You are on page 1of 6

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) ibarat

cendawan yang tumbuh selepas hujan. Hal ini kerana, mereka mempunyai jaringan di

seluruh dunia di mana akan memudahkan mereka untuk menyebarkan agenda-agenda

mereka dan saling bertukar maklumat. Di Malaysia, pembentukan non-government

organization (NGO) atau badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak-hak LGBT

telah terbentuk dan tersebar luas di kalangan kehidupan masyarakat Malaysia walaupun

bertentangan dengan prinsip Islam dan tatacara kehidupan masyarakat Islam. Bagi

mengelakkan penularan dan percambahan LGBT dalam kalangan masyarakat terutama

umat Islam di Malaysia adalah dengan memberikan kefahaman yang jelas mengenai LGBT

dan cara untuk mengatasinya daripada terjebak ke dalam lembah gejala LGBT. Oleh yang

demikian, setiap individu berperanan dalam memahami LGBT agar tidak terjebak dengan

pemikiran dan dakyah yang dibawa oleh golongan LGBT.


1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Fenomena LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) pada hari ini sedang menjadi

polemik ditengah-tengah masyarakat. Terdapat banyak pro dan kontra berkaitan dengan

masalah LGBT terutamanya dalam kalangan mahasiswa. Istilah LGBT ini digunakan sejak

tahun 1990-an. Sejarah homoseksual atau LGBT sudah wujud pada zaman Mesir Kuno.

Semenjak daripada itu, sikap masyarakat terhadap hubungan sesama jenis telah berubah

dari semasa ke semasa mengikut persekitran geografi. Kewujudan golongan LGBT di barat

terutamanya Eropah bukan hanya dilarang oleh institusi agama, bahkan juga dilarang oleh

masyarakat setempat dan dikategorikan sebagai satu jenayah yang berat oleh negara.

Pada hari Sabtu bertarikh 27 Jun 2015 lalu, Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS)

secara rasminya menghalalkan menghalalkan perkahwinan sejenis (perkahwinan

homoseksual) di seluruh negara daerah Amerika Syarikat. Dengan keputusan itu, maka AS

merupakan negara ke-21 yang telah mengesahkan perkahwinan sejenis (same sex

marriage). Pasangan homoseksual dan lesbian pun kini telah mendapatkan hak yang sama

rata sebagaimana keluarga heteroseksual, seperti mendapatkan surat-surat kelahiran dan

kematian.

Kes pernikahan sesama sejenis antara Joe Tully dan Tiko Mulya di Bali, Indonesia

menjadi perbincangan yang hangat pada Jun 2015. Kes ini telah menimbulkan pelbagai

tanggapan dari masyarakat. Selain itu, munculnya akaun-akaun LGBT di media massa

yang dikelolai oleh golongan LGBT. Dengan penemuan akaun ini, masyarakat menjadi

semakin geram dan marah kerana posting-posting mereka mempunyai unsur-unsur yang
tidak bermoral. Lebih mengejutkan lagi bahawa pemilik akaun tersebut adalah kanak-

kanak yang masih dibawah umur.

Isu golongan Khunsa jarang diperkatakan oleh media, diskusi, seminar sama ada di

peringkat sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Isu bekas dekan Universiti

Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Bahrom Sanugi yang memfailkan permohonan

membubarkan pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjadi isu yang

hangat diperkatakan apabila beliau mengesyaki isterinya, Sri Wani Choo Abdullah seorang

pengusaha butik kecantikan itu seorang lelaki (Khunsa).

Dalam Islam telah dijelaskan bahawa perbuatan homoseksual merupakan satu

perbuatan yang diharamkan. Hal ini telah dijelaskan oleh Sayyid Sabiq, menurutnya

homoseks adalah merupakan perbuatan keji dan termasuk dalam dosa besar. Homoseks

juga termasuk salah satu perbuatan yang boleh merosakkan unsur etika, fitrah manusia,

agama, dunia serta boleh merosakkkan kesihatan tubuh badan. Allah S.W.T telah

memterbalikkan bumi akibat daripada perbuatan kaum Nabi Luth As yang telah melakukan

perbuatan homoseksual. Ulama fiqh telah bersepakat ke atas pengharaman homoseksual

dan hukumannya terhadap pelaku dengan menjatuhkan hukuman yang berat.

Dengan ini, pengkaji mengambil inisiatif untuk menfokuskan kepada kajian mengukur

tahap kefahaman, kecaknaan mahasiswa terhadap gejala interseksual (khunsa) kerana ia

jarang diperkatakan. Oleh itu, salah satu cara dalam memahami konsep tersebut adalah

dengan melaksanakan kajian ke atas mahasiswa. Hubungan antara konsep khunsa dan

kefahaman mahasiswa menjadi topik untuk dikaji dalam penyelidikan ini. Kefahaman
mahasiswa mengenai konsep khunsa mempengaruhi seseorang dalam memahaminya.

