You are on page 1of 6

FORMAT / MAKLUMAT BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 Kertas Masa Markah Bil.

Soalan Btk Soalan Tatabahasa * Morfologi 17 Soalan * Sintaksis 10 Soalan * Peribahasa 3 soalan Prosa Moden / Tradisional 5 Soalan Puisi Moden/Tradisional 5 Soalan Bil Perkataan

Kertas 1 1 jam Objektif

40 Markah 40 Soalan

Kertas 2 2 jam Subjektif

100 markah 5 soalan Bahagian A (i) Ringkasan Bahagian A (ii) Pemahaman 3 Soalan Bahagian B Karangan Rangsangan Bahagian C Respon Terbuka Bahagian D Novel Tingkatan 1,2 dan 3. Tidak lebih 120 Patah perkataan Lebih 180 patah perkataan 80 Patah perkataan

40 minit 20 markah 10 markah 25 minit 20 markah 45 minit 40 markah 10 minit 10 markah

PANDUAN / TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU PMR KERTAS 2 BAHAGIAN A. 1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH ) 1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ). 2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan. 3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja. 4. Sintaksis- ringkas & padat. 5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan i. menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti. ii. Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat. 6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun). 7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA. Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari. Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll. Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll Tarikh- 20 April 2007 Peribahasa/simpulan bahasa- anak emas, ulat buku, hati batu dll 8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda kepada pengawas peperiksaan. 9. Pemarkahan ringkasan. Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah. Bahasa ( 10 markah ). - Bahasa amat baik dan cukup lancar. - Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis. - Penanda wacana yang sesuai. - Ejaan dan tanda baca yang betul. 10. Kelemahan pelajar membuat ringkasan - Bahasa kurang lancar. - Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara. - Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal. - Melebihi 80 patah perkataan. - Isi kurang. - Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah anda akan ditolak sebanyak 50%. 11. Contoh soalan ringkasan i. ii. iii. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang usaha-usaha memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang langkah-langkah berjimat cermat. ( PMR 2006 ). Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang

BAHAGIAN B ( Karangan Bahan Rangsangan ). 1. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ). 2. Perenggan- 5/6 perenggan. 1 Perenggan- Pendahuluan. 3/4 Perenggan- Isi/huraian 1 Perenggan- Penutup. 3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja. 4. Sintaksis- ringkas & padat. 5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru dll ). 6. Pemarkahan pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan. 7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak. 8. Ciri-ciri karangan yang cemerlang ( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ). Ayat yang gramatis. Kosa kata yang luas dan tepat. Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca. Hanya kesalahan minimum pengunaan kata. Isi menepati kehendak soalan Huraian isi matang dan berkembang. Pengolahannya yang menarik dan berkesan. PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN a. Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ). Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan. Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan. b. Cara menulis isi karangan. Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana. c. Cara penulisan penutup. Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.

BAHAGIAN C ( KARANGAN UMUM ) 40 MARKAH. 1. Jumlah perkataan- Melebihi 180 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ). 2. Perenggan- 5/6 perenggan. 1 Perenggan- Pendahuluan. 4 Perenggan- Isi/huraian/contoh/bukti- angka,pendapat tokoh,hasil kajian dll 1 Perenggan- Penutup. 3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja. 4. Sintaksis- ringkas & padat. 5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru dll ). 6. Pemarkahan pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan. 7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak. PEMBINAAN KARANGAN. Contoh Soalan Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita telah banyak mengorbankan nyawa manusia. Huraikan cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang. i. Cara menulis pendahuluan. Pastikan 1 perenggan sahaja. Gambaran awal tentang karangan yang hendak ditulis. Mecetuskan isu yang hendak dikemukakan dengan pernyataan yang merangsang pemikiran dan menarik perhatian pemeriksa. Boleh selitkan pendapat tokoh ternama, bukti dan angka sesuatu peristiwa, persoalan berjawab dll. Contoh pendahuluanKejadian tanah runtuh banyak mendatangkan kerugian. Banyak nyawa yang terkorban dan harta benda musnah ditimpa tanah runtuh. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Hal ini menyebabkan pihak berkuasa digesa untuk mencari jalan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang. ii. Cara menulis isi karangan. - Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. - Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana. - Pastikan tidak berlaku pengulangan isi. - Formula ( Isi Utama + Mengapa / Bagaimana + Kesan/ Contoh ) Contoh Isi karangan Selain itu, pembinaan rumah atau bangunan di kawasan lereng bukit perlulah dilarang. Hal ini demikian kerana tanah di kawasan tersebut mudah runtuh akibat hakisan tanah. Perkara ini membahayakan nyawa sesiapa saja yang tinggal di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kejadian runtuhnya Highland Tower yang mengorbankan banyak nyawa. iii. Cara menulis penutup karangan Buat satu rumusan atau kesimpulan yang anda huraikan. Jangan ulangi fakta yang telah anda gunakan dalam perenggan isi. Formula ( Rumusan utama + Bagaimana + Kesan )

