Usaha menghayati slogan di atas.
i. Menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan pencemaran.
ii. Menyertai aktiviti-aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan yang
dianjurkan oleh sekolah.
iii. Menjayakan aktiviti-aktiviti kelab/persatuan yang menjuruskan
kepada cintakan Negara.
iv. Mengelakkan pergaduhan dengan menjaga hubungan baik sesama
rakan .
3. Faedah menjaga adab bernegara.
i. Negara akan bertambah maju.
ii. Negara aman.
iii. Negara akan selamat daripada ancaman musuh samada dari dalam atau
luar negara.
iv. Nama negara akan harum dimata dunia.

4. Cara berbakti kepada negara.
i. Berusaha memberi sumbangan serta berkorban untuk negara.
ii. Mematuhi undang-undang negara.
iii. Menjaga keamanan negara.

5. Akibat mengabaikan adab bernegara.
i. Negara menjadi mundur.
ii. Berlaku kacau bilau dalam negara.
iii. Kemajuan negara terbantut dan tergendala.


ADAB DENGAN PEMIMPIN
1. Maksud pemimpin.
- Ialah orang yang dipertanggungjawabkan memimpin sekumpulan
manusia atau sesebuah organisasi.

2. Tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat.
i. Berlaku adil dalam melaksanakan pemerintahan.
ii. Menjaga keperluan asas kepada rakyat.
iii. Menjaga agama.
3. Adab-adab rakyat dan ahli terhadap pemimpin.
i. Mentaati pemimpin selagi tidak menyuruh mereka melakukan
maksiat.
ii. Membantu pemimpin dalam mencapai wawasan negara.
iii. Memberi sokongan padu.
iv. Menasihati pemimpin yang melakukan kesilapan dengan cara yang
baik.

4. Akibat sekiranya rakyat tidak mentaati pemimpin.
i. Tugas pemimpin akan terbantut.
ii. Memudahkan musuh menguasai negara.
iii. Pemimpin akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan
rakyat.
5. Ciri-ciri pemimpin yang baik.
i. Beriman dan beragama.
ii. Berakhlak mulia.
iii. Bertanggungjawab.
iv. Bersikap adil.
v. Sedia menerima teguran.
vi. Jujur.
vii. Berani
viii. Tegas
ix. Boleh menjadi model untuk rakyat.
x. Sederhana.
ADAB BERJIHAD
1. Maksud jihad.
- Ialah merupakan usaha yang dilakukan oleh seseorang muslim
dengan menggunakan sekuruh kemampuan untuk menegakkan islam
dan mendapat keredhaan Allah.

2. Jenis jihad yang utama dalam islam.
- Ialah perjuangan menegakkan agama Allah di atas muka bumi dengan
mengorbankan nyawa dan harta.
3. Contoh-contoh jihad.
i. jihad untuk meningkatkan kemajuan pendidikan.
ii. Jihad untuk membangunkan Negara.
iii. Jihad berperang pada jalan Allah.
iv. Jihad untuk menggiatkan aktiviti ekonomi.

4. Kelebihan orang berjihad.
i. Dimuliakan Allah/diangkat darjatnya oleh Allah.
ii. Allah menjanjikan balasan syurga.
iii. Allah memberikan ganjaran pahala yang amat besar.
iv. Hidup sentiasa dirahmati Allah.
5. Bahagian jihad menurut Imam Ibnu al-Qayyum.
i. Jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran.
ii. Jihad melawan orang kafir harbi dan munafik.
iii. Jihad melawan syaitan.
iv. Jihad membaiki diri.

6. Cara berjihad melawan syaitan.
i. Menghindarkan diri daripada menurut kehendak hawa nafsu.
ii. Menjauhkan diri daripada perkara maksiat.
iii. Melawan dan menghapuskan keraguan serta was-was yang ada
dalam diri.
7. Cara-cara berjihad membaiki diri.
i. Mempelajari islam.
ii. Mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan seharian.
iii. Menyebarkan ilmu yang ada pada diri.
iv. Sabar dan ikhlas dalam menyebarkan islam.