Kefahaman pelajar prasiswazah merupakan pemboleh ubah dalam penyelidikan ini.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Fitrah manusia ingin berpasangan akan tetapi, realiti kehidupan sekarang ada yang

songsang. Dalam al-Quran dengan jelas menunjukkan manusia hanya terbahagi kepada dua

jenis sahaja iaitu golongan lelaki dan golongan wanita. Ini berdasarkan kepada firman Allah

SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 1:

‫ث ِم ْن ُه َما ِر َج ااًل‬ ِ ‫اس اتَّقُوا َربَّ ُك ُم الَّذِي َخلَقَ ُك ْم ِم ْن نَ ْف ٍس َو‬


َّ ‫احدَةٍ َو َخلَقَ ِم ْن َها زَ ْو َج َها َو َب‬ ُ َّ‫َيا أَيُّ َها الن‬

﴾١:‫علَ ْي ُك ْم َر ِقيباا ﴿النساء‬ َّ ‫ام ِإ َّن‬


َ َ‫َّللاَ َكان‬ َ َ ‫َّللاَ الَّذِي ت‬
َ ‫سا َءلُونَ ِب ِه َو ْاْل َ ْر َح‬ َّ ‫سا اء َواتَّقُوا‬ ‫َك ِث ا‬
َ ‫يرا َو ِن‬

Maksudnya: Hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menjadikan

kamu daripada seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya (Hawa), dan yang

membiakkan daripada keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertawakallah

kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya, serta peliharalah hubungan

kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.

Namun, kebelakangan ini, ada seruan songsang yang mengubah konsep berpasang-

pasangan berasaskan ‘heteronormativiti’. Antaranya termasuklah interseks yakni khunsa.

Dapat difahami golongan khunsa ini mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan

atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang

untuk membuang air kecil. Ia semakin membimbangkan apabila golongan yang mendakwa

golongan lelaki lembut ini berani tampil dengan identiti tersendiri di khalayak ramai.
Apabila dikecam ataupun dinasihati ada di antara mereka yang sangat mudah untuk

melabelkan diri mereka khunsa. Golongan ini berani bermain dengan hukum agama. Isu

yang melibatkan gender ini menjadi semakin popular akibat daripada kemajuan teknologi

yang canggih dan serba moden seperti facebook, instagram dan sebagainya. Lebih parah

lagi ada di antara mereka yang berani untuk merubah diri secara keseluruhanya dengan

menukar alat kelamin mereka. Kebanyakkan mereka bukanlah ada masalah kecacatan alat

kelamin (khunsa) tetapi hanya ingin memuaskan nafsu sendiri sahaja.

Isu kecelaruan jantina menjadi sebahagian daripada masalah social yang ada pada hari ini.

YAB mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji. Ahmad Badawi telah beberapa

kali

menyarankan supaya usaha-usaha terkini perlu dilakukan bagi melahirkan bangsa Malaysia

yang berpersonaliti unggul (towering personality). Namun, sebilangan besar dari lelaki

lembut ini adalah anak-anak melayu yang beragama Islam (Sidek, Khadijah & Hasdi 2005)

Isu kecelaruan jantina menjadi sebahagian daripada masalah sosial yang ada pada hari ini.

Isu ini turut mendapat perhatian di peringkat pemimpin atasan. YAB mantan

Isu kecelaruan jantina

Menurut Mahfudzah Mohamad (2015) berpandangan bahawa, golongan LGBT kelakuan

dan gaya hidup mereka telah melanggar fitrah diri manusia dan jauh terpesong dari agama.

Masyarakat Islam di Malaysia amat sensitif akan isu LGBT dan mengecam hebat akan
perbuatan terkutuk ini malah ianya dapat diperjelaskan dengan rujukan daripada statistik

kes-kes tangkapan, gejala dan perlakuan mereka. Namun, ianya tidak mendatangkan hasil,

malahan semakin meningkat dan gelaja ini tetap diteruskan oleh golongan tersebut hinnga

menjadi semakin menular dalam masyarakat kini.

Menurut Zaliha Tak (1998) terdapat tinjauan dan siasatan dijalankan terhadap golongan ini

dan statistik menunjukkan seramai 76.71% pernah mengambil atau menerima perubatan

daripada kedai-kedai ubat cina dan peniaga runcit tanpa preskripsi untuk melayani keadaan

kecelaruan mereka. Ubat-ubatan yang diambil berupa pil hormone untuk membesarkan

buah dada dan vitamin untuk kulit muka. Hanya 23.29% sahaja tidak menerima sebarang

pengubatan langsung. Tambahan itu, seramai 8.22% mukhannas telah menjalani

pembedahan penukaran jantina. Manakala seramai 69.86% telah menyatakan kesediaan

mereka untuk menjalani pembedahan. Bahkan sebanyak 66.75% daripada golongan ini

menjadikan hubungan seks sebagai salah satu mata pencarian.

You might also like