Contoh- Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ). kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh . ( BAGAIMANA ). Masyarakat perlu memupuk kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini diharapkan dapat mencegah kejadian tanah runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang. Soalan karangan yang popular. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Soalan berbentuk pengalaman seseorang- aktiviti di sekolah. Surat Rasmi dan Tidak Rasmi. Karangan Laporan. Karangan Perbincangan/Pendapat. Karangan Bertajuk Peribahasa. Karangan Cereka/keperihalan. Karangan Syarahan/perbahasan

BAHAGIAN D ( KOMSAS ) 10 MARKAH. 1. Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah. 2. Perenggan- 3 perenggan. 3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh. PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah. 4. Permarkahan- Isi ( 6 markah ) - Bahasa ( 4 markah ). 5. Topik penting dalam Komsas 1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ) 2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). 3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. ( 10 markah ). Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan contoh yang sesuai. ( 10 markah ). 4. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). 5. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi contoh yang sesuai ( 10 markah ). 6. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji 9 10 markah ). 7. Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). 8. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai. 9. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda ketahui ( 10 markah ). 10. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).

FORMULA MENJAWAB SOALAN KOMSAS ( BARNIAT HORJIN ) BAR = SABAR NI= BERANI AT= TAAT HOR= HORMAT JIN= RAJIN.

Novel yang saya kaji ialah Novel Ekspedisi karya Mohd. Ghazali Tocheh. Persoalanpersoalan yang terdapat dalam novel ini antaranya persoalan kesabaran menghadapi cabaran hidup. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang sabar menghadapi karenah bapanya Pak Salleh yang begitu membenci Cikgu Murad. Selain itu, Persoalan keberanian menghadapi pelbagai rintangan dan halangan hidup. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang amat berani menghadapi bahaya bermalam di dalam sungai ketika mengikuti ekspedisi Gunung Itik. Dalam pada itu, ketaatan kepada orang tua antara persoalan yang terdapat dalam novel ini. Hal ini dapat pada watak Hadi yang taat kepada orang tuanya Pak Salleh dan Mak Jamilah.Begitu juga Hadi taat kepada arahan Pak Musa semasa berada di dalam hutan ketika mendaki Gunung Itik. Persoalan hormat kepada guru dan orang yang lebih tua. Hal ini dapat dilihat pada watak Hadi yang menghormati gurunya iaitu Cikgu Murad dengan mematuhi nasihatnya.Hadi juga hormat akan ibu bapa Pak Salleh dan Mak Jamilah dengan tidak meninggikan suara semasa bercakap. Persoalan kerajinan dalam menjalankan tugas. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang rajin membantu ibu bapa dengan membasuh pinggan selepas makan. Hadi juga rajin membuat kerja sekolah dan mengikuti aktiviti di sekolah. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai. GUNA FORMULA ASOLI KALILOG ASO= ASONANSI ( pengulangan huruf vokal ) LI= ALITERASI ( pengulangan huruf konsonan ) KA= IMBAS MUKA LI= IMBAS KEMBALI LOG= DIALOG

You might also like