8. Adab-adab berjihad.
i. Ikhlas semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
ii. Sanggup berkorban apa sahaja.
iii. Sentiasa beriltizam/disiplin tinggi.
iv. Mematuhi arahan ketua.
v. Mempunyai semangat berpasukan.
vi. Beristiqamah/tetap pendirian.
9. Sebab semangat jihad di kalangan umat islam semakin pudar.
i. Umat islam hari ini tidak faham tuntutan jihad.
ii. Umat islam hari ini leka dengan kesenangan dunia.

10. Cara memupuk semangat jihad dalam diri.
i. Menambah ilmu tentang kelebihan berjihad .
ii. Mencontohi kisah-kisah perjuangan terdahulu.
iii. Membanyakkan ibadat-ibadat sunat seperti Qiamullail.
iv. Menghayati kandungan al-quran.
v. Bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
vi. Mengisi masa dengan aktiviti berfaedah.
ADAB MEMELIHARA ALAM
1. Kepentingan alam sekitar kepasa manusia.
- Banyak manfaat daripada alam sekitar yang manusia perolehi seperti
sumber makanan , miniman , tenaga dan alat perhubungan.

2. Bentuk pencemaran alam.
i. Pencemaran udara kerana bertambah kenderaan bermotor , asap rokok ,
pembakaran terbuka dan sebagainya.
ii. Pencemaran air kerana pembuangan sampah , minyak , najis ,
penerokaan hutan dan sisa bahan buangan kilang.
iii. Pencemaran tanah kerana pembuangan sampah , penggunaan racun dan
sebagainya .
iv. Pencemaran bunyi kerana kilang , kuari , kerja-kerja ,pembinaan
bangunan dan sebagainya.
3. Sebab-sebab manusia melakukan kerosakan dan pencemaran alam.
i. Akhlak mereka yang buruk.
ii. Didorong oleh perasaan tamak dan keinginan mendapat keuntungan
yang banyak.
iii. Tiada kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar.
iv. Sikap ambil mudah pada diri seseorang.

4. Langkah-langkah untuk mengatasi alam sekitar.
i. Memberi ceramah kesedaran/kempen kesedaran tentang kepentingan
memelihara alam sekitar.
ii. Mengadakan gotong-royong membersihkan kampung/bandar.
iii. Menyediakan kemudahan secukupnya seperti tempat membuang
sampah memudahkan orang ramai menjaga kebersihan.
iv. Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat bagi
menghukum sesiapa yang terlibat melakukan kerosakan alam .
ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH SERTA
SEDEKAH
1. Maksud sedekah dan hadiah.
- Sedekah ialah pemberian yang dilakukan dengan ikhlas untuk mendekatkan
diri kepada allah.
- Hadiah ialah pemberian dari seseorang sedagai satu penghargaan , tanda
kasih sayang atau pujian.

2. Kelebihan/faedah memberi hadiah dan sedekah.
i. Mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.
ii. Disukai oleh orang ramai.
iii. Rezeki kita akan bertambah.
3. Jenis-jenis sedekah.
i. Memberi senyuman .
ii. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
iii. Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat.
iv. Membuang bende-bende yang menghalang di jalan.
v. Harta/wang disedekahkan kepada orang yang memerlukan.
vi. Memberi khidmat/menolong orang yang memerlukan pertolongan.

4. Adab-adab member sedekah dan hadiah.
i. Diber dengan niat yang ikhlas kerana Allah.
ii. Memsedekahkan barang yang kita sayangi.
iii. Tanpa mengungkit semula barang yang telah diberi.
1. Maksud berniaga.
- Berniaga ialah pertukaran harta dengan harta berdasarkan syarat-
syarat tertentu.

2. Sebab islam menggalakkan berniaga.
i. Berniaga merupakan kerja Nabi S.A.W sebelum diutus memjadi
rasul.
ii. Para sahabat Rasulullah S.A.W juga terlibat dalam perniagaan
seperti Abdul Rahman bin Auf.
iii. 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan.
3. Adab-adab seorang peniaga.
i. Bersikap jujur (amanah).
ii. Bersifat ihsan bertujuan mendapat keberkatan daripada Allah.
iii. Bekerjasama dan bertolak ansur.
iv. Dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
v. Menjauhi perkara yang haram (seperti menipu sukatan)
vi. Melindungi hak-hak penjual dan pembeli.

4. Perkara yang haram semasa berniaga.
i. Menipu sukatan.
ii. Menyorok barang.
iii. Menjual barang-barang yang haram seperti arak,dadah.

You might